Anda di halaman 1dari 15

Disediakan oleh : `Afifah Farah Syamira bt Abu Hassan

PERANCANGAN PENYELESAIAN

MASALAH MEMBUAT KEPUTUSAN

Satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Perancangan yang baik dan berkesan adalah yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.

(i) Perancangan Strategik - dirangka bagi memenuhi objektif organisasi - merangkumi pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. (Master plan) (ii) Perancangan Operasi - dirangka secara terperinci untuk melaksanakan plan strategik.

(iii) Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek - Melibatkan tempoh masa, boleh jadi satu tahun atau kurang/lebih - ditentukan berdasarkan objektif ingin yang dicapai.
(iv) Perancangan Berfungsi - bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada. contoh: Perancangan sumber manusia Perancangan kewangan Perancangan program pembangunan atlet

Memikirkan idea yang baik Memilih idea yang terbaik Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu

Menentukan struktur organisasi Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat Melaksanakan rancangan Menilai keberkesanan perancangan untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan

Membantu memberikan hala tuju Membantu organisasi menentukan masa hadapannya Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan Membantu menjadikan organisasi berjaya dalam aspek pengurusannya

Langkah-langkah yang terlibat dalam menganalisis keputusan adalah seperti berikut:

1) Mengenal pasti masalah atau isu - Pengenalpastian masalah adalah penting bagi melihat faktor luaran dalaman organisasi yang terdapat dalam persekitaran kini dan masa hadapan yang boleh menjejaskan tercapainya matlamat projek.

- Pengenalpastian ini boleh dibuat dengan menggunakan pengesanan kepada perubahanperubahan dalam persekitaran yang merangkumi langkah-langkah berikut:
pengumpulan data semak asas-asas perancangan lain pengkelasan data analisis agenda utama analisis cross impact iaitu dengan melihat jika faktor a berlaku atau berubah, apakah kemungkinan berlaku perubahan terhadap faktor b.

- Maklumat ini boleh membantu dalam membina misi, nilai, faktor kritikal kejayaan, objektif dan strategi projek. Ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk meningkatkan keberkesanan pengawalan dan penambahbaikan strategi dalam perancangan strategik.

2) Wujudkan alternatif untuk penyelesaian 3) Menilai dan memilih alternatif dengan kaedah SWOT atau KLAP (Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang). Ianya digunakan umtuk menilai kemungkinan, kualiti, penerimaan, kos dan etika.

4) Proses Membuat Keputusan - Setelah menilai alternatif tersebut, keputusan perlu diambil dengan mengambil kira langkah-langkah berikut:

Mengenal pasti masalah - kenal pasti percanggahan antara keadaan sekarang dengan yang dikehendaki. Kenal pasti kriteria penyelesaian

Memberi pertimbangan kepada kriteria (percambahan fikiran) Memperkembangkan alternatif - senaraikan alternatif Analisis alternatif -SWOT atau KLAP Memilih alternatif Melaksanakan alternatif Menilai keberkesanan keputusan.

Kekuatan (K) (senaraikan)

Kelemahan (L) (senaraikan)

Peluang (P) (senaraikan)

KP Apakah kekuatan yang ada untuk merebut peluang?

LP Atasi kelemahan yang ada untuk mengambil peluang

Ancaman (A) (senaraikan)

KA Apakah kekuatan yang ada bagi menghadapi ancaman

LA Minimakan kelemahan disamping mengelakkan ancaman

Anda mungkin juga menyukai