Anda di halaman 1dari 2

Fred M.Hechinger, presiden, New York Times Sekolah yang baik atau Sekolah Yang Tidak Baik?

Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak Berjaya diubah menjadi sekolahsekolah Berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti pengetua. Terjemahan: Good School or Bad School?

Kepimpinan dan Kepengetuaan: Cabaran dan Strategi di Alaf baru Rahimah Haji Ahmad, Pengarah Institut Pengetua, fakulti pendidikan, um Jurnal Institut Pengetua Jilid 02-Januari 2002 (1-8) Kepengetuaan pula tertumpu sebahagian besarnya kepada pengetua yang dilantik secara sahih, baik dilantik secara kenaikan pangkat daripada jawatan guru (Malaysia) mahupun pelantikan terus kepada pemohon jawatan pengetua seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Dimalaysia apa yang menjadi hala tuju pendidikan sudah dimaktubkan dalam FPK dan dalam konteks sedemikianlah pengetua harus mengimbangi segala unsure yang mempengaruhi pengurusan dan kepimpinannya. Profesionalisme Pengetua (19-27):Hussein Hj.Ahmad Sukar hendak diperkatakan sama ada pengetua atau kepengetuaan bagi institusi sekolah menengah merupakan satu profession dalam Seseorang pengetua bukan sahaja menjalankan peranan fungsional yang meliputi aspek-aspek pengelolaan, pengagihan tugas, penyelarasan,program dan aktiviti kurikulum dank ok, penilaian guru, kakitangan dan pelajar dan lain2 tetapi mampu dan berdaya tinggi secara professional untuk menangani masalah dan isu dalam persekitaran pimpinannya di sekolah berasaskan factor pengetahuan kognitif, afektif dan keterampilan serta kemahiran dalam ilmu kepimpinan, pengurusan manusia dan pentadbiran organisasi. Dalam scenario ini, bolehkah dikatakan semua pengetua dalam sistem pendidikan di Malaysia telah dapat menyerlahkan peranan fungsional ini dengan berkesan hingga dapat mempertahankan imej kepimpinan dan pendidikan? Program perkembangan staf dalam persekolahan merupakan suatu bidang yang belum mantap dan berkesan, hingga menimbulkan perasaan kecewa di kalangan guru dan staf sokongan wpun kepentingan aspek ini dalam bidang profesionalisme kepimpinan pengetua tidak dapat dipertikaikan. Apakah strategi2 dan langkah2 yang perlu diambil oleh pengetua

melalui saluran birokrasi PPD, JPN dan KPM untuk menentukan pengetua diberikan kebolehupayaan dalam mengendalikan program perkembanagn staf secara berkesan atau apakah pengetua sendiri tidak berupaya untuk mengendalikannya. Pada satu ketika dahulu, pengetua digambarkan sebagai golongan pentadbir yang terkongkong atau terkepung di mana pengaruh pengetua terlalu terhad. Akan tetapi pada masa kini pengetua telah diberikan asas-asas dan penghargaan supaya mereka boleh menggunakan pengaruh untuk memimpin sekolah secara berkesan. Justeru wujudlah berbagai-bagai konsep sekolah dengan nama-nama yang berslogankan cogan kata dan melambangkan berbagai citarasa dan aspirasi seperti sekolah cemerlang, sekolah harapan Negara, sekolah berkesan, sekolah pintar, sekolah penyayang, sekolah berkualiti, sekolah progresif, sekolah bestari, sekolah cluster, sekolah wawasan dan sebagainya.