Anda di halaman 1dari 31

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1.1 Pengenalan Perniagaan


a) Definisi Perniagaan
b) Objektif Perniagaan

1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan


a) Memenuhi Keperluan Masyarakat
b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan
c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi & Negara
d) Memenuhi Kehendak Peluang Global

1.3 Fungsi –Fungsi Perniagaan


a) Pengeluaran
b) Pemasaran
c) Kewangan
d) Sumber Manusia
1.4 Persekitaran Perniagaan
• Persekitaran Tugas
• Pihak pengurusan
• Pelaburan/Pembiaya
• Pekerja
• Pengguna
• Pembekal
• Pesaing

d) Persekitaran Umum
• Ekonomi
• Teknologi
• Budaya
• Politik & Undang-Undang
• Global
1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN
1.1 Pengenalan Perniagaan

1.1.1 Definisi Perniagaan


• Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan
menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa
dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan,
faedah dan kepuasan.
• Meliputi aktiviti penghasilan , pengedaran dan jualan
barang niaga @ perkhidmatan untuk memuaskan
kehendak pengguna @ pelanggan

1.1.2 Proses Perniagaan


• Peringkat yang perlu diikuti untuk menghasilkan
barangan @ perkhidmatan.
PROSES PERNIAGAAN
PEROLEHAN
JUALAN
FAKTOR INPUT UNTUNG

PROSES
FAKTOR
TAMBAH
INPUT NILAI OUTPUT
(PROSES
PENGELUARAN)
• Aktiviti utama mendapatkan bahan mentah ( input ),
tukarkan kepada barang siap ( proses pengeluaran ) dan
menghasilkan barang siap (output)

Proses
Input Output
Pengeluaran

Input :- Mendapatkan bahan mentah untuk menjalankan


aktiviti
pemprosesan
- Ianya terdiri daripada tanah, buruh, modal, usahawan
dan
lain-lain.
Proses Pengeluaran :- Tukar bahan mentah kepada barangan
siap
- Gabungjalinkan mesin, kemahiran
pekerja,
bahan mentah dan sbgnya.
Output :- Hasil terakhir dari aktiviti pemprosesan samaada
1.1.3 Barang Niaga dan Perkhidmatan

a) Barang Niaga
- Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang dapat
dilihat dan boleh dinikmati.
- Dihasilkan bagi bertujuan untuk dijual kepada
pelanggan
bagi memenuhi keperluan dan kehendak serta
citarasa pelanggan; contohnya bas, pakaian,
makanan, minuman.

b) Perkhidmatan
- Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau disentuh
secara
fizikal tetapi boleh dirasai bila menggunakannya
- Boleh bagi faedah dan kemudahan kepada pelanggan
atau perniagaan contohnya; perkhidmatan
hospital, salun
1.1.4 Konsep-konsep Perniagaan

a) Konsep Keuntungan
- Matlamat utama perniagaan
- Diperolehi setelah hasil tolak belanja
- Kayu pengukur dalam perniagaan dan mampu
bersaing dalam pasaran ;

Untung = jumlah hasil - jumlah kos/belanja


(Harga x Kuantiti) – ( Kos tetap + kos
berubah)

- Sumber hasil meliputi jualan, hasil sewa, faedah


simpanan,
dividen saham.
- Sumber kos/belanja meliputi belian bahan, bayaran
sewa,
eletrik, air.
Terdapat 2 keuntungan iaitu:
• Keuntungan Perniagaan : Untung = Hasil - Belanja
• Keuntungan Ekonomi : Untung = Hasil – Belanja – Kos
Lepas

b) Konsep Faedah dan Kepuasan


• Faedah :
- Manfaat yang diperolehi dari pengunaan sesuatu
barangan
atau perkhidmatan.
- Pengguna akan memperolehi faedah bila membeli
dan mengguna produk atau perkhidmatan tersebut
contohnya; membeli motosikal dapat
memudahkan pergerakan.
• Kepuasan;
- Tercapai apabila prestasi barangan memenuhi
jangkaan
/persepsi pengguna.
- Ianya memberi penilaian berbeza oleh individu bagi
menilai tahap kepuasan contohnya; Kereta
Umumnya konsep faedah dan kepuasan adalah :
- pengguna mempunyai keperluan semulajadi terhadap
keperluan harian dan kehendaknya adalah berbeza.
- kehendak pelanggan tiada had kerana perubahan
persekitaran
- pengeluar perlu memastikan dapat memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna dengan pengeluaran pelbagai
barangan dan perkhidmatan
1.1.5 Objektif Perniagaan
Boleh dibahagikan kepada 4 bahagian :

a) Keuntungan
- Matlamat utama dalam perniagaan
- Boleh dilihat dari 2 sudut:
i. keuntungan perniagaan
ii. keuntungan ekonomi.
- keuntungan yang diinginkan adalah keuntungan

maksimum.
- Ianya penting sebagai kayu pengukur bagi
peniaga
untuk meneruskan perniagaan atau tidak.
a) Kemandirian

- Usaha perniagaan untuk terus wujud.


- Pengguna sedar kewujudan barangan dan
perkhidmatan
syarikat tertentu.
- Peniaga cuba pikat pengguna dengan pelbagai cara
melalui
promosi yang dijalankan.
- Berjaya melalui peringkat ini jika dapat tarik perhatian
pengguna melalui promosi yang dijalankan.
- Jualan meningkat
c) Pertumbuhan

- Setiap peniaga cuba bersaing dan kurangkan


kerugian melalui peningkatan keuntungan.
- Peringkat ini produk sudah dikenali dan pengguna
mula melakukan proses pembelian.
- Dengan ini peniaga cuba untuk tingkatkan
perniagaan.
- Jualan meningkat jika dapat sambutan.
a) Tanggungjawab Sosial

- Ianya meliputi tanggungjawab kepada masyarakat,


negara, pengguna dan pekerja.
- Penuhi tanggungjawab, pada masyarakat melalui:
# Sediakan peluang pekerjaan
# Jualan produk yang baik dan bermutu
# Beri perkhidmatan yang diperlukan oleh
masyarakat
1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak
Berkepentingan

Penuhi Keperluan Meningkatkan peluang


masyarakat pekerjaan

Kepentingan Perniagaan

Memenuhi kehendak Tingkatkan Pembangunan


Peluang global Ekonomi & Negara
a) Memenuhi Keperluan Masyarakat
- Peniaga cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan
dan
perkhidmatan yang bermutu dengan harga, tempat yang
sesuai
kepada pelanggan.

h) Meningkatkan Peluang Pekerjaan


- Peluang perniagaan yang banyak akan dapat memberi
ruang
pekerjaan kepada masyarakat.
- Ditawarkan oleh usahawan tunggal, perkongsian atau
syarikat
multinasional kepada masyarakat.
- Dapat tingkatkan taraf kehidupan melalui peluang
pekerjaan
- Tingkatkan pembangunan negara melalui proses
urusniaga yang
c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara
- Peniaga tingkatkan prestasi dan membaiki pengendalian perniagaan
dengan melihat dari pelbagai sudut seperti :
# Menyakinkan pihak institusi kewangan.
# Dapat bekalan dari pembekal yang mudah dan
bermutu.
# Menyuarakan kepada pihak yang tertentu untuk
memperbaiki infrastruktur sesuatu tempat.
- Secara tidak langsung memberi kesan positif kepada peningkatan
keperluan masyarakat.
- Galakan peningkatan teknologi yang terlibat bagi membantu
rangsangan aktiviti-aktiviti perniagaan dan meningkatkan peluang
pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup.
- Hasil cukai kepada kerajaan, peningkatan eksport dan pengaliran
wang masuk.
d) Memenuhi Kehendak dan Peluang Global

- Peluang perniagaan tidak terhad dalam negera sahaja


tetapi
meliputi luar negara seperti Jepun, Australia, Brunei dll.
- Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk
dari
pelbagai negara
- Perniagaan global dapat meningkatkan peluang
perniagaan.
- Pendedahan teknologi baru.
- Meningkatkan pelaburan.
- Meningkatkan taraf hidup.
- Meningkatkan ilmu perniagaan supaya mampu bersaing
dengan
syarikat-syarikat luar dan antarabangsa.
1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan

a) Pengeluaran
- satu proses transformasi input kepada output yang lebih
bernilai.
- Dikenali sebagai pengurusan operasi.
- Melibatkan aktiviti perancangan, penyusunan, pengstafan,
pengarahan dan pengawalan dalam menguruskan operasi
pengeluaran produk.
- Pengeluar harus memastikan produk yang dikeluarkan
memenuhi
kehendak dan citarasa pengguna.
b) Pemasaran
- Meliputi aktiviti yang luas seperti penyelidikan
pemasaran,
produk, harga, pengedaran dll.
- Ianya merupakan satu bidang yang berkembang pesat
dan mesti
seiring dengan teknologi terkini.
- Melalui aktiviti pemasaran, produk yang ditawarkan oleh
pengeluar kepada pengguna akan dinikmati oleh
pengguna.
c) Kewangan
- Melibatkan aktiviti menguruskan sumber dana, seperti
mendapatkan
sumber dana.
- Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, matlamat
kewangan
perniagaan tidak dapat dicapai.

