Anda di halaman 1dari 49

KENYATAAN AKHBAR

SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA MBM MAHU KERAJAAN BEKUKAN SEGERA PENGAMBILAN PEKERJA ASING

Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan sebuah badan induk kepada 40 buah pertubuhan utama di Malaysia menyokong penuh usaha kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia untuk membekukan sementara pengambilan pekerja asing untuk semua sektor di Negara ini sebagai langkah untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia. MBM amat terkejut dengan laporan yang disiarkan dalam media bahawa setiap bulan hampir 3000 penganggur berdaftar dengan kementerian berkenaan. MBM yakin, kadar pengangguran ini akan terus meningkat disebabkan kesan ekonomi global yang dialami di seluruh dunia. Langkah kementerian untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing itu bukan sahaja boleh memberi ruang kepada belia tempatan untuk merebut peluang kerja tetapi ianya juga boleh mengurangkan kadar gejala sosial dalam masyarakat kita ini. MBM memuji langkah yang diambil oleh Jabatan Tenaga Rakyat dengan mengadakan saluran pendaftaran secara online tetapi MBM merasakan langkah itu masih lagi tidak dapat membantu rakyat yang menganggur terutamanya mereka yang tiada kemudahan internet. Masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak mengetahui fungsi Jabatan Tenaga Rakyat dalam membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan. MBM mahu jabatan ini menggunakan saluran media untuk mempromosikan peranan serta fungsi jabatan kepada masyarakat. MBM juga turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa kesatuan dan NGO agar pekerja-pekerja asing yang telah tamat kontrak mereka dihantar pulang dengan segera tanpa perlu disambung perkhidmatan mereka. Jika langkah ini tidak diambil dengan segera, MBM percaya Negara akan menghadapi masalah kadar pengangguran yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan ini akan menyumbang kepada masalah sosial dalam masyarakat. Keadaan ini akan menjadi bertambah buruk ekoran lebihan pekerja asing dalam Negara yang sudah tamat kontrak tetapi masih lagi menetap di sini. Oleh itu, MBM mahu Kementerian Sumber Manusia berkerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengesan dan mengenalpasti pekerja asing ini yang semakin bermaharajalela di Negara ini bagaikan Negara mereka sendiri. Kini, kekayaan Negara sedang dialir keluar melalui 2.1 juta pekerja asing dan MBM pasti jumlah itu sebenarnya kurang berbanding dengan jumlah sebenar pendatang asing dalam Negara ini. Jika kerajaan mengambil langkah itu dengan segera, ianya akan dapat mengurangkan pengaliran keluar wang Negara. Langkah itu juga akan dapat meningkatkan ekonomi Negara secara tidak langsung melalui perbelanjaan oleh rakyat Malaysia yang telah mengisi kekosongan kerja yang sebelum ini diisi oleh rakyat asing.

MBM juga menyeru agar rakyat Malaysia yang sedang menganggur merebut dan mengambil peluang yang ada ini dengan proaktif dan tidak terlalu memilih pekerjaan. Kerajaan telah mengadakan pelbagai kursus kemahiran kepada masyarakat dalam usaha membantu mereka mendapatkan pekejaan tetapi usaha kerajaan ini akan menjadi sia-sia sekiranya ia dipandang sepi oleh rakyat Malaysia. MBM berharap pihak majikan lebih mengutamakan rakyat tempatan dalam usaha membantu kerajaan menangani masalah pengangguran ini dan mereka boleh menggunakan saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam mencari pekerja tempatan. Majikan ini seharusnya menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu rakyat Malaysia dan bukannya menafikan hak-hak mereka untuk mendapatkan perkerjaan yang kini diisi oleh orang luar.

isu pengangguran menjadi-jadi ketika ekonomi dunia bergolak. Pelbagai langkah harus diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini terutama dalam kalangan belia. Jelaskan langkah-langkah yang konkrit. Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak. Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan bilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran

kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif. Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini membutkikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai satu lawatan sahaja. Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai perana tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan sebegini. Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja. Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negara-negara jiran kita terutama Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari betapa

pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda yang baru sahaja keluar dari sekolah.

Karnival kerjaya BN kurangkan pengangguran di Sabah


30/07/2011 5:20pm KOTA KINABALU 30 Julai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yakin Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) yang kini berlangsung di Pusat Perdagangan Sabah, dapat mengurangkan kadar pengangguran terutama pada kalangan belia di negeri ini. Beliau berkata, ini kerana karnival tiga hari yang disertai kira-kira 85 syarikat itu menawarkan lebih 6,000 jawatan kosong pelbagai peringkat termasuk untuk lulusan ijazah. "Inilah bukti komitmen tinggi dan keprihatinan kita dalam membela nasib rakyat dan meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka menerusi penyediaan peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan. "Kita bukan sahaja bercakap tetapi juga bertindak dan mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah rakyat khususnya berkaitan isu-isu pengangguran. Saya berharap para belia khususnya yang belum mendapat pekerjaan merebut peluang ini, katanya pemberita selepas merasmikan karnival itu hari ini. Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata, sambutan terhadap karnival kerjaya itu amat menggalakkan yang mana lebih 10,000 mengunjunginya sejak ia bermula semalam. Bernama

416 kes pemerdagangan orang sejak 2008 hingga 2011


21/01/2012 6:54pm PUTRAJAYA 21 Jan. Sejumlah 416 kes dan 591 tangkapan telah dilaksanakan bahagian penguatkuasaan bagi pemerdagangan orang dari tahun 2008 sehingga 2011, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN). Bagi kes pendakwaan pula, sebanyak 383 kes telah dituduh di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 sementara 243 kes sedang di peringkat perbicaraan, 59 kes telah selesai dan 60 kes berjaya disabitkan. Menurut kenyataan KDN hari ini, mangsa yang telah diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) pula terdiri daripada 261 lelaki, 545 wanita dan 118 kanak-kanak. Statistik tersebut diumumkan dalam mesyuarat pertama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) 2012 yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam. Mesyuarat pertama itu juga memutuskan untuk menjemput Jabatan Audit Negara bagi melaksanakan pengauditan ke atas aktivitinya dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain, dalam usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Selain itu, mesyuarat tersebut bersetuju untuk menandatangani persefahaman bersama dengan agensi kerajaan berkaitan serta rakan strategik antarabangsa bagi meneruskan komitmen memerangi jenayah tersebut. Turut dilaporkan, MAPO telah membuat tinjauan di Kukup Pontian, Johor, memandangkan kawasan itu merupakan laluan keluar masuk bot-bot kecil yang membawa penumpang dari negara ini ke Tanjung Balai, Indonesia. BERNAMA

Wanita tempatan jadi keldai dadah membimbangkan


KUALA LUMPUR 20 Jan. Bilangan wanita yang dijadikan mangsa keldai dadah semakin membimbangkan apabila angka itu menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kira-kira 60 peratus daripada 882 mangsa keldai dadah yang kini meringkuk dalam penjara di luar negara adalah wanita. Menurutnya, jumlah itu selari dengan peningkatan wanita berpendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. "Hampir setiap bulan Kementerian Luar menerima laporan berhubung mangsa keldai dadah.

"Hakikatnya, sebahagian besar yang melakukan 'aktiviti' itu tahu mengenainya tetapi apabila ditahan, mereka enggan mengaku dan seolah-olah menggambarkan mereka dijadikan mangsa," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Kohilan berkata, mereka yang menjadi mangsa adalah antara lingkungan usia 20 hingga 35 tahun. Tambah menyedihkan lagi, kata beliau, kini orang kurang upaya dan ibu tunggal pula menjadi sasaran terbaru sindiket tersebut. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya tidak terpedaya dengan kata-kata manis mereka yang tidak dikenali khususnya dalam laman sosial seperti Facebook. PEMERDAGANGAN MANUSIA
AKTIVITI perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun.

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. AS telah menggubal undang-undang perdagangan manusia iaitu Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000. Akta itu telah memperluaskan konsep perdagangan manusia dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat. Malaysia juga telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut. Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000. Sejajar dengan pengenalan akta tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAO) yang berfungsi untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan ATIP. Walaupun Laporan Antipemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan ATIP dan MAO akan membuktikan komitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Persidangan Serantau Mengenai Penyeludupan, Perdagangan Manusia dan Jenayah Antara Negara di Bali pada Februari 2002 telah menunjukkan komitmen bersepadu antara negara-negara Asia Pasifik. Persidangan itu sepakat untuk membentuk kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dibendung

dperingkat akar umbi. Mereka juga menganggap penyeludupan dan perdagangan manusia bukan sahaja melanggar hak sesebuah negara malah ia menimbulkan pelbagai masalah selain menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

Namun begitu, dalam memperkatakan mengenai isu ini, ramai yang masih keliru di antara konsep penyeludupan dan perdagangan orang. Menurut UN Convention Transnational Organised Crime (2000), penyeludupan ialah apabila seseorang memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lain kepada pihak-pihak tertentu. Sementara itu, Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi. Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Daripada definisi di atas, terdapat beberapa perbezaan ketara antara perdagangan dan penyeludupan manusia. Hubungan antara penyeludup dan orang yang diseludup akan berakhir apabila seseorang itu dihantar ke destinasi yang dikehendaki oleh mangsa dan unsur pengeksploitasian tidak perlu dibuktikan sebagai sabitan kepada kesalahan tersebut. Apa yang pasti penyeludupan orang akan melibatkan rentas sempadan sesebuah negara secara haram. Kesanggupan mangsa untuk membayar sejumlah wang menunjukkan bahawa migrasi mereka adalah benar-benar terdesak dan mereka menjangka mendapat keuntungan berlipat kali ganda di negara destinasi. Pada 1993, seramai 300 imigran dari China telah diseludup ke New York dengan menggunakan kapal Golden Venture. Setiap mereka membayar sebanyak AS$30,000 hingga AS$40,000 kepada ejen penyeludupan. Kebanyakan mereka telah berjaya mengaut keuntungan sehingga mampu membina rumah besar dan mewah di negara asal. Perdagangan orang pula tidak semestinya mereka yang terlibat perlu merentas sempadan sesebuah negara tetapi ia juga boleh berlaku secara domestik. Contohnya dalam isu kerja paksa. Ia tidak semestinya melibatkan pekerja asing sahaja tetapi boleh diambil kira nasib pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan. Status kemasukan mangsa perdagangan orang boleh berlaku sama ada secara sah atau tidak. Tetapi bagi aktiviti penyeludupan statusnya sudah tentu tidak sah. Apa yang penting dalam isu perdagangan orang ialah wujudnya unsur-unsur eksploitasi dan paksaan terhadap mangsa. Oleh itu, jika dilihat dalam kes Siti Hajar Sadli, pembantu rumah Indonesia yang dikatakan telah didera oleh majikan bukan sahaja boleh menggunakan peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ) tetapi juga peruntukan dalam Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kesalahan perdagangan orang tidak melibatkan unsur-unsur sukarela antara mangsa dengan orang yang memperdagangkan. Ia juga tidak melibatkan sebarang bentuk ganjaran atau caj perkhidmatan seperti aktiviti penyeludupan. Untuk tujuan pendakwaan dan sabitan, mangsa perlu dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur-unsur paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama ada sebelum, semasa atau selepas proses

perdagangan orang itu berlaku. Dengan itu, adalah sukar pihak berkuasa untuk bertindak pada peringkat awal kerana ia perlu menentukan mangsa telah dieksploitasi atau sebaliknya. Bagaimanapun, tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia. Ini kerana selalunya kesalahan penyeludupan orang mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian aktiviti perdagangan manusia. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu dan pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang komited dan kewangan yang mantap. Ini kerana tanpa elemen-elemen tersebut adalah sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk mengenai antiperdagangan orang. Apa yang pasti mangsa-mangsa perlu diberikan perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama, gender, bangsa dan negara asal. Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani memorandum perjanjian di bawah PBB supaya kos pemulihan dan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah seorang - mangsa atau penjenayah - melibatkan rakyat mereka. Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih serius untuk menangani isu ini. Oleh itu, aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah.

