Anda di halaman 1dari 12

Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan

Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia
Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ABSTRAK Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur pegangan dan amalan kemelayuan yang masih digunakan oleh masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Tumpuan diberikan kepada aspek kepercayaan, pantang larang, peralatan rumah, perkakasan memasak, dan dan muzik. Penyelidikan ini menggunakan kaedah keperpustakaan, tinjauan, pemerhatian, dan wawancara. Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden sebagai prosedur menjalankan penyelidikan. Hasil keputusan yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS dan pengiraan dibuat dari segi kekerapan, min, dan sisihan piawai dan dihuraikan dari sudut rasional. Kata Kunci: Masyarakat Baba dan Nyonya, Cara Hidup Kemelayuan, asimilasi budaya.

Latar Belakang
Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh hal yang demikian, tidak dinafikan bahawa sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.

27

Bab 2.pmd

27

10/6/2009, 3:30 PM

Jurnal ASWARA

Objektif Kajian
Untuk mengenal pasti masyarakat Baba dan Nyonya yang masih berpegang kepada cara hidup kemelayuan dan masih mengamalkannya sehingga kini.

Kepentingan Kajian
Penyelidikan ini penting kepada generasi baharu Baba dan Nyonya supaya mengetahui apakah amalan dan pengangan masyarakat Baba dan Nyonya dahulu yang diambil daripada masyarakat Melayu.

Sorotan Kajian
Louis Wirth (1945), beliau menganggap komuniti Cina kampung yang tinggal di tebing Sungai Kelantan sebagai kelompok yang berasimilai kerana mereka bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan seharian, malah, corak pakaian mereka seperti pakaian orang Melayu dan juga kerana kebanyakan aspek kehidupan mereka lebih mirip kepada kehidupan orang Melayu setempat. Malah mereka menggelarkan diri mereka sebagai orang Cina-Melayu.

Metodologi
Batasan Kajian
Penyelidikan ini terbatas kepada 65 orang masyarakat Baba dan Nyonya yang dijadikan responden dalam penyelidikan ini. Penyelidikan ini tertumpu kepada prospek amalan dan pegangan masyarakat Baba dan Nyonya yang telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu. Penyelidikan ini dijalankan di perkampungan Umbai, dan Bukit Katil. Kajian rintis dijalankan pada Januari 2008 dan kajian sebenar dijalankan pada Mac 2008.

28

Bab 2.pmd

28

10/6/2009, 3:30 PM

Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan

Kaedah Kajian
i. Keperpustakaan: Kaedah ini digunakan kerana terdapat majalah, jurnal, tesis, dan buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi menhuatkan hujah yang ditulis. Temu bual: Penyelidik telah menemu bual responden untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat. Tinjauan: Penyelidik membuat tinjauan terhadap corak kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya.

ii. iii.

Alat Kajian
i. ii. Borang soal selidik: Borang ini diedar kepada responden untuk menjawab persoalan-persoalan yang ditanya. Pita rakaman: Digunakan untuk merakam percakapan dan corak kehidupan seharian masyarakat Baba dan Nyonya.

Penganalisisan Data
i. SPSS: Data mentah yang diperoleh dipindahkan ke dalam progran SPSS. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan format mengikut kategori penyelidikan yang dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

Dapatan Kajian
Objektif: Untuk mengenal pasti masyarakat Baba dan Nyonya yang masih berpegang kepada cara hidup kemelayuan dan masih mengamalkannya sehingga kini Penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti masyarakat Baba dan Nyonya yang masih berpegang kepada budaya kemelayuan masyarakat Melayu. Dalam objektif di atas, penyelidik akan membincangkan tentang kepercayaan, pantang larang, peralatan rumah, peralatan memasak, dan muzik.

29

Bab 2.pmd

29

10/6/2009, 3:30 PM

Jurnal ASWARA

Kepercayaan dan Pantang Larang


Graf 1 dan Jadual 1, menunjukkan kepercayaan dan pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat Baba dan Nyonya yang diasimilasikan oleh budaya masyarakat Melayu. Jadual di atas menunjukkan bahawa 45 orang responden = 69.2% responden adalah mengamalkan kepercayaan campuran antara kepercayaan masyarakat Cina dan kepercayaan masyarakat Melayu. Min bagi dimensi kepercayaan, ialah 2.63. Manakala sisihan piawai bagi dimensi kepercayaan pula adalah 0.601. Jumlah sisihan piawai yang diperoleh adalah hampir dengan 0.000,

