Anda di halaman 1dari 34

1.

PENDAHULUAN

Kemahiran berbahasa merupakan aspek yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Terdapat empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran - kemahiran ini dikuasai mengikut tahap pencapaian murid - murid itu sendiri. Murid yang dapat mengusai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik sudah tentu dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Dalam tugasan Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3101) ini, saya diminta untuk memilih sebuah jurnal pendidikan yang berkaitan dengan kemahiran bahasa dan berdasarkan jurnal tersebut, saya diminta untuk menganalisis dan mencari konsep - konsep kemahiran bahasa yang terdapat di dalam jurnal tersebut. Di akhir tugasan ini juga saya diminta untuk mengulas tentang jurnal yang telah saya pilih ini. Melalui tugasan ini juga saya diminta untuk mengupas tentang konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Konsep 5P ini terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Tugasan ini juga mengandungi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ataupun persediaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu yang dirangka menggunakan konsep 5P serta menggabungkan dua jenis kemahiran bahasa. Melalui tugasan ini juga kelebihan konsep 5P yang dipilih dinyatakan kelebihannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tambahan pula, tugasan ini juga mengandungi implikasi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan penggunaan konsep 5P. Kesimpulannya, kemahiran bahasa merupakan satu komponen yang amat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kewujudan konsep 5P pula bertujuan untuk memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa ini.

2.0

KONSEP 5P

Konsep 5P ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,

pengayaan, dan pemulihan. Rajah berikut merupakan maksud bagi perkataan 5P :

Penggabungjalinan

Pemulihan

Penyerapan

Konsep 5P

Pengayaan

Penilaian

Rajah 1: Konsep 5P Penggabungjalinan, penggayaan, penyerapan, pemulihan dan penilaian

merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, asas - asas ini yang juga dikenali sebagai 5P selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap konsep dalam 5P ini amat penting dalam membantu guru merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menghiburkan. Dalam Sukatan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, konsep
2

5P digunakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Keselarasan penggunaan konsep ini memudahkan para guru untuk melaksanakan tugas dan juga memastikan murid-murid semakin mahir sekaligus dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Melalui konsep 5P ini juga murid dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam diri mereka sendiri. Namun begitu, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dan dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

2.1

Penggabungjalinan

Menurut Faridah Jaafar (1992), penggabungjalinan ialah proses pembelajaran beberapa kemahiran dalam satu pelajaran atau beberapa pelajaran yang berkaitan. Kemahiran - kemahiran tersebut boleh digabungjalinkan melalui dua cara iaitu menggabungjalin beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran atau

menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran akan dapat dikuasai oleh murid secara serentak. Strategi penggabungjalinan ini berhasrat untuk menjadikan aspek - aspek kemahiran tersebut saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

Penggabungjalinan terbahagi kepada tiga iaitu : 1. Penggabungjalinan Kemahiran

K1

K1-Kemahiran Mendengar
K4 K2

K2-Kemahiran Bertutur K3-Kemahiran Membaca

K3

BM

K4-Kemahiran Menulis BM-Bahasa Melayu

Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa dalam Satu Mata Pelajaran

K1

K1-Kemahiran Bahasa
BM

K2-Kemahiran Muzik K3-Kemahiran Seni


K3 K2

BM-Bahasa Melayu

Rajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

Penggabungjalinan kemahiran ini menggabungjalin beberapa kemahiran bahasa dalam satu mata pelajaran atau menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran.
4

2.

Penggabungjalinan Aktiviti

Sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih boleh digabungjalinkan mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis.

Aktiviti

Mendengar dan Bertutur

Membaca

Menulis

Berbual Memaham Berbincang Mengesan isi penting Bertemu ramah Meringkas Berbahas Membuat ayat Berceramah Memberi makna Bercerita Menghurai makna Berlakon

Karangan Laporan Ulasan Ucapan Arahan Iklan Mencatat isi

Jadual 1: Penggabungjalinan Aktiviti

Untuk melaksanakan penggabungjalinan, aktiviti - aktiviti yang hendak dijanlankan haruslah dirancang dengan baik dan mengikut turutan. Contohnya: 1. Berceramah mencatat isi 2. Bercerita berbincang menulis karangan 3. Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan

3.

Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian digabungjalinkan adalah seperti yang berikut: murid. Antara bahan yang boleh

Bahan Bahan utama (Petikan) Bahan sokongan (Bahan rangsangan) Bahan lisan (Rakaman)

Rencana Gambar Laporan Data Berita Rajah Ucapan Graf Pengumuman Carta Ulasan Pengumuman Iklan Temu bual Laporan Komentar Ulasan Ucapan

Jadual 2: Penggabungjalinan Bahan


6

Penggabungjalinnan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti yang bersesuaian.

