Anda di halaman 1dari 10

SULIT 011

Bahasa Malaysia 2009 50 Minit

011

PEJABAT PELAJARAN DAERAH LIMBANG / LAWAS


___________________________________

GERAK GEMPUR 3 / 2009

BAHASA MALAYSIA
Ujian Pemahaman 50 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. 2. 3. 4. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas ini mengandungi 10 halaman bercetak. [ Lihat sebelah

011 2009 Hak Cipta Terpilihara

SULIT

Soalan 1 - 18. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Kereta Encik Ahmad berkilat kerana beliau sentiasa______________nya. A B C D membersih menggosok menggilap mengelap

Pak Halim bakal__________________ anak gadisnya dengan seorang pemuda dari Limbang. A B C D mempersuamikan mempersuami menyuamikan bersuamikan

Kita mesti____________usaha agar dapat____________kejayaan yang terbilang. A B C D meningkatkan......memperolehi mempertingkat.......mendapat mempertingkatkan.....memperoleh meningkatkan......mendapat

Encik Mail ________ apabila terlibat dalam kemalangan kecil itu. A B C D takut resah geram panik

Profesor Emeritus Khoo Khay Kim merupakan______________dalam bidang Sejarah Malaysia. A B C D ilmuan karyawan budayawan seniman

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Perompak itu_______________pistolnya ke arah pengawal keselamatan dan orang ramai di dalam bank tersebut. A B C D menunjuk-nunjuk mengacu-acu mengacah-acah melaga-laga

Ibu menghidangkan beberapa_____________durian di atas______________pinggan kaca. A B C D biji......sebuah pangsa.....sekeping biji......sebiji ulas......sebuah

Semua penerima pingat kebesaran Yang di Pertuan Agong diminta menggunakan _______________apabila menghadap baginda. A B C D bahasa persuratan bahasa baku bahasa ibunda bahasa dalam

Adik________________melalui tingkap semasa menunggu kepulangan ibu. A B C D menjerit-jerit menjengah-jengah melonjak-lonjak melambai-lambai 3

10

Semua _____________yang menggayakan pakaian bercorak batik itu cantik belaka. A B C D peragawati peragawan rupawan jelitawan

11

________________Pak Daud orang kaya____________dia seorang yang baik hati. A B C D Sementara......namun Oleh itu......tetapi Sungguhpun.......namun Walaupun.......malahan

12

Pengurus besar itu ditangkap kerana___________wang syarikat. A B C D menggelapkan mengelapkan menggilapkan melenyapkan

13

Faiq murid yang pintar.______________, dia telah mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. A B C D Tambahan pula Walau bagaimanapun Oleh kerana itu Oleh sebab itu

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14

Gadis itu duduk_________________di atas tikar mengkuang. A B C D bersimpuh bersila bertinggung berlunjur

15

Hamdin terkejut apabila terserempak seekor ular sawa_____________di hadapannya. A menjalar B menjulur 4

C D 16

merayap mengejar

________________hutan yang berleluasa menyebabkan kehidupan flora dan fauna semakin terancam. A B C D Pemusnahan Penebangan Penerokaan Pemotongan

. 17

Senaman______________dapat menyihatkan badan___________dapat mencerdaskan minda. A B C D bukan saja....malahan bukan saja....dan makin....makin makin....justeru

18

Anak kucing yang________________itu telah saya tanam di belakang rumah. A B C D mati lena garang comel

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu terhumban ke dalam gaung. Perkataan seerti bagi terhumban ialah A terjatuh B terbuang C tercampak D terpelanting

20

Amir mundur beberapa langkah ke hadapan kelas setelah namanya dipanggil. Perkataan berlawan bagi mundur ialah A B C D datang gerak pergi maju 5

21

Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat di bawah. Putera Sultan Johor akan melangsungkan perkahwinan dengan_____________iaitu Puteri Raja Perlis minggu depan. A B C D nyiur gading anak gahara puteri lilin raja sehari

22

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Wah, sungguh harum bunga ini ! Bunga apakah ini ? A B C D Bunga ini memang harum baunya Bunga ini ditanam di Cameron Highland. Bunga ini ialah bunga ros. Bunga ini diminati ramai orang.

23

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Para ibu bapa sentiasa mengutamakan pendidikan anak-anak demi menjamin masa depan. A Bilakah para ibu bapa mengutamakan pelajaran anak-anak ? B Mengapakah pendidikan anak-anak sangat diutamakan oleh para ibu bapa ? C Bagaimanakah cara menjamin pendidikan anak-anak oleh para ibu bapa ? D Siapakah yang mengutamakan pendidikan anak-anak ?

