Anda di halaman 1dari 3

Sebuah program pengajaran makro telah dijalankan pada 15 April 2011 si sekolah kebangsaan ipg kampus dato razali

ismail. Tujuan pengajaran mikro ini adalah untuk membantu guru pelatih menjalankan aktiviti eksperimen dengan tepat yang terdapat dalam kerja kursus berasaskan ilmu kami. Sebelum program ini dijalankan, guru pelatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan menjalankan kajian menganai aktiviti eksperimen yang akan dijalankan. Guru pelatih juga haruslah memahami konsep dan pengertian sebenar kemahiran proses sains integrasi sebelum kami memulakan aktiviti ini. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti amali secara bergilir-gilir dengan pelajar sk ipg kdri. Apabila satu kumpulan menjalankan aktiviti, satu kumpulan lagi akan menjalankan penilaian bagi menilai tahap pencapaian guru pelatih. Selain sebagai aktiviti wajib dalam tugasan KKBI kami, tujuan program ini juga adalah untuk membantu guru pelatih menilai kelebihan dan kelemahan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada guru untuk merasai pengalaman melaksanakan amali dalam suasana kelas yang sebenar. Dalam pada itu, program ini juga dapat membantu guru pelatih mengenalpasti kelemahan pelajar dalam memahami konsep kemahiran proses sains dan integrasi. Antara kelebihan program ini adalah dapat menyediakan guru pelatih untuk mengahdapai alam pendidikan yang sebenar. Selain itu, ia juga menarik kerana muridmurid dapat melibatkan diri dalam amali yang dijalankan secara aktif. Ia juga menggunakan aktiviti amali yang menarik dan dapat menarik minat murid-murid. Walaupun program ini telah berlansung dengan jayanya, namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu kami atasi. Salah satu darinya adalah kawalan murid. Memandangkan murid-murid amat teruja dan aktif semasa menjalankan aktiviti,

mereka kurang memberi perhatian kepada arahan kami. Ia menjadi masalah apabila murid-murid mula bertindak diluar kawalan. Keadaan ini memaksa kami bertegas dengan murid-murid. Kami mementingkan kawalan kelas kerana kami menggunakan

pelbagai peralatan dan radas sains yang berbahaya seperti penunu, kelalang kaca dan sebagainya. Kami juga mengalami kekangan masa memandangkan masa yang diberikan kepada kami telah dikurangkan. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana murid-murid masih bersemangat untuk menjalankan eksperimen bersama kami. Antara cadangan untuk mengatasi kelemahan berikut adalah dengan guru pelatih dari kumpulan lain turut bersama membantu mengawal para pelajar. ini bermaksud, walaupun kumpulan berkenaan adalah kumpulan penilai, namun mereka juga bertindak mengawal kelas. Ini amat penting kerana kami tidak mahu sebarang kemalangan berlaku. Sekiranya kami diberi peluang untuk menjalankan program sebegini lagi, kami memohon agar masa yang diberikan boleh dipanjangkan agar kami dapat menjalankan aktiviti dengan tenang tanpa sebarang tekanan kekangan masa. Secara keseluruhannya, program ini telah memberi kesan positif kepada pelajar sk ipg kdri dan juga guru pelatih. Program ini telah memberikan kami suntikan semangat dan lebih bermotivasi bagi menghadapi alam pendidikan yang akan datang serta menyediakan kami bagi menghadapi murid-murid serta masalah-masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, program seperti ini sepatutnya dijalankan dengan lebih kerap supaya dapat membina jati diri guru pelatih yang lebih kukuh dan berkualiti. Disediakan oleh, _________________ WAHIDAH BINTI ABD MANAN SETIAUSAHA, PISMP SAINS/PJ/BI AMBILAN JANUARI 2010

Anda mungkin juga menyukai