Penggabungjalinan ini juga haruslah mengikut turutan bagi perlaksanaannya. Implikasi daripada proses penggabungjalinan ini adalah objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam proses penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahirankemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira.

Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), seperti yang terkandung dalam Falsafah Kebangsaan Malaysia.

2.2

Penyerapan

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan. Saedah Yunus (1992), mengatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran biasanya guru akan menyampaikan ilmu secara berasingan dan murid biasanya belajar mengingati butiran yang diajar. Pembelajaran tentang ilmu akan lebih bermakna jika disampaikan sebagai isi pelajaran kepada
7

kemahiran-kemahiran tertentu. Oleh itu, murid bukan sekadar menghafal tetapi menerima isi pelajaran dalam konteks. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi. Aspek pembelajaran dapat membantu murid untuk membentuk sikap ingin menambah dan memperluaskan pengetahuan, memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu, membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif dan positif, meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati, dan menambahkan kefahaman serta kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan. Melalui aspek komunikasi pula, penyerapan dapat dijalankan dengan membantu penguasaan pengetahuan tentang penggunaan kosa kata, tatabahasa, pemilihan laras bahasa, kegunaan intonasi dan perlakuan bukan bahasa lain mengikut konteks, menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang sesuai dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat, dan memahami dan menerima serta mengamalkan aspek-aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri. Terdapat lima unsur penyerapan, iaitu: 1. Ilmu Pengetahuan. I. Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain. II. III. IV. Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak. Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri. Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

2. Nilai murni. Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan
8

nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas. Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia, berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.

3. Kewarganegaraan Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu

mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Penyerapan ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai semangat patriotisme dan dapat meningkatkan komitmen diri serta memberi sumbangan terhadap bangsa dan negara.

4. Peraturan sosio-budaya. Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sosio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu .

5. Kemahiran Bernilai Tambah. Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bertujuan

membolehkan murid dapat mengaplikasi kemahiran tersebut dalam dunia sebenar murid - murid. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.
9

Tujuan penyerapan ini dilakukan adalah untuk membantu murid menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu, melalui konsep penyerapan ini juga dapat membentuk sikap ingin menambah ilmu pengetahuan dalam diri murid - murid dan meluaskan ruang untuk mereka meneroka bidang ilmu yang mereka minati. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu. Pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif jga dapat dibentuk melalui unsur - unsur penyerapan ini. Penyerapan melalui aspek komunikasi dapat membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks. Murid juga dapat memahami dan mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri dan menguasai serta mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

2.3

Penilaian

Penilaian boleh ditakrifkan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan pendidikan mengenai penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid. Tambahan pula, penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik dan di luar bilik darjah yang amat penting. Anuar Amat (1992), berpendapat bahawa penilaian ialah suatu proses menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektf pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian bukan sahaja meliputi pencapaian dan kemajuan dalam pelajaran tetapi merangkumi aspek perkembangan mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan sosial. Terry D. TenBrink (1974), pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang
10

berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi. Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka atau objektif (P&P) yang hendak diuji.

masa pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif dapat dilihat menerusi jadual di bawah:

Perbezaan Fungsi

Ujian formatif

Ujian sumatif dan

Maklum balas kepada pelajar Pensijilan dan guru tentang kemajuan penggredan dan kelemahan. Sepanjang pengajaran Kognitif, afektif psikomotor

Masa Penekanan Sifat Kesukaran Alat Jenis ujian

Pada akhir unit/kursus dan Kognitif Beraneka jenis Senang-sukar Peperiksaan tahun Rujukan norma akhir

Terhad kepada tugasan Berubah-ubah Dibentuk khas Rujukan kriteria

Jadual 3: Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.

11

Sistem penilaian haruslah dilaksanakan secara tidak formal dan formal terhadap perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid - murid. Penilaian secara tidak formal boleh dijalankan melalui pemerhatian, lisan, soal jawab dan kuiz. Penilaian formal pula ialah guru boleh menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak, ujian pensel kertas dengan menggunakan jenis item ujian objektf dan subjektif. Penilaian hendaklah dilakukan secara berterusan untuk menilai dan menentukan perkembangan kemajuan murid dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang

sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat

pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.

2.4

Pengayaan

Chong Lean Keow (2008), mengatakan bahawa penggayaan ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran tambahan dan pelbagai bertujuan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman murid. Beliau juga berpendapat bahawa pengayaan merangkumi latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan bersifat lebih mencabar. Menurut Ee Ah Meng (1990) pula, program penggayaan merupakan suatu program pembelajaran yang dibentuk untuk murid-murid memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti yang dirancang adalah sejajar dengan kebolehan mereka. Aktiviti penggayaaan hendaklah disediakan untuk semua jenis murid iaitu murid cergas, sederhana dan lambat. Jenis aktiviti ini hanya dijalankan setelah murid-murid menguasai satu-satu kemahiran asas. Aktiviti

penggayaan akan memperdalami pengetahuan serta meluaskan pengalaman muridmurid.

12

Pengayaan mempunyai beberapa objektif. Antara objektif bagi pengayaan adalah seperti berikut : I. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas tertentu. II. Melakukan kegiatan pembelajaran yang kebolehan mereka. III. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri. IV. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. V. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup. menarik dan mencabar pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran

Rasional

strategi

penggayaan

ialah

murid-murid

didedahkan

kepada

pengalaman pembelajaran yang sama tetapi berbeza dari segi kebolehan, minat, bakat dan latar belakang sosial. Oleh itu, keupayaan mereka dalam penguasaan satu-satu kemahiran adalah berbeza. Dalam sesebuah kelas, biasanya terdapat kumpulan yang cerdas, sederhana dan lambat. Bagi kumpulan yang cergas, kerja yang biasa akan dapat mereka selesaikan dengan cepat dan aktiviti penggayaan lebih menarik jika disediakan untuk mereka. Bagi kumpulan murid yang sederhana dan lambat pula guru haruslah membimbing murid - murid ini agar objektif aktiviti yang dilakukan dapat dicapai. Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid - murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahanbahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahirankemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa
13

yang ditentukan. Guru juga haruslah mengambil kira prinsip penggayaan dalam menyediakan aktiviti penggayaan antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri, menggunakan daya usaha sendiri serta memberi peluang untuk murid tersebut mengembangkan sifat kepimpinan sosial dalam diri mereka.

2.5

Pemulihan

Menurut Chong Lean Keow (2008), pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khusus yang diberikan kepada murid yang gagal untuk menguasai atau menghadapi masalah yang tertentu berkaitan dengan kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Mengikut kebiasaan, guru boleh

menjalankan pemulihan dalam kelas ataupun pemulihan kelas. Pemulihan dalam kelas adalah bagi murid yang yang mengalami masalah pembelajaran yang ringan dan dijalankan oleh guru kelas sendiri. Pemulihan kelas pula dikendalikan oleh guru pemulihan khas bagi murid yang menghadapi masalah yang serius. Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila wujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan di sekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

14

Antara objektif strategi pemulihan ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan murid - murid : I. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka; II. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu; III. IV. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru; Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju; V. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah; VI. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari; dan VII. Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Berapa langkah khas haruslah diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai. Antara langkah langkah yang harus diambil adalah seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti pengukuhan yang sesuai dan sepadan bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian haruslah dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan yang dilaksanakan telah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid setelah penilaian dilakukan. Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh.

15

3.0

PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA

MELAYU RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran Kelas Bilangan Murid Tarikh Hari Masa Tajuk Hasil Pembelajaran Fokus Utama 7.0

: : : : : : : :

Bahasa Melayu 5 Comel 25 orang 9 April 2012 Isnin 10.15 hingga 11.15 pagi (60 minit) Habitat Haiwan

Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca.

7.1

Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 2 i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.

16

Fokus Sampingan

8.0

Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

Aras 2 i. Membina beberapa ayat huraian berdasarkan isi utama.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat: I. II. Murid dapat membaca dan mengkategorikan haiwan mengikut habitatnya. Murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk.

Kemahiran bahasa

Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Sistem bahasa

Sistem ejaan Ayat tunggal dan ayat majmuk

Pengisian kurikulum 1. Ilmu: i. ii. iii. Sains

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Muzik

17

2.

Nilai: i. ii. iii. iv. Kerjasama Bersikap jujur Prihatin Bertanggungjawab

3. .

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :

A. I. II. B. I. II. III. IV. C.

Kemahiran Berfikir Membuat perbezaan. Kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar Cara Belajar Mengenal pasti Menjana idea Menyenarai Menghurai Kecerdasan Pelbagai

Bahan Bantu Mengajar :

Persembahan multimedia, komputer riba, pemancar LCD, lagu berserta lirik bangau oh bangau, pembesar suara, keratan akhbar dan kad teka - teki.

Pengetahuan sedia ada :

Murid mengetahui jenis - jenis binatang dan habitatnya.