Karangan: Nasib mangsa pemerdagangan manusia


Bagaimana Bantu Wanita Mangsa Pemerdagangan Orang Meneruskan Kehidupan Sebahagian besar daripada empat juta pekerja asing yang sah dan tanpa izin di Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang, demikian menurut Laporan Pemerdagangan Manusia 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Namun wanita asing adalah yang sering menjadi mangsa terutama dalam pemerdagangan seks. Sejumlah wanita direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia dengan hampir separuh daripadanya menjadi pelayan pelanggan (GRO) dalam industri seks komersil. Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada kira-kira 300,000 wanita pembantu rumah yang bekerja di negara ini juga mangsa pemerdagangan manusia dengan mereka ditipu, pergerakan disekat, tidak dibayar gaji, dirampas pasport atau terikat dengan hutang oleh ejen dan majikan. Mangsa pemerdagangan ini terutama wanita lazimnya mengalami tekanan emosi atau trauma yang teruk sehingga ada yang mahu bunuh diri atau bertindak kurang siuman.Oleh kerana ini pihak berkuasa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyelamatkan mereka juga membantu dengan mendekati emosi mereka di Rumah Perlindungan Wanita (RPW). DEKATI EMOSI MANGSA

Mendekati mangsa pemerdagangan memerlukan kaedah dan teknik yang sesuai kerana trauma dan tekanan yang dialami mereka menurut Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Menurut Lembaga Kaunselor Malaysia, kaunselor perlu mempunyai kemahiran khusus dalam mengendalikan mangsa trauma pemerdagangan manusia. Sokongan melalui kaunseling trauma psikologi diberikan kepada mangsa sebaik sahaja tiba di rumah perlindungan, menyakinkan bahawa mereka dilindungi dan tempat yang didiami mereka kini adalah selamat. Memandangkan mangsa berasal dari pelbagai negara, kaunselor perlu memahami latar belakang budaya dan bahasa pertuturan mereka. Masalah komunikasi turut wujud kerana kebanyakan mereka tidak boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Tamil terutamanya mangsa dari Vietnam, Thailand dan Kemboja. Bagi mengatasi masalah ini, jabatan dengan kerjasama beberapa penterjemah daripada NGO dan pihak kedutaan membantu kelancaran sesi kaunseling. Dalam aktiviti kaunseling sama ada individu atau kelompok, mangsa boleh berkongsi serta meluahkan apa yang ada dalam fikiran atau perasaan mereka bersama kaunselor. Program ini melibatkan terapi bercerita, menyanyi, melukis, menari dan seumpama. MENENANGKAN EMOSI MANGSA Semasa melakukan aktiviti itu, mereka akan berkongsi dengan kaunselor, pekerja kes dan rakanrakan mengenai kisah hidup mereka, bagaimana mereka datang ke sini dalam suasana yang lebih santai yang secara tidak langsung membantu menenangkan emosi. Terdapat juga tekanan perasaan dalam kalangan penghuni yang menyebabkan mereka bertindak agresif termasuk cuba mencedera atau membunuh diri. Mereka yang berisiko tinggi ini dapat dikenalpasti melalui tingkahlaku mereka, antaranya suka menyendiri, murung, marah, kesedihan yang amat, memberontak serta enggan mengikuti aktiviti yang dijalankan. Kebanyakan mereka risau memikirkan keluarga di kampung dan nak cepat keluar bertemu keluarga. Mereka juga tertekan kerana tidak dapat bekerja sepanjang berada di rumah perlindungan sebab niat mereka hanya nak cari rezeki membantu keluarga. Oleh itu, pihak kerajaan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat untuk membantu melaksanakan kerja yang boleh menjana pendapatan kepada mereka. Dengan cara ini sekurang-kurangnya apa yang dipelajari di Rumah Perlindungan itu akan dapat membantu mereka memperbaiki kehidupan apabila pulang ke negara masing-masing serta tidak lagi diperdaya dan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. RUMAH PERLINDUNGAN Sehingga kini terdapat lima buah tempat perlindungan yang dikhaskan khusus untuk menempatkan mangsa pemerdagangan orang dan mangsa penyeludupan migran sejak penubuhannya pada 2008. Tiga daripadanya dikhaskan bagi wanita iaitu dua di Kuala Lumpur dan satu di Sabah dan satu bagi lelaki di Melaka dan satu bagi kanak-kanak di Kuala Lumpur.

Tempat perlindungan ini diwujudkan khas untuk mangsa pemerdagangan orang dan mangsa penyeludupan migran bagi membantu mereka daripada segi pemulihan dan perlindungan. Mangsa yang diselamatkan akan diberi bantuan kemanusiaan daripada segi keperluan tempat tinggal, pemeriksaan kesihatan dan makan minum secukupnya. Mangsa yang kurang sihat atau mengandung akan dihantar ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan. Bagi memastikan penghuni tidak terus mengalami kemurungan yang boleh membahayakan mereka dan petugas, pelbagai aktiviti turut dijalankan terutama aktiviti yang boleh memberi ketenangan kepada mereka seperti aktiviti memasak dan menjahit. Kaunselor akan cuba memahami perasaan, tekanan serta trauma yang mereka hadapi, jadi pihak kerajaan melaksanakan pelbagai aktiviti agar mereka tidak mengalami trauma yang serius. Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Persatuan Suara Kanak-Kanak (SUKA Society), Organisasi Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), Kelab Rotary Sunway, Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) turut menyumbang dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama mangsa di rumah-rumah perlindungan. Kerajaan juga sentiasa berhubung dengan kedutaan luar untuk memaklumkan keadaan rakyat mereka yang diselamatkan. TERGODA DENGAN TAWARAN GAJI TINGGI Beberapa penghuni di sebuah daripada rumah perlindungan wanita di Kuala Lumpur mendedahkan kepada Bernama bagaimana mereka berakhir sebagai mangsa pemerdagangan manusia. Mely (bukan nama sebenar), 20, adalah antara mangsa pemerdagangan manusia yang berada di sebuah daripada rumah perlindungan kelolaan Jabatan Pembangunan Wanita sejak April lepas. Tergoda dengan tawaran dan pujukan ejen, dia nekad lari ke Malaysia pada usia 16 tahun untuk mencari rezeki bagi membantu keluarganya yang miskin di Timor Leste. Sebaik sampai di Klang, dia terus ditempatkan di rumah majikannya di Selangor dengan dijanjikan gaji RM600 sebulan atau hampir dua juta rupiah. Bagaimanapun dugaan hidupnya bermula selepas sebulan tinggal bersama di rumah majikannya itu. Pada awalnya majikannya baik, tapi lama kelamaan layanan terhadapnya berubah dan bertambah teruk. Dia tidak dibayar gaji langsung selama empat tahun di sana. Tidak tahan dengan deraan mental dan fizikal selain tidak diberi makan dan dipukul serta dikurung dalam bilik setor, dia bernekad melarikan diri sehelai sepinggang apabila mendapat tahu akan dijual oleh majikan kepada pihak lain di Thailand. MENJADI MANGSA ROGOL

Kisah yang sama turut dikongsi Rani (bukan nama sebenar) dari Kemboja yang kini adalah penghuni rumah perlindungan yang sama. Berasal dari sebuah kampung jauh di pedalaman Kemboja, yang mengambil masa kira-kira 6 jam perjalanan dari Phnom Penh.Kemiskinan menyebabkan bapanya menyerahkannya kepada ejen untuk membawanya bekerja di Malaysia. Di sebalik bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM500, dia turut disuruh membersih dan menjaga pejabat majikannya sehingga beliau tidak diberi peluang untuk berehat secukupnya.Tempoh kerja sehingga lebih 12 jam sehari cukup menyeksakan hingga beliau tekad untuk melarikan diri. Ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau, selepas melarikan diri beliau bertemu dengan seorang lelaki yang kononnya ingin membantunya mencari pekerjaan tetapi di sebaliknya beliau dirogol dan dihantar ke sebuah ladang untuk bekerja dengan gaji RM600 sebulan. Rani mula berasa tenang ketika bekerja di ladang itu, namun kedatangan semula lelaki itu di ladang berkenaan menyebabkan beliau dirogol sekali lagi. Dia buat laporan polis dan kemudian dibawa ke Imigresen sebelum dimasukkan ke rumah perlindungan ini sejak tujuh bulan lepas. HIDUP BERTAMBAH DERITA Turut berkongsi pengalaman, seorang lagi mangsa pemerdagangan orang, Yuni, 28, berasal dari Sumatera Utara. Derita hidupnya bagai tidak pernah putus. Ibu tunggal dua anak ini hidup susah dan miskin di negaranya dan berhasrat untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak yang kini dijaga bekas suaminya.Keluarganya memang hidup susah sejak awal lagi. Namun sejak suami terlibat dalam penagihan dadah hidup keluarganya bertambah parah. Pernah dia dan anak-anak beberapa hari tidak makan dan hanya menyambung hidup dengan meminum air sahaja. Pujukan seorang kenalan yang menawarkan pekerjaan di sebuah kedai fotokopi di Malaysia dengan tawaran gaji RM600 sebulan menarik hatinya untuk mencuba. Setelah pelbagai kepayahan dilalui untuk keluar dari kampungnya, dia akhirnya tiba di Klang. Namun ia tidak seperti yang dijangka apabila ejen berkenaan kemudian membawanya ke sebuah rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Dia pernah bekerja dengan tiga majikan, namun tidak kekal. Ejen juga menipunya. Dia hanya diberi pasport pelancong. Akhirnya dia berjaya melarikan diri dan diserahkan kepada pihak Imigresen sebelum dimasukkan ke pusat ini. Walaupun melalui pengalaman perit, ditipu dan didera, namun ketiga-tiga mereka tetap ingin kembali ke Malaysia setelah pulang ke negara masing-masing nanti kerana bagi mereka Malaysia tetap lubuk untuk mencari rezeki.

Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan Manusia Mangsa dijanjikan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di luar negara tetapi sebaik tiba di destinasi mereka dipaksa untuk melakukan aktiviti seks atau buruh paksa yang kini dianggap sebagai satu bentuk perhambaan moden. Mereka adalah mangsa satu jenayah terancang dikenali sebagai pemerdagangan manusia, yang kini adalah ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api. Pemerdagangan manusia adalah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad lepas. Mengikut laporan Amnesty International; pada tahun 2004 sahaja dianggarkan 700;000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks. Bagaimanapun, amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk menjalankan aktMti mereka. REKOD MALAYSIA DALAM PEMERDAGANGAN MANUSIA Ini telah menjejaskan reputasi negara dan usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menjaga imej negara. Langkah serius kerajaan menangani isu pemerdagangan manusia telah menaikkan taraf Malaysia ke Tahap (Tier) 2 daripada Tahap 3 dalam Laporan Senarai Pemerhatian Pemerdagangan Malaysia (TIP) 2010. Laporan TIP adalah senarai kedudukan negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan manusia. Pada tahun 2009; kedudukan Malaysia merosot dari Tahap 2 pada 2008 ke Tahap 3 pada 2009. Pencapaian TIP adalah berdasarkan kepatuhan negara menerusi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA) Amerika Syarikat. Menurut klasifikasi antarabangsa, Tahap Satu merujuk kepada negara yang melakukan pematuhan sepenuhnya dan Tahap Dua bagi usaha signifikan untuk mematuhi TVPA. Manakala Tahap Tiga pula bermaksud sebagai negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA. MUDAH TERDEDAH Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka peluang kepada kerancakkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kedatangan pelancong dan pekerja asing di Malaysia menambahkan lagi sindiket pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis seperti dari China, Indonesia, Thailand, negara-negara Balkan dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan. Tidak ketinggalan juga di bandar kecil yang terdapat ramai buruh asing di sektor perladangan, perindustrian dan pembinaan juga terdapat aktiviti kurang sihat ini yang melibatkan pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama, lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut di seluruh negara memberi gambaran permintaan yang tinggi terhadap perniagaan tersebut hingga meningkatkan juga permintaan dan kemasukan wanita muda oleh sindiket pemerdagangan manusia yang sama.

Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya antara lokasi stategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan namun ia masih belum cukup kuat untuk menghalang kemasukan sindiket yang membawa wanita dan gadis muda bagi tujuan pelacuran dan buruh domestik. Lagipun, modus operandi sindiket membawa masuk mangsa adalah sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini memasukki negara secara sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini memasukki negara ini menggunakan pas lawatan sosial atau pun pas pelajar. LELAKI DAN KANAK-KANAK TIDAK TERKECUALI Bukan hanya wanita, lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh paksa. Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Malah lebih menyedihkan mereka turut dipaksa bekerja untuk tempoh panjang sehingga lebih 18 jam sehari tanpa dibayar upah. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Menurut statistik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 1,930 mangsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) manakala 708 lagi perintah perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit terlibat dalam eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan manusia (24)dan penjualan bayi (11). MASIH KURANG KESEDARAN Kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu pemerdagangan manusia masih lagi rendah malah masih ramai yang tidak memahami definisi sebenar yang dimaksudkan dengan pemerdagangan orang. Selain skopnya yang luas, aktiviti pemerdagangan orang adalah lanskap jenayah yang masih dianggap baru yang menyebabkan pemahamannya masih kurang. Kurang pemahaman itu bukan sahaja di kalangan orang ramai, malah ia berlaku di kalangan penguatkuasa sendiri. Istilah penyeludupan dan pemerdagangan manusia juga membawa dua maksud yang berbeza walaupun kedua-duanya kelihatan sama. Pemerdagangan orang membawa maksud merekrut, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi di mana modus operandinya termasuk penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko atau rawan dan memberi atau menerima pembayaran. Ia digunakan untuk tujuan mengeksploitasi pelacuran, eksploitasi seksual, buruh paksaan atau khidmat layanan paksa dan perhambaan. Manakala penyeludupan membawa maksud mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warga

negara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu tidak sah. Ini juga membawa maksud mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perkara di atas. Namun begitu tidak dinafikan aktiviti penyeludupan orang menjadi punca kepada akiviti pemerdagangan manusia kerana kebiasaannya penyeludupan orang berpotensi menjadi sebahagian aktiviti pemerdagangan orang. Berikutan itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah dipinda bagi memasukkan kesalahan penyeludupan migran untuk dijadikan akta baru yang kini dikenali sebagai Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 yang dikuatkuasakan pada MAC 2011 lepas. Pindaan itu bagi menangani sindiket antarabangsa yang menjadikan negara ini sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk membawa mangsa ke negara ketiga terutama Australia.Kebanyakan mangsa adalah dari Afganistan, Pakistan dan Myanmar yag dibawa masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ke Indonesia dan seterusnya ke Australia. Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberi jaminan polis akan mengambil langkah berterusan memerangi pemerdagangan manusia dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket. Lebih ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan panas sindiket itu seperti di perairan negara di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk utama sindiket itu sebelum mangsa diperdagangkan ke negara destinasi. Kerajaan juga turut mengambil tindakan yang lebih teratur melalui Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang.Pelan yang dirangka bagi tempoh lima tahun (20102015) itu adalah antara usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras masalah pemerdagangan orang. Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej; prestasi dan nama baik negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

Nahas meningkat 8.5% sepanjang lima hari Ops Sikap 25


21/01/2012 5:35pm KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) Sebanyak 6,602 kemalangan dilaporkan sehingga hari kelima Ops Sikap ke-25 berbanding 6,083 dalam tempoh yang sama tahun lepas dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 8.5 peratus. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid berkata, peningkatan itu melibatkan pertambahan sebanyak 519 kes kemalangan. "Jumlah kemalangan tertinggi direkodkan di Jalan Bandaran dan Jalan Persekutuan masing 646 kes dan 384 kes, katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sikap di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Sungai Buloh dekat sini. Bagaimanapun beliau berkata, meskipun laporan kemalangan merekodkan peningkatan namun penurunan pada jumlah kematian masih direkodkan iaitu daripada 59 kematian kepada 58 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas. "Dari segi kematian kita dapati bahawa penunggang dan pembonceng mencatatkan perangkaan yang tinggi iaitu daripada 58 kematian, 29 daripadanya disumbangkan oleh penunggang dan pembonceng motosikal, katanya.

Salleh berkata, dari segi statistik jumlah terkumpul saman membabitkan pelbagai kesalahan yang telah dikeluarkan sehingga lima hari Ops Sikap sebanyak 100,773 saman berbanding 55,578 saman dalam tempoh yang sama tahun lepas. "Untuk Ops Sikap kali ini, kita gunakan pendekatan penguatkuasaan dan mungkin kerana itulah jumlah saman yang telah dikeluarkan meningkat sehingga 50 peratus jika dibandingkan dengan tahun lepas, katanya. - BERNAMA

Ops Sikap ke-25 hari kelima: 11 kematian dicatatkan


21/01/2012 12:57pm KUALA LUMPUR 21 Jan. Hari kelima Ops Sikap ke-25 mencatatkan peningkatan dari segi jumlah kematian dengan 11 maut menjadikan jumlah angka korban sebanyak 58 orang sejak operasi dilancarkan pada Isnin lalu. Polis Diraja Malaysia menerusi laman webnya melaporkan, pengguna kereta mencatatkan angka tertinggi dengan menyumbang kepada enam kematian diikuti penunggang motosikal empat kematian dan pengguna lori satu kematian. Sebanyak 1,652 kemalangan dilaporkan berlaku dengan jalan bandaran mencatat jumlah tertinggi 646 kes, diikuti jalan persekutuan (384), jalan negeri (282), lebuh raya (238) dan 102 kes bagi jalan-jalan lain. Polis juga mengeluarkan 17,973 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat lima hari Ops Sikap sebanyak 86,991 saman membabitkan pelbagai kesalahan. BERNAMA

RENCANA - Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang (Cikgu Tan C L)


Dalam era pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang pesat dan rancak pembangunannya. Dewasa ini, Malaysia mengorak langkah dalam menyongsong arus kemajuan yang kian deras. Namun, sejajar dengan arus pembangunan negara, perkara yang acap kali merimaskan masyarakat sarwajagat ialah isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Dalam keghairahan mengejar kebendaan dan kemewahan, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mula berakar umbi sejak dahulu lagi. Keluarga boleh ditakrifkan sebagai satu institusi yang terdiri daripada orang-orang yang tersayang dan dikasihi termasuk keturunan moyang yang sama. Keluarga boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, yakni keluarga nukleus dan keluarga luas. Keluarga nukleus terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak serta adik. Keluarga luas pula terdiri daripada keluarga nukleus, nenek, datuk, sepupu, mak cik, dan pak cik. Mutakhir ini, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian menggamit perhatian semua pihak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mampu menyumbang kepada pelbagai impak negatif. Antara kesan daripada kemelut ini ialah kegagalan ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati sesama sendiri. Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang dapat dilihat dengan ketara menerusi beberapa kejadian yang bobrok. Tamsilannya, keratan akhbar daripada Berita Harian pada 17 Julai 2005 melaporkan bahawa seorang bapa bertindak mencabuli kehormatan dan merogol anak

perempuannya semasa ketiadaan orang lain di rumah. Kejadian sumbang mahram ini ialah satu insiden yang amat menyedihkan dam memalukan. Seandainya hubungan kekeluargaan semakin renggang, ahli-ahli keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan saling bertukar fikiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat. Oleh itu, ahli-ahli keluarga tidak memahami antara satu sama lain dan seterusnya konflik dan perselisihan faham mudah berlaku. Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan sekali gus ahli-ahli keluarga bermusuhan sesama sendiri. Di samping itu, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang turut menyumbang kepada masalah pengabaian ahli-ahli keluarga khususnya golongan tua dan bayi. Penghantaran golongan warga emas yang uzur dan pembuangan bayi yang masih belum mencecah usia tiga bulan tidak lagi asing kepada masyarakat metropolitan khususnya di Kuala Lumpur. Masyarakat moden hari ini beranggapan bahawa golongan warga emas merupakan suatu beban yang menyusahkan mereka. Oleh itu, mereka bertindak menghantar golongan ini khususnya ibu bapa mereka yang tua dan uzur ke rumah orang tua-tua. Mereka langsung tidak memahami perasaan ibu bapa mereka yang terasa diabaikan oleh cahaya mata sendiri. Selain itu, ada pula golongan ibu bapa yang masih muda dan mentah pemikirannya bertindak membuang bayi mereka ke dalam tong sampah mahupun meletakkannya di tepi jalan dan kaki lima. Amalan yang hina ini dipercayai dilakukan atas sebab ibu bapa tidak bersedia dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab untuk membela seorang bayi. Angkara-angkara mengabaikan ahlii keluarga khususnya warga emas merupakan senario yang amat memalukan. Oleh itu, isu ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua pihak. Pepatah Melayu ada mengatakan Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin yang bertiup. Tiada pihak yang patut dipersalahkan melainkan ahli keluarga itu sendiri. Isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian hangat diperdebatkan oleh media massa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap ibu bapa yang individualistik dan materialistik merupakan pemangkin utama kepada kemelut ini. Dewasa ini, golongan ibu bapa taksub mengejar kebendaan dan beranggapan bahawa kerjaya dan wang ringgit adalah lebih afdal daripada keluarga sendiri. Mereka turut beranggapan bahawa kemewahan dan kerjaya dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai status sosial mahupun kemampuan individu dalam masyarakat. Anggapan ini adalah salah sama sekali kerana keluarga merupakan aset paling berharga bagi semua insan di seantero marcapada. Keluarga merupakan aset yang paling signifikan dan tidak dapat ditukar beli dengan wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya semata-mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak-anak mereka dan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit. Anak-anak ini telah kehilangan satu wahana untuk bertukar fikiran dan pendapat dengan ibu bapa mereka. Mereka bertindak mencari rakan sebaya dan meluahkan segala isi hati kepada rakan yang dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik-tolak dari sinilah gejala sosial mula berlaku dan menular tanpa mencapai titik noktahnya. Isu ini yang diumpamakan seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru haruslah ditangani dengan segera. Pelbagai langkah penyelesaian yang pragmatik, sistematik dan konkrit haruslah diambil secara berterusan. Ahli keluarga haruslah lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga. Masa yang diperuntukkan pula haruslah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Sebaikbaiknya, segala konflik atau masalah yang dihadapi oleh sesiapa sahaja dalam keluarga itu

dibawa bersama untuk dibincangkan. Tambahan pula, ahli-ahli keluarga pula seharusnya menjadikan hari Ahad sebagai hari keluarga supaya ahli keluarga dapat bersama-sama tanpa gangguan aktiviti lain seperti mesyuarat dan aktiviti kokurikulum. Selain itu, ahli-ahli keluarga khususnya golongan remaja haruslah didedahkan kepada didikan agama dan moral. Masyarakat kontemporari acap kali memandang enteng mengenai didikan agama dan moral. Didikan agama dan moral mampu membentuk jati diri dan hubungan kekeluargaan yang utuh. Melalui pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989), subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama telah diperkenalkan. Program ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar khususnya dalam menghargai dan mencintai keluarga. Namun demikian, pelajar mutakhir ini hanya menganggap bahawa subjek-subjek ini lebih berorientasikan peperiksaan daripada ilmu praktikal. Dengan erti kata yang lain, ilmu teori lebih diutamakan daripada ilmu praktikal. Jadi, pihak sekolah dan pelajar haruslah berganding bahu sama ada dalam memberi kesedaran tentang kepentingan hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam menghargai hubungan kekeluargaan agar pergolakan mahupun konflik tidak ditimbulkan sesama ahli keluarga. Sebagai intiha, komitmen yang jitu dan padu haruslah diberikan daripada semua pihak. Penerapan nilai-nilai murni mengenai hubungan kekeluargaan dalam jiwa anak-anak muda haruslah dilakukan sejak dari usia yang muda lagi. Bak kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Generasi muda khususnya golongan muda haruslah diberikan kesedaran mengenai keperluan sebuah institusi keluarga yang harmonis. Remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada kepimpinan negara kelak. Merekalah bakal pemimpin dan akan mengetuai pucuk pimpinan negara kelak. Tambahan pula, remaja haruslah melengkapkan diri dengan lunas keluhuran moral supaya hubungan kekeluargaan yang erat dapat dijalin. Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah kita mengjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenaga dalam membendung kemelut ini. Janganlah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis dari segi kebudayaan dan nilai-nilai murni. Namun demikian, sekarang bukanlah masanya untuk menopang dagu dan menuding jari. Misi dan visi rakyat jelata untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersohor dan terkemuka di seantero marcapada pasti bersifat fatamorgana seandainya kemelut ini tidak dapat ditangani. Institusi keluarga yang harmonis amatlah penting dalam melahirkan golongan pemimpin negara kelak. Kejayaan seseorang individu bermula daripada institusi keluarga yang sempurna. Pendek kata, segenap lapisan masyarakat di seluruh pelosok negara haruslah berganding bahu dalam menangani kemelut hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jadikanlah Rumahku Syurgaku. Jangan jadikan rumah sebagai lembah pergaduhan mahupun pertelingkahan. Rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat yang gembira dan bukannya sebagai satu tempat yang menimbulkan suasana yang tegang.

