Anda di halaman 1dari 1

REFLEKS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2012 AJK KESELAMATAN Pada 29.2.

2012 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Saya telah bertugas sebagai ahli jawatankuasa bahagian Keselamatan&Kecemasan. Walaubagaimanapun, tugas saya telah bermula sejak 23.2.2012 lagi semasa acara sukantara dilangsungkan. Tugas saya memrlukan komitmen yang tinggi. Ini adalah kerana persiapan rapi perlu dilaksanakan terutamanya membabitkan keselamatan para atlet dan ahli rumah sukan yang terlibat. Setiap hari semasa acara sukantara dilangsungkan saya akan tiba awal di padang menyediakan alatan keselamatan seperti ais, peti kecemasan dan pegusung. Ternyata tugasan saya berat dan hamper setiap masa bantuan perlu diberikan namun saya menganggap semua ini adalah sebahagian dari tanggungjawab yang perlu dipikul bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012. Semasa hari Kejohanan Olahraga bermula iaitu pada tarikh 26.2.2012, acara yang terklibat merupakan acara yang panjang seperti 3000meter, lompat kijang dan sebagainya. Seperti biasa, saya sentiasa bersedia menghadapi sebarang

kemungkinan. Terdapat beberapa atlet yang memerlukan perhatian antaranya dari acara lompat jauh dan lempar cakera. Pada hari kemuncak kejohanan iaitu pada 29.2.2012, saya memulakan tugas seawall jam 7.00 pagi lagi. Setelah menyiapkan khemah pada malam sebelumnya untuk menempatkan atlet wanita, saya bertugas dan mengambil tindakan pantas sekiranya terdapat atlet yang mengalami kecederaan. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terklibat menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012. Sekian terima kasih. Muhammad Khairil Azmin Bin Md Noor