Anda di halaman 1dari 8

ULBS 2012 KUMPULAN 2 : Rasuah s.jeyavikinesh M.IMAICCHARANI R.

JEEVITHA ING NY NY

Rasuah, Jenayah yang Perlu Dihapuskan.

Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri ( Pengerusi ) Forum Remaja Jendela Kematangan Minda ( Panel 1) Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2)

Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3) Forum Remaja Kunci Revolusi Masyarakat Bervisi ( Semua )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Ta Jia Hao, Vanakkam, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya,dapat kita bertemu lagi dalam gelanggang Forum Remaja, anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersama saya jejaka hitam manis yang kacak lagi berilmu Jeyavikinesh A/L Sevakkugan pada pagi yang berbahagia ini. Hadirin yang berbahagia, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, gejala rasuah boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru itu, masalah yang semakin membarah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Rasuah, Jenayah yang perlu dihapuskan.

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Mereka merupakan selebriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru sahaja menjulang trofi Anugerah Khas SPRM. Malah, ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa mereka juga bakal dinamakan untuk Anugerah Bintang Popular SPRM 2012. Tiga bintang ini pasti menjadi saingan kepada Lisa Suriani, Nora Danish dan Tiz Zaqyah.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama Cik Ps. Jeevitha A/P Raja yang merupakan koresponden SPRM Kelantan. Apa khabo mu, Cik ? Nampaknya saya juga boleh menjadi anak jati Kelantan. Saya sihat walafiat Tuan Pengerusi , Terima kasih Boleh Cik terangkan maksud Ps. Kepada hadirin sekalian, mugkin mereka menganggap itu kod rahsia SPRM. Ps. bermaksud Penguasa di bahagian SPRM. Saya dipertanggungjawabkan untuk mengawasi kegiatan rasuah di Malaysia supaya gejala tidak sihat tidak membarah dalam sekelip mata. Seterusnya, ahli panel kedua, Cik PPs. Imaicchanrani A/P Manaharan yang merupakan koresponden SPRM Sabah.

Saya ingin berkongsi serangkap pantun dengan para hadirin setelah berkenalan dengan, Cik PPs. Imaiccharani A/P Manaharan.

Orang Kelantan pulang ke Kelantan, Orang Sabah pulang ke Sabah, Aishwarya Rai bintang dunia hiburan, Imaiccharani bintang dunia antirasuah.

Baiklah, boleh Cik terangkan jawatan yang disandang selama ini ? Saya memegang jawatan sebagai Penolong Penguasa selama lima tahun. Saya dikehendaki menolong segalan perancangan Penguasa dalam membanteras gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi. Dan di hujung sana, ahli panel ketiga, Cik Psk. Ing Ny Ny yang merupakan koresponden SPRM Johor. Cik Ing, sihat ke ? Nampak seperti tidak bermaya untuk berkata-kata? Tidak ,Tuan Pengerusi. Saya amat bersemangat untuk berkongsi buah fikiran saya supaya para hadirin semua dapat memainka peranan mereka dengan lebih efektif . Jangan risau, Cik Ing ! Kita berkumpul di sini untuk mencari penyelesaian kepada kemelut yang melanda Negara kita. Boleh, Cik jelaskan pangkat anda di SPRM? Saya bertugas sebagai Penguasa Kanan. Saya mempunyai amanah untuk menyediakan laporan berkaitan gejala rasuah bulanan untuk pihak atasan. Selamat datang kepada anda semua. Sebagai permulaan, saya ingin menjelaskan maksud rasuah terlebih dahulu. Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. Aktiviti tidak sihat ini berlaku antara dua pihak iaitu pemberi dan penerima rasuah. Pensyarah dan kaunselor berdaftar bidang bimbingan dan kaunseling di Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Universiti Putra Malaysia (UPM). Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din menyifatkan kesalahan rasuah itu berupaya merosakkan minda dan akhlak masyarakat sekiranya tidak dibasmi dari akar umbi. Rasuah adalah penyakit sosial, selain bersifat anti kepada kehidupan harian, masyarakat perlu berganding bahu bagu menghentikan aktiviti rasuah. Selain memahami konteks perbuatan rasuahsecara jelas. Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada Cik. Jeevitha , apakah punca berlakunya rasuah dalam kalangan pekerja kolar putih?

