Anda di halaman 1dari 11

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir

Pengenalan
Rahmat dan Redha ALLAH buat sekalian amal dan perbuatan, DIA yang tiada selain DIA yang wajib disembah, DIA yang tiada selain DIA bagi segala pujian, DIA yang tiada selain DIA tempat memohon segala hajat, DIA yang tiada selain DIA sebagai tempat meletak harapan bagi setiap amal dan ibadah, DIA, DIA ALLAH, Zat yang Maha Hebat lagi Berkuasa atas segala sesuatu yang telah telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar Wa lILLAHil Hamd. Bergemerlapan alam menyambut hadirNya, membawa sinar harapan dan cahaya kebenaran bagi mereka yang sentiasa menantikan kebenaran dan kejayaan yang hakiki. Insan digelar Rasulullah S.A.W, yang tanpa asbab hadirNya, maka teruslah gelap bagi mereka yang dalam kegelapan, terus teraba-raba bagi mereka yang sudah sedia meraba-raba mencari kebenaran. Seluruh Selawat dan salam penuh Mahabbah ke sisi Junjungan Rasulullah S.A.W, keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda. Semoga dibangkitkan kita di akhirat kelak dalam keadaan di syafaatkan Rasulullah S.A. W, begitu juga dengan kehidupan dan amal di dunia ini beserta syafaat dari Baginda S.A.W. Amin Amin Amin. ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihil kiram. (Kredit: Hasil Karangan Ustaz Wan Asrul,Terapi Islam Al-Fatah)
Amma Badu:

Dengan bertambah pesatnya kemajuan sains dan teknologi, kita seharusnya menjangkakan yang gangguan-gangguan mistik sepatutnya semakin berkurangan kalaupun tidak hilang sepenuhnya. Tetapi hakikat yang kita lihat setiap hari ialah, gangguan-gangguan mistik semakin bertambah pula. Dari kajian kami, fenomena yang tidak sepatutnya berlaku ini adalah disumbangkan oleh beberapa faktor: 1. Perkembangan teknologi maklumat telah menggalakan budaya hiburan secara melampau, sehingga umat berada semakin dan semakin jauh dari Allah. Tidak sah memandu tanpa muzik dimainkan. Tiada lagi alunan zikir dan Quran. Tidak sah lagi masa senggang, tanpa mengupdate status facebook dari telefon bimbit.

2. Oleh kerana umat semakin jauh dari Khaliqnya, sifat-sifat mazmumah semakin berleluasa. Bermula dari ujub, kemudian riya, kemudian kemuncaknya takkabur menambah kekuatan syaitan setiap masa.

3. Kebanjiran drama-drama dan filem-filem genre seram, menyebabkan kesalahfahaman tentang hakikat gangguan mistik dan menimbulkan rasa hebatnya makhluk-makhluk mistik. Sedangkan Allah dengan jelasnya telah memberitahu kita bahawa sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah amat lemah

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir


Mari membenteng diri
Melihat fenomena gangguan mistik yang semakin bertambah saban hari, dengan izin Allah tergerak hati kami untuk menyusun amalan-amalan bagi membenteng diri dari gangguan-gangguan batil ini. Apapun, perlulah difahami bahawa sesungguhnya tiadalah perlindungan melainkan perlindungan Allah. Tiadalah pertolongan melainkan pertolongan Allah. Maka matlamat terutama, adalah sudah tentu untuk membersihkan hati dan kembali kepada mengtauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Dalam setiap amalan, dari segi zahirnya berusahalah bersungguh-sungguh, tetapi pada batinnya berharaplah kepada rahmatNya. Perlulah difahami bahawa setiap musibah yang menimpa diri, adalah KURNIA dari Allah. Sebagai tarbiyah dariNya agar kita selalu dibimbing kembali ke jalan yang diredhaiNya. Untuk meringkaskan risalah ini, segala nas-nas berkenaan amalan-amalan di bawah adalah tidak disertakan. Bagi sesiapa yang memerlukan penjelasan tentang nas-nas amalan, bolehlah berhubung dengan penyusun di kecu97ct@yahoo.com

A. Amalan-amalan pendinding diri


Priority Perkara Rujukan

Medium

Bentengi diri anda dengan AMALAN BENTENG DIRI 1 setiap pagi dan petang. Jika sibuk boleh dilakukan sambil memandu ke tempat kerja. Bentengi diri anda dengan zikir di bawah 100x setiap pagi dan 100x setiap petang.