18

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

PENGAJARAN

DAN CATATAN

PEMBELAJARAN

Set Induksi (5 minit)

1. Guru membahagikan murid murid kepada 5 kumpulan

BBM

terdiri daripada lima orang Kad teka - teki. murid.

2. Guru memberikan 3 kad teka teki kepada setip KBT Kemahiran Berfikir 3. Murid dalam diminta berbincang untuk yang Nilai Kerjasama dalam kumpulan. 4. Murid - murid memberikan jawapan kepada teka - teki yang diterima. kumpulan soalan

kumpulan.

menjawab

terdapat di dalam kad teka teki tersebut.

5. Guru mengaitkan jawapan kepada teka - teki tersebut dengan tajuk pelajaran hari ini iaitu Habitat Haiwan.

19

Langkah 1 1. Penyoalan. (15 minit) Contoh soalan : a. Haiwan apakah yang bertelur ? b. Haiwan apakah yang hanya memakan tumbuh tumbuhan ? c. Haiwan apakah yang membunu h lain sebagai makanan? d. Haiwan apakah yang mempuny ai empat haiwan -

1. Guru bertanya kepada murid BBM tentang jenis - jenis haiwan yang murid ketahui. Keratan Alam dan akhbar Haiwan Spesis

2. Guru memberikan keratan akhbar Alam Haiwan dan Spesis Terancam (rujuk

Terancam.

lampiran 1).

KBT untuk Kemahiran senyap Belajar Belajar Membaca senyap. Skiming Cara

1. Murid membaca

diminta secara

teks yang diterima.

2. Murid membaca

diminta teks

untuk secara

membaca pantas skiming. Nilai Prihatin Memberi tumpuan

kaki?

20

Langkah 2 (20 minit)

Maklumat Haiwan. Contoh : a. Berkaki empat. b. Melahirka n anak. c. Bertelur. d. Karnivor. e. Herbivor f. Omnivor

1. Guru meminta dua orang murid untuk membaca teks tersebut hadapan. secara kuat

BBM akhbar

di Keratan

Alam Haiwan dan Spesis Terancam.

2. Murid

diminta

untuk

mengenal pasti haiwan haiwan yang terdapat di KBT dalam teks. untuk Mengenal pasti Belajar Belajar Berpusatkan Murid Menjana idea Menghurai Cara

3. Murid

diminta

membaca secara scaning untuk mencari maklumat habitat

berkaitan

dengan

haiwan di dalam keratan akhbar.

4. Guru meminta murid untuk Ilmu mencari maksud taersirat dan tersurat berdasarkan maklumat yang didapati. Sains

Nilai: Bekerjasama Berusaha

21

Langkah 3 (15 minit)

Peta

minda

1. Murid peta

diminta minda

membuat BBM Keratan akhbar

habitat haiwan.

berdasarkan didapati

maklumat

yang

daripada teks.

Alam Haiwan dan Spesis Terancam.

2. Guru meminta murid untuk membuat berdasarkan peta huraian minda Kemahiran Berfikir 3. Murid diminta untuk dua tunggal) menggabungkan huraian (ayat Membuat perbezaan dan persamaan. Kemahiran mengkategori. Kemahiran Cara Belajar Menyenaraika n maklumat. Menghuraikan maklumat. Belajar KBT

yang dilakukan.

menjadi satu ayat ( ayat majmuk).

Nilai Kreatif Kritis

22

Penutup (5 minit)

Penerapan nilai nilai murni. Contoh : a. Jujur b. Bertanggu ngjawab c. Hormat menghorm ati d. Kasih sayang -

1. Guru

meminta

murid BBM Lagu bangau oh bangau.

merumuskan mengenai isi pembelajaran tersebut pada hari tajuk

berkaitan

Habitat Haiwan. KBT 2. Guru memainkan video lagu bangau oh bangau dan guru meminta murid untuk menyanyikan lagu tersebut berdasarkan lirik yang Pembelajaran sambil berhibur Menghubungkait pengajaran dengan kehidupan 3. Guru menerapkan nilai nilai murni yang terdapat melalui lagu tersebut dalam kehidupan murid. seseorang Ilmu Muzik Kecerdasan Pelbagai

terdapat di dalam video.

Nilai Jujur Bertanggungjawa b Hormat menghormati Kasih sayang -

Penggabungjalinan : Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran (Bahasa Melayu dan Sains).