2. Bahaya memutuskan hubungan kekeluargaan. Orang yang memutuskan hubungan tidak masuk syurga. (Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Bukanlah orang yang menghubungkan silatur rahm itu dengan memenuhi hajat sahaja, tetapi ialah orang yang apabila engkau putuskan hubungan dia menyambungnya. (Bukhari) Seorang lelaki bertanya Nabi; Wahai Rasulullah! Aku ada kaum kerabat yang aku hubungkan persaudaraan tetapi mereka memutuskan. Aku buat baik kepad mereka tapi mereka berbuat jahat kepada aku dan aku berlembut kepada mereka tapi mereka tidak mempedulikan aku. Jawab baginda; jika engkau seperti yang engkau dakwa, seolah-olah mereka bergelumang debu. Akan sentiasa ada pembantu dari Allah untuk kamu menangani mereka selagi engkau dalam keadaan demikian. (Muslim) Keluarga adalah didahulukan dalam berinteraksi. Sabda Nabi; sedekah kepada orang miskin dapat pahala sedekah, tapi ke atas kaum keluarga dapat dua pahala, pahala sedekah dan menghubungkan persaudaraan. Saiyidah Maimunah telah memerdekakan hamba perempuannya tanpa meminta izin Nabi SAW. Maka pada malam gilirannya beliau bertanya Nabi; Wahai Rasulullah, adakah engkau perasan bahawa aku telah memerdekakan hamba perempuanku? Adakah engkau telah lakukan, tanya Nabi. Ya, jawab Maimunah. Lantas Nabi mengulas, ketahuilah, jika engkau beri hamba tadi kepada saudara kamu lebih besar ganjarannya. (Bukhari, Muslim, Abu Daud) 3. Praktikal

Membantu memenuhi keperluan mereka Bertanyakan khabar mereka Susun jadual menziarahi mereka Berhubung dengan mereka ketika safar Doakan mereka Beri mereka zakat, sedekah, hadiah dsb Minta mereka berterusan doakan kita

Pentingnya hubungan kekeluargaan dipelihara


Sesungguhnya keimanan itu tidak boleh diwarisi dari seorang bapa kepada anaknya. Begitu juga kepada kaum kerabat serta mereka yang mempunyai tali persaudaraan dengannya. Keimanan dan ketaqwaan merupakan hak individu dan ia akan dinilai oleh Allah SWT mengikut tahap pencapaian masing-masing. Orang yang beriman akan mendapat ganjaran pahala dan syurga sementara orang yang kufur akan mendapat azab siksaan Allah. Hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan amat penting dalam hidup kita. Walau bagaimanapun, hubungan ini akan terputus di akhirat sekiranya terputus hubungan akidah di antara mereka. Pada ketika ini kaum kerabat dan anak-anak mereka tidak akan berguna kepadanya kerana tali hubungan yang mengikat mereka telah terputus.Hanya tali akidah sahaja boleh mengikat mereka di sisi Allah.

Realitinya ketika di dunia lagi kita boleh perhatikan kerenggangan hubungan kekeluargaan ini sekiranya salah seorang mereka memutuskan hubungan akidah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala tindakan mereka dan niat yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka. Kesimpulan Hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan yang teguh amat penting dalam kehidupan kita seharian. Walau bagaimanapun, hubungan ini boleh terputus sekiranya salah seorang daripadanya memutuskan hubungan akidah di antara mereka. Sekiranya perkara ini terjadi,maka terpisahlah hubungan ibu, bapa, anak-anak serta kaum keluarga yang lain. Ini bermakna mereka tidak dapat mendatangkan apa-apa faedah yang boleh membantu antara satu sama lain ketika di akhirat kelak. Justeru itu marilah kita bersama-sama saling bantu membantu dalam usaha memelihara akidah di kalangan anggota keluarga khususnya dan keseluruhan umat Islam amnya.

Keluarga: Hubungan yang Kekal Selamanya


Memperbaiki Hubungan Kekeluargaan Keluarga merupakan sumber identiti dan kekuatan kita. Orang kata kamu boleh memilih rakan tetapi bukannya keluarga. Apabila kamu sedang membesar, mungkin kamu tak suka berada di rumah. Ibu bapa mungkin menyekat pergerakan dan adik-beradik yang lain sentiasa buat kamu geram. Kadang-kadang kamu rasa keseorangan dan tidak difahami. Hidup mungkin melemaskan. Tetapi, itukan keluarga dan kamu dan jika dilihat dalam banyak sudut lain, kamu bertuah kerana mempunyai mereka. Hubungan kekeluargaan yang indah, baik belaka itu tidak terjadi secara automatik. Ia memerlukan banyak komunikasi, kerjasama dan perasaan saling menghormati di kalangan ahli keluarga. Berikut merupakan beberapa tip bagaimana untuk merapatkan hubungan kekeluargaan:

Cakap dan dengar. Komunikasi merupakan proses dua hala. Apabila sesorang itu bercakap, seorang yang lain mendengar dan tidak mencelah. Apabila kedua-dua pihak telah didengari, mereka boleh mula memberikan komen mengenai isu yang dibincangkan. Dalam berkomunikasi, banyak kesabaran dan hormat ditunjukkan pada individu tersebut. Ini dilakukan apabila mendengar tanpa perasaan berat sebelah atau menghakimi. Dalam sebuah keluarga, kekurangan komunikasi biasanya menyebabkan rasa marah dan salah faham. Mungkin tak mudah untuk berbicara dengan ahli keluargamu, tapi cubalah untuk melakukannya apabila terdapat kesempatan.

Luangkan masa dengan keluarga kamu. Kamu mungkin sibuk di sekolah atau tempat kerja tapi meluangkan masa dengan keluarga selama sehari akan membuatkan kamu rasa lebih dekat dengan mereka. Luangkan masa dengan ibu ketika sedang memasak dan berbual dengan ayah mengenai sukan atau perniagaan semasa dia sedang menonton berita. Kamu dan adik beradik boleh meluangkan masa dengan keluar bersama. Jika kamu masih lagi bujang, luangkan masa sehari seminggu untuk kamu melakukan aktiviti bersama keluarga. Berjalan-jalan, berkelah ataupun menonton filem bersama-sama. Sekiranya kamu telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, rancangkan hari keluarga sekurang-kurangnya sebulan sekali agar semua orang dapat meluangkan masa berkualiti bersama-sama. Menyokong satu sama lain. Ahli keluarga kita masih lagi seorang individu. Sebagai individu, mereka mempunyai impian tersendiri untuk dicapai. Mungkin ia tak sama dengan kamu, tapi cukup menyeronokkan bila mereka mengetahui yang kamu sentiasa menyokong dan mempercayai mereka. Berikan sokongan dan kata-kata semangat. Dengan sokongan kamu, ia akan menguatkan ikatan kekeluargaan. Memahami personaliti masing-masing. Dalam satu keluarga, terdapat bermacam-macam personaliti. Kita tak akan mengenali ibu bapa dan adik beradik sepenuhnya walau dah lama tinggal sebumbung. Memahami bagaimana ibu bapa dan adik beradik memberikan respons terhadap situasi tertentu boleh membantu kamu untuk berkomunikasi dengan mereka. Seorang adik mungkin lebih ceria dan mudah untuk meluahkan perasaannya manakala yang seorang lagi mungkin lebih sensitif dan gemar memendam rasa. Dengan mengetahui perkara begini, kamu akan lebih memahami ahli keluarga kamu terutamanya dalam situasi-situasi yang kritikal. Jangan mudah terasa. Kamu mungkin rasa sedih bila ibu bapa menggunakan perkataan kasar terhadapmu. Kamu juga mungkin merasakan yang mereka tidak lagi sayang padamu. Jangan begitu. Sebagai ibu bapa, sudah tentu mereka mahukan hanya yang terbaik buat kamu jadi janganlah berdendam dan elakkan menyakiti hati mereka.

o Karangan: Inflasi
Posted on November 20, 2009 | 1 Comment

Kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa mencetuskan pelbagai spekulasi malap dan pesimistik terhadap masa depan ekonomi dunia. Harga petroleum yang melambung tinggi menyebabkan subsidi petrol di Malaysia terpaksa ditarik balik. Bincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi petrol serta cadangkan langkah-langkah menghadapi kesan kenaikan harga petrol yang tinggi. 1. Kenaikan harga petrol dunia yang tinggi memaksa kerajaan menarik balik pemberian subsidi petrol. Harga minyak meningkat kepada US$ 140 setong berbanding US$50 setong pada tahun 2006. RM1.10 seliter tahun 2006 naik menjadi RM2.70 seliter. Jadi, jumlah subsidi berlipat ganda mencecah RM65 bilion setahun. Kerajaan tidak mampu terus memberi subsidi. Hal ini kerana kerajaan akan bankrup. ( setakat 2007, untung Petronas RM868 bilion, RM532 bilion bayar sebagai cukai. Thn 2008 untung RM101 bilion. Serah kpd kerajaan RM67.6bilion=50% pendapatan kerajaan ) Langkah ini tidak bijak kerana orang kaya turut menikmati harga murah petrol. Ini menggalakkan mereka boros menggunakan kenderaan. Warga asing seperti rakyat Singapura juga menikmati subsidi. (salah guna subsidi) Nelayan pula jual petrol kepada rakyat Thailand untuk dapat keuntungan cepat sahaja. (Kita tidak mampu menyesuaikan diri suatu hari nanti, tidak berdaya saing, ekonomi lumpuh) 2. Subsidi yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih praktikal. Jelas kelihatan dan terbukti kini, ramai orang sudah jimat ekoran kenaikan harga petrol. Kenderaan berkurangan di jalan raya. Kesesakan lalu lintas diatasi. Pencemaran alam berkurangan. Ini bererti subsidi petrol sebelum ini mencetuskan pembaziran. Wang RM 13.7 bilion yang dijimat itu lebih baik digunakan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Wang itu digunakan untuk pembangunan yang lebih bermakna seperti R&D dalam tenaga alternatif. Usaha mengatasi masalah kekurangan makanan dapat digiatkan. 3. Untuk membendung kesan inflasi akibat kenaikan harga petrol, bantuan kewangan diberi kapada golongan miskin. Rebat kenderaan seperti motosikal dan kenderaan kecil diberi. RM625 dan RM 150. Tol lebuh raya dikurangkan Golongan bawahan dibantu dengan subsidi yang pelbagai. Nelayan RM200/bulan Pengecualian cukai juga boleh dipertimbangkan. Majlis Ekonomi Negara memastikan daya beli golongan miskin tidak banyak terjejas. Pemantauan harga barang pasaran diketatkan. Kawalan harga barang keperluan. Jangan membenarkan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sewenangwenangnya.

Untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga bahan bakar dan peningkatan harga barang keperluan harian serta perkhidmatan yang menyusul, kerajaan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan di samping memulangkan semula sebahagian besar daripada penjimatan yang diperoleh daripada kenaikan harga itu kepada rakyat dalam bentuk subsidi lain, khususnya subsidi makanan. Inflasi: projek raksasa batal, potong gaji, lesen niaga penjaja kepada golongan miskin. 4. Cara alternatif untuk mengurangkan permintaan petrol perlu dilaksana. Selain itu, kerajaan juga melancarkan kempen berjimat cermat dalam sektor awam. Batal/tangguh projek menteri kurang bercuti di luar negara Untuk perjalanan dekat, jalan kaki dapat menyihatkan badan serta tidak membazirkan petrol. Kongsi kereta juga dapat jimatkan petrol. NGV, basikal Sistem pengangkutan awam moden seperti LRT/MRT, Bas Rapid di perluaskan. Usaha mencari tenaga alternatif seperti biojisim/biodiesel, tenaga nuklear dan hidroelektik lebih mendesak. Mengapa harga runcit minyak di Malaysia perlu diselaraskan dengan harga di pasaran antarabangsa sedangkan negara ini pengeluar minyak? Kenapa Malaysia perlu mengeksport minyak yang dikeluarkannya dan pada masa sama mengimport bahan itu pula dari negara lain? Mengapa tidak minyak keluaran negara ini ditapis dalam negeri untuk keluaran tempatan dan selebihnya dieksport? Oleh kerana kenaikan harga minyak mentah dunia juga menguntungkan Petronas, tidak bolehkah syarikat itu menyumbang lebih kepada kerajaan untuk membolehkannya terus menanggung subsidi atau Petronas memberikan subsidi secara terus kepada pengguna? Sesetengah daripada soalan itu memerlukan huraian panjang lebar dan berbentuk teknikal. Ia ada hubung kaitnya dengan pengurusan kewangan kerajaan, keperluan tenaga untuk generasi akan datang, pemeliharaan aset negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi mampan dan sebagainya. Sebaliknya negara dan rakyat akan menanggung kerugian dalam tempoh jangka panjang apabila keadaan politik dan sosial menjadi tidak stabil, keyakinan pelabur terhakis dan ekonomi menjadi kucar kacir. OIC, OPEC Petronas :RM 20 bilion bina Putrajaya, RM8.1 bilion bina Petronas Twin Tower. Cari gali dan pemprosesan di Afrika, Vietnam & Kemboja Punca: bekalan jatuh, China & India maju, peperangan, spekulasi Kesan: ekon gawat, sosial unrest, peperangan, bankrup

PATI
22 Jun 2011 Kerajaan buat pertama kalinya mengadakan proses pemutihan dan pengampunan besarbesaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di Malaysia melalui Program 6P bermula 11 Julai 2011. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin di bangunan Parlimen hari ini., program penyelesaian menyeluruh itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini bagi mengurangkan PATI di Malaysia. Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan itu direkodkan dengan kaedah biometrik. Proses itu dimulakan dengan pendaftaran PATI di Jabatan Imigresen sama ada secara persendirian atau oleh majikan masing-masing selama dua minggu dari tarikh tersebut sebelum diputuskan untuk dilanjutkan jika didapati perlu. Langkah tersebut akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta rakyat tempatan. Selepas mereka (PATI) diminta untuk didaftarkan barulah kerajaan menjalankan eksesais pengampunan dengan merekodkan jumlah pekerja yang tidak berdaftar dalam sistem biometrik seperti yang digunakan ketika ini untuk pelawat. Apabila mereka dibawa keluar dan didaftarkan oleh majikan menerusi sistem biometrik, maka kerajaan akan mempunyai rekod di mana mereka berada, bilangannya, siapa majikan mereka dan berapa gaji yang mereka dapat. Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah memaklumkan semua kedutaan asing di negara ini berhubung program itu dan mereka bersetuju untuk membantu bagi urusan visa dan dokumen penting lain. PATI yang telah berdaftar di bawah program pengampunan itu dibenarkan kembali bekerja dengan majikan masing-masing menggunakan pas kerja sementara bagi memastikan langkah tersebut tidak menganggu aktiviti ekonomi negara. kerajaan juga akan menggerakkan jawatankuasa keselamatan seluruh negara termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membantu pihak berkuasa menjayakan program berkenaan.

Karangan: Umur pencen


Posted on May 25, 2011 | Leave a comment

Usia bersara wajib penjawat awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun? Bacalah alasan pihak yang berpendapat tidak wajar umur bersara dinaikkan kepada 60 tahun. Pada asalnya usia bersara wajib penjawat awam ialah 55 tahun. Kemudian ditambah setahun lagi menjadi 56 tahun dan terakhir dipanjangkan pula menjadi 58 tahun mulai 2007. Kini mahu dilanjutkan pula sehingga usia 60 tahun? Faktor mentaliti, kualiti kerja dan komitmen terhadap tugas dalam kalangan penjawat awam di Malaysia mungkin masih jauh daripada menyamai tahap pemikiran dan keupayaan yang dimiliki oleh negara-negara maju. Bayangkan, kakitangan awam yang baru mencecah usia 45 tahun hingga 50 tahun sudah banyak yang menjadi pelupa, merasa diri telah amat tua dan menjadi perlahan dalam serba-serbi. Ini belum diambil kira golongan yang telah dihinggapi penyakit terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, lemah tulang, sakit jantung dan sebagainya tatkala usia semakin menghampiri 50 tahun. Ada pihak mengatakan langkah ini dapat melapangkan sedikit sumber kewangan penjawat awam yang rata-rata banyak menanggung beban hutang. Misalnya hutang rumah, kenderaan, pendidikan anak-anak, insurans kesihatan, kemalangan dan lain-lain. Namun begitu, dengan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan mereka, mungkin sekali gus memanjangkan juga tempoh bayaran balik hutang berkenaan. Bagaimana dengan generasi anak-anak muda yang baharu hendak mencari penghidupan? Perlukah mereka menunggu sehingga orang lama yang sudah lelah bersara terlebih dahulu baharu peluang kerja akan terbuka untuk mereka? Isu pelarasan gaji kakitangan awam tanpa mengira gred lebih relevan membantu kakitangan awam mengatasi masalah kewangan mereka memandangkan kos sara hidup meningkat berkalikali ganda hanya dalam tempoh setahun. Harga petrol dan diesel kerap kali naik. Apabila ini berlaku, harga barangan keperluan harian secara langsung akan ikut naik. Kakitangan awam gred bawahan terpaksa berdepan dengan keperitan hidup apabila kos barangan dan perkhidmatan melonjak naik bebarapa kali setahun, sedangkan anjakan gaji tahunan mereka tidak sampai RM50.

PERANAN WANITA
Wanita dan keusahawanan adalah satu perkara yang tidak asing lagi dalam dunia hari ini. Malah wanita sekarang ini setanding dengan lelaki sama ada dalam dunia perniagaan ataupun bidang politik. Kebelakangan ini, dapat dilihat keusahawanan menjadi salah satu kerjaya pilihan kebanyakan wanita dan ia tidak memberi kesan buruk kepada peranannya dalam pengurusan rumah tangga. Wanita yang akan kita ulas mengenai kejayaannya dalam bidang berniagaan ialah Datuk Maznah Abdul Hamid, Pengerusi Eksekutif SECURIFORCE dan Datin Paduka Siti Sadiah Sheikh Bakir, Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd. Datuk Maznah merupakan seorang wanita yang mendapat gelaran Ion Lady iaitu wanita besi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan kepada mana-mana syarikat atau agensi yang memerlukan perkhidmatan keselamatan. Kini beliau mempunyai lebih daripada 15 buah anak syarikat yang beroperasi di seluruh negeri di Malaysia, manakala beberapa buah lagi di Asia Tenggara. Kerajinan, ketekunan, berfikiran positif dan bersifat kental menghadapi risiko adalah sikap yang ada dalam dirinya. Beliau yang bermula dari bawah dan sekarang ini menerpa nama dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran. Kata-kata yang selalu diungkapkan beliau ialah fikirkan boleh! Jika seseorang ingin berjaya dengan apa yang dirancang hendaklah berfikir bahawa boleh melakukan walaupun kesusahan datang menerpa diri sekalipun. Tidak ada manusia yang berjaya bermula dengan kesenangan, semuanya perlu menghadapi pelbagai risiko dan hendaklah kita bersedia menghadapi risiko dan kegagalan untuk mencapai matlamat hidup. Beliau pernah berkata dalam ucapan semasa menghadiri Real Undergraduate Conference 2009, di Putrajaya, Minda dan fikiran yang positif akan mengerakkan seseorang untuk melakukan perkara yang diingini dan akan berusaha mencapai apa yang diingini. Tidak dinafikan bahawa manusia cepat berputus asa dan cepat merasa selesa dengan apa yang dikecapi, tetapi jangan sesekali anggap bahawa keselesaan hari ini akan memberi kesenangan juga pada keesokan hari. Manakala seorang lagi wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan ialah Datin Paduka Siti Sadiah Sheikh Bakir. Kerjaya beliau dalam bidang menyediakan perkhimatan perubatan kepada seluruh masyarakat Malaysia. KPJ Healthcare Bhd. mempunyai beberapa anak syarikat di seluruh negeri di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang mewah dan canggih seiring dengan penggunaan teknologi. Kegigihan beliau dalam mengusahakan perniagaan yang melibatkan wang berbilion-bilion ringgit tidak mengugatkan semangat beliau yang kental. Dalam menghadapi liku-liku halangan yang memerlukan pengorbanan yang tinggi, beliau tidak gugup sekalipun apabila menguruskan KPJ Healthcare Bhd. Untuk mengecapi kejayaan, kita memerlukan pengorbanan yang tinggi sama ada wang ringgit, masa, tenaga dan mempunyai minda yang positi dan sihat untuk mengejar kejayaan tersebut walaupun beberapa kali kita tersungkur tetapi hendaklah kita bangkit semula dalam mengejar kejayaan yang ingin kita kecapi, katanya dalam Majalah MC terbitan 2009. Kesimpulan yang dapat kita huraikan mengenai wanita dan keusahawanan ialah kita hendaklah bermula dari bawah untuk mengecapi sesuatu kejayaan yang kita inginkan kerana apabila kita bermula dari bawah kita akan belajar bagaimana menghadapi kesusahan, risiko, pengorbanan masa, tenaga, untuk mengecapi apa yang dinginkan. Berfikir secara positif dan mempunyai daya tindak yang berkesan akan membantu kita untuk menerpa kejayaan kerana kejayaan tidak datang dan tidak turun seperti hujan emas dari langit. Oleh yang demikian, rebut dan carilah peluang untuk menerpa kejayaan pada zaman sekarang yang penuh dengan cabaran

Karangan: A Laman Web Sosial


Posted on June 12, 2011 | Leave a comment

Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain. Katagihan Laman Web Sosial Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster, Bebo,dan Myspace. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi. Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di kebanyakan pejabat swasta dan awam, laman sosial telah di block dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja. Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini. Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi. Untuk entri ini saya akan berkongsi kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna internet. Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua. 2. Boleh membantu mempromosi sesuatu. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan. 3. Mudah menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah. 4. Perkongsian maklumat/ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan. Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu. Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook. 1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan. 2. Sekadar untuk mengisi masa lapang Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.

3. Untuk mencari pasangan hidup Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial. 4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu. 5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi. 6. Aplikasi menarik dan ketagih game Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam. Keburukan laman sosial 1. Melalaikan/melekakan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai games, group provokasi/gossip dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka. 2. Obses/ketagihan. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web. 3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.

4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial. 5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya. 6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat. Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.

Keburukan dan kebaikan laman sosial


April 15th, 2010 zool

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di pejabat si Zool, laman sosial telah di block dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja (termasuk yang taip ni). Untuk entri ini saya akan berkongsi keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet .. Keburukan laman sosial

1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Si Zool juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai games, group provokasi/gossip dan sebagainya.. 2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial.. 3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. 4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. 5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Walaubagaimanapun laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam Jejak Kasih la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan x anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. 2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam si Zool yang mempunyai beberapa blog.. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakanrakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda.. 3. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakanrakan. Mudah dan cepat. 4. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.. Cukuplah setakat ini. Sememangnya ada pro dan kontra dalam penggunaan laman sosial. Yang pentingnya anda kena bijak menggunakan ke jalan yang betul.. p/s :- Keburukan dan kebaikan yang dinyatakan memang berkait rapat dengan si ZOol. Ia tidak bermakna kesannya sama pada setiap orang. Bergantung kepada masing-masing.. Jika anda ingin menggunakan entry ini dalam karangan, pengucapan awam dipersilakan tapi diharap jangan copy paste bulat-bulat sebab ada ayat yang tidak sesuai untuk keadaan anda.

FILEM Industri perfileman Malaysia sekarang semakin hari semakin meriah. Jumlah filem yang mendapat kutipan box-office juga semakin bertambah. Rekod yang dipegang oleh sesebuah filem terlaris tak lama kerana setiap tahun ada filem yang dapat mengatasinya. Itu tandanya bisnes dalam bidang perfileman semakin hari semakin baik. Malah Malaysia sudah menjadi rujukan negara luar yang mahu belajar cara Malaysia mengembangkan industri filem. Kalau dulu Syarat Wajib Tayang memperuntukkan selang dua minggu untuk meletakkan tarikh tayangan kerana tidak mahu filem tempatan bersaing sesama sendiri, hari ini tempohnya dipendekkan hanya selang seminggu. Itupun puluhan filem menunggu jadual tayangan kerana banyak filem disiapkan sepenuhnya setiap bulan. Sebab itulah ada filem yang sudah hampir setahun disiapkan, tetapi terpaksa menunggu giliran. Apa kata tayangkan dua atau lebih filem dalam satu masa untuk membolehkan filem-fiem yang sudah siap dapat masuk pawagam lebih awal? Adakah saranan itu boleh mengatasi masalah filem yang berlambak menunggu masa? Walaupun sudah banyak filem menunggu tayangan, penerbit filem masih belum yakin untuk membiarkan persaingan sesama filem tempatan. Mereka tak mahu lihat ada filem yang akan merudum sekiranya ditayangkan serentak dengan filem lain yang lebih menonjol. Penerbit yang aktif seperti MIG dan Tayangan Unggul mungkin tak ada masalah untuk menyokong sekiranya ada saranan mahu melonggarkan tarikh tayangan dua buah filem serentak. Mereka sendiri menerbitkan puluhan filem setahun. Apatah lagi pawagam hari ini juga semakin berkembang. Walaupun banyak panggung menayangkan sesebuah filem, ia sebenarnya masih menampung keperluan tayangan. Konsep pawagam yang mempunyai beberapa dewan tayangan sebenarnya memungkinkan perkara itu diamalkan. Kalau kita senaraikan judul filem yang sudah siap dan sedang menjalani penggambaran, sepanjang tahun ini tak ada masalah untuk menayangkan beberapa filem serentak sepanjang tahun ini. Pihak pawagam juga pasti tiada masalah kerana banyak filem lokal yang mengutip lebih banyak berbanding filem Hollywood atau Hong Kong. Penerbit sepatutnya semakin berani bersaing. Kalau adanya persaingan sengit dalam meraih perhatian penonton, mereka tentunya akan menghasilkan sesebuah filem dengan lebih baik. Sekali gus akan meningkatkan mutu filem kita juga. Tapi ada juga penerbit yang cuba mengambil kesempatan semasa melihat anak muda ghairah ke pawagam dengan menghasilkan filem berbajet rendah. Kalau bajet rendah dengan mutu yang

baik, tak menjadi masalah. Yang tak sedapnya bila hasilnya juga amat mendukacitakan. Pihak yang macam itulah sebenarnya mengganggu pasaran malah boleh dillabelkan sebagai perosak undustri filem itu sendiri. Semasa orang lain sibuk menghasilkan filem gah, dia pula hasilkan filem murahan. Kita sudah melihat negara lain yang pernah menjadi rujukan kita dalam menghasilkan filem yang baik suatu ketika dulu. Kini mereka semakin ke belakang kerana adanya penerbit yang menghasilkan filem murahan; yang berunsur seks, misalnya. Thailand, Indonesia dan Filipina pernah mendepani Malaysia dalam hal penerbitan filem suatu ketika dulu. Tapi hari ini Malaysia sudah mengatasinya. Bukan setakat kelebihan jumlah filem yang dihasilkan, sebaliknya Malaysia lebih banyak dalam kutipannya. Rusia mahu belajar? Penerbit dari MIG, David Teo berkata orang Rusia ada datang ke Malaysia untuk meninjau dan mancari petua untuk mengembangkan perfileman di negara mereka. Dia sendiri didatangi oleh mereka ketika membuat kunjungan baru-baru ini. "Mereka mahu tahu apakah petua orang Malaysia dalam mengembangkan indutri perfileman. Mereka dapat tahu perkembangan industri perfileman melalui kajian dan ia membawa mereka ke mari untuk mengetahui dengan lebih lanjut. "Orang luar sudah pandang industri kita, tapi saya tak puas hati apabila ada orang kita sendiri yang memberi gambaran industri filem kita tidak ke mana-mana. Itu satu fakta yang silap dan ketinggalan zaman. Dulu memang kita tak nampak perkembangannya, tapi hari ini perfileman Malaysia sudah berkembang," kata David.

.3 Peranan dan Fungsi kaum Wanita di Malaysia Dalam masyarakat traditional, peranan kaum wanita adalah terhad kepada peranan pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki. Ini dapat dilihat daripada jenis-jenis tugas yang mereka lakukan, umpamanya peranan mereka dalam pekerjaan sawah adalah untuk membantu suami mereka seperti menyemai, mengubah dan menuai. Dalam membangunkan keluarga masingmasing, wanita zaman traditional menjalankan tugas seperti mencucuk atap, membela ayam itik dan lain-lain sebagai membantu peranan lelaki yang lebih besar dan pokok dalam kehidupan keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Dalam bidang politik dan pemerintahan status kaum wanita telah bertambah baik dan jika dilihat dalam perkembangan status mereka sama tinggi dengan lelaki. Ini dapat dilihat apabila kaum wanita diberikan hak mengundi seawal-awal usia penubuhan negara kita ini. Dalam bidang ekonomi, adalah bidang yang sudah diterokai oleh kaum wanita dan di mana kaum lelaki agak bersikap liberal dalam membuka pintu kepada kemasukan dan penyertaan wanita. Pada masa dahulu peranan dan fungsi kaum wanita dalam bidang ini amat terbatas. Jumlah wanita yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan maupun swasta semakin bertambah dan begitu juga pembahagian pendapatan. Walaupun jumlah pekerja-pekerja wanita ramai, hampir keseluruhannya termasuk pada peringkat pekerja-pekerja kurang mahir mendapat jumlah gaji yang kecil sahaja. Perubahan pada peranan ekonomi mempunyai kesan yang amat besar dan meluas terhadap kaum wanita yang terlibat dari segi peranan dan fungsi sosial. Nilai sosial lama masih lagi menganggap wanita sebagai makhluk yang dicipta untuk kesenangan kaum lelaki di mana timbulnya institusiinstitusi ekonomi moden yang khusus memperdagangkan wanita seperti pelacuran, teman sosial, kelab-kelab khusus dan lain-lain. Peranan wanita sebagai isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumah dan keluarga dan lebih utama lagi mereka berjaya menentang diskriminasi yang dikenakan kepada kaum wanita dalam soal gaji dan pembayaran cukai. 3.0 Peranan Wanita dari sudut Politik. Menerusi cetusan ideal Wawasan 2020, ternyata hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju begitu tinggi sekali. Berbagai perubahan telah, sedang dan akan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Ini termasuklah di dalam bidang politik negara supaya sistem perundangan dan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar tanpa wujud sebarang pertelingkahan serta bangkangan yang boleh membantutkan pembangunan negara. Oleh yang demikian penglibatan semua pihak adalah amat diambil berat untuk menguruskan pembangunan negara. Dan ini tidak terkecuali penglibatan kaum wanita di dalam pembangunan negara. Apabila membicarakan politik ,Imam Al-Ghazali mendefinasikan politik sebagai suatu kehidupan manusia. Setiap manusia yang berkecimpung dalam bidang politik memerlukan diri mereka terlibat dengan masyarakat. Justeru itu, politik amat berkait rapat di antara individu dengan masyarakat. Oleh yang demikian apabila wanita melibatkan diri di dalam politik

menyebabkan penyertaan mereka di dalam bidang-bidang di luar rumah tangga untuk bersama dengan masyarakat untuk turut sama menyumbangkan kepada pembangunan negara. Di Malaysia khususnya apabila kaum wanita terutama kaum muslimah melibatkan diri di dalam bidang politik untuk sama-sama membangunkan negara maka akan terdengar pelbagai pandangan akan penglibatan mereka. Maka timbulah pelbagai persoalan dari penglibatan mereka dalam politik seperti sejauhmanakah Islam membenarkan kaum muslimah bergerak cergas dalam arena politik ? Bolehkah seseorang muslimah bertanding untuk menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen ? Adakah Islam merestui wanita dilantik menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang berlaku di setengah-setengah negara hari ini seperti Pakistan ?. Oleh yang demikian maka timbulah aliranaliran pemikiran berhubung dengan penyertaan wanita dalam lapangan politik. Aliran pertama berpendapat bahawa wanita diharamkan menceburi politik dengan memberi alasan berikut: Pada zaman nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, tidak ada seorang pun dari kalangan wanita yang diajak untuk membincangkan masalah-masalah yang berhubung dengan urusan negara atau hukum syarak bersama dengan kaum lelaki. Oleh yang demikian jika diteliti akan peranan yang boleh diberikan oleh wanita dalam membangunkan negara khususnya dari segi politik antaranya ialah wanita itu boleh menjadi penasihat kepada suami mereka. Ini dapat kita lihat jika seseorang wanita itu bersuamikan orang politik maka ianya boleh melibatkan dirinya secara tidak langsung dengan memberi nasihat dari segi keputusan yang telah dibuat atau dilaksanakan oleh suaminya yang mungkin tidak bersesuaian dengan kaum wanita yang mungkin tidak sesuai dengan pembangunan. Sebagai contoh mungkin di setengah-setengah negeri tidak membenarkan kaum wanita melibatkan diri mereka secara aktif dalam bidang perniagaan yang bertentangan dengan ajaran agama dan adat sopan. Sebagai isteri mereka boleh memberi pandangan bahawa peraturan yang dilaksanakan itu mungkin tidak bersesuaian dengan kehendak pembangunan masa kini yang mahukan kaum wanita sama-sama melibatkan diri dalam arus pembangunan negara. Ini adalah dikhuatiri wanita yang menceburi bidang politik tidak dapat mengawal batas-batas agama seperti pergaulan bebas dengan lelaki yang boleh membawa kepada kerosakan akhlak dalam masyarakat yang seterusnya akan membantutkan pembangunan negara. Hadis Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan bahawa "Tidak akan beroleh kemenangan suatu kaum yang melantik wanita menjadi ketua bagi menguruskan hal ehwal mereka". Manakala aliran yang kedua pula adalah berpendapat wanita boleh berpolitik untuk pembangunan dan kemajuan negara dan umat keseluruhanya. Menurut sebahagian ulama wanita boleh berpolitik termasuk menjadi wakil rakyat sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Malah dalam sejarah sendiri telah tercatit bahawa khalifah Umar ibn Al khatab juga pernah mendapat nasihat dan teguran dalam melaksanakan undang-undang dan pentadbiran

negara dari kaum muslimah pada masa zaman pemerintahan khalifah. Ini menunjukkan peranan wanita dalam pembangunan sesebuah negara adalah tidak boleh disisihkan dan diketepikan. Demikian juga wanita boleh melibatkan diri untuk membangunkan negara secara aktif melalui pelbagai pertubuhan NGO seperti PERTIWI dan HAWA. Melalui pertubuhan-pertubuhan inilah mereka boleh menyalurkan pelbagai ideal dan cadangan dalam usaha untuk membangunkan negara sama ada dari segi pendidikan, keagamaan, sosial, budaya dan ekonomi. Melalui NGO juga mereka boleh membantu membangunkan negara dengan memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat terutamanya mengemaskinikan undang-undang dan akta-akta yang boleh mengawal kemakmuran. Selain itu wanita juga boleh memainkan peranan membangunkan negara melalui ideal-ideal yang dikemukakan menerusi bidang penulisan. Ini adalah merupakan jalan yang terbaik bagi wanita kaum muslimah yang terkongkong oleh peraturan serta hukum yang tidak membenarkan mereka bergaul secara bebas dengan golongan bukan muhrim mereka serta perlu menjaga dan mengawal aurat mereka daripada dicerobohi. Oleh itu menerusi penulisan dengan mengemukakan pandangan dan pendapat diharapkan ianya akan dapat membantu dalam mentadbir negara. Menerusi penulisan juga mereka berpeluang mengemukakan pandangan serta komen ke atas pembangunan yang sedang dilaksanakan dan telah dilaksanakan samada bersesuaian dengan peredaran zaman dan kehendak negara. Namun begitu jika dikaji dan diteliti akan penglibatan atau peranan yang kaum wanita khususnya kaum muslimah di negara ini untuk membangunkan negara adalah amat kecil dan terhad sekali sumbangan mereka malah tidak kedengaran langsung dari wanita di dalam dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menyumbangkan tenaga dan ideal untuk sama-sama membangunkan negara. Di antara faktor-faktor yang berkaitan yang membataskan sumbangan kaum wanita dalam pembangunan negara ialah mereka terlalu terikat dengan tradisi dan budaya masyarakat timur yang menjadi identiti masyarakat di negara ini. Ini adalah kerana wanita timur terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi pekerti baik dan mulia serta lemah lembut. Jika kaum wanita itu melibatkan dirinya di dalam bidang politik untuk membangunkan negara maka sudah tentu sifat yang menjadi kebanggaan dan kemegahan masyarakat timur sudah tentu akan hakis dan tercemar apabila mereka keluar untuk berkempen dan mempromosikan negara untuk pembangunan maka sudah tentu ianya memerlukan mereka bertindak di luar batas sifat wanita timur. Demikian juga dengan faktor Perkahwinan ianya merupakan salah satu daripada faktor yang membataskan dan menghalang kaum wanita dari memberi penuh perhatian dan tumpuan dalam usaha untuk membangunkan negara . Ini adalah kerana apabila seseorang wanita itu menjadi pemimpin maka sudah tentu ianya terpaksa membahagikan masanya di antara keluarga dan kerjayanya serta ianya juga perlu mendapat keizinan dari suaminya terlebih dahulu sebelum melangkah keluar rumah. Adalah tidak bermakna pembangunan yang dikecapi jika keluarga dan kehidupan anak-anaknya kucar-kacir dan tidak terurus dengan baik dan kemas. Sesuai dengan kejadian wanita itu sendiri yang berlainan dari kaum lelaki maka sudah tentu mereka sukar untuk memberikan sumbangan