Appendix 1

Very High

Tiada


Tidak ada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah Yang Maha Esa, Tidak ada serikat bagi-Nya, seluruh kerajaan dan pujian milik-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

High High Very High

Bentengi keluarga dan rumah anda dengan AMALAN BENTENG RUMAH DAN KELUARGA 2 Bacalah surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk setiap malam. Ambil wuduk sebelum tidur. Bacalah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Hembuskan pada tapak tangan dan sapu pada seluruh badan. Bacalah Ayatul Kursi sebelum tidur. Tidurlah mengikut sunnah mengiring ke kannan.

Appendix 2 Tiada

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir


B. Amalan-amalan menguatkan roh
Priority Perkara Rujukan

Very High

Jagalah solat berjemaah. Bagi orang lelaki, selain dari solat berjemaah di rumah pastikan masa untuk solat berjemaah di masjid juga di tetapkan setiap hari. Sebolehbolehnya solat Subuh dan Isyak, cubalah sedaya upaya di lakukan di masjid. Pengalaman peribadi kami, kerap terjadi gangguangangguan mula menjadi lemah apakala kita mula untuk menjaga solat berjemaah di masjid secara istiqamah. Bangunlah untuk solat malam secara istiqamah. Bangunlah walaupun sekadar untuk 2 rakaat solat taubat dan 1 rakaat solat witir. Bacalah Al-Quran dengan pemahaman setiap hari. Seboleh-bolehnya sekadar 4 ain setiap hari. Carilah masa yang sesuai dengan jadual hidup anda. Jagalah zikir 3 serangkai dengan istiqamah setiap hari (100x setiap zikir): Carilah masa yang sesuai dengan jadual hidup anda. o o Istigfar o Selawat

Tiada

Very High

Tiada

High

Tiada

Medium

Tiada

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir


C. Elakan punca-punca gangguan jin
Selain daripada membenteng diri, perlulah mengambil perhatian di dalam mengelakan puncapunca gangguan jin seperti dibawah: 1. Elakan keluar rumah di dalam waktu Mahgrib sehingga masuk waktu Isyak. Pada ketika ini syaitan berkeliaran. Menurut bukti-bukti dari beberapa orang muallij, kekuatan syaitan pada waktu ini adalah berada dikemuncaknya. 2. Tutup pintu dan tingkap di rumah dengan membaca BISMILLAH menjelang masuk waktu Mahgrib. 3. Bacalah BISMILLAH apabila membuang air panas atau mencampak barang-barang berat. 4. Tutuplah pintu masuk syaitan ke dalam diri, yakni marah, syahwat, takut dan lalai. Segala asbab kepada 4 pintu ini mestilah dielakan. 5. Berhenti dari menonton drama-drama / filem-filem genre seram. Kisah-kisah sebegini tidak memberi sedikit pun manfaat di dalam urusan duniawi, apatah lagi di dalam urusan ukhrawi.

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir


APPENDIX 1: Amalan benteng diri.
Amalkan setiap pagi dan petang. Jika kesuntukan waktu, boleh dibaca semasa memandu ke tempat kerja. Ayatul Kursi 7x Al-Fatihah 7x Al-Falaq 7x An-Naas 7x Al-Ikhlas 7x Doa: Mintalah Allah lindungi diri kita dengan rahmatNya dari segala malapetaka dan kejahatan makhluk.