23

4.0

KELEBIHAN MENGGUNAKAN KONSEP PENGGABUNGJALINAN

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Matlamat - matlamat ini akan tercapai dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR, setiap guru haruslah menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada murid - murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan bukan sekadar menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan. Penggabungjalinan merupakan salah satu konsep 5P yang sangat ditekankan dalam KBSR kerana isi pengetahuan yang diperolehi diserapkan ke dalam kemahirankemahiran berkenaan sebaik mungkin selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Daripada itu, suasana sekolah dan bilik darjah perlulah memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman yang bersepadu. Proses

penggabungjalinan dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mencapai beberapa objektif seperti membolehkan murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih bermakna dan mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Selain itu melalui konsep penggabungjalinan juga, pembelajaran yang berkesan dan pengukuhan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari dapat membantu merealisasikan matlamat FPN bagi melahirkan murid yang seimbang dan menyeluruh. Selain itu, melalui penggunaan penggabungjalinan juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeluruh dan menyeronokkan bagi murid - murid. Jika murid - murid belajar dalam keadaan yang gembira dan seronok tanpa tekanan, sudah tentu apa yang dipelajari mudah difahami dan diingati. Penggabungjalinan juga mempunyai kebaikannya kepada guru - guru. Hal ini kerana apabila dua mata pelajaran digabungkan seperti yang terdapat dalam rancangan pelajaran harian (RPH) di atas, iaitu penggabungjalinan antara mata pelajaran bahasa Melayu dan sains maka akan
24

wujudlah komunikasi dan kerjasama di antara guru - guru bagi kedua - dua mata pelajaran ini. Setiap guru akan bekerjasama dan membantu bagi melengkapi pengajaran dan pembelajaran mereka. Melalui penggabungjalinan juga murid - murid akan belajar lebih daripada satu kemahiran dan hal ini akan membantu murid - murid untuk berfikir dengan lebih luas serta kreatif dan kritis. Murid - murid yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran pula akan lebih memahami mata pelajaran tersebut apabila terdapat kaedah

penggabungjalinan ini. Contohnya, seseorang murid itu kurang berminat dengan mata pelajaran bahasa Melayu akan tetapi apabila mata pelajaran bahasa Melayu ini digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain seperti muzik sudah tentu dapat menarik minat murid tersebut untuk belajar. Dan apabila murid tersebut sudah mula minat untuk belajar, sudah tentu murid tersebut akan berusaha bersungguh - sungguh untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. Ini merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru - guru untuk menarik minat murid - murid mereka. Konsep penggabungjalinan ini amat sesuai digunakan bagi semua tahap murid. Dari murid pintar hingga ke murid yang lemah kaedah ini boleh digunakan. Yang membezakan tahap murid - murid tersebut hanya aktiviti yang dilakukan sahaja. Ini membuktikan bahawa konsep penggabungjalinan ini amat sesuai untuk dilaksanakan kerana terdapat banyak kebaikan bagi penggunaannya sama ada bagi pihak guru mahupun murid - murid. Melalui konsep penggabungjalinan juga murid dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka mereka pelajari di rumah ke sekolah. Oleh itu, tidak hairanlah jika konsep penggabungjalinan ini menjadi konsep yang paling digemari untuk digunakan oleh guru - guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Tidak dinafikan bahawa konsep 5P yang lain juga mempunyai kebaikan tetapi konsep penggabungjalinan ini lebih menyerlah kegunaan dan kelebihannya berbanding konsep 5P yang lain.

25

5.0

IMPLIKASI

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU

APABILA ADANYA KONSEP 5P

Konsep 5P merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep ini merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) menekankan penggabungjalinan, penggayaan,

penyerapan, pemulihan dan penilaian sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Oleh itu, konsep 5P ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap konsep dalam 5P ini bertujuan untuk membantu guru merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menghiburkan. Dalam Sukatan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, konsep 5P digunakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Penggunaan konsep ini diselaras bagi memudahkan para guru untuk melaksanakan tugas dan juga memastikan murid-murid semakin mahir dan dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Terdapat banyak implikasi penggunaan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Salah satu implikasinya adalah menerusi penggunaan 5P guru akan dapat menarik minat murid - murid untuk belajar. Menurut Soergada (1981), minat adalah kesediaan jiwa yang sifatnya aktif untuk menerima sesuatu daripada luar. Jika sesuatu pelajaran itu sangat bermanfaat dan menyeronokkan tetapi tidak dapat menarik minat murid - murid maka objektif pelajaran pada hari tersebut tetap tidak akan tercapai. Hal ini kerana objektif pelajaran hanya tercapai apabila murid dapat memahami dan menerima apa yang hendak disampaikan oleh guru dalam isi pelajaran tersebut. Oleh itu guru hendaklah bijak untuk memanipulasikan konsep 5P ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Contohnya jika murid kelihatan bosan untuk menerima pelajaran yang berbentuk terus sahaja maka guru boleh menggunakan salah satu konsep 5P seperti penggabungjalinan untuk menjadikan proses pengajarannya lebih menarik. Guru boleh menggabungjalinkan dua