d) Sumber Manusia
- Menguruskan soal sumber manusia (pekerja) organisasi.
- Sumber manusia merupakan sumber terpenting bagi
menggerak
jentera operasi pengeluaran, pemasaran, kewangan dan
menguruskan sumber manusia organisasi.
- Terlibat dalam menguruskan aktiviti menentukan sistem
pampasan,
sistem latihan, pemilihan pekerja dan sebagainya
disamping
menjaga kebajikan pekerja.
1.4 Persekitaran Perniagaan
Secara umumnya persekitaran perniagaan boleh
dibahagikan kepada 2 bahagian :

a) Persekitaran Tugas

# Pihak Pengurusan
- Individu yang menggunakan kepakaran, kemahiran dan kecekapan
dalam mengendalikan operasi perniagaan dan individu yang dibayar
upah.
- Perniagaan akan menjadi lebih baik dan berpotensi jika pihak
pengurusan membuat strategi pengurusan yang cekap.
# Pelabur/ Pembiaya

- Individu yang menyumbangkan modal dalam perniagaan


bagi
mendapatkan keuntungan.
- Perniagaan akan dapat diperluaskan.
- Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi
keyakinan
kepada pelabur untuk melambuat pelaburan ke dalam
syarikat.
- pelabur tidak perlu menjalankan aktiviti perniagaan tetapi
berhak
untuk mendapatkan keuntungan dan boleh mempengaruhi
keputusan syarikat bagi perniagaan.
# Pekerja

- Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk


melaksanakan
aktiviti syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran.
- Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan
tidak
mahir.
- Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan
mencapai
matlamat yang ditetapkan.
- Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan
syarikat
serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan.
# Pengguna

- Pengguna adalah individu yang menggunakan sesuatu


produk
- Golongan fokus utama perniagaan
- Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan
&
kegagalan sesebuah perniagaan.
- Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis
keluaran, harga
dan kualiti keluaran.
- Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan mereka
membuat
keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan dipasaran.
- Perubahan citarasa juga menggalakan inovasi perniagaan.
# Pembekal

- Merupakan orang tengah kepada peniaga dan pengguna.


- Pembekal dan peniaga merupakan kumpulan yang saling
memerlukan bagi melicinkan operasi perniagaan.
- Bahan mentah, barang separuh siap dan peralatan yang
dibekalkan
berterusan memastikan kelancaran proses pengeluaran
dan
penjualan.
- Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej
perniagaan akan akan meningkat dengan produk berkualiti
di
pasaran.
# Pesaing

- Beberapa firma yang berlainan dalam industri yang sama


mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama.
- Pesaing boleh mempengaruhi harga dan kualiti produk
yang
dihasilkan.
- Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk
mengatasi
persaingan.
- Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi
persaingan membolehkan perniagaan lebih menjadi
kompetitif.
b) Persekitaran Umum

# Ekonomi

- Jenis sistem ekonomi di mana perniagaan beroperasi


- Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan operasi,
prestasi
dan dasar perniagaan.
- Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti
perniagaan dan
menjamin peluang perniagaan.
- Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin
peningkatan jualan
dan keuntungan perniagaan.
# Budaya

- Satu set nilai norma yang dipegang dan diamalkan oleh


sesuatu
kelompok masyarakat
- Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang
berbeza
dari segi agama, adat resam dan cara hidup.
- Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan
menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut
kehendak
mereka.
- Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga
mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak
majoriti
masyarakat.
# Teknologi

- Suatu penemuan sains yang diperolehi untuk membantu


kehidupan
manusia
- Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan
yang
menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada
syarikat yang
menggunakan mesin biasa.
- Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan
proses
pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
- Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan
dengan lancar.
- Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan
kerana
penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.
# Politik dan Undang- undang

- Bagi sesuatu tempat mempunyai dasar dan politik yang


berbeza.
- Peniaga haruslah peka dengan situasi politik supaya
perancangan
masa depan dapat dirancang dengan baik.
- Sokongan kerajaan seperti memberi bantuan subsidi
membantu
mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya
saing
perniagaan.
- Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk
perniagaan
terus berkembang maju.
- Undang-undang dan peraturan sesebuah negara seperti
Malaysia
menetapkan Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan
Kawalan,
Akta Kontrak dan sebagainya.
# Global

- Peniaga menjalankan perniagaan diluar dari negara


tempatan.
- Mereka mampu bersaing dalam peringkat antarabangsa.
- Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara
memboleh perniaga menjalankan perniagaan diperingkat
yang lebih jauh.
- Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa
mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta
negara.
- Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada
selok belok perniagaan dari luar dan aspek-aspek yang
positif boleh digunakan oleh peniaga dalam syarikat
mereka supaya sistem pengurusan syarikat menjadi lebih
cekap dan berpotensi pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai