Anda di halaman 1dari 8

Sebagai mata pelajaran untuk membina insan yang berakhlak mulia dan bertanggung jawab, ke arah mencapai kesejahteraan

diri dan seterusnya menyumbang kepada kemakmuran negara, Pendidikan Muzik KBSM turut menerap nilai-nilai positif yang membina sahsiah pelajar. Aktivitiaktiviti muzikal, sama ada secara solo atau berkumpulan memerlukan pelajar yang mempunyai disiplin diri, kecekalan dan semangat mencuba yang tinggi. Pelajar harus bertanggung jawab kepada kumpulan dan bekerjasama dalam menghasilkan muzik yang berkualiti. Di samping itu, penglibatan pelajar secara aktif dalam permainan muzik tradisional diharap dapat memupuk semangat patriotisme dan kekitaan di kalangan pelajar. Pada amnya, nilai-nilai murni, nilai budaya dan patriotisme hendaklah diberi penegasan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Oleh yang demikian, guru-guru hendaklah sentiasa peka tentang hal ini dan mengambil kira secara terancang unsur-unsur nilai murni yang dapat diterapkan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. PENILAIAN PengajaSeni muzik adalah berkaitan dengan bunyi. Oleh yang demikian, mendengar adalah kemahiran asas yang perlu dibina dan ditingkatkan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti mendengar secara aktif hendaklah menjadi aktiviti tunggak kepada penguasaan pengetahuan muzik dan pembinaan kemahiran muzik. Dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran, guru-guru hendaklah mengambil kira perkara-perkara seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, pembelajaran masteri, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, teori konstruktivisme dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi/ICT. PENERAPAN NILAI MURNI Sebagai mata pelajaran untuk membina insan yang berakhlak mulia dan bran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya melalui ak

6.2 Muzik Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar

6.3 Tarian Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanakkanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.
Tradisi Budaya Rakyat dan Budaya Popular Pesatnya pembangunan yang dilalui orang Melayu telah membawa kepada meningkatnya perkembangan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular. Penawaran bahan-bahan budaya popular dari luar negara juga kian meningkat dan ini memberikan persaingan kepada perkembangan budaya tempatan. Penawaran bahan-bahan budaya popular berusaha menyesuaikan dengan citarasa budaya para pengguna. Pengusaha industri budaya bekerjasama dengan artis atau seniman dan pemain yang berusaha menghasilkan sesuatu yang baru, yang dapat menyatakan kemodenan dan kemajuan. Sebagai bahan pengguna, bahan-bahan budaya sentiasa berubah, silih berganti. Mereka yang terlibat dalam kegiatan yang berkaitan menumpukan sepenuh masa untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Bahan-bahan budaya popular membawa nilai-nilai moden dan gaya hidup bandar yang menyatakan perkembangan semasa sebagaimana yang diharapkan oleh orang bandar. Orang Melayu yang pesat mengalami perubahan itu mahukan sesuatu yang dapat memberikan mereka mengalami proses urbanisasi dan modenisasi. Bahan-bahan budaya popular memberikan tumpuan kepada aspek itu dan itulah yang menentukan populariti sesuatu bahan budaya itu.38 Tradisi budaya rakyat yang terikat kepada tradisi tidak dapat bersaing dengan perkembangan budaya popular. Peminatnya semakin berkurang, malahan mereka yang mahir dan berkebolehan dalam berbagai-bagai jenis tradisi budaya rakyat semakin sukar didapati. Generasi muda yang sepatutnya mengambil tempat meneruskan tradisi itu didapati sangat terbatas. Beberapa faktor boleh dikaitkan dengan kemerosotan tradisi budaya rakyat, Generasi muda tidak berminat kepada tradisi itu kerana mereka tidak dapat menghayatinya. Mereka tidak mengenali dan tidak diberikan pendedahan kepada tradisi rakyat itu. Perkembangan budaya popular itu memberi pilihan kepada orang ramai. Unsur-unsur tradisi budaya rakyat tidak dapat menarik perhatian ramai, terutama ikatannya kepada tradisi berbanding dengan budaya popular. Perkembangan pendidikan dan teknologi moden turut mempengaruhi kelemahan tradisi rakyat. Budaya popular membawa bersamanya nilai-nilai kemodenan dan kemajuan, sedangkan budaya rakyat dianggap tidak menyatakan nilai-nilai itu. Tradisi budaya selalunya berkaitan dengan kepercayaan warisan yang adakalanya dianggap tidak sesuai dengan ajaran Islam. Sebahagian daripada tradisi itu tidak lagi berfungsi atau tidak dapat memainkan peranan dalam

masyarakat Melayu moden kini. Adakala tradisi rakyat itu bercirikan kedaerahan, yang tidak dapat difahami mereka dari luar daerah. Dalam kepesatan perkembangan bahan-bahan budaya popular itu, terdapat pula usaha untuk mempopularkan unsur-unsur budaya rakyat. Dalam proses penyesuaian sebagai usaha komersial, pembaharuan dilakukan. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan nasyid mendapat tempat yang baik di pasaran, dan penyebaran bahan-bahan budaya yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan itu adalah meluas. Contoh lain, dikir barat yang dihasilkan dalam bentuk VCD, keset dan sebagainya turut popular, tetapi penyebarannya agak terbatas. Adakala unsur-unsur budaya rakyat itu disesuaikan dengan perkembangan teknologi moden yang dihasilkan sebagai bahan budaya popular. Misalnya, terdapat usaha menggabungkan muzik tradisi dengan muzik moden sebagai usaha kreatif bagi menghasilkan suatu muzik popular. Dalam keadaan ini unsur budaya rakyat tradisi itu mulai luntur atau hilang nilai-nilai keaslian. Namun, kaedah itu boleh dilakukan dengan tujuan untuk mempopularkan unsur-unsur budaya rakyat. Tetapi bentuk atau unsur asli itu perlu dipertahankan agar keasliannya tidak hilang. Tradisi budaya rakyat dalam bentuk asli itu perlu dipertahankan bagi mengawal nilai-nilai keasliaannya. Budaya rakyat itu membawa nilai-nilai tersendiri yang menyatakan makna dan pengertiannya. Tradisi budaya itu sebagai warisan budaya rakyat bukan sahaja merupakan budaya ekspresif, malahan juga sebagai budaya simbolik. Daripada tradisi itu konteks aslinya dapat difahami jiwa Melayu, misalnya dari segi ketinggian nilai seninya. Pembinaan Budaya Kebangsaan Pembinaan budaya kebangsaan amat penting diberikan perhatian dan tumpuan. Budaya kebangsaan itu bukan sahaja menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia, malahan juga penting dalam memupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini.39 Melalui budaya kebangsaan itu membolehkan anggota-anggota masyarakat mengenali sejarah dan membina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara. Kesedaran tentang pentingnya budaya kebangsaan itu adalah sebahagian daripada kekuatan semangat kebangsaan Melayu yang dipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial lagi. Pemerintah kolonial tidak memberikan perhatian tentang bahasa dan budaya Melayu, sebaliknya bahasa dan budaya kolonial didapati semakin penting yang membawa nilai-nilai sosial dan ekonomi. Perjuangan orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan adalah tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan persoalan bahasa dan budaya. Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan, dan usaha perancangan serta perlaksanaan dimulakan pada tahun 1970. Kerajaan menyedari pentingnya pembinaan budaya kebangsaan, terutama kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan waktu itu ditubuhkan bagi menumpukan perancangan dan perlaksanaan budaya kebangsaan itu,40 terutama pemuliharaan dan penggalakan budaya rakyat. Salah satu usaha yang dilakukan ialah mengenali dan menggalakkan perkembangan di peringkat nasional berbagai-bagai unsur budaya tradisional pribumi Malaysia. Dalam pemuliharaan dan penggalakan tradisi rakyat itu, berbagai bantuan diberikan. Malahan ada usaha mendorongkan generasi muda terlibat dalam kegiatan-kegiatan tradisi budaya rakyat itu. Berbagai pihak, terutama pencinta-pencinta seni rakyat berusaha mengembangkan dan menyebarkan ke peringkat nasional. Terdapat institusi-institusi pendidikan yang turut menggalakkan perkembangan seni dan mainan tradisonal. Selain itu, penyelidikan, seminar dan bengkel tentang berbagai warisan tradisi rakyat itu sentiasa diberikan perhatian oleh berbagai-bagai pihak. Kesan daripada berbagai usaha yang telah dilakukan itu, minat generasi muda terhadap budaya rakyat itu tidak juga meningkat. Sebagaimana telah dinyatakan bahan-bahan budaya popular sentiasa dapat menarik minat ramai. Sebagai contoh, walaupun persembahan budaya rakyat itu ditawarkan secara percuma di bandar-bandar, masih tidak dapat menarik penonton. Tetapi mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menonton persembahan popular. Generasi muda tidak diberikan pendedahan seluasnya kepada tradisi budaya itu, yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan memahami unsur-unsur budaya tradisi.41 Apabila mereka tidak mengenalinya maka mereka tidak mencintainya. Sedangkan tradisi sangat penting untuk memberikan peluang generasi muda mengenali sejarah, tradisi dan budaya sendiri. Dengan

itu akan dapat memupuk nilai-nilai sosial cintakan bangsa dan tanahair. Seterusnya dapat membina ikatan emosi yang mendalam untuk mempertahankan warisan tradisi, dan jatidiri bangsa dan negara. Generasi muda patut dipupuk dengan nilai-nilai positif, iaitu memandang tinggi dan berbangga dengan warisan tradisi. Kedudukan warisan tradisi tidak boleh disamakan dengan bahan-bahan budaya popular. Bahan-bahan budaya popular sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Apabila nilai-nilai sosial yang berbeza diberikan kepada kedua-dua fenomenon itu, maka budaya popular itu tidak dapat dianggap sebagai persaingan kepada warisan tradisi atau budaya rakyat itu. Kedudukan budaya tradisi atau budaya rakyat yang ingin diperkembangkan dalam rancangan pembinaan budaya kebangsaan tidak menunjukkan kemajuan sebagaimana yang diharapkan.42 Oleh itu kerajaan telah mengubah strategi bagi menggalakkan pertumbuhan budaya kebangsaan, iaitu Kementerian yang berkenaan telah digabungkan dengan industri pelancongan, yang kini dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Memahami masalah yang dihadapi dalam usaha membangunkan berbagai-bagai unsur seni tradisional adalah berkaitan dengan masalah ekonomi. Mereka yang terlibat dalam kegiatan seni tradisional tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kegiatan yang berkaitan memandangkan kegiatan itu tidak memberikan

Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. Mereka bolehmemilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubahsusunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka.Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepada pelajar membuat kajian, catatan,pemerhatian, penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi,di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan.Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif.Gambar 4 : Kanak-kanak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah Kreativiti Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia satu kebolehanmenjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapatbahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya (Csikszentmihalyi, 2003) dan iadianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) bidang mengambar, membuat bentuk dan rekaanmemberikan kebebasan kepada pelajar menerokai proses menerbitkan idea baharu.Dalam pendidikanseni kanak-kanak akan didedahkan tentang .Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. .Ainon dan Abdullah (1996), menyatakan bahawa terdapat beberapa cara dan pendekatan mikro yangdigunakan untuk menjana idea kreatif. i. Pendekatan lateral ialah kaedah penghasilan kreatif yang dipopularkan oleh Edward de Bonoyang menghasilkan idea luar biasa. Di sekolah, bidang mengambar, membuat bentuk dan rekaanmemberikan kebebasan kepada pelajar menerokai proses menerbitkan idea baharu. ii. Kaedah proses kreatif projektif adalah merupakan pendekatan meramal. Dalam pendidikanseni kanak-kanak akan didedahkan tentang cara membuat bentuk dan mencari idea