Graf 1: Asimilasi dalam Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Baba dan Nyonya Jadual 1: Kepercayaan dan Pantang Larang Item Kepercayaan Lebih berunsurkan Melayu Lebih berunsurkan Cina Campuran Cina dan Melayu Lain-lain N Min Sisihan Piawai 4 (6.2%) 16 (24.6%) 45 (69.2%) 0 (0%) 65 2.63 0.601 Amalan Pantang Larang 5 (7.7%) 12 (18.5%) 48 (73.8%) 0 (0%) 65 2.66 0.619

30

Bab 2.pmd

30

10/6/2009, 3:30 PM

Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan

hal ini bermakna dimensi kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya masih terpengaruh dengan kepercayaan masyarakat Melayu adalah amat terkesan dan ia memperlihatkan masih wujud asimilasi dalam masyarakat Baba dan Nyonya. Keputusan ini disokong oleh pandapat masyarakat Baba dan Nyonya semasa ditemu bual oleh penyelidik, yang menyatakan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disamput dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong mereka menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka. Demikian juga, ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga kelur, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu. Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Justeru, Graf 1 dan Jadual 1, menunjukkan dimensi pantang larang yang memperlihatkan sebanyak 48 orang responden = 73.8% responden yang mengamalkan pantang larang masyarakat Melayu dalam kehidupan mereka. Min bagi dimensi pantang larang, ialah 2.66. Manakala sisihan piawai bagi dimensi pantang larang pula adalah 0.619. Jumlah sisihan piawai yang diperoleh adalah hampir dengan 0.000, hal ini bermakna dimensi kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya masih mengamalkan pantang larang masyarakat Melayu adalah amat terkesan dan ia mencerminkan masih wujud asimilasi dalam masyarakat Baba dan Nyonya. Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan pantang larang yang tersendiri mengikut keadaan dan suasana tertentu. Masyarakat Baba dan Nyonya yang tinggal di persekitaran dengan masyarakat Melayu turut merasai keadaan tersebut, malah mereka juga mengamalkan sdikit sebanyak pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

31

Bab 2.pmd

31

10/6/2009, 3:30 PM

Jurnal ASWARA

Contohnya, masyarakat Baba dan Nyonya percaya akan peraturan hendak masuk ke dalam hutan. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu meminta izin untuk memulakan perjalanan masuk ke dalam hutan. Begitu juga masyarakat Baba dan Nyonya, mereka juga percaya akan kepercayaan tersebut. Contoh ucapan meminta izin adalah:
minta maaf atok, anak cucu mohon lalu

Ucapan ini diucapkan ketika seseorang itu ingin masuk ke hutan. Kebiasaan ucapan meminta ini adalah untuk mengelakkan diri diganggu oleh makhluk halus. Ini juga adalah bertujuan supaya bersopan santun dan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak diganggu dan diekori makhluk tersebut. Kebiasaan pantang larang yang diamalkan lagi, iaitu bapa kepada bayi dalam kandungan tidak boleh melakukan pekerjaan yang keras, seperti menyembelih ayam, membunuh binatang terutamanya ular, monyet, dan anjing kerana dipercayai badi binatang tersebut akan terkena pada anaknya. Pantang larang ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan ibu dan anak dalam kandungan. Kandungan anak pertama dianggap sebagai penentu bagi kandungan yang seterusnya. Sekiranya kandungan pertama bermasalah, berkemungkinan kandungan selepasnya juga akan menghadapi masalah. Selain mematuhi pantang larang, ibu yang hamil juga dikehendaki menjalani beberapa ritual lain, antaranya adat melenggang perut apabila ibu tersebut mencapai kandungan 6 bulan. Jadual 2, menunjukkan dimensi peralatan rumah, dimensi peralatan memasak, dan dimensi muzik. Oleh itu, asimilasi yang berlaku kepada dimensi peralatan rumah masyarakat Baba dan Nyonya, ialah sebanyak 58 orang responden = 89.2% responden yang menggunakan peralatan seperti perabot di dalam rumah mereka yang bercirikan Melayu dan Cina. Min bagi dimensi peralatan rumah, ialah 2.88. Manakala sisihan piawai bagi dimensi peralatan rumah pula adalah 0.375. Jumlah sisihan piawai yang diperoleh adalah hampir dengan 0.000, hal ini bermakna dimensi peralatan rumah masyarakat Baba dan Nyonya masih bercirikan masyarakat Melayu dan dicampur dengan ciri kecinaan. Hasil pemerhatian penyelidik, didapati bahawa perabot di rumah masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai keunikan yang tersendiri dan mempunyai nilai yang tinggi. Ciptaan itu terhasil daripada gabungan antara budaya Cina dengan budaya Melayu dan bahannya diimport dari negara asal mereka.

