Anda di halaman 1dari 2

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat 1. Mengenal pasti jenis-jenis kata adjektif. 2. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata adjektif. Kata Adjektif
Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurangkurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu: Kata Adjektif 1. Kata Adjektif Sifat / Keadaan 2. Kata Adjektif Warna 3. Kata Adjektif Ukuran 4. Kata Adjektif Bentuk. 5. Kata Adjektif Waktu. 6. Kata Adjektif Jarak 7. Kata Adjektif Cara 8. Kata Adjektif Perasaan 9. Kata Adjektif Pancaindera. Maksud Menerangkan sifat atau keadaan Menerangkan warna Menerangkan ukuran Menerangkan bentuk atau rupa. Menerangkan konsep masa Contoh Cerdik, bijak, cantik, rajin. Biru, merah, kuning, hijau, putih Tebal, nipis, tinggi, rendah, panjang, pendek. Bulat, bujur Baru, lambat, lama, lewat, silam.

Menerangkan konsep ruang antara Jauh, dekat. dua benda atau keadaan. Menerangkan keadaan kelakuan atau Pantas, perlahan, jarang. ragam. Pemalu, ragu-ragu, rindu, Menerangkan konsep perasaan. sayang. Menerangkan konsep rasa, pandang, Bising, wangi, kasar, masam, dengar, bau dan sentuh. pahit, manis, licin. Perbandingan Dalam Frasa Adjektif

Perkataan yang digunakan dalam perbandingan frasa adjektif adalah seperti, se, lebih, paling, ibarat dan laksana. Contoh ayat 1. Amira pandai. 2. Amira pandai seperti Kancil. (pandai seperti membawa maksud hampir sama, kesamaan) 3. Amira sepandai Nora. (sepandai membawa maksud sama) 4. Amira lebih pandai daripada Nora. (lebih pandai menunjukkan darjat / tingkat yang lebih) 5. Amira paling pandai dalam kalangan murid di dalam kelas 1 Biru. (kata penguat paling menunjukkan sangat pandai).

Mengikut Tatabahasa Dewan, terdapat tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. Perbandingan dengan darjah biasa Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan kata penguat / kata perbandingan. Kata adjektif cantik, besar dan rajin tidak dibandingkan dengan sesuatu. 1. Rumah ini cantik. 2. Dewan itu besar. 3. Dia rajin. Perbandingan dengan darjah bandingan Dalam Tatabahasa Dewan, penggunaan awalan se- untuk menyatukan darjah bandingan. Kata adjektif awalan se- menunjukkan bandingan sama. 1. Wajah Sujinah secantik ibunya. 2. Buku ini tidak semahal buku itu. 3. Kereta Amin sebesar kereta Azman. Awalan se- membawa maksud sama atau hampir sama. Kata Adjektif dibandingkan dengan benda lain yang membawa maksud mirip / sama. 1. Dia garang seperti harimau. 2. Amira cantik seperti bidadari.

Anda mungkin juga menyukai