Anda di halaman 1dari 16

Nama Penuh : Siti Nurhaliza Bt Tarudin Nama Kormesil:Siti Pendidikan:Spm Nama Ayah : Tarudin bin Ismail Tarik Lahir

: 11 January 1979 Tempat Lahir : Kg Awah, Temerloh Pahang Adik-beradik : 7 orang Anak ke : 4 Berat : 55 kg Tinggi : 163 cm Zodiak : Capricorn Alamat di Pahang : Lot 250 Taman Pertama, 27200 Kuala Lipis, Pahang Penyanyi pujaan : Celine Dion, Mariah Carey, Aishah & Ziana Zain Favourite food : Gulai tempoyak Favourite drink : Air panas Favourite attire : Ranggi and simple (suka warna hijau) Education : Sek. Men. Clifford Cita-cita : Berjaya dalam bidang nyanyi dan apa jua bidang yang diceburi Alamat Surat Menyurat : Suria Records Sdn Bhd, 40, Jalan Kaskas 2, 56100, Taman

Cheras, Kuala Lumpur. Pengalaman Manis : Menjuarai Bintang HMI 95 Pengalaman Pahit : Terpaksa berpisah dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan sekolah SPM. Hobi : Menyanyi, menari, memasak dan suka usik mak dan adik-adik bila boring. Filem Yang Diminati:Sedih @ seram Paling Dibenci : Orang yang suka berbohong, hipokrit dan suka mengambil kesempatan. No. Telefon : 09-2523805 (rumah di Temerloh) Tempat yang selalu dilawati:Singapura Syarikat rakaman : Suria Record Company (SRC)
Latar belakang

Dato' Siti Nurhaliza

Nama lahir Siti Nurhaliza binti Tarudin

Lahir

11 Januari 1979 (umur 33)


Kuala Lipis, Pahang, Malaysia

Genre

Irama Malaysia, Pop, Soft rock,Pop rock, R&B, Dance-pop

Pekerjaan

Penyanyi, Penulis lagu, Penerbit rakaman, Ahli perniagaan, Pelakon 1995 kini

Tahun aktif

Label

Siti Nurhaliza Productions, Suria Records

Laman web

SitiZone.com

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa[1], beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri.[2] Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.[3] Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun[4] apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa.[5] Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.[6] Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia[7]. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.[8]

Kehidupan awal
Siti lahir pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, sebagai anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.[4] Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik[9], yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti

Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi.[10] Datuknya ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal juga. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi utama kumpulan 'Family Group',[4] yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik. Sewaktu kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah, termasuk sukan dan pidato. Siti Nurhaliza menerima pendidikan terawalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Di sinilah beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian pada usia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional "Sirih Pinang" di acara akhir tahun persekolahan.[4] Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Seusia 13 tahun, Siti mengikut bapa saudaranya ke persembahan jemputan seperti majlis pernikahan dan jamuan kenduri untuk untuk mendedahkan diri sebagai penyanyi live[11], sehingga meraih sambutan baik daripada masyarakat setempat. Siti juga pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyi lagu patriotik "Bahtera Merdeka" di sebuah Karnival Kuala Lipis Carnival sempena "Nyanyian Bulan Kemerdekaan". Siti seorang yang aktif dalam sukan ketika di bangku sekolah; ini terbukti di Fiesta Media Idola 2006 di Kuantan apabila beliau menjadi pembawa obor bersama Fasha Sandha.

19951996: Kejayaan awal


Setelah menyertai pertandingan demi pertandingan, pada usia 16 tahun, Siti berentap dalam Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995.[4] Sewaktu bertanding, beliau bertemu dengan Adnan Abu Hassan, seorang penggubah lagu terkenal di Malaysia. Adnan membimbing dan membantunya memperhalusi prestasi vokal, sehingga akhirnya Siti menjuarai pertandingan tersebut. Setelah diberi pilihan dari empat syarikat rakaman antarabangsa, beliau menerima kontrak Suria Records, sekaligus mengetepikan tawaran Sony Music, BMG Music dan Warner Music.[5] In 1996, Suria Records released her first self-titled album, Siti Nurhaliza.[12] Usaha rakaman album pertama mencabar sekali kerana beliau perlu mengimbangi kerja album itu dengan persediaan menghadapi SPM. Namun demikian, album sulungnya itu cemerlang sekali, lalu membuka laluan untuk album demi album yang berjaya di pasaran.

19962006: Mekarnya sebutir bintang


Setelah keluarnya album pertama, Siti menjadi tokoh terkenal dalam budaya pop Melayu. Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasuk pop, R&B, dan tradisional. Suara dan senikatanya nyata disambut hangat oleh masyarakat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Pada 12 Januari 1998, Siti membuka Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. sebagai agen rasmi yang akan menguruskan segala aktiviti seni beliau dengan lebih tersusun.[13] Pada tahun yang sama, Siti buat pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 21 September, di mana beliau berkongsi pentas dengan Cline Dion danRod Stewart untuk menghiburkan para

hadirin.[14] Upacara ini disiarkan di 70 buah negara, maka inilah kali pertama Siti Nurhaliza disaksikan oleh mata dunia. Siti menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Music Festival 1999 di China, di mana beliau menggondol anugerah tertinggi iaitu Anugerah Emas. Pada tahun yang sama, beliau menyertai South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold Coast, Queensland, Australia hingga merangkul gelaran 'Pop Winner' dengan mengetepikan ramai pesaing dari Pasifik Selatan, dan juga mengungguli kategori 'Top 40 for International Song' dengan single "We'll Be As One".[2] Siti turut menarik perhatian juri dengan kehebatan vokalnya sehingga dikurniakan hadiah 'Best Female Vocal Performance' dengan lagu itu juga. Pada tahun 2002, Siti menyertai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan, di mana beliau merangkul gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'.[2] Setelah banyak meraih anugerah, nama Siti semakin berkembang di benua Asia. Pada tahun 2003, Siti ke Jepun untuk mengadakan konsert di Yokohama setelah mengetahui singlenya, "Percayalah" dan lagu-lagu lainnya disambut baik di situ.[4] Siti ialah artis bukan Cina pertama yang dijemput untuk membuat persembahan di majlis Golden Melody Awards ke-15, Taiwan pada tahun 2004.[15] Selain bernyanyi solo, beliau juga berduet denganLeehom Wang dengan lagu klasik "Yue liang dai biao wo de xin" ("Bulan lambang hatiku", nyanyian asal Teresa Teng). Siti turut menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada bulan April 2005, sungguhpun kebanyakan hadirinnya merupakan warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom atau datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang[16], apatah lagi paling banyak single nombor satu di Malaysia ketika ini. Setakat ini, Siti Nurhaliza tidak terlepas membuat persembahan di MTV Asia Awards semenjak pengnanugerahan tersebut diperkenalkan pada tahun 2002. Pada edisi 2005 di Bangkok, Siti dikejutkan oleh gelaran "The Voice of Asia" yang diberikan oleh Alicia Keys sebagai pengiktirafan kepada kekuatan vokalnya serta pencapaiannya di peringkat tempatan dan antarabangsa.[2]Seorang vokal instruktor dari Indonesia juga menyatakan Siti Nurhaliza mempunyai 4 oktaf vokal range

20062009: Perkahwinan dan kesinambungan kegemilangan


Album studio ke-11 Siti, Transkripsi, merupakan album pertama terbitan SNP yang diterbitkan pada tahun 2006. Album Transkripsi cemerlang dengan dikurniakan sijil 3 kali platinum kerana jualan melebihi 80,000 unit, menggondol anugerah Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14, di samping juga membantu Siti merangkul tiga anugerah (Lagu Terbaik untuk "Biarlah Rahsia", Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular) Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.[17] Setelah sekian lama dikhabaranginkan, pada 17 Julai 2006, Siti membuat pengumuman di sidang akhbar bahawa beliau menerima lamaran perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang sebelum ini hanya dikenali sebagai "Datuk K". Majlis pertunangan dan akad nikah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Putrajaya, pada 21 Ogos 2006, di hadapan

