Anda di halaman 1dari 6

35 TIPS PELAJAR CEMERLANG

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan: 1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: 1. kita ingat 10 % apayang dibaca 2. kita ingat 20% apa yang didengar 3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat 4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan 5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan 3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.... 5. Belajar dalam persekitaran kondusif. 1. pastikan cahaya adalah terang 2. kurangkan gangguan bunyi 3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar 4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran 5. kerusi dan meja menghadap kiblat 6. jangan lupa untuk senyum 6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan. 7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. 8. Tahu teknik merangsang memori: 1. memasukkan maklumat dalam memori (registration) 2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) 3. mengingat kembali (recall) 4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application) 9. Sentiasa awal dan mendahului: 1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. 2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. 3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. 4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru. 11. Mempunyai teknik membaca yang betul: 1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul 2. memberikan tumpuan sepanuhnya 3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca 4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas. 13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. 15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca alquran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). 18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan. 19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan. 20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa. 22. Tahu petua mengulang kaji 1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita 2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna 3. duduk tegak dikerusi yang selesa 4. baca doa penerang hati 5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul 6. fikir dan ingat kembali isi utama 7. catat/lakar 8. semak semula ketepatan maklumat 9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain 10. buat rumusan 11. jawab soalan 12. tampal maklumat yang rumit di dinding 13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya. 24. Tahu petua-petua agar tidak lupa: 1. jangan makan kepala ikan 2. jangan makan organ dalaman

jangan minum semasa makan jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut jangan melihat kemaluan jangan melihat buih jangan membaca nama pada batu nisan banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu 10. banyakkan makan kekacang 11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan 12. jangan makan sehingga terlalu kenyang 13. jangan kencing berdiri 25. Tahu kemahiran mengingat: 1. tampal nota-nota penting di dinding 2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 3. gunakan kaedah akronim 4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 26. Cekap mengatur jadual belajar: 1. mempunyai jadual belajar 2. patuh kepada jadual 3. buat jadual yang boleh diikuti 27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar. 28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar. 30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa. 31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas). 32. Pelbagaikan tempat belajar. 33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. 35. Ciri-ciri pelajar cemerlang: 1. taat kepada Allah 2. mendirikan sembahyang 3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka 4. hormati & sayangi guru 5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai

3. 4. 5. 6. 7. 8.

kecemerlangan. 6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari 7. membantu rakan yang memerlukan 8. berdoa dan bersyukur kepada Allah 9. sentiasa bertawakal 10. mahir dalam setiap mata pelajaran Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan sematamata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
Last Updated on Wednesday, 07 April 2010 08:10

Kepentingan Ilmu Tasawwuf


Written by saiful Tuesday, 06 April 2010 02:41

Assalamualaikum Warahmatullah Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat serta salam atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat Baginda sekaliannya. Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan. Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama. Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah : 1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala (maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat pertengahan"(143:Al Baqarah). Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah

menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat". Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam dan keutuhan syariat islam itu sendiri.Sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq, afghanistan dan sebagainya. 2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya"(11:ArRa'd). Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak". 3. Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para syuhada'" (riwayat attirmizi). Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalam risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan zahirnya, sembahyang,zakat,puasa,haji,bercakap benar,menunaikan amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim,setia pada janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak yatim,orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah. Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya, syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya, berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah beribadah kepada Allah." 4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud,uzlah dan tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan

sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini. 5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang difirmankan Allah Taala (maksud) "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai" (1-2 : An Nasr). Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia, seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati". Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah. Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Anda mungkin juga menyukai