26

kemahiran mata pelajaran seperti kemahiran mata pelajaran bahasa Melayu dan muzik untuk menarik minat murid - murid tersebut. Implikasi seterusnya guru boleh menilai sejauh mana kefahaman seseorang murid melalui salah satu konsep 5P iaitu penilaian. Di akhir setiap pengajaran guru boleh melakukan ujian formatif bagi menilai tahap pemahaman murid dan juga keberkesanan strategi pengajarannya. Selain itu, penilaian formatif juga dilakukan untuk membolehkan murid mengimbas kembali apa yang telah dipelajari dan difahaminya. Bermula dari penilaian ini guru dapat mengenal pasti tahap murid - murid di dalam kelasnya. Guru boleh mengelaskan murid yang baik, sederhana dan lemah. Apabila penilaian ini dilakukan barulah pemulihan dan pengayaan dapat dijalankan. Penilaian formatif dilakukan oleh guru di dalam kelas dengan kuantiti murid yang kecil. Apabila telah habis sukatan pelajaran bagi setia tahun, sekolah akan mengadakan pula ujian sumatif bagi menguji tahap kefahaman murid - murid terhadap topik - topik yang telah dipelajari. Apabila keputusan bagi ujian sumatif ini dikeluarkan maka pihak sekolah akan membahagikan murid - murid mengikut tahap pencapaiannya. Murid yang cemerlang akan ditempatkan di dalam satu kelas dan konsep pembelajaran mereka akan lebih bersifat pengayaan. Manakala murid yang lemah akan ditempatkan di dalam satu kelas dan diberi pemulihan serta pengayaan oleh guru - guru. Melalui penilaian ini akan memudahkan para guru untuk mengajar murid - murid mengikut strategi dan kaedah yang sesuai. Selain itu, penggunaan konsep 5P juga memberi implikasi kepada murid - murid. Implikasi terhadap murid berlaku apabila konsep penyerapan digunakan dalam pembelajaran. Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, penyerapan unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh dilakukan. Penyerapan unsur patriotisme dan paraturan sosio - budaya dalam pembelajaran dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam diri murid - murid.

27

Implikasi yang seterusnya ialah murid dapat bimbingan yang sepenuhnya oleh guru mengikut tahap pembelajarannya. Melalui konsep 5P iaitu pengayaan dan pemulihan guru dapat menambah kefahaman murid mengikut keperluan seseorang murid itu. Bagi murid yang mudah memahami isi pelajaran yang disampaikan, pengayaan akan dilakukan oleh guru bagi memantapkan pemahaman murid tersebut. Guru boleh memberikan aktiviti yang lebih spesifik dan sedikit sukar bagi menambah ilmu yang diperoleh oleh murid itu. Bagi murid yang lemah pula pemulihan boleh dilaksanakan. Guru perlu membimbing murid yang lemah ini agar murid ini juga memahami pembelajaran yang disampaikan. Guru boleh melaksanakan aktiviti yang lebih mudah bagi murid - murid seperti ini. Jika ramai murid yang kurang memahami isi pelajaran maka guru boleh melakukan pemulihan dalam bentuk kumpulan. Akan tetapi jika hanya seorang murid sahaja yang kurang memahami pelajaran yang disampaikan maka guru boleh menjalankan aktiviti pemulihan secara individu. Walau bagaimanapun, konsep 5P ini juga mempunyai kelemahannya. Antaranya adalah apabila murid yang lemah dan cemerlang diasingkan maka murid yang lemah ini akan merasa tersisih dan malu kerana mereka ditempatkan dalam kelompok yang lemah ini. Selain itu, guru juga mungkin akan lebih memberi tumpuan kepada murid yang cemerlang. Selain itu, kelemahan konsep 5P ini juga guru akan sukar mencapai objektif pelajaran apabila penggabungjalinan kemahiran yang diguna tidak sesuai atau terlampau banyak kemahiran yang digabungjalinkan. Melalui konsep penilaian pula sukar untuk penilaian dilakukan kerana tahap pemikiran dan pencapaian murid tidak sama tetapi soalan yang diberikan setara. Murid yang cemerlang akan merasakan bahawa soalan ujian tersebut sangat mudah manakalan bagi murid yang lemah pula mereka merasakan bahawa soalan sangat sukar dan tidak tercapai pada akal mereka. Kesimpulannya, konsep 5P ini mempunyai implikasi yang positif dan negatif. Tetapi penggunaan konsep ini mempunyai lebih kesan positif daripada negatif. Kejayaan penggunaan konsep ini terletak pada kemahiran dan kebijaksanaan guru untuk menggunakannya. Jika guru tersebut bijak menggunakan konsep ini makan objektif pelajarannya akan mudah tercapai dan muridnya akan mudah memahami apa yang dipelajari. Begitu juga dengan sebaliknya.
28

6.0

RUMUSAN / CADANGAN KONSEP 5P

Melalui implikasi positif dan negatif yang telah kita lihat sebelum ini dapat dirumuskan bahawa konsep 5P ini merupakan tunjang kepada pembentukan kurikulum bersepadu bagi membentuk murid yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) . Meskipun Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kini telah ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), KBSR ini telah menunjukkan keberkesanan perlaksanaannya melalui pencapaian murid - murid sebelum ini. Melalui konsep 5P murid dapat belajar dalam keadaan yang seronok tanpa tekanan. Murid juga dapat belajar pelbagai kemahiran dalam satu masa. Contohnya guru boleh menggunakan teknik penghafalan melalui lagu. Melalui teknik ini guru mengubah lirik lagu kepada isi - isi pelajaran seperti faedah menyimpan wang. Murid murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran apabila murid menyanyikan lagu tersebut menggunakan lirik yang telah diubah. Melalui teknik ini juga guru dapat menyerapkan pemikiran kreatif dan kritis bagi kemahiran belajar cara belajar kepada murid - murid. Konsep 5P juga akan menjadi beban dan tidak berguna jika guru tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Contohnya apabila guru menggabungkan terlampau banyak kemahiran di dalam satu mata pelajaran, pelajaran tersebut akan menjadi serabut dan menghilangkan minat murid. Selain itu, objektif pelajaran juga sukar hendak dicapai jika terlalu banyak kemahiran digabungkan. Masa yang suntuk dan perbezaan tahap pencapaian murid menyebabkan objektif pelajaran sukar dicapai. Guru juga akan terbeban apabila terpaksa mengadakan pemulihan bagi murid yang lemah. Hal ini kerana masa yang diperuntukkan mungkin tidak mencukupi dan guru juga terpaksa memberi perhatian kepada murid - murid yang lain. Rumusannya, konsep 5P ini haruslah digunakan sebaik mungkin agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dan murid mendapat ilmu pengetahuan dengan cara yang lebif efisien dan sistematik.
29

7.0

ULASAN JURNAL PENDIDIKAN MENGENAI KEMAHIRAN BAHASA

Jurnal yang telah saya pilih untuk dikaji ialah Jurnal Teknologi, 42(E) Jun. 2005: 1-18 Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal ini bertajuk Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. Menurut Farida Rahim (2005), definisi membaca terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama ialah membaca merupakan suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Kedua, membaca adalah strategis. Pembaca yang efektif menggunakan berbagai strategi membaca yang sesuai dengan teks dan konteks dalam rangka mengonstruk makna ketika membaca. Strategi ini bervariasi sesuai dengan jenis teks dan tujuan membaca.Ketiga, membaca merupakan interaktif. Keterlibatan pembaca dengan teks tergantung pada konteks. Orang yang senang membaca suatu teks yang bermanfaat, akan menemui beberapa tujuan yang ingin dicapainya, teks yang dibaca seseorang harus mudah difahami(readable) sehingga terjadi interaksi antara pembaca dan teks. Kajian bagi jurnal ini berbentuk temu bual bagi mendapatkan data. Aras soalan kemahiran membaca bagi temu bual kajian ini berpandu kepada aras soalan yang dicadangkan oleh Kvale (1996). Analisis indeks Cohen Kappa (1960), telah diguna pakai bagi tujuan mencari darjah persetujuan unit analisis dengantema atau konstruk yang dikaji. Analisis ini dibuat dengan memadankan unit daripada data temu bual dengan tema - tema yang dominan dalam sesuatu data kualitatif seperti dalam temu bual. Berdasarkan jurnal yang telah saya kaji, jurnal ini melibatkan kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah ketika belajar mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan SPB yang digunakan bagi meningkatkan kemahiran membaca. Penggunaan pelbagai SPB dalam kemahiran
30

membaca dapat membantu pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih baik. Jurnal ini menitikberatkan penggunaan SPB yang efisien dan sistematik bagi mempelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan bagi meneliti tahap pembelajaran di antara pelajar yang cemerlang dan lemah. Melalui kajian jurnal ini dapat dirumuskan bahawa pelajar cemerlang lebih bijak mengguna dan mempelbagai SPB dalam pembelajaran mereka. Selain itu, pelajar cemerlang juga banyak menggunakan strategi kemahiran membaca yang melibatkan faktor kognitif dan metakognitif seperti menggunakan pelbagai teknik membaca, meminta guru atau rakan untuk memperbaiki pembacaan, membaca dengan nada dan intonasi yang betul, mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa seperti debat, pantun, sajak dan sebagainya. Stratgi

pembelajaran bahasa yang berkaitan dengan kemahiran membaca ini kurang digunakan atau disertai oleh pelajar lemah. Sebagai seorang guru, jurnal ini boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui mengapa terdapat perbezaan di antara pelajar yang cemerlang dan lemah. Apabila perbezaannya telah diketahui, guru boleh melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan pencapaian pelajar yang lemah. Antaranya adalah seperti mengadakan aktiviti debat di dalam kelas. Apabila aktiviti seperti ini dilakukan, sudah tentu murid murid tersebut akan lebih banyak membaca bagi melaksanakan aktiviti ini sekaligus dapat memupuk minat membaca dalam diri murid tersebut. Kemahiran membaca dapat disimpulkan sebagai kemahiran untuk

mengiterpritasikan simbol - simbol tulisan dengan

aktif dan kritis sebagai pola

komunikasi dengan diri sendiri agar makna tulisan dan informasi dapat diterima. Oleh itu, setiap murid harus mempunyai teknik dan strategi untuk menguasai kemahiran membaca ini. Hal ini kerana kemahiran membaca merupakan tunjang kepada kemahiran menguasai ilmu. Jika seseorang itu tidak tahu membaca maka akan sukar baginya untuk menimba dan menguasai ilmu.

31

Refleksi
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus saya dengan sempurna dan jayanya. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini. Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam konsep 5P yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Saya juga dapat mentafsir dan menghuraikan konsep 5P yang telah saya kaji dalam tugasan ini. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat memperoleh pengetahuan tentang penguasaan kemahiran bahasa oleh murid. Saya dapat mengenal pasti kelemahan dan kekurangan penggunaan konsep 5P dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari sepanjang

melaksanakan kerja kursus ini di dalam pengajaran saya kelak. Pelbagai halangan telah kami tempuhi semasa melaksanakan tugasan ini. Tetapi dengan bantuan pensyarah saya dapat melakukan tugasan ini dengan baik. Saya diminta untuk mencari jurnal yang berkaitan dengan kemahiran bahasa. Selepas itu saya perlu menerangkan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Saya juga diminta untuk membuat rancangan pengajaran harian (RPH) dan menyatakan kebaikan satu konsep 5P yang telah saya pilih bagi RPH saya iaitu penggabungjalinan. Pensyarah kami iaitu Puan Siti Normaniseh binti Zakaria telah membimbing saya semasa proses penyediaan tugasan ini dilaksanakan.

32

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa melalui tugasan ini saya dapat mendalami dengan lebih mendalam lagi tentang mata pelajaran Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan konsep 5P yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut RPH dan aktiviti yang telah saya rangka.

NURUL LIANA BINTI AZLI RIDZUAN 920616-08-5922 PPISMP BM/PJ/PSV SEMESTER

33

Rujukan
Bahasa, I. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Griffen, C. (2010, Mac 19). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Retrieved Februari 27, 2012, from Arakian: http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiranbahasa-melayu_19.html Idris Mohd Radzi, D. J. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Khir, N. M. (2009, Julai 28). Konsep 5P Dalam Kurikulum Bahasa Melayu. Retrieved Februari 25, 2012, from Manshuberry.blogspot.com: http://manshuberry.blogspot.com/2009/07/konsep-5p-dalam-kurikulum-bahasamelayu.html KPM. (n.d.). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Retrieved Mac 1, 2012, from SkSeriAmpang.net: http://akses.skseriampang.net/HSP_SP.htm Mahamod, Z. (2007). Psikolinguistik Dalam Pembelajaran dan Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. Pencilbook. (2008, December 16). Pengertian Membaca. Retrieved Februari 25, 2012, from Pencil Books Children Publications: http://pencilbooks.wordpress.com/2008/12/16/pengertian-membaca/ Tahir, N. (2011, September). Pengajaran. Retrieved Februari 22, 2012, from Amaljaya.com: http://www.amaljaya.com/guru/wpcontent/uploads/2011/09/pengajaran.pdf Unila, M. (2009, Okotber). Pengertian Membaca. Retrieved Februari 22, 2012, from Kumpulan Artikel Pendidikan, Artikel Kesihatan dan Lain - lain: http://matheduunila.blogspot.com/2009/10/pengertian-membaca.html Yusoff, M. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

34