dan peranan yang baik dalam membangunkan negara kerana wanita itu sendiri mengalami beberapa gangguan tabii mereka seperti peredaran haid, mengandung dan sifat emosi mereka yang sukar dijangkakan dan mereka bertindak mengikut perasaan dan nafsu tanpa dapat membuat pertimbangan yang baik dan sempurna. Dan sekiranya wanita menjadi pemimpin maka sudah tentulah ianya akan mendatangkan kesan yang kurang baik kepada pengurusan dan pembangunan negara. 4.0 Peranan Wanita Dalam Pendidikan Wanita memainkan peranan yang penting di dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan. Peranan wanita dalam bidang pendidikan boleh dilihat dari dua perspektif, iaitu perspektif barat dan perspektif Islam. Dari perspektif barat, golongan cendiakawan dan ahli-ahli falsafah barat beranggapan bahawa wanita adalah insan yang lemah, kurang dan hina. Oleh yang demikian wanita tidak boleh disama tarafkan dengan kaum lelaki. Pengaruh ahli falsafah yang begitu kuat telah mendorong ahli fikir serta ketua-ketua masyarakat barat pada ketika itu tidak membenarkan anak-anak perempuan diberi pendidikan atau pengajaran di dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Ramai ahli falsafah barat berpendapat bahawa wanita dijadikan hanya untuk berkhidmat kepada kaum lelaki. Oleh itu, usia wanita haruslah dihabiskan untuk membuat segala kerja yang diperlukan di dalam rumah, iaitu melayan dan memenuhi keperluan suami dan anak-anak. Menurut Rosseau, beliau mengatakan bahawa "wanita itu tidaklah dijadikan untuk ilmu pengetahuan, untuk hikmat, untuk berfikir, untuk mempunyai keahlian, untuk menjadi sarjana dan tidak pula untuk berpolitik atau untuk tugas negara, tetapi ia dijadikan hanya untuk menyusukan anak-anaknya dengan air susunya dan". Oleh yang demikian, peranan wanita sebagai pendidik tidak begitu ketara kerana pelbagai kerjaya telah didominasi oleh kaum lelaki. Dipercayai bahawa kerjaya kaum wanita dalam bidang pendidikan telah bermula pada tahun 1600, tetapi ianya hanya cenderung untuk mendidik anak-anak. Menjelang abad kedua puluh, ahli-ahli pemikir barat telah mengubah cara pemikiran mereka dan mula memberi kebebasan kepada kaum wanitanya seperti kebebasan yang dinikmati oleh kaum lelaki. Wanita telah diberi kebebasan seperti, bebas bersuara, mencari ilmu, bekerja mencari rezeki, memimpin dan sebagainya. Bermula pada abad inilah, profesyen wanita sebagai pendidik mula terserlah. Perjuangan wanita telah mencapai klimaksnya pada tahun 1975, di mana pada tahun itu Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf perjuangan kaum wanita dengan mengistiharkan tahun berkenaan sebagai "tahun wanita antarabangsa". Perjuangan wanita telah merebak ke Asia Tenggara khususnya dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, Raden Adjeng Kartini telah membuka sekolah wanita pertama di Indonesia.

Dari perspektif Islam, Islam telah menyebarkan dasarnya dengan jelas mengenai wanita di dalam segala aspek kehidupan terutamanya di dalam bidang pendidikan. Rasullullah s.a.w. bersabda, "mempelajari ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, lelaki dan perempuan". Dasar ini telah ditegaskan sejak kemunculan Islam pada abad ke enam Masihi, dan ianya masih terpakai dan terus menjadi tunjang kepada dasar pengajaran Islam hingga kehari ini. Islam bukan sahaja meletakkan wanita di tempat yang paling wajar sebagai manusia dan sebagai teman hidup bagi seorang lelaki, tetapi Islam menghargai sifat kehalusan dan ketajaman perasaan wanita yang menjadikan mereka layak untuk memegang tugas sebagai seorang pendidik dibandingkan dengan kaum lelaki. Sebab itulah dari satu aspek, wanita lebih penting diberi pengajaran atau pendidikan yang secukupnya kerana kaum wanita merupakan pendidik atau guru yang paling layak untuk mendidik anak-anak dan anak bangsa mereka. Sesuatu bangsa akan berjaya apabila wanitanya mendapat pendidikan yang lengkap dan tinggi harga diri dan akhlaknya kerana kehalusan sifat wanita serta ketajaman perasaan seseorang ibu boleh memindahkan segala kebaikan yang ada padanya untuk diwarisi oleh anak-anaknya. Menurut seorang ahli falsafah Islam, "bila pendidikan telah begitu lengkap bagi wanita, biarlah kaum lelaki tidak begitu dipentingkan pendidikannya, kerana wanita-wanita itulah kelak akan mendidik kaum lelaki". Peranan wanita dalam bidang pendidikan di Malaysia, boleh dilihat dengan kemunculan maktabmaktab perguruan. Untuk merealisasikan peranan wanita sebagai seorang pendidik, maka sebuah maktab telah ditubuhkan untuk wanita pada tahun 1935 iaitu Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Sejak kebelakangan ini, wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Penerangan dan Penyelidikan, Kementerian Sumber Manusia, terdapat 68% wanita terlibat di dalam sektor pendidikan. Namun demikian, jumlah peratusan kaum wanita yang memegang jawatan penting di dalam sektor pendidikan adalah kecil. Menurut N.Siva Subramaniam, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia, terdapat 5% sahaja kaum wanita yang memegang jawatan penting di dalam bidang pendidikan seperti Pegawai Pendidikan, Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Kebanjiran wanita di maktab-maktab perguruan memang tidak dapat dinafikan. Lebih 75% wanita merupakan pelatih-pelatih dikebanyakkan maktab perguruan. Sebagai contoh Enrolmen Guru Pelatih dan Peserta Kursus, Maktab Perguruan Batu Pahat sehingga April 1997 menunjukkan bahawa pelatih perempuan lebih ramai dengan jumlah 471 orang berbanding dengan pelatih lelaki hanya 182 orang (rujuk LAMPIRAN A enrolment guru pelatih dan peserta kursus April 1997). Jumlah guru wanita yang terlalu ramai kadangkala boleh menimbulkan beberapa masalah. Pertama, pelajar-pelajar lelaki tidak mendapat pendedahan yang secukupnya untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar kelas yang mana kebanyakkannya guru wanita tidak tahan lasak, tidak berkebolehan untuk memimpin permainan-permainan tertentu seperti ragbi, bola sepak, sepak takraw dan lain-lain. Kedua, sesetengah guru wanita merungut bila dibebankan dengan matapelajaran di luar bidang dan kesanggupan mereka. Ketiga, apabila guru-guru bercuti

panjang kerana bersalin kemungkinan pelajar-pelajarnya akan mengalami risiko ketinggalan kelas. Wanita perlu mendapatkan pendidikan tinggi bagi menjamin keberkesanan peranannya sebagai salah satu daripada tunjang pembangunan negara terutamanya dalam bidang pendidikan. Menurut Dr. Nik Safiah Karim (1976), di dalam ceramahnya anjuran Pertiwi di Kolej Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, antara lain berkata "perbezaan antara wanita berilmu dengan wanita terpelajar amat jauh. Wanita terpelajar dapat bertindak dalam apa jua keadaan; kalau orang berbicara A wanita yang terpelajar boleh menyambung kepada B dan terus kepada Z. sebaliknya bagi wanita berilmu, pelajaran hanya menjadi tiket untuk mendapatkan pekerjaan, bukan sebagai kegunaan untuk hidup sempurna". Kesimpulannya peranan wanita serta dominasi wanita dalam bidang pendidikan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ini berdasarkan kepada jumlah kaum wanita serta sumbangannya yang begitu besar di dalam bidang pendidikan. 5.0 Peranan Wanita dalam Ekonomi Ekonomi merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara. Kekayaan, status dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada kepesatan ekonomi yang dialaminya. Wanita telah memainkan peranan yang besar dalam aktiviti ekonomi dunia dan sesebuah negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif. Penglibatan wanita dalam ekonomi telah meningkat tidak hanya pada emansipasi (pembebasan dari prasangka dan kongkongan) malah mengambil berat akan keperluan ekonomi. Malangnya kebanyakan penglibatan wanita dalam ekonomi masih di bawah nilai sebenar, kerana pekerjaan wanita tidak mudah diukur dari pengumpulan data secara sistem tradisional. Wanita merupakan lebih dari 1/3 penduduk yang terlibat aktif dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di dunia. Daripada jumlah wanita yang layak bekerja(antara 15-64 tahun) 46 peratus terlibat sebagai tenaga buruh. 65 peratus wanita daripadanya adalah mereka yang tinggal dalam negaranegara yang sedang membangun. Fakta ini membuktikan bahawa sumbangan wanita terhadap ekonomi sesebuah negara adalah besar. Sumbangan dan peranan wanita dalam ekonomi negara terbahagi kepada dua iaitu pekerjaan formal dan kerja tidak formal. 6.0 Peranan wanita dalam pembangunan melalui bidang sosial. Pembaharuan yang dicapai oleh negara sekaligus menuntut perubahan dalam apa jua tindakan yang diambil. Perubahan minda dan gaya hidup masyarakat, turut menuntut kaum wanita agar membuat keputusan yang selaras dengan kehendak komuniti. Selaras dengan ini, kaum wanita perlu bangkit dengan wajah baru bagi mendapatkan hak yang sewajarnya dalam masyarakat. Wanita bukan lagi sebagai pendukung dan penyokong kepada setiap keputusan yang diambil oleh kaum lelaki. Tetapi wanita perlu juga diberi tempat dalam membuat sesuatu keputusan dasar terutamanya dalam bidang sosial.