Soalan 24-25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 24 Sanusi membatalkan rancangannya ke Lawas kerana ibunya dimasukkan ke hospital. A B C D 25 Ibu membatalkan rancangan ke hospital kerana Sanusi ingin ke Lawas. Sanusi ke Lawas kerana ibunya dimasukkan ke hospital. Disebabkan ibunya dimasukkan ke hospital, Sanusi telah membatalkan rancangan untuk ke Lawas. Disebabkan Sanusi ke Lawas, ibunya telah dimasukkan ke hospital.

Mary , Janny dan Ryan, kalian memang berpotensi untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR, kata Cikgu Sim. A B C D Cikgu Sim mengucapkan tahniah kepada Mary, Janny dan Ryan kerana berjaya dalam peperiksaan UPSR. Cikgu Sim memberitahu Mary, Janny dan Ryan bahawa kita akan berjaya dalam peperiksaan UPSR. Cikgu Sim menyatakan, Mary, Janny dan Ryan bahawa mereka berupaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR. Cikgu Sim menjelaskan bahawa Mary, Janny dan Ryan telah mampu mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR. 6

Soalan 26 - 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26 I II III IV A B C D 27 I II III IV A B C D Soalan 28 Pilih ayat yang betul. 28 A B C D Di dalam mesyuarat itu banyak perkara penting dibincangkan. Para peniaga itu menjual sayur-mayur yang segar-segar belaka. Abu tertidur di atas sofa oleh kerana terlalu letih. Kedai itu dibuka setiap hari kecuali Ahad. Ibu meletakkan buah-buahan di atas meja. Orang atas haruslah kita hormati. Malaysia mendapat tempat teratas dalam sukan Komanwel. Atas kesedaran yang tinggi, dia berusaha bersungguh-sungguh. I dan II I dan IV III dan IV I, II dan III Pengawas akan menaikkan bendera semasa lagu Negaraku berkumandang. Prestasi Ivy pada tahun ini sungguh menaikkan. Perpaduan yang mantap akan menaikkan semangat nasionalisme. Pemancing itu berjaya menaikkan ikan toman yang besar. I dan IV II dan III I dan III II dan IV

Soalan 29-30 Pilih ayat-ayat yang betul. 29 I II III IV A B C D 30 I II III IV Baju baru itu ayah belikan untuk ibu. Sesetengah ibu bapa hanya mementingkan pekerjaan sahaja. Kanak-kanak lelaki biasanya gemar akan permainan layang-layang. Segerombolan pengawas sedang menjalankan tugas. I dan IV II dan III I, II dan IV II, III dan IV Banyak rama-rama hinggap di pokok bunga itu. Ibu tidak berkereta ke pejabat hari ini. Murad duduk antara Zaki dan Husin. Kakak membasuh semua pakaian-pakaiannya. 7

A B

I dan II II dan III

C D

III dan IV I dan IV

Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada suatu hari, saya dan rakan-rakan, iaitu Zul, Sham dan Mat pergi ke kolam untuk memancing. Kami memancing untuk merehatkan minda selepas berhempas pulas mengulang kaji pelajaran. Tiba-tiba, saya terdengar jeritan . Tolong ! Tolong ! Saya dan rakan-rakan tersentak apabila terdengar suara itu. Kami membuka langkah seribu ke tempat kejadian. Saya dapati seorang budak lelaki telah lemas. Tanpa membuang masa saya terjun ke dalam air dan berenang ke arah budak itu. Saya berjaya menarik budak itu ke tebing. Zul dan Sham mengangkat saya dan budak itu ke kawasan lapang. Budak itu diberi rawatan pertolongan cemas oleh Mat. Mat mahir dalam pertolongan cemas kerana dia ialah ketua Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah. Selepas budak itu sedar, kami memberi sedikit air untuk diminum. Saya bercadang membawa budak itu ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kami membawa budak itu dengan bantuan seorang penduduk kampung. Sementara itu, Sham telah menelefon bapa budak itu. Sejurus selepas rawatan, bapa budak itu tiba dalam keadaan panik. Saya cuba menenangkannya dan menerangkan apa yang telah berlaku. Bapa budak itu telah mengucapkan terima kasih kepada saya dan rakan-rakan. Saya dan rakan-rakan pulang dengan hati yang puas. Ibu bapa saya sangat gembira dan berbangga dengan apa yang telah saya lakukan. Sikap tolong-menolong mesti diamalkan dalam kehidupan kita. 31 Mengapakah penulis dan rakan-rakannya pergi ke kolam tersebut ? A B C D 32. Untuk mandi Untuk memancing Untuk merehatkan minda Untuk menyelamatkan budak lemas

Apakah maksud kata tersentak dalam petikan ? A B Tergamam Tersedar C D Terkejut Terpegun

33.