kira-kira 2.86 juta penonton TV menerusi siaran langsung.[18] Jamuan perkahwinan pertama yang gilang-gemilang dengan kehadiran kerabat diraja, artis dan saudara-mara diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2006, dan disaksikan oleh 6.307 juta penonton di seluruh negara, walaupun terpaksa berkongsi masa dengan temubual Santai bersama Mawi dan Ina di RTM1.[19] Majlis bersanding diadakan pada 3 September 2006, di Kuala Lipis, Pahang. Perkahwinan Siti dan Datuk Khalid ini tersenarai di tangga ke-16 dalam senarai 20 Perkahwinan Terunggul seluruh dunia pada tahun 2006 (berdasarkan carian pengguna) dalam blog Yahoo! Buzz.[20] Pada 24 Oktober 2006, dua bulan selepas bergelar Datin hasil perkahwinannya, Siti dikurniakan pangkat 'Darjah Indera Mahkota Pahang' oleh Sultan Haji Ahmad Shah dari Pahang yang membawa gelaran Dato' di hadapan nama penerimanya.[3] Siti Nurhaliza juga telah memeriahkan acara permaidani merah di Anugerah Grammy yang bertempat di Staples Center, Los Angeles pada 11 Februari 2007. Pembabitan Siti Nurhaliza ini menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama yang diberi penghormatan berjalan di atas permaidani merah di majlis Grammy yang berprestij itu.[21] Pada 2021 April 2007, Siti mengambil bahagian dalam Konsert Istana Cinta Nostalgia, sebuah acara penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana Budaya, Kuala Lumpur yang mempersembahkan pelbagai lagu ciptaan Tan Sri P. Ramlee sendiri, yang dinyanyikan oleh Siti dan artis jemputan yang lain.[22]

Siti Nurhaliza di belakang pentasKonsert Suara Hati Sudirman Arshadpada April 2007.

Tahun 2007 juga menyaksikan penyertaan Siti dalam rakaman runut bunyi filem, yang mana beliau menyumbangkan lagu "Menanti Pasti" untuk filem Kayangan, dan "Hati" untuk 1957: Hati Malaya. Hanya lagu Hati disertakan dalam album studio ke-12 beliau, Hadiah Daripada Hati[23] dan juga menerima anugerah Lagu Tema Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia ke21 pada tahun 2008.[24]

Dalam cubaan berlakon pertamanya, Siti memegang watak Azizah, kekasih misteri P. Ramlee, dalam muzikal Remy Kisah P. Ramlee, sebuah lagi penghormatan kepada P. Ramlee, di Istana Budaya pada 19 Oktober hingga 3 November 2007.[25] Album studio ke-12 Siti, Hadiah Daripada Hati keluar pada 10 Disember 2007. Lagu "Ku Mahu" daripada album ini menjadi single pertama dan lagu tema siri televisyen Spa Q.[26] "Melawan Kesepian" menjadi single kedua dan runut pertama yang ada video muzik. Lagu ini adalah rakaman semula daripada lagu asal dendangan kugiran Jikustik dari Indonesia.[27] Usaha lakonan pertama beliau dalam Remy juga memperkenalkan single ketiganya, "Mulanya Cinta", ciptaan Dick Lee dari Singapura.[28] Album ini meraih anugerahanugerah Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Melayu) (untuk lagu "Cintamu"), dan Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita) (buat kali kesembilan) pada Anugerah Industri Muzik 2008.[29] Siti juga menjadi antara tokoh-tokoh yang paling kerap dicari oleh pengguna Google dari Malaysia, menurut data Google's 2007 Malaysia Year-End Zeitgeist, mengatasi selebriti lain seperti Paris Hilton dan Britney Spears.[30] Pada Januari 2008, Siti dinamakan sebagai salah seorang daripada Asia's Idols oleh Asia News Network kerana pencapaian yang menjadi contoh serta mencapai taraf ikon hiburan Malaysia.[31] Pada 26 Disember 2008, keluarnya album studio Siti yang ke-13, Lentera Timur, album etnik kreatif keempat daripada beliau.[32] Siti mengulas bahawa album ini mengandungi lagu-lagu yang lebih moden dan kontemporari, tidak seperti genre tradisional yang pernah didendangkannya sebelum ini.[33] Sembilan daripada 13 lagu terpilih didatangkan daripada bengkel penulisan lagu "Cipta Ekspress Berirama Malaysia" yang dianjurkan oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Malaysia (MACP) khas untuk mencari bahan untuk album ini.[32] AlbumLentera Timur meraih anugerah Albom Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik keseluruhan, di samping Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Wanita) (untuk "Di Taman Teman") di Anugerah Industri Muzik 2009.[34] Pada tahun 2009 juga, kekayaan Siti dianggarkan mencecah RM 50 juta oleh MTV Asia, sekaligus memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang jutawan dalam bidang hiburan Asia Tenggara.[35] Siti merakam dua lagu untuk filem Indonesia, Perempuan Berkalong Sorban, iaitu "Ketika Cinta" (lagu asal Opick) dan "Batasku Asaku" (lagu baru ciptaan Siti).[36] Kedua-dua lagu tersebut disertakan dalam album studio ke-14-nya, Tahajjud Cinta.[37] Pada 15 Februari 2009, bapa Siti, Taruddin Ismail meninggal pada 11.50 pagi ketika usia 67 tahun, setelah menjalani pembedahan pintasan jantung, meninggalkan tujuh anak dan 10 cucu.[38][39]Sempena mengenang pemergian arwah bapanya, Siti berkabung selama 40 hari dan menghindari aktiviti hiburan sepanjang tempoh itu, kecuali Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah.[40]Selepas habis berkabung, Siti menjayakan SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza, sebuah konsert tiga hari yang bermula pada 26 Jun 2009 di Kuala Lumpur. Tiket-tiketnya habis dijual sebelum malam pertama.[41] Di samping mendapat sanjungan tinggi daripada para penonton, persembahan ini dihadiri hadirin yang terkenal dari serantau seperti Krisdayanti dan Rossa dari Indonesia.

Pada 23 Julai, kemahirannya selaku bekas duta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia diuji apabila beliau bersama seorang doktor panel Media Prima melakukan resusitasi jantung paru-paru (CPR) pada Yasmin Ahmad apabila sutradara itu rebah tiba-tiba ketika membuat pembentangan di Sri Pentas.[42][43] Yasmin meninggal dalam hospital akibat angin ahmar dua hari kemudian. Pada bulan Ogos, Siti dikurniakan saluran sendiri beliau di saluran 188 Astro, iaitu Channel Siti selama 28 jam pada 30 Ogos 2009, untuk menayangkan rakaman konsert SATU pada Jun lalu, rakaman Fantasia Tour pada tahun 2004 dan video muzik Siti pilihan.[44] Pada 9 September 2009, di tengah bulan puasa, album Tahajjud Cinta akhirnya keluar dengan menampilkan lagu-lagu bergenre kerohanian. Pada 28 Disember, keluarnya sebuah lagi album duet Siti Nurhaliza bersama Krisdayanti, iaitu CTKD, di pasaran Malaysia, diikuti keluaran di pasaran Indonesia pada 27 Januari 2010.[45][46] [sunting]2010kini:SimplySiti Pada 1 Januari 2010, Siti bergabung tenaga bersama M. Nasir untuk mengadakan Konsert Bagaikan Sakti di Esplanade Theatres on the Bay, Singapura, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran 955 Astro Box Office Events, dengan ulang tayang pada 210 Januari.[47] Syarikat beliau, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. turut mengadakan konsert untuk dua orang seniman baru terunggul Malaysia, Faizal Tahir dan Aizat, berjudul Konsert Satu Suara dengan iringan Simfoni Orkestra Kebangsaan oada 12 hingga 14 Februari di Istana Budaya.[48] Pada 25 Mac, Siti menerima anugerah pertamanya pada tahun itu, iaitu Anugerah Artis Contoh HIP TV 2009[49] mengungguli empat calon lain berdasarkan undian SMS penonton.[50] Pada 30 Mac, beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh JAKIM.[51] Tak sampai dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.[52]

Dato' Siti Nurhaliza bersama Raja Azura dan peminat setianya, aktress Revalina S Temat.