32

Bab 2.pmd

32

10/6/2009, 3:30 PM

Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan

Jadual 2: Asimilasi Peralatan Rumah Asimilasi Peralatan Rumah Item Berciri Melayu Berciri Cina Campuran Cina dan Melayu Lain-lain N Min Sisihan Piawai Peralatan Rumah 1 (1.5%) 6 (9.2%) 58 (89.2%) 0 (0%) 65 2.88 0.375 Peralatan Memasak 5 (7.7%) 0 (0%) 60 (92.3%) 0 (0%) 65 2.85 0.537 Muzik 1 (1.5%) 1 (1.5%) 63 (96.9) 0 (0%) 65 2.95 0.276

Merujuk kepada dimensi peralatan memasak masyarakat Baba dan Nyonya. Jadual 2, telah menggambarkan sebanyak 60 orang responden = 92.3% responden yang menggunakan peralatan memasak cara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina. Min bagi dimensi peralatan memasak, ialah 2.86. Manakala sisihan piawai bagi dimensi peralatan rumah pula adalah 0.537. Jumlah sisihan piawai yang diperoleh adalah hampir dengan 0.000, hal ini bermakna dimensi peralatan rumah masyarakat Baba dan Nyonya masih bercirikan masyarakat Melayu dan dicampur dengan ciri kecinaan. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya telah menggunakan peralatan moden dan aktiviti memasak. Hal ini kerana, paralatan yang lebih canggih, mudah, dan cepat telah berada di pasaran. Teknologi ini adalah hasil teknologi dari Jepun. Akan tetapi, dapur arang yang digunakan oleh masyarakat Melayu seketika dahulu masih lagi digunakan oleh masyarakat Baba dan Nyonya untuk memanggang ikan, dan menyalai makanan-makanan lain. Hal ini kerana, makanan akan berbeza rasanya apabila menggunakan peralatan elektrik. Keenakan makanan tersebut tidak dapat dirasai. Dikatakan bahawa apabila makanan tersebut dipanggang menggunakan dapur arang, makanan tersebut lebih manis dan lebih enak. Dimensi melayari muzik masyarakat Baba dan Nyonya telah menggambarkan sebanyak 63 orang responden = 96.9% responden yang melayari atau mendengar muzik Melayu dan Cina. Min bagi dimensi melayari atau mendengar muzik, ialah 2.95. Manakala sisihan piawai bagi dimensi peralatan rumah pula adalah 0.276. Jumlah sisihan piawai

33

Bab 2.pmd

33

10/6/2009, 3:30 PM

Jurnal ASWARA

yang diperoleh adalah hampir dengan 0.000, hal ini bermakna dimensi melayari atau mendengar muzik masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran daripada muzik Melayu dan Cina. Semasa penyelidikan dijalankan, penyelidik terdengar beberapa orang pemuda masyarakat Baba dan Nyonya menyanyi sebuah lagu yang berbunyi;
O Bangoh! O Bangoh! Kenapa engkau kurus; bagaimana sahaya tak kurus, ikan tak mahu timbul. O ikan! O ikan! Kenapa kau tak timbul, bagaimana sahaya nak timbul, rumput panjang

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya bukan sahaja menggabungkan warisan budaya Melayu dalam warisan budaya mereka sendiri, malah mereka mengambil inisiatif menggabungkan dua budaya menjadi satu budaya yang unik. Sudah jelas, sejak dahulu lagi masyarakat Baba dan Nyonya memang terkenal dengan muzik dan lagu-lagu yang juga digunakan oleh masyaralat Melayu. Pengaruh puisi tradisional Melayu, iaitu pantun begitu popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya. Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi baharu kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan mendapat tempat di hati mereka kerana pelbagai muzik moden telah mempengaruhi generasi kini. Jadual 3, hasil penyelidikan terhadap unsur makanan Melayu dan permainan tradisional Melayu mendapati bahawa pengaruh budaya Melayu masih menebal lagi dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya. Sebanyak 35 orang responden = 53.8% responden yang masih memasak masakan Melayu. Min bagi unsur makanan Melayu, ialah 1.49. Manakala sisihan piawai bagi unsur makanan Melayu pula adalah 0.562. Jumlah sisihan piawai yang diperoleh adalah hampir dengan 0.000, hal ini bermakna unsur masakan kemelayuan masih kekal dalam masakan masyarakat Baba dan Nyonya. Mereka lebih gemar masakan seperti rendang, lemak cili api, masak lemak, tumis, dan sambal. Penggunaan serai, daun pandan, dan santan

34

Bab 2.pmd

34

10/6/2009, 3:30 PM

Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan

Graf 3: Asimilasi Unsur-Unsur Makanan Melayu dalam Masyarakat Baba dan Nyonya

Jadual 3: Unsur-Unsur Makanan Melayu dalam Masyarakat Baba dan Nyonya Item Lebih 75% 50%-74% Kurang 50% N Min Sisihan Piawai Unsur Makanan Melayu 35 (53.8%) 28 (43.1%) 2 (3.1%) 65 1.49 0.562 Permainan Tradisional 9 (13.8%) 56 (86.2%) 0 (0%) 65 2.75 0.696

kelapa kerap digunakan dalam sajian seharian mereka sama seperti masyarakat Melayu menggunakan bahan tersebut dalam masakan seharian. Kebanyakan responden menyatakan mereka lebih gemar masakan seperti gulai kari, sambal, tumis, dan masak lemak. Bahan yang digunakan untuk memasak, mereka menggunakan lesung batu untuk menumbuk bahan-bahan tersebut. Ini adalah salah satu warisan budaya Melayu. didapati bahawa apabila menggunakan lesung batu untuk menumbuk bahan masakan, ini akan menghasilkan satu aroma masakan Melayu tradisional dan keenakan masakan tersebut terserlah.

35

Bab 2.pmd

35

10/6/2009, 3:30 PM

Jurnal ASWARA

Ada juga yang menggemari kuih-kuih tradisional Melayu seperti dodol, bahulu, dan cendol resepi Melayu. Mereka sendiri akan membuat dodol untuk majlis perayaan. Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa pengaruh makanan dan masakan tradisi Melayu masih tetap utuh dalam masyarakat Baba dan Nyonya walaupun sekukuh dan seteguh dahulu, namun pengaruh ini masih memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya kini. Manakala hasil penyelidikan terhadap unsur permainan tradisional Melayu pula mendapati bahawa pengaruh budaya Melayu masih menebal lagi dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya. Sebanyak 56 orang responden = 86.2% responden yang masih memainkan permainan tradisional Melayu. Min bagi unsur permainan tradisional Melayu, ialah 2.75. Manakala sisihan piawai bagi unsur permainan tradisional Melayu pula adalah 0.696. Jumlah sisihan piawai yang diperoleh adalah hampir dengan 0.000, hal ini bermakna unsur permainan tradisional Melayu masih kekal dalam kehidupan seharian masyarakat Baba dan Nyonya. Antara permainan yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak masyarakat Baba dan Nyonya, seperti layang-layang, batu seremban, tintin, permainan getah, dan congkak. Hal ini kerana kebanyakan mereka tinggal di perkampungan Melayu. Oleh itulah anak-anak mereka berkawan dan bermain permainan Melayu. Malah bukan itu sahaja, mereka juga dihantar oleh keluarga mereka ke sekolah kebangsaan. Dari situlah mereka mengenali permainan tradisi Melayu dan bermain bersama-sama dengan kawan-kawan Melayu. Graf 4, menunjukkan adat kematian masyarakat Baba dan Nyonya. Sebanyak 89% responden yang mengamalkan adat kematian Buddha. Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama Buddha. Mereka memilih untuk membakar mendiang. Cara upacara membakar mendiang tidak terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Bagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan dengan cara Islam. Jenazah dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dan akhirnya dikebumikan. Sebanyak 5% responden yang menganut agama Islam.

36

Bab 2.pmd

36

10/6/2009, 3:30 PM

Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan

Graf 4: Adat Kematian Masyarakat Baba dan Nyonya

Kesimpulan
Keseluruhannya, penyelidik mendapati daripada keputusan yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan, didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Jika tiada percampuran tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.

37

Bab 2.pmd

37

10/6/2009, 3:30 PM

Jurnal ASWARA

Rujukan
Clammer, J.R. (1975). Overseas Chinese Assimilation and Risingnification. Southeast Asian Journal of Social Science, Vol. 3 No. 2, 9-12. Ding Choo Ming (2008). Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. Wirth, D.K. (1967). The Problem of Minority Groups, R. Linton, (ed.), The Science of Man in The World Crisis, Columbia University Press: New York, 347-372. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM, (Dr.) & WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMMAD, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui e-mel: letchumy@fbmk.upm.edu.my dan munaruzanna@yahoo.com

38

Bab 2.pmd

38

10/6/2009, 3:30 PM