Terima kasih Tuan Pengerusi atas soalan yang bernas.Antara alas an pekerja kolar putih untuk menerima rasuah ialah mereka tidak cukup duit atau gaji yang rendah. Hal ini menyebabkan mereka menerima rasuah untuk menikmati kemewahan hidup. Mereka tidak mendapat kenaikan pangkat dan tiada kelayakan untuk menuntut gaji yang tinggi. Gaji yang rendah tidak dapat menampung pembayaran sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik dan air, perbelanjaan keluarga dan penikmatan kemewahan hidup yang luar biasa sedikit.Pekerja bawahan seperti kerani, pelayan pejabat, pegawai keselamatan pasti menghendakkan kemewahan hidup tetapi tidak mampu untuk mencapainya dalam hidup. Jadi, mereka diperalatkan untuk menyebarkan maklumat untuk tatapan pihak yang meminta. Contohnya, pengawai atasan yang menerima wang suapan pasti meluluskan permohonan projek tender walaupun terdapat palbagai kekurangan dalam projek itu. Sejarah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal Water Gate. Terima kasih kepada Cik. Jeevitha atas lontaran pendapat yang amat bernas. Seterusnya, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah punca gejala rasuah dari segi agama? Sejak kecil lagi, mereka tidak diberikan pendidikan agama yang sempurna oleh ibu bapa. Kesannya, mereka sanggup mengkianati majikan atas kepentingan orang lain untuk memuaskan nafsu tamak haloba.Mereka juga tidak faham ajaran agama dan melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang agama. Walaupun, berpendidikan tinggi dan memegang jawatan tinggi tetapi berkelakuan jahat kerana tiada pegangan agama yang utuh. Sifat menginginkan kekayaan mengkaburkan mata mereka dan mereka lupa agama.Mereka tidak berasa malu dan takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun di akhirat. Terima kasih kepada Cik. Imaiccharani atas pandangan beliau sebentar tadi. Persoalan ketiga saya ajukan kepada Cik. Ing. Apakah punca yang lain menyumbang kepada gejala rasuah? Pada pendapat saya, undang-undang perlu dikemaskinikan mengikut peredaran masa. Hukuman yang ada sekarang tidak berat dan setimpal untuk kesalahan rasuah. Denda sahaja tidak cukup untuk menakutkan pesalah.Malah, hukuman penjara pasti tidak menghairankan penjenayah kerana mereka masuk penjara keluar jadi jutawan. Hukuman rampasan harta dan wang tidak ada dalam undang-undang. Hukuman sebat tidak diluluskan oleh parlimen. Hasilnya, rakyat tidak takut terhadap undang-undang dan berani melakukan kesalahan ini secara berulang. Terima kasih, Cik Ing. Rasuah tidak akan wujud sekiranya tidak ada yang member dan menerima. Secara teorikalnya, kita boleh menterjemahkan rasuah ini sebagai satu jual beli. Antara bukti penerimaan rasuah adalah pada Ogos 12, 2012. Jumlah rasuah tertinggi bagi tahun ini direkodkan ialah kes rasuah RM 35000 oleh seorang pengurus syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengurangkan bayaran elektrik.

Punca berlakunya rasuah telah pun dibincangkan. Sekarang mari kita meneruskan forum dengan perbincangan kesan rasuah. Apakah kesan rasuah kepada sesebuah negara yang sedang melakar nama sebagai negara berpendapatan tinggi.? Boleh Cik. Jeevitha menjawab persoalan saya? Rasuah yang berleluasa di sesebuah negara pasti akan menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran kerajaan. Selain itu, mengancam keselamatan negara. Akibatnya, negara mengalami inflasi ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Hal ini juga akan mengurangkan pendapatan ekonomi negara dan menurunkan mutu atau kualiti kerja atau produk yang dihasilkan. Terima kasih, cik . Apakah kesan rasuah terhadap masyarakat di sesebuah negara ? Rasuah mengakibatkan ketidakadilan dengan menafikan hak orang lain dan menggalakkan dan melindungi jenayah. Selain itu, gejala ini akan membebankan golongan miskin. Malah, memburukkan lagi jurang kemiskinan kerana sumber atau bantuan yang diperuntukan kepada rakyat miskin diselewengkan. Pendek kata, rakyat menjadi mangsa dan akhirnya mewujudkan suasana yang kucar-kacir. Terima kasih,cik . Bagaimana pula kesan gejala ini terhadap pesalah itu sendiri Cik.Ing ? Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat . Keluarga mereka mendapat nama buruk dan disisihkan oleh masyarakat akibat perbuatan seseorang dalam keluarga itu. Selain itu, masa depan anak-anak yang masih kecil menjadi tanda tanya apabila masyarakat luar tidak menghulurkan bantuan kepada mereka jika menghadapi waktu kesusahan. Amalan rasuah hanya menjual prinsip, maruah diri dan harga diri. Terima kasih,cik. Indeks rasuah di Malaysia adalah di kedudukan 56 daripada 180 negara di dunia dengan hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10 berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya iaitu pada tangga 49 dengan nilai skor 5.1 semakin rendah skor yang diperolehi, semakin rendah pencapaian sesebuah negara dalam mengawal kegiatan rasuah. Kita lihat sama sahaja label dan sebaris dengan negara-negara seperti Namibia, Samoa, Latvia dan juga Slovakia. Apa yang kita boleh banggakan? Kesan- kesan rasuah pun telah diselidik sebentar tadi. Sekarang kita beralih kepada cara menyelesaikan masalah ini. Cik. Jeevitha, apakah langkah yang boleh dilaksanakan ? Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan iman dan jati diri dapat menangkis gejala ini daripada berleluasa.Cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah pantun yang berbunyi

Dua tiga kucing berlari, Manak nak sama si kucing belang, Rasuah dicegah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dicegah jua nescaya resah hilang. Terima kasih Cik. Jeevitha. Kita harus ingat bahawa solat yang khusyuk juga mencegah dan melindungi orang yang melakukannya daripada kemungkaran termasuk terlibat dengan rasuah. Cik.Imaiccharani bagaimana pula pendapat anda berkaitan langkah membanteras rasuah? Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang agar masyarakat sedar batapa bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Dendaan yang lebih berat dan hukuman penjara diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang baru diluluskan di Parlimen baru-baru ini mampu menakutkan golongan berkenaan. Pihak mahkamah juga disarankan agar mengenakan hukuman maksimum. Kuasa yang lebih untuk berthindak terhadap orang ramai yang enggan bekerjasama dengan pihak SPRM juga boleh mengubah sikap orang ramai yang selama ini enggan bekerjasama. Pemberi maklumat juga perlu diberi ganjaran yang lumayan. Mereka juga harus mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.Kita juga boleh melaporkan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Terima kasih kepada Cik.Imaiccharani kita yang atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Kita boleh menghubungi SPRM melalui nombor hotline 1-800-88-600 atau email info@sprm.gov.my. Sekarang tiba giliran Cik.Ing untuk memberikan pendapatnya berkaitan langkah-langkah mengatasi gejala rasuah. Dengan mengambil berat keadaan pekerja pasti gejala ini dapat dikikis daripada memusnahkan kehidupan kita yang harmoni. Kebajikan pekerja bawahan dan kakitangan berpangkat tinggi dijaga. Kemudahan perumahan, KWSP, PERKESO, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, bayaran kerja tambahan masa, bonus dan pertukaran tempat kerja diberi perhatian oleh setiap majikan. Majikan memberi insentif dan mengukur persembahan pekerjaan pekerja dengan adil. Hal ini supaya pekerja mempunyai keyakinan terhadap syarikat mereka. Kakitangan organisasi lebih menyayangi majikan kalau menjaga kepentingan dan kebajikan mereka. Sistem dan peraturan bekerja diketat dan elakkan kebocoran untuk penyelewengan. Terima kasih, Cik Ing . Begitu hebat kata-kata cik sebentar tadi. Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga koresponden kita yang sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana Berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.

Kesimpulannya, perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah. HIDUP CEMERLANG TANPA RASUAH

Anda mungkin juga menyukai