Bakat
Pengaruh
Sewaktu membesar, Siti gemar mempersembahkan lagu rakyat Melayu yang tradisional dan klasik. Dikatakan bahawa beliau melihat idola tempatan Sudirman Arshad [53] dan P. Ramlee[22], dan juga idola antarabangsa Barbra Streisand,[54] Celine Dion,[54] Mariah Carey[55] danWhitney Houston,[55] sebagai pembawa pengaruh terbesar padanya, Pada tahun 2008, apabila jelajah konsert Taking Chances oleh Dion datang ke Malaysia, Siti diberi peluang untuk berjumpa dengan idolanya,[56] dan juga menyerahkan satu salinan album Hadiah Daripada Hatibeserta tandatangan kepada penyanyi Kanada itu.[57] [sunting]Imej

dan legasi

Ketika mula melangkah kaki ke dalam industri, Siti sering dilabelkan sebagai "penyanyi kampung"[58] kerana pemakaiannya yang sederaha dan keengganannya bergambar dengan lelaki untuk kulit majalah selain di upacara atau acara penganugerahan.[59] Pada tahuntahun terawalnya sebagai penyanyi, beliau dikritik kerana enggan memakai pakaian yang menjolok mata serta keengganan bergambar bersama artis lelaki.[60][61]Katanya: "Sebagai artis, Siti sedar banyak tanggungjawab sosial lain yang harus dipikul. Jadi, Siti memilih untuk bersederhana dalam segala hal termasuk cara berpakaian. Siti mahu menampilkan bakat dan kebolehan suara yang dianugerahkan oleh Tuhan tanpa bersandarkan kepada keseksian."[60] Kemunculan pertamanya di Indonesia pada tahun 1997 dengan personalitinya yang sederhana, jelita dan berbakat dikatakan merevolusi industri muzik Indonesia yang terkenal dengan genre dangdut yang dikaitkan dengan persembahan mengghairahkan dan erotik, terutamanya oleh penyanyi wanita.[62] Imejnya yang bersahaja inilah menjadi penarik puji-pujian dari golongan cendekiawan Islam dari Malaysia dan Indonesia.[63][64] Semenjak itu, kenamaannya dalam industri muzik Asia Tenggara masih utuh apabila diundi sebagai Artis Wanita Paling Popular sebanyak sepuluh kali berturut-turut di Anugerah Planet Muzik, mengetepikan saingan dari seniwati Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dan buat pertama kalinya beliau akan tampil dengan album terbaru dimana album tersebut adalah album berbahasa inggeris. Beliau mengatakan album tersebut akan berada di pasaran hujung bulan Jun ini atau awal bulan Julai 2011 ini. [65] Siti disebut-sebut sebagai idola dan ilham oleh ramai seniman dalam dan luar negara Malaysiam seperti Misha Omar,[66] Nicholas Teo,[67] Maia Lee (finalis Singapore Idol),[68] Sunu (vokalis kugiranMatta dari Indonesia)[69] dan ramai lagi. [sunting]Diskografi Rencana utama: Diskografi Siti Nurhaliza Sebagai seorang artis ternama Asia Tenggara, Siti mencapai jumlah penjualan sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia, terutama sekali di Malaysia dan Indonesia, sepanjang kerjayanya dalam bidang seni. Album sulungnya dilaporkan terjual lebih 50,000 salinan[9] dan lapan daripada 14 album solonya turut menerima sijil Emas, Platinum atau berbilang Platinum dari Malaysia dan Indonesia: album Siti Nurhaliza kedua (6 kali platinum, 400,000 salinan dijual),[55][70][71] Cindai (5 kali platinum,