reka cipta baharu.Misalnya, reka cipta model kereta nasional pada tahun 2020.i i i . K a e d a h k o n s t r u k t i f m e r u p a k a n p r o s e s k r e a t i f y a n g m e n e k a n k a n k e p a d a p e m b a i k a n d a n membina idea yang telah ada dan diperbaharui. iv. Kaedah imaginatif merupakan kaedah yang paling banyak dilakukan dalam Pendidikan Seni.Imaginatif dapat dikesan melalui aktiviti menggambar seperti menggambarkan makhluk asing,gambaran mimpi dan sebagainya. Kaedah imaginatif dapat menanam pemikiran kreatif dan futuristik dalam minda kanak-kanak.Kreativiti dapat dicungkil melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warnadapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluangmencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkanperasaan dan kreativiti.Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahanberwarna yang terdapat di sekitar mereka. Misalnya, keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daunkering, serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsangminda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya.Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan -bahan di sekitar mereka u Gambar 6: Guru sedang memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankanPenggunaan irama dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertaiaktiviti yang dijalankan. Pelajar lebih aktif melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Pelajar juga berpeluangmencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. Biasanya kanak-kanak boleh memberikan reaksi secara spontan apabiladirangsang oleh sesuatu irama muzik. Irama beleh dihasilkan dengan menggunakan alat muzik, alat audio dan jugadihasilkan sendiri oleh guru dan pelajar melalui tepukan, hentakan kaki, mengetuk meja dan sebagainya.Irama boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran. Irama biasanya dimainkan untuk mengiringinyanyian dan juga tarian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, irama digunakan untuk menbangkitkan modsituasi tertentu. Contohnya pengajaran penulisan bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu ya ng bertemakan SambutanHari Kemerdekaan. Aktiviti seperti nyanyian Lagu Kemerdekaan, berkawad seperti anggota tentera dan sebagainyasangat sesuai diringi dengan irama muzik. Ini akan membangkitkan semangat patriotisme dalam diri mereka.Berkenaan seni dalam pendidikan, pelajar digalakkan menghasilkan sendiri irama dan pergerakan. Pelajar bolehmenghasilkan alat muzik dengan menggunakan botol mineral yang disi dengan batu kecil. Pelajar boleh menciptapergerakan yang sesuai dengan irama yang dimainkan. Kreativiti akan dapat ditingkatkan apabila merekamenghasilkan irama dan pergerakan melalui alat yang digunakan.Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar dapat menyertai aktiviti yangdijalankan dengan lancar. Ruang kosong yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang kelas perlu disusundengan baik bagi memudahkan guru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat. Susunan perabuttermasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak pembelajaran. Guru boleh menggunakanruang di luar bilik darjah

untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Aspek keselamatan perlu diutamakansemasa menjalankan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang yang secukupnya akan membantupelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Pelajar dapat mencubaberbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama dan juga mengikut lirik sesebuah lagu. Kesimpulan Seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkanidea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isipengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkanbakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengaja ran ini lebih bermotivasi, mempunyaikeyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea danperasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan matapelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana

inginpencapaian tinggi dalam peperiksaan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. H

al ini kerana seni dalam pendidikanmampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju.

Rujukan Csikszentmihalyi, M., Implications of a Systems Perspective for the Study of Creativity In Sternberg, R. J, (Eds.),2003. Handbook of Creativity . Cambridge: University Press.Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis . Skudai : Penerbit Universiti TeknologiMalaysia.Sternberg, R.J. & Lubart, T. I. The concept of creativity: Prospects and Paradigms In Sternberg, R. J. (Eds.), 2003. Handbook of Craetivity . Cambridge : University Press.Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.1. Keinginan untuk bergerak.- Kanak-kanak suka mengambil peluanguntuk bermain dan melibatkan diridalam sebarang kegiatan fizikal2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf - Kanak-kanak bukan sekadar inginberjaya tetapi inginkan kejayaan itudihargai3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulansebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat- Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima,disanjung, dihargai dan dihormati oleh oranglain4. Keinginan untuk bersaing- Kanak-kanak suka bersaing untukmemperlihatkan kemahiran dankekuatan fizikal dan setara denganrakan-rakan sebaya.5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.- Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikaldan membentuk penampilan diri atau

Anda mungkin juga menyukai