Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (MUHAMMAD FAKHRUL RODZI BIN FAUZI) Lafaz Alhamdulillah ditujukan kepada Sang Pencipta kerana dengan izinnya,

dapatlah tugasan kerja kursus pendek ini disiapkan oleh diri ini. Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan perkara yang tidak diketahui oleh saya menjelma di hadapan saya. Saya telah diberi amanah oleh pensyarah yang mengajar subjek Pedagogi Pendidikan Islam ini iaitu Ustaz Ridzuan Bin Ahmad untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan aspek strategi, pemilihan kaedah dan juga teknik pengajaran serta pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Rendah ini untuk dihantar pada tarikh 12 April 2012. Kami diminta untuk menghasilkan sebuah modul pembelajaran kendiri bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Setelah memperoleh tugasan daripada beliau, iaitu pensyarah yang paling saya sayangi, saya telah melakukan penyelidikan dan kajian bersama dengan rakan-rakan kumpulan saya terhadap topik yang kami pilih , iaitu isi pelajaran pelajar Tahun 4 melalui bahan bacaan seperti buku-buku rujukan dan bukubuku ilmiah serta melayari laman-laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Saya mengalami pelbagai kesukaran semasa menyiapkan tugasan ini. Setelah diperbaiki sebanyak beberapa kali, akhirnya saya berpuas hati dengan tugasan saya yang telah disiapkan ini. Walaupun ianya mungkin tidak tampak sempurna di mata orang lain, tetapi ianya amat memuaskan hati saya.Selain itu, semasa saya dan juga rakan-rakan saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah yang dipilih, saya telah mengambil kesempatan dan juga peluang keemasan ini untuk menemu ramah guru-guru di sekolah tersebut untuk bertanyakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja kursus ini terutamanya tentang perlaksanaan pelajaran Pendidikan Islam yang mrangkumi Tilawah, Ibadah, Akhlak, Sirah dan juga Jawi di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Tambahan pula, saya juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu dengan ustaz-ustaz serta para ustazah yang mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan juga yang mengajar program j-QAF bagi

memperoleh maklumat yang lebih tepat dan jelas berkaitan dengan kerja kusus yang perlu disiapkan oleh saya ini. Alhamdulillah, sekali lagi saya panjatkan syukur kepada-Nya kerana saya telah dapat menambah ilmu di dada ini tentang kesemua kurikulum ini. Ini akan memudahkan saya untuk mendalami lebih mendalam lagi tentang kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Lebih-lebih lagi saya akan menjadi seorang guru. Apa yang dipelajari oleh saya ialah peranan guru adalah amat penting dalam membantu pelajar menjadi insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek. Jika guru-guru sendiri yang mengabaikan golongan-golongan kecil ini, sudah pasti aliran tumbesaran serta pemikiran mereka akan terbantut dan menyebabkan mereka tidak dapat membesar seperti seorang manusia yang normal. Bukannya mudah untuk melakukan Modul Pembelajaran Kendiri kerana ianya memerlukan pengetahuan yang luas untuk melakukannya. Terima kasih kepada Ustaz Ridzuan kerana banyak memberi tunjuk ajar semasa saya menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak menegur saya tentang modul ini. Intihanya, saya amat berpuas hati dengan tugasan yang diberikan dan saya harap tugasan yang telah disiapkan ini dapat memuaskan hati Ustaz Ridzuan. Jika terdapat kesalahan dan juga kesilapan di dalam tugasan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana manusia sering tidak dapat lari daripada melakukan kekhilafan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai