Anda di halaman 1dari 2

Pengurusan Tingkah Laku Sinopsis Lampiran 5 The Mascot Mrs Clem merupakan guru pembimbing bagi Ms.

. Cathy Anderson yang akan mengajar di sekolah selama 8 minggu. Pelajarnya adalah terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki yang kurang upaya. Bagi Cathy, dia mengharapkan Mrs. Clem mempunyai banyak pengalaman untuk dicurahkan bersamanya, yang telah berada 20 tahun dalam bidang pendidikan. Mrs. Clem juga menjadi peghalang kerana beliau tidak memberi peluang untuk Cathy mengajar malah selalu menukar jadualnya. Cathy hanya akan mengajar sekiranya Mrs.Clem mempunyai kerja yang lain tanpa diberitahu dengan lebih awal. Selain daripada itu juga, Mrs. Clem juga tidak suka dibetulkan walaupun beliau salah dalam menyebarkan maklumat kepada murid-murid. Pada satu hari, Mrs. Clem mencadangkan Cathy untuk menggunakan salah satu daripada peralatan sains. Melalui pengalaman yang lepas, Cathy berhati-hati supaya rancangannya dirancang dengan rapi supaya bersedia dalam apa yang bakal dihadapi nanti. Seperti yang dijangkakan, sehari sebelu kelas Cathy mengajar, terdapat satu bengkel sains dan alatannya yang akan digunakan untuk mengajar juga dibawa bersama. Cathy hanya mengikut sahaja Mrs. Clem dan mendapati alatan yang dibawa tidaklah digunakan dan setelah balik ke sekolah, alatan sains tersebut tidak diletakkan di dalam tempat asalnya semula. Pada pagi harinya mengajar, Mrs. Clem mengajar subjek kegemarannya yang berpaksikan strategi yang menekankan aspek kerjasama. Apabila murid menyiapkan kerja dengan cepat, Cathy akan memberikan ganjaran kepada mereka, tetapi tidak dipersetujui oleh Mrs. Clem. Jabar yang ingin menyiapkan kerjanya paling awal mengganggu rakannya yang lain supaya mereka lambat menyiapkan kerja meeka. Namun Cathy mengesannya lalu membetulkan supaya melakukan kerjanya. Setelah berkali-kali ditegur oleh Cathy, Jabar seolah-olah merajuk dan tidak ingin mendengar nasihat walaupun Cathy cuba mendekatinya. Menjelang masa rehat, Cathy cuba memujuk Jabar agar tidak merajuk atas kejadian tersebut. Selepas rehat adalah masa yang dinantikan. Sebaik sahaja masuk ke kelas, Cathy mendapati alatan sains yang akan digunakan masih di dalam kereta Mrs. Clem. Cathy sedikit emosi dan semakin tertekan seolah-olah Mrs. Clem ingin menggagalkannya. Tambahan pula, Jabar, Isaac dan Thomas begusti di dalam kelas. Ini menyebabkan Mrs. Clem berteriak dan menyuruh anak muridnya berkelakuan baik dan menulis surat minta maaf kepada Cathy. Jabar yang enggan menulisnya, keluar dari kelas tetapi masuk semula tidak beberapa lama kemudian. Seterusnya, Cathy ingin mengambil alatan sains, dan ingin membawa Tai pergi bersamanya. Namun begitu, Mrs. Clem membantah agar Jabar yang pergi. Di sini, timbul konflik, apabila Mrs. Clem memberi kunci kepada Jabar untuk pergi ke keretanya

mengambil alatan walaupun tidak disukai oleh Cathy. Setelah balik ke dalam kelas, Cathy mendapati alatan tersebut bukanlah alat dalam rancangan pengajarannya dan alatan tersebut beada di tangan 8 orang murid-murid tersebut. Keadaan ini bertambah teruk apabila Jabar membuat bising dan mengganggu rakannya. Cathy menasihatkan Jabar sekali lagi dan Jabar sekali lagi keluar dari kelas. Cathy menyuruh Jabar masuk ke dalam kelas semula agar proses pegajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan sempurna, tetapi Jabar enggan. Seterusnya, Cathy mengugut Jabar bahawa masa rehatnya akan ditolak sekiranya dia tidak masuk ke dalam kelas dan akhir Jabar mengalah dan masuk ke dalam kelas semula. Cathy bercakap cuba memujuknya dengan lemah lembut supaya Jabar tidak mengganggap Cathy membencinya dan pada masa depan Jabar akan bertingkah laku baik.

Anda mungkin juga menyukai