Perumpamaan yang menyatakan "tangan wanita yang membuai buaian boleh menggegarkan dunia" adalah landasan yang menggambarkan betapa besarnya peranan kaum wanita dalam pembangunan negara apabila kita memperkatakan tentang kaitan wanita dalam bidang sosial. Dengan senario yang melanda negara dengan isu-isu gejala sosial yang melibatkan anak-anak gadis seperti bohsia, lari dari rumah, gadis yang murtad, bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau GRO, penderaan, perkosaan memberikan kita juga gambaran bahawa pentingnya lagi peranan kaum wanita dalam membasmi gejala-gejala ini demi menjamin pembangunan yang seragam dari pelbagai segi. Jelasnya apabila kita membicarakan soal tanggungjawab sosial dalam pembangunan negara ini, ianya harus diukur dari segi tahap kemampuan warganegara terutama kaum wanita. Memang tidak dapat dipersoalkan lagi bahawa peranan kaum wanita dalam pembangunan yang berperspektif sosial perlu di teliti. Ini kerana ianya akan menentukan ke manakah arah perkembangan anak-anak yang kebanyakkannya dididik oleh kaum wanita yang digelar ibu. Oleh itu peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat jelaslah amat penting dalam membangunkan ummah serta negara. 6.1 Peranan wanita dalam keluarga. Dalam membincangkan peranan wanita dalam keluarga, perubahan telah berlaku pada peranan wanita sebagai isteri di dalam rumahtangga moden hari ini. Secara traditional peranan isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumahtangga dan keluarga tetapi dengan timbulnya cara hidup baru berlakulah perubahan tertentu yang meluaskan lagi peranan para isteri. Peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka. Tugas sebagai ibu dan jentera penambah zuriat juga telah mengalami perubahan dalam ertikata wanita tidak lagi menyerahkan nasib mereka bulat-bulat kepada takdir, oleh kerana dengan adanya pengetahuan sains perubatan yang dapat mencipta alat-alat pencegah kehamilan. Ini menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan yang dicapai tanpa meninggalkan sikap keluhuran, kemurnian dan tatasusila seorang wanita. Hari ini para isteri moden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu. Mereka tidak lagi memegang peranan hanya sebagai tukang masak dan pengasuh kanak-kanak sahaja, malah mereka harus pada waktu yang sama menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang tegas dan menteri yang berkalibar dan sebagainya. Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang bertemakan "Wanita Alaf Baru Abad ke 21", wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggugjawab sosial yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman. Imej-imej dan tanggungjawab sosial seperti ini akan membawa kepada perubahan di mana peranan kaum isteri ini dilihat adalah amat besar dalam terus memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Dalam pada itu juga, seperti yang disuarakan oleh pemimpin peringkat nasional tentang krisis institusi keluarga di kebanyakkan negara dapat dikategorikan sebagai

serius. Kesan dan implikasi terhadap krisis ini akan memberikan kerugian jangka panjang kepada negara terutamanya terhadap penghasilan golongan intelektual dan berkebolehan. Keadaan krisis ini mampu menebalkan amalan bercirikan individualistik di kalangan masyarakatnya. Akibatnya sistem nilai yang berteraskan keagamaan dan sosiobudaya mula kehilangan mekanisme kawalannya. Kelonggaran pegangan pada sistem nilai tradisi yang tidak diimbangi dengan penerapan nilai positif baru yang berkesan boleh mendorong generasi muda kita terpengaruh dengan nilai yang bersifat negatif yang diperolehi melalui media massa dan persekitaran di luar keluarga dan sekolah. Ini akan mengakibatkan potensi salah laku muridmurid di sekolah, penglibatan remaja dengan amalan lepak dan gejala dadah kian berleluasa. Oleh yang demikian alternatif yang diperlukan untuk mengatasi masalah ini dengan menjadikan peranan kaum ibu sebagai penasihat dan pengasuh supaya dapat memulihkan keutuhan fungsi institusi keluarga. Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga. Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka. Seperti mana yang diulas oleh Dr. Muhammad Nur Munaty, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), yang mengatakan tugas dan peranan ibu adalah penting dalam menghalang anasir dan unsur yang cuba untuk mempengaruhi pemikiran dan budaya anak-anak. Sekiranya diteliti peranan itu wanita sebagai ibu di dalam sistem kekeluargaan bukanlah sematamata untuk menjaga makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga yang terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Ini kerana kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manafaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Sesunguhnya watak, keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Di dalam hal ini Rasullullah s.a.w dalam hadisnya mengatakan; " Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi" (AlHadis). Dalam menentukan pembentukan anak-anak adalah yang terbaik dalam keluarga, banyak kaum wanita sanggup mengenepikan kerjaya mereka bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Dengan ini tidak hairanlah fakta yang menunjukkan peningkatan bilangan ibu yang berhenti kerja untuk menjadi pengasuh sepenuhnya di dalam keluarga adalah bertambah dari masa ke semasa terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak lebih dari 2 orang.

6.2 Peranan wanita dalam masyarakat.

Dari segi amalan sosial ini, kaum wanita berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah. Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani. Justeru itu bagi alaf abad ke 21 ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrim. Dengan senario sosial yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman traditional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai. Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan mendalam pada halhal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kanak-kanak atau anak-anak mereka. Kaum wanita bertanggungjawab secara langsung terhadap perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan negara yang akan mempengaruhi anak mereka keseluruhannya. Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil mereka mampu membentuk satu generasi yang matang, berwibawa dan berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan berwawasan. Ini bertepatan dengan pandangan Senator Kamilla Ibrahim dalam menjawab persoalan Bicara Wanita 1 anjuran Biro Perpaduan dan Pembangunan Wanita Umno yang menyatakan bahawa perspektif yang berlandaskan sosial dalam pembangunan wanita adalah penting sebagai kuasa pembentukan ketamadunan manusia dan negara. Selain daripada itu, kaum wanita juga berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menjamin kebajikan masyarakat secara amnya. Kaum wanita hari ini telah berjaya meluaskan lagi rasa penglibatan mereka dalam soal-soal kebajikan kepada bidang yang lebih serius dan besar. Mereka telah berani memperjuangkan perubahan-perubahan pada peraturan-peraturan bekerja dan hak-hak pekerja wanita supaya mendapat layanan yang baik dan taraf yang sama dengan kaum lelaki. Kejayaan dalam menentang diskriminasi yang dikenakan kepada kaum wanita dalam soal gaji dan pembayaran cukai membayangkan betapa besarnya nilai peranan golongan ini dalam membentuk kebajikan dan pembangunan keluarga serta negara. Perjuangan ini banyak dilakukan melalui saluran-saluran yang betul seperti melalui badan pertubuhan wanita bukan kerajaan di bawah naungan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO). Melalui NCWO ini juga banyak perbincangan diadakan yang berkisar pada isu-isu semasa yang menjurus pada matlamat membangunkan negara.

Sementara itu dengan wujudnya Dasar Wanita Negara (DWN) di awal tahun 1990, ianya telah banyak menjadi landasan untuk membolehkan kaum wanita turut sama menyertai pelbagai bidang pembangunan negara. Menurut Datuk Rafidah Aziz, DWN menjadi wadah dalam memberi panduan dan hala tuju dalam segala usaha perancangan dan program-program pembangunan negara agar wanita tidak diabaikan. Melalui DWN kaum wanita dapat memperjuangkan agar matlamat kesamaan dam persamaan dengan kaum lelaki dapat dijadikan teras dasar pembangunan yang berorientasikan rakyat agar kaum wanita sama-sama dapat menyumbang pada pembangunan negara. Melalui DWN ini juga kaum wanita telah memperjuangkan agar imej wanita di pandangan dunia diubah dan tidak diekspoitasi dengan sewenang-wenangnya. Wanita melalui DWN sudah mampu mengadakan program besar seperti seminar, simposium, persidangan dan sebagainya samada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang menunjukkan bahawa kaum wanita aktif bukan sahaja dalam pembangunan keluarga malahan masyarakat dan negara. Melalui program-program seperti yang disebutkan ini, kaum wanita berjaya mengumpulkan pelbagai bentuk pemikiran, merumuskannya dan menjadikannya sebagai suara tunggal yang mereka wakili dalam sesuatu isu terutamanya yang membabitkan pembangunan negara. Sekiranya kita meneliti pula perubahan dari segi sosio-budaya, peranan kaum dalam pembangunan sebuah negara juga adalah besar. Contohnya di Malaysia, sejak tahun 1970an, perangkaan menunjukkan penghijrahan wanita dari desa ke kota telah meningkat dengan pesat. Kesan perubahan sosio-budaya ini telah mewujudkan masyarakat bandaran dan masyarakat yang menuju ke arah zaman perindustrian matang yang akan meningkatkan pelbagai industri perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya. Ini menujukkan pada kita bahawa dengan kesan penghijrahan kaum wanita ini, beberapa sektor yang memerlukan tenaga kerja wanita telah membangun dengan pesat dan ini akan menjurus pada pembangunan negara. Selain daripada itu juga, tugas-tugas yang memerlukan penglibatan kaum wanita sepenuhnya seperti bidang kejururawatan, doktor sakit puan dan sebagainya menambahkan lagi keperluan dan peranan kaum wanita. Inilah tugas-tugas penting yang diperlukan oleh masyarakat dan dalam hubungan ini masyarakat mempunyai hak untuk mewajibkan kaum wanita memenuhi bidang pekerjaan ini sepertimana masyarakat berhak mengarahkan kaum lelaki memikul tugastugas berperang dan keselamatan negara. Segala kesimpulannya peranan kaum wanita amatlah besar dalam sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki dalam pembangunan negara. Rasanya tidak lengkap sekiranya tugas pembangunan negara hanya disandarkan di bahu kaum Adam kerana maksud pembangunan itu sendiri adalah amat luas. Pembangunan sesebuah negara itu bukanlah hanya semata-mata merujuk pada pembangunan ekonomi tetapi meliputi pembangunan dari segi sosial, sahsiah dan perpaduan ummah. Untuk itu, pembangunan dari unsur-unsur yang melibatkan faktor-faktor sosial memerlukan tindakan dan perjuangan yang lebih berani dari kaum wanita. Sememangnya perbezaan fizikal wanita akan menyebabkan perbezaan tugas dan tanggungjawab dari pandangan umum. Justeru itu untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu, seorang wanita mampu

mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan kearah pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang. Keimanan menjadikan wanita kebal, umpamanya seekor ikan, jika dicampakkan ke laut masin, ia tetap tidak masin melainkan ia sudah mati dan digaramkan.

7.0 Kesimpulan Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding lebih lima puluh tahun dahulu. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah kerana tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Apabila kita mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain. Memang kita akui wanita sendiri kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana lelaki namun dalam sesetengah keadaan golongan lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja yang boleh dilakukan oleh wanita. Justeru itu kita harus ingat bahawa tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rational. Kita tidak harus meletak wanita sebagai golongan lemah kerana mereka juga berkemampuan dan berkredibiliti. Wanita sebagai isteri, ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin. Maka wanita harus mengubah paradigma untuk melihat bahawa mereka juga mampu bersamasama setaraf dengan lelaki dalam semua keadaan. Dalam Islam ketokohan saidatina Khadijah sebagai tokoh korporat dan ahli perniagaan yang berjaya menjadi inspirasi wanita dan lelaki. Tidak kurang juga ketokohan Aisyah sebagai seorang ilmuan dan pakar rujuk kepada sahabat dan keluarga baginda rasul telah membuktikan bahawa Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi Peranan mendidik generasi serta kerjasama semua pihak samada dalam keluarga, tempat kerja, jiran tetangga dan masyarakat setempat perlu diperhebat untuk menjadikan wanita kepada penyumbang pembangunan negara.

Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti Oleh: Hassan bin MohamedKita sering mendengar slogan yang berbunyi Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara Kita juga sering mendengar kata kata bahawa seseorang lelaki yangberjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikansokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan Tangan yang menghayun buaian itu, boleh menggoncang dunia . Demikianlah, kaum wanita itu dilihat seba gaigolongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkanwibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupukdan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan.Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkanperbicangan selanjutnya. Rangkai kata peranan wanita dapat didefinisikan sebagai suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kitamelihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan melahirkan pula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripadasesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata generasi yang berkualiti merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagaiaspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secarakeseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, perananatau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yangberwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan.Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yangterbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasihsayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibumemperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidangakademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dantunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. NurAmalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuanwanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah Ibu Mithali yang disediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dansabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yangmembanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibuberbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yangketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidakada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-kata kasih ibu membawa ke syurga dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlangmenerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbuktikaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentukwarganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspeksebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanitamampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak diperingkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Kaum wanita juga setandingkemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkatsekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat perananwanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain sepertibidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahanmereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria.Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusikepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuahorganisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan merekaboleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalan Kepemimpinan Melalui Teladan. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan untuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasarnegara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga mempunyai seorang GabenorBank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. ZetiAkhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakannegara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkatantarabangsa. Dalam menyahut seruan Malaysia Boleh misalnya, kita berbangga dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi wanitapertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan danketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi mudauntuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda.Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikanbahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasadisebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya,sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada dibelakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor MahathirMohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persadaantarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertamaMalaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran,

ilmudan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untukmenumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakansuatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan peranandalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara.Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkangenerasi yang cemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kitadapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikandan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan BukanKerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasameyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi mudakhususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti.Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkangenerasi yang berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelakidengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yangcemerlang, gemilang dan terbilang, insya-Allah.