400,000 dijual di Malaysia dan 100,000 dijual di Indonesia),[72][70][73] Adiwarna (4 kali platinum),[74][70] Pancawarna (2 kali platinum),[75][70] Sahmura (2 kali platinum),[70] Sanggar Mustika (emas di Indonesia dengan lebih 75,000 dijual),[76] E.M.A.S (2 kali platinum, 200,000 dijual;[77]platinum di Indonesia, lebih 300,000 dijual)[70][78] dan Transkripsi (4 kali platinum, 80,000 dijual).[79][70][80] Album Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall London[70] dan Anugerah Aidilfitri turut menerima sijil 3 kali platinum dengan terjual lebih 60,000 salinan di Malaysia[80][81] san satu sijil platinum dari Indonesia[82]. Album kesepuluhnya, Prasasti Seni terjual lebih 100,000 unit di pasaran Malaysia[83] dan 700,000 lagi di pasaran Indonesia.[84] Album kompilasi pertamanya, The Best of Siti Nurhaliza diberi pensijilan Emas di Indonesia kerana terjual lebih 75,000 unit.[85] [sunting]Anugerah Sepanjang karier beliau, Dato' Siti Nurhaliza telah dianugerahi lebih daripada 100 anugerah dari dalam dan luar negara. Dato' Siti juga berjaya memperbaharui rekod diri sendiri apabila disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Record - dua kali. Tahun Anugerah

1995

Bintang HMI 1995 - Juara Bintang HMI 1995 ("Camar Yang Pulang") Juara Lagu 1996 - Persembahan Terbaik ("Jerat Percintaan") Juara Lagu 1996 - Juara Kategori Balada ("Jerat Percintaan") Juara Lagu 1996 - Juara Lagu ("Jerat Percintaan") Anugerah Muzik Singapura 1997 - Artis Baru Wanita popular Anugerah Muzik Singapura 1997 - Lagu Paling Popular ("Mawarku") Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 - Lagu Terbaik AIM 1997 ("Jerat Percintaan") Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 - Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Bintang Popular 1997 - Artis Remaja Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1997 - Penyanyi Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1997 - Penghibur TV Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1997 - Artis Paling Popular Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 1997 - Artis Wanita Jelita 1997 Juara Lagu 1997 - Persembahan Terbaik ("Aku Cinta Padamu") Juara Lagu 1997 - Juara Kategori Balada ("Aku Cinta Padamu") Carta Radio 3 Shah Alam 1997 Persembahan Terbaik ("Aku Cinta Padamu") Anugerah Bintang Popular 1998 - Penyanyi Wanita Paling Popular

1996

1997

1998

Anugerah Bintang Popular 1998 - Artis Paling Popular Juara Lagu 1998 - Juara Kategori Irama Malaysia ("Cindai") Juara Lagu 1998 - Juara Lagu ("Cindai") Anugerah Carta RIM 1998 - Pencapaian Album Melayu Terbaik (Adiwarna) Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita (Adiwarna) Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 - Album Pop Terbaik (Adiwarna) Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 - Album Terbaik (Adiwarna) Juara Lagu 1999 - Juara Kategori Balada ("Purnama Merindu") Juara Lagu 1999 - Juara Kategori Irama Malaysia ("Hati Kama") Festival Muzik Shanghai 1999 - Piala Emas Pertandingan Nyanyian Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan 1999 Australia Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu Antarabangsa ("We'll Be As One") Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan 1999 Australia Persembahan Vokal Terbaik Wanita ("We'll Be As One") Anugerah Bintang Popular 1999 - Penyanyi Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1999 - Artis Paling Popular Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 1997 - Artis Jelita Sensasi PPMH '99 Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 1997 - Artis Paling Sensasi PPMH '99 Pertandingan Poskad Sensasi Mangga - Pemenang Pertama (Pilihan Peminat) Cover Tercantik Majalah Wanita - Cover Majalah Wanita Terbaik 1999 Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita(Pancawarna) Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 - Anugerah Kembara Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 - Album Pop Etnik Terbaik (Seri Balas) Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 - Album Terbaik (Seri Balas) Anjuran Papita 2000 - Anugerah Personaliti Terbaik Anugerah Bintang Popular 2000 - Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2000 - Artis Paling Popular ERA Corner 2000 - Penerima Anugerah Tempat Ke-2 Juara Lagu 2000 - Juara Kategori Balada ("Kau Kekasihku") Juara Lagu 2000 - Juara Kategori Etnik Kreatif ("Balqis")

1999

2000

Juara Lagu 2000 - Juara Lagu 2000 ("Balqis") Anugerah Planet Muzik 2001 - Penyanyi Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik 2001 - Penyanyi Wanita Popular Anugerah Planet Muzik 2001 - Lagu Paling Popular ("Balqis") Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2001 - Artis Balada Sensasi PPMH 2001 Anugerah Muzik Indonesia 2000 - Artis Luar Negara Paling Berhasil Di Indonesia Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita (Sahmura) Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 - Album Pop Etnik Terbaik (Sahmura) The Malaysia Book of Records - Most Awards Won Artiste Anugerah URS - Artis Remaja Paling Glamour Anugerah URS - Model Paling Glamour Anugerah URS - Lagu Cinta Paling Glamour ("Kau Kekasihku") Anugerah ERA - Vokal Wanita Pilihan Anugerah ERA - Lagu Pop Pilihan ("Percayalah") Anugerah ERA - Video Klip Pilihan ("Percayalah") Anugerah ERA - Lagu Etnik Pilihan ("Pandang-Pandang Jeling-Jeling") Anugerah ERA - Kumpulan/Duet Pilihan (Bersama Tan Sri S.M Salim) Anugerah Bintang Popular 2001 - Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2001 - Penyanyi Wanita Popular Juara Lagu 2001 - Persembahan Terbaik ("Ya Maulai") Juara Lagu 2001 - Juara Pop Rock ("Engkau Bagaikan Permata") Anugerah Ceria Media Hiburan - Artis Wanita Jelita 2002 Anugerah Planet Muzik 2002 - Artis Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik 2002 - Artis Wanita Paling Popular MTV Asia Awards 2002 - Favourite Music Artist Malaysia Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002 - Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Album Wanita

2001

2002

(Konsert Mega Siti Nurhaliza)

Konsert Hits Pilihan Pendengar RMKL - Persembahan Terbaik ("Bicara Manis Menghiris Kalbu") Voice of Asia 2002 - Juara Grand Prix

Anugerah ERA 2002 - Lagu Etnik Pilihan ("Nirmala") Anugerah ERA 2002 - Video Muzik Pilihan ("Nirmala") Anugerah ERA 2002 - Vokal Wanita Pilihan Anugerah Bintang Popular 2002 - Penyanyi Wanita Popular Anugerah Rarti Cit Cat - Artis Paling Popular Anugerah Rarti Cit Cat - Ratu Diva No. 1 Anugerah Juara Lagu 17 - Juara Kategori Etnik Kreatif ("Nirmala") Anugerah Juara Lagu 17 - Persembahan Terbaik ("Nirmala") MTV Asia Awards 2003 - Favourite Music Artist Malaysia Anugerah Personaliti Hiburan 2002 - Anugerah Khas Personaliti Hiburan Wanita Anugerah Personaliti Hiburan 2002 - Personaliti Penyanyi Wanita Anugerah Planet Muzik 2003 - Artis Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik 2003 - Artis Wanita Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2003 - Anugerah Khas Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 - Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Album Wanita ("Sanggar Mustika") Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Merisik Khabar" -Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir)

2003

Anugerah Juara Lagu 18 - Persembahan Terbaik ("Ku Milikmu") SCTV Music Awards - Artis Asing Paling Ngetop Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Album Terbaik (E.M.A.S) Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Album Pop Terbaik (E.M.A.S) Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Bukan Cinta Biasa") Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita(E.M.A.S) Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Anugerah Kembara Anugerah Personaliti Hiburan 2003 - Artis Wanita Paling Bergaya Anugerah Personaliti Hiburan 2003 - Penyanyi Wanita Paling Sensasi Pilihan Pembaca Majalah Manja - Wajah Manja 2003 Pilihan Pembaca Majalah Manja - Artis Pilihan (Wanita) 2003 Pilihan Pembaca Majalah Manja - Artis Global 2003 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 - Penyanyi Wanita

2004

Popular

The Malaysia Book of Records (Gold Edition) - Most Awards Won Artiste (112 anugerah) Anugerah Planet Muzik 2004 - Artis Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik 2004 - Artis Wanita Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2004 - Lagu Paling Popular ("Bukan Cinta Biasa") Anugerah URS - Bintang Remaja Paling Glamour Anugerah URS - Bintang Wanita Paling Glamour Anugerah URS - Artis Paling Glamor & Popular MTV Asia Awards 2004 - Favourite Artist Malaysia Anugerah Seniman - Pingat Bintang Seniman MACP (Music Authors Copyright Protection Berhad) - Pencipta Muda Berpotensi

The Malaysia Book of Records - Artis Malaysia Pertama membuat persembahan secara solo di Royal Albert Hall London Anugerah ERA 2005 - Vokal Wanita Pilihan Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita(Prasasti Seni) Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Seindah Biasa") Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005 - Anugerah Kembara HITZ1 - Persembahan Terbaik HITZ1 - Lagu Paling Popular ("Lagu Rindu") HITZ1 - Tempat Kedua Lagu Terbaik ("Lagu Rindu") Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004 - Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004 - Penyanyi Wanita Popular Anugerah Planet Muzik 2005 - Artis Wanita Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2005 - Lagu Paling Popular ("Lagu Rindu") MTV Asia Awards 2005 - Favourite Artist Malaysia Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang - Membawa gelaran "Dato" Anugerah ERA 2006 - Vokal Wanita Pilihan Anugerah Industri Muzik (AIM) 2006 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita (Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall)

2005

2006

Anugerah Planet Muzik 2006 - Artis Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005 - Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005 - Pakaian Terbaik Artis Wanita Anugerah Juara Lagu 20 - Juara Lagu Pilihan Penonton ("Cindai") Anugerah ERA 2007 - Vokal Wanita Pilihan Anugerah Planet Muzik 2007 - Lagu Terbaik ("Biarlah Rahsia") Anugerah Planet Muzik 2007 - Artis Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik 2007 - Artis Wanita Popular Anugerah Industri Muzik (AIM) 2007 - Album Terbaik (Transkripsi) Anugerah Industri Muzik (AIM) 2007 - Album Pop Terbaik (Transkripsi) Anugerah MACP 2007 - Lagu Pilihan Popular 90-an ("Cindai") Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 - Penyanyi Wanita Popular

2007

Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita (Hadiah Daripada Hati) Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 - Album Pop Terbaik (Hadiah Daripada Hati) Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 - Susunan Muzik Terbaik ("Cintamu") Anugerah Planet Muzik 2008 - Artis Wanita Paling Popular Anugerah MACP - Susunan Muzik Terbaik (1957: Hati Malaya) Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 - Penyanyi Wanita Popular

2008

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 - Penyanyi Wanita Popular Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita ("Di Taman Teman") Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 - Album Pop Etnik Terbaik (Lentera Timur) Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Pada Cintanya") Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 - Album Terbaik (Lentera Timur) Anugerah Planet Muzik 2009 - Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2009 - Artis Serantau Paling Popular (Keseluruhan) Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 - Bintang Paling

2009

2010

Popular

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 - Penyanyi Wanita Popular Anugerah Industri Muzik (AIM) 17 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita ("Ku Percaya Ada Cinta") Anugerah Industri Muzik (AIM) 17 - Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu ("Amarah")(bersama Kris Dayanti)

Anda mungkin juga menyukai