Anda di halaman 1dari 4

NABI MUSA DENGAN FIRAUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Terima kasih saudara penggerak agenda, sof kehakiman penuh berkarisma, guru-guru
bestari, seterusnya rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian.

Nabi Musa dan Firaun jadi tajuk cerita,
Mari kawan-kawan, kita dengar semua.

Firaun adalah seorang pemimpin Mesir yang sangat sombong, takbur dan kejam. Dia
mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Satu hari, dia bermimpi, seakan-akan api menyala,
lalu menuju ke Negeri Mesir dan membakar seluruh kerajaannya kecuali Bani Israil.
Dengan khuatir dan penuh takut, dia meminta tukang tilik untuk menafsirkan mimpinya
itu. Tukang tilik tersebut menyatakan bahawa seorang kanak-kanak akan lahir dari
kalangan Bani Israil dan akan meruntuhkan kerajaan Firaun.

Firaun lantas memerintahkan agar pengikutnya membunuh setiap anak lelaki yang baru
lahir dalam kalangan Bani Israil. Kejamkan Firaun kawan-kawan? Janganlah kita begitu.
Lihat sahaja zaman sekarang, anak dibuang di dalam tong sampah, di dalam longkang,
lebih teruk lagi dibakar dan dicampak ke dalam gaung. Isy, isy..Jangan zalim kawan-
kawan, zalim sifat orang kafir, takut dimurkai Allah.
Firman Allah :
W-OE>-4 4OEL- /--
;OgNq 4@OgUg ^@
Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir.
(Surah Al-Imran : 131)
Kawan-kawan,
Beberapa tahun kemudian, seorang perempuan dari Bani Israil telah mengandung. Dia
sangat takut dan segera menyembunyikan kandungannya daripada diketahui Firaun.
Tiba saat yang dinantikan, lahirlah seorang bayi lelaki, diberi nama Musa. Dek kerana
takut, gelisah dan hiba, perempuan itu memasukkan anaknya Musa ke dalam sebuah
peti lalu dihanyutkan ke Sungai Nil. Dengan kekuasaan Allah, Nabi Musa dihanyutkan
sampai ke istana.

Dijumpai dayang, menjadi tanda tanya,
Marahlah Firaun ingin membunuhnya,
Datang Asiyah isteri tercinta,
Dipujuk dirayu lalu dijaga.

Lalu, Nabi Musa dibesarkan di dalam istana sehingga dewasa. Ya kawan-kawan, Allah
maha berkuasa dan mampu mengaturkan apa sahaja.
FirmanNya yang berbunyi:
}7 NpO741 ^gg
Yang bermaksud : "Jadilah!" Maka terjadilah ia. (Surah Yaasin : 82)


Kawan-kawan,
Suatu hari, Nabi Musa terlihat satu pergaduhan dan tanpa sengaja, dia telah memukul
pemuda dari kalangan pengikut Firaun sehingga menyebabkan kematian. Dengan
penuh rasa hiba, dia memohon keampunan daripada Allah s.w.t. dan segera
meninggalkan bumi Mesir. Begitulah kawan-kawan, kita hendaklah sentiasa bertaubat
dan menyesal di atas perbuatan kita.

Kawan-kawan, Firaun terus dengan kekejamannya. Maka Allah telah memerintahkan
Nabi Musa untuk menghadapi Firaun. Baginda menerima perintah Allah dan memohon
agar diberikan seorang teman iaitu Nabi Harun. Musa menghadapi Firaun tanpa
sebarang rasa gentar. Terjadilah perdebatan antara mereka. Firaun marah seraya
menyuruh tukang sihirnya menakutkan Musa agar dia pergi dari bumi Mesir.

Dengan menggunakan jampi serapah, tukang sihir Firaun menukar tali menjadi ular.
Nabi Musa lantas mencampakkan tongkatnya ke lantai, lalu menjelmalah seekor ular
yang besar. Mukjizat yang Allah berikan ternyata membuka mata tukang-tukang sihir.
Firman Allah dalam surah Al-Araf ayat 121 dan 122:
W-EO7~ EL4`-47 p4O)
4-gE^- ^g p4O
_/E<ON` 4pNOE-4 ^gg
Maksudnya : Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta Alam, "(iaitu)
Tuhan Musa dan Harun".

Lihat kawan-kawan, berani kerana benar. Berjuanglah selagi mampu. Buktinya, rakyat
Malaysia berjuang memartabatkan negara Palestin dengan mewujudkan pelbagai
pendekatan seperti Aman Palestin, Save Our Gaza dan sebagainya.

Kawan-kawan, tindakan tukang sihir yang percaya dengan mukjizat Nabi Musa
mengundang kemarahan Firaun. Dia ingin membunuh Nabi Musa.

Lalu, Nabi Musa terus lari tanpa henti,
Kemudian sampai depan Laut Mati, o..o..
Apakah yang berlaku nanti?

Ha, kawan-kawan, Allah menolong Nabi Musa. FirmanNya dalam Surah al-Syuara
ayat 63 yang bermaksud:

Wahai Musa, pukullah laut itu dengan tongkatmu.

Nabi Musa terus memukul laut tersebut lantas terbelah dua. Selamatlah Musa dengan
pengikutnya. Oh ya kawan-kawan, Firaun kan mengejar Nabi Musa? Bagaimana
dengan dia? Nak tau tak? ha.mereka terus mengejar Nabi Musa, namun apabila
sampai di tengah laut, air kembali mengalir dan lautan terus bercantum. Tenggelamlah
Firaun dan bala tenteranya. Begitulah aturan oleh Allah. Setiap perbuatan kita pasti
akan mendapat balasannya. Lihat sahaja rancangan 999, jenayah membawa padah.
Penjenayah dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.

Ya kawan-kawan,
Banyak kan pengajaran daripada kisah Nabi Musa dengan Firaun.

Jadi,
Yang baik itu jadikan tauladan.
Yang buruk buat sempadan.
Terima kasih kawan semua,
Sudi dengar cerita saya.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.