P/S: Pastikan mengikut turutan ayat yang diberikan

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir


APPENDIX 2 : Amalan pendinding diri, keluarga dan rumah
Al-Fatihah

(1)

Al-Baqarah 5-1

Al-Baqarah 361

Al-Baqarah 752-552

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir

Al-Baqarah 582 - 482

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir

At-Taubah 921 AlMukminun 811 511

Al-Ghafir 31 )(3x

Al-Ikhlas )(3x

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir


)Al-Falaq (3x

An-Naas )(3x

)Zikir (3x

Kalimah Tammah )(3x

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir


Ruqyah Jibrail
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang. Aku berlindung kepada ALLAH Yang Maha Pemurah dan berpegang teguh pada kalimat-kalimatNya yang sempurna yang tidak dapat dipengaruhi oleh sesiapapun juga, baik yang taat mahupun orang fasik, dari kejahatan yang turun dari langit dan kejahatan yang naik ke langit, kejahatan yang ada di muka bumi, kejahatan fitnah-fitnah dan peristiwa yang membawa akibat buruk yang terjadi siang dan malam, kecuali peristiwa yang membawa kebaikan, wahai Tuhan kami Yang Maha Rahman.

Doa Abu Darda

Doa

Mintalah pelindungan Allah dengan rahmatNya bagi diri, keluarga dan rumah dari segala malapetaka, kejahatan makhluk dan gangguan manusia, jin, syaitan, iblis, sihir dan saka.

Mari Membenteng Diri Dari Gangguan Jin / Sihir


Beberapa bahan bacaan untuk difikir-fikirkan
AMALAN PENDINDING 3 QUL TIDAK MEMADAIKAH SEBAGAI PERLINDUNGAN ?
from Rawatan Islam di Seksyen 7 Shah Alam by Perawat Islam

Kebanyakan perawat-perawat baru sekarang nie saya lihat berlumba-lumba mengamalkan pelbagai hizib untuk dijadikan pendinding diri dan 1001 kaifiat lagi. Pengalaman saya melihat perawat-perawat yang lain,amalan pendinding mereka hanyalah 3 qul dan zikir "lailahaillallah wahdahulasyarikalahu..qadiir" 100x pg 100x ptg.Alhamdulillah mereka sihat walafiat juga setakat ini. Yang penting amalan tu bersumberkan hadis dan istiqomah diamalkan serta tiada niat ingin mencari sebarang kelebihan tetapi hanya mengharapkan keredhaan ALLAH SWT semata-mata.

BAGAIMANA MEMANTAPKAN KEYAKINAN,AKHLAK DAN KEAMPUHAN RUQYAH DENGAN KAEDAH QURAN DAN SUNNAH BAGI PERAWAT (DAN PECINTA SUNNAH)
from Rawatan Islam di Seksyen 7 Shah Alam by Perawat Islam 1Kembali kepada asalnya kita contohi bagaimana sahabat yang asalnya orang-orang biasa membina amalan dan iman mereka sehingga menjadi mantap dan dapat menguasai sepertiga dunia Sangat menjaga solat tahajjud,sekiranya terlepas juga digantikan dengan solat dhuha

2-

Rajin membaca quran dengan tadabbur dan sangat mencintai quran. Perawat seboleh-bolehnya menggantikan hizbhizb dengan bacaan alquran .Minima satu juzuk dan paling mantap adalah sekurang-kurangnya tiga juzuk sehari.Berat?Ini dijamin lebih baik dari wirid yang beratus ribu kerana ia memang dari amalan para sahabat.Bagi mengelakkan kebosanan dicadangkan menggunakan tafsi Al Azhar Prof Hamka untuk memudahkan kefahaman yang agak mendalam, mengetahui tujuan2 ayat dan kaitan dengan sunnah dan kehalusan budi yang Allah hendak kita bina Berpuasa sunat mengikut kemampuan Berselawat kepada Nabi saw sedaya upaya. Berdakwah kepada orang yang jauh dari agama. Bila kita melakukan dakwah paling kurang kita akan dapat merasakan nur dakwah yang hanya dirasai apabila kita menyampaikan kebenaran terutama kepada orang yang jauh dari agama. Seolah-olah terlepas sebahagian dari beban umat yang selama ini tidak turun padang menjalankan dakwah kecuali sebahagian kecil. Berdakwah mendatangkan kepuasan batin yang hanya dialami oleh mereka yang melakukannya. Kita dapat merasakan sebahagian kecil dari penderitaan nabi dalam menjalankan dakwah dan ini mendorong kita memperbaiki diri dan meningkatkan iman kita.

345-

Anda mungkin juga menyukai