Mengapakah penulis dan rakan-rakannya ingin merehatkan minda mereka ? A B C D Setelah penat mengulang kaji pelajaran Setelah penat memancing Setelah lama ke sekolah Setelah bertungkus-lumus dalam peperiksaan 8

34.

Pada pendapat anda, apakah sikap paling tepat yang diamalkan oleh penulis dan rakan-rakannya ? A B C D Gotong-royong dan bertolak ansur Kejiranan dan prihatin Rajin dan berusaha Tolong-menolong dan bekerjasama

35.

Antara berikut, manakah yang benar berdasarkan petikan ? A B C D Penulis dan rakan-rakannya adalah sahabat lama Ibu bapa penulis amat berbangga dengannya Penulis telah terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan budak lemas itu Penulis telah memberi rawatan pertolongan cemas kepada budak lemas itu

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. LAPORAN GOTONG-ROYONG SEKOLAH KEBANGSAAN PPR LEMBAH SUBANG Pada hari Ahad bersamaan 20 Oktober 2007, Sekolah Kebangsan PPR Lembah Subang telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan persekitaran sekolah. Gotong-royong ini telah disertai oleh guru, ibu bapa, dan sebilangan murid tahap 2. Seminggu sebelum aktiviti gotong-royong ini diadakan, pihak sekolah telah meminta sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut digunakan untuk membeli pokok-pokok bunga untuk menceriakan kawasan sekolah. Pada hari gotong-royong tersebut, ramai ibu bapa yang turut serta. Begitu juga dengan guru serta murid-murid tahap 2. Pihak sekolah juga mendapat kerjasama yang begitu baik daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Pihak MBPJ telah menyediakan lori untuk mengangkut sampah-sampah yang dikumpul serta peralatan untuk kebersihan. Para ibu bapa telah dikumpulkan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi lebih kurang 10 orang. Kumpulan-kumpulan tersebut diberi tugas menanam pokok bunga, mengecat dinding bilik darjah, dan mengindahkan Taman Sains. Manakala murid-murid tahap 2 telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dengan setiap kumpulan seramai 15 orang dan diketuai oleh seorang guru. Mereka telah diarahkan untuk membersihkan kawasan yang telah ditetapkan iaitu di luar pagar sekolah, kawasan dewan, longkang dan bilik-bilik darjah. Gotong-royong yang bermula jam 8:30 pagi itu telah berakhir pada pukul 11:30 pagi. Selepas gotong-royong, pengusaha kantin telah mengadakan jamuan makan kepada semua yang hadir. Guru Besar Tuan Haji Zahri Bin Sadeli berucap dalam majlis penutupan itu. Dalam ucapannya , beliau telah berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyumbangkan khidmat gotong-royong pada hari tersebut. Beliau juga berharap akan dapat mengadakan lagi aktiviti sedemikian untuk menceriakan lagi kawasan sekolah serta mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. 9

Laporan disediakan oleh, 2007

NOVEMBER

Muhammad

Arieq

Umar

(MUHAMMAD ARIEQ UMAR BIN SOLEH) Setiausaha, Program Gotong-royong SK PPR Lembah Subang 36 Apakah tujuan pihak sekolah memohon sumbangan daripada ibu bapa ? A B C D 37 Untuk membeli peralatan gotong-royong Untuk membeli pokok bunga bagi menceriakan kawasan sekolah Untuk membeli cat Untuk membuat jamuan selepas gotong-royong

Semua yang berikut telah memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti gotong-royong kecuali... A B ibu bapa murid dan guru C D pihak MBPJ semua penduduk sekitar

38

Berapa orangkah murid tahap 2 yang mengikuti aktiviti gotong royong pada hari tersebut. A B 15 orang 100 orang C D 150 orang 140 orang

39

Selama berapa jamkah aktiviti gotong-royong itu diadakan ? A B 2 jam 3 jam 30 minit C D 2 jam 30 minit 3 jam

40

Apakah harapan Tuan Haji Zahri Bin Sadeli ? A B C D Harapkan ibu bapa datang dengan lebih ramai lagi. Program berjaya dan dapat dijayakan lagi pada masa akan datang. Keceriaan sekolah diberi penekanan. Ibu bapa mampu membantu sekolah dalam aktiviti gotong-royong.

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai