Anda di halaman 1dari 17

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

KEDATANGAN ISLAM KE TAMADUN INDIA

PENGENALAN
India adalah sebuah Negara yang terletaknya di Benua Asia dan mempunyai jumlah penduduk kedua terbanyak di dunia, iaitu melebihi dari satu miliyar. Dari sudut ukuran wilayah geografi, ia adalah Negara ketujuh terbesar. Bancian pertengahan 1980-an menunjukkan jumlah peningkatan penduduknya begitu amat pesat. Selaku salah sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi liberal, India muncul sebagai salah sebuah Negara yang memiliki kekuatan ketenteraan yang kuat di samping berkemampuan memiliki senjata nuklear. Terletak di Asia Selatan dengan garisan pantai sepanjang 7000km, India merupakan bahagian dari laluan perdagangan penting lagi bersejarah. Pedagang pedagang dari Eropah yang menuju timur atau Asia Tenggara terlebih dahulu singgah di India sebelum meneruskan perjalanan mereka. Di daratan India berkongsi sempadan dengan Pakistan, Republik Rakyat Cina, Myanmar. Bangladesh, Nepal, Bhutan, dan Afganistan. Manakala Sri Lanka, Maladewa, dan Indonesia adalah negara kepulauan yang bersebelahan denganya, India adalah satu tempat dari peradaban kuno seperti Budaya Lembah Indus dan merupakan tempat kemunculan empat agama utama dunia. Hindu, Buddha, Jainisme, dan Sikhisme. Negara ini sebahagian dari jajahan British sebelum meraih kemerdekaan pada 1947. Islam bertapak di bumi India pada abad ketujuh masehi lagi. Raja Hindu pertama yang menganut agama islam ialah Raja Chakrawati Farmas (Raja Malabar, di pantai selatan India). Beliau memeluk islam sekitar tahun 711 masehi. Peristiwa pengislaman raja tersebut tercatat dalam sebuah manuskrip lama di London. Raja tersebut telah melihat bulan terbelah di langit. Peristiwa bulan terbelah ini adalah salah satu mukjizat yang berlaku apabila orang musyrikin meminta Nabi berbuat demikian. Peristiwa yang sedang berlaku di Mekah itu(bulan terbelah) telah disaksikan juga oleh Raja Chakrawati Farmas di negerinya di Malabar, India. Apabila diselidiki para ramalan menyatakan bahawa seorang utusan Allah telah muncul di Semenanjung Arabia. Untuk itu, beliau telah mengutus anak lelakinya sebagai wakil bertemu Nabi s.a.w. anak lelakinya itu telah memeluk islam dihadapan Nabi s.a.w dan dalam perjalanan pulang beliau telah meninggal dunia di Pelabuhan Zafar di Yaman. Perkuburan yang tertulis Indian King masih wujud hingga hari ini dan dilawati oleh ramai orang. Apabila orang-orang arab datang ke India pada tahun711 masehi, beliau dengan senang hati memeluk islam.

Page | 1

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Gambar 1 : Peta Tamadun India

LATAR BELAKANG SEJARAH KETAMADUNAN INDIA


Sejarah ketamadunan India bermula dengan Peradaban Lembah Indus yang merentang di barat laut anak benua India, dari tahun 3300 hingga 1700 sebelum masehi. Peradaban Zaman Gangsa runtuh di pertengahan millennium kedua sebelum masehi dan diikuti dengan Zaman Besi India. Pada abad ke-6 s.m, Mahavira dan Gautama Buddha dilahirkan di benua ini. Peradaban Sungai Indus,2800s.m hingga 1800 s.m, merupakan sebuah peradaban kuno yang wujud di sepanjang Sungai Indus dan Sungai Ghaggar-Hakra. Kedua-dua sungai ini kini berada dalam wilayah Pakistan dan India di bahagian barat. Peradaban ini sering juga disebut sebagai Peradaban Harappa Lembah Indus, kerana kota penggalian pertamanya disebut Harappa. Ia sering juga disebut Peradaban Indus Sarasvati kerana mengambil sempena dengan nama Sungai Sarasvati yang mungkin kering pada akhir 1900 s.m. penempatan terbesar dari Lembah Indus berada di bahagian timur Indus, berhampiran wilayah yang
Page | 2

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

dahulunya merupakan Sungai Sarasvati kuno yang pernah mengalir. Dalam ketamadunan Lembah Indus istilah Sarasvati merujuk kepada : Dewi Sarasvati (Dewi pengetahuan dalam Agama Hindu) Hari Raya Sarasvati (Salah satu Hari Raya Hindu) Sungai Sarasvati Veda (Sungai Suci Hindu)

Sungai Sarasvati adalah nama sebuah sungai yang disebut dalam Veda, iaitu salah sebuah kitab suci Hindu. Dalam bahasa Sanskrit saras bermakna sebuah danau atau genangan air, dan vati (dari unti, yang beerti milik seorang wanita). Menurut kitab Rigveda, Sarasvati adalah yang terbesar dan paling penting dari tujuh sungai yang dianggap suci. Dalam kitab Rigveda, sungai Sarasvati diulang sebut tidak kurang daripada lima puluh kali (contohnya : Rigveda ). Rigveda pula mencatatkan bahawa Sarasvati dari aspek keindahan dan kemegahannya melebihi semua sungai, dan Rigveda menyebutnya sebagai Induk dari segala sungai.

Sungai Sindhu
Sindhu yang kini lebih dikenali dengan nama sungai Indus adalah nama salah satu sungai besar di India. Terletak di sekitar daerah Punjab yang sekarang ini terbahagi menjadi dua, sebahagian di India dan sebahagian lagi terletak di wilayah Pakistan. Pada zaman Prasejarah, di Lembah sungai Sindhu yang subur ini terdapat sebuah peradaban manusia. Peradaban kaum bangsa Arya ini masuk melalui celah-celah pergunungan Hindu Kush lalu menetap untuk pertama kalinya di Lembah Mohanjo Daro dan Harappa di barat laut India. Di sinilah lahirnya agama Hindu yang akar katanya berasal dari nama Sungai Sindhu tersebut. Aliran Sungai Sindhu sendiri yang dengan cabang anak-anak sungai yang lain kemudian bertemu dan menyatu menjadi aliran Sungai Gangga di Utara India.Harappa ialah sebuah kota di Punjab, timur laut Pakistan sekitar 35km ke tenggara Shiwal. Kota ini terletak di tebing bekas Sungai Ravi. Kota modennya terletak di sebelah kota kuno ini, yang telah didiami antara tahun 3300 s.m hingga 1600 s.m. Ketika penggalian dilakukan terhadap kota purba ini banyak ditemui barangan berunsur keagamaan dari masa budaya Indus, yang juga terkenal sebagai budaya Harappa. Pada masa itu, Harappa memiliki kapasiti penduduk sekitar 40000 orang, dan dianggap sebagai jumlah yang besar pada zamannya. Sebagai sebuah negara yang besar dan memiliki berbagai kaum, agama, serta adat, maka India dengan sendirinya telah mencorakkan sinkretisme dan pluralisme dalam budaya serta ketamadunannya. Kebudayaan ini terus menyerap dalam adat istiadat, tradisi, pemikiran dari penjajah dan pendatang sambil terus mempertahankan tradisi yang sudah mapan serta menyebarluaskan budaya India ke bahagian lain di Asia. Kebudayaan tradisional India memiliki susun tingkat sosial yang begitu kukuh. Kanak-kanak sejak usia masih kecil diajari tentang peranan dan kedudukan mereka dalam masyarakat. Tradisi ini diperkuat dengan kepercayaan kepada dewa-dewa dan roh yang dianggap berperanan penting dan tidak boleh dipisahkan dari kehidupan mereka. Di India sistem kasta ditentukan oleh stratifiksi sosial dan pembatasan dalam kehidupan.

Page | 3

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Kelas-kelas sosial dibentuk oleh ribuan kelompok herediter yang mempraktikkan endogamy yang umumnya disebut sebagai jati atau kasta. Masyarakat India amat menghargai nilai-nilai kekeluargaan tradisional. Meskipun demikian, rumah-rumah di kawasan Bandar sekarang ini lebih kerap didiami oleh keluarga asas. Hal ini, disebabkan keterbatasan ekonomi dan sosial untuk hidup bersama dalam sebuah keluarga besar. Di kawasan pedalaman masih umum dijumpai anggota keluarga dari tiga hingga empat generasi yang tinggal di bawah satu bumbung. Masalah-masalah yang timbul dalam keluarga sering diselesaikan secara patriarkisme. Majoriti terbesar orang India berkahwin setelah dijodohkan oleh orang tua mereka atau anggota keluarga yang dihormati, namun dengan persetujuan pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Pernikahan dipandang sebagai ikatan seumur hidup, dan angka perceraian sangat rendah. Walaupun demikian, pernikahan pada usia muda masih merupakan tradisi yang umum diamalkan. Separuh dari populasi wanita di India menikah sebelum mencapai usia 18 tahun yang merupakan usia dewasa menurut undangundang. Masakan India mencakupi berbagai masakan khas dari berbagai kawasan di India. Ciri khas masakan India adalah pemakaian bumbu serta rempah-rempah yang beraneka ragam. Makanan asas orang India adalah beras (terutama di India selatan dan timur) dan gandum di India bahagian timur. Rempah-rempah seperti merica asalnya berasal dari anak benua India. Cabai menjadi popular di India setelah diperkenalkan oleh penjajah Portugis. Pakaian tradisional berbeza-beza menurut daerahnya di India. Warna-warni dan gaya pakaian tradisional bergantung pada berbagai faktor, terutama iklim. Pakaian berupa kain yang disampirkan merupakan gaya pakaian yang popular di India. Wanita mengenakan pakaian yang disebut sari, dan lelaki pula, mengenakan pakaian yang disebutkan dhoti atau lungi. Pakaian dari kain yang dijahit juga popular, seperti salwa kamez yang diragakan wanita. Lelaki mengenakan kurta, selain seluar panjang dan kemeja gaya Eropah. Sebahagian besar hari cuti di India bersifat cuti keagamaan. Walaupun demikian, di India juga terdapat hari raya sekuler yang dirayakan tanpa memandang kasta dan kepercayaan. Hari raya yang biasa diraikan diseluruh India, misalnya Diwali, Ganesh Chanurthi, Ugadi, Pongal, Holi, Onam, Vijayadasami, Durga Puja, Idul fitri, Idul adha, Krismas, Budha Jayanti, dan Vaisakhi. Selain itu, India memiliki hari raya lainnya. Jumlah hari cuti rasmi antara 9 hingga 12 hari bergantung kepada masing-masing bahagian negara. Kehidupan beragama merupakan bahagian tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sehari-hari dan bukan urusan bersifat peribadi. Arkitektur India sangat melambangkan tradisi kebudayaan India. Antaranya termasuk binaan megah seperti Taj Mahal dan bangunan bercirikan senibina arkitektur Mughal dan India Selatan merupakan campuran dari tradisi lama lagi beraneka ragam tradisi tempatan dari berbagai wilayah di India dan luar negeri. Muzik India mencakupi berbagai jenis muzik daerah dan muzik menjadi dua jenis; muzik tradisional Hindustani dari India Utara, Karnataka dari India Selatan; dan berbagai variasi darinya yang muncul sebagai muzik-muzik bersifat kedaerahan di India. Muzik filem dan muzik rakyat India merupakan bentuk-bentuk muzik pop yang telah menjadi bentuk muzik daerah. Muzik yang dibawakan kelompok baul berakar pada tradisi sinkretisme, dan merupakan contoh muzik rakyat yang dikenali luas.

Page | 4

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Corak tarian India juga terdiri dari berbagai bentuk tarian klasik dan misalnya; bhangra dari Punjab, bihu dari Assam, chhau dari Benggala Barat, Jharkhand dan sambalpuri dari Orissa, serta ghoomar dari Rajastan. Akademi Muzik, Tari, dan Drama Nasional India telah mengiktiraf lapan bentuk tarian sebagai tarian klasik India dan diantaranya ada yang dipengaruhi oleh unsure-unsur mitos Hindu. Tarian klasik India yang dimaksudkan adalah bharatanatyam dari Tamil Nadu, kathak dari Uttar Pradesh, kathakali dan mohiniyattam dari Kerala, kuchipudi dari Andhra Pradesh, Manipuri dari Manipur, odissi dari Orissa, dan sattriya dari Assam. Teater di India memadukan muzik, tari, dan dialog yang memakai skenario atau improvisasi. Kisahnya sering didasarkan pada mitologi Hindu, namun sebahagian di antaranya mengambil idea dari kisah percintaan abad pertengahan, sambil menyinggung peristiwa-peristiwa social dan politik. Teater rakyat yang popular di India, misalnya, bhavai dari negara bahagian Gujerat, jatra dari Benggala barat, nautanki dan ramlila dari India Timur, tamsha dari Maharashtra, burrakatha dari Andhra Pradesh, terukkuttu dari Tamil Nadu, serta yakshagana dari Karnataka. India memiliki industri filem terbesar didunia. Bolywood menghasilkan filem Hindi yang laris. Industri filem bolywood berpusat yang berpusat di Mumbai(Bombay), telah menjadi industri filem yang produktif di dunia. Selain Bollywood, filem-filem berbahasa Benggali, Kannada, Malayalam, Marathi, Tamil, dan Telugu juga didukung oleh industry filem yang mapan. Bentuk-bentuk awal sastra India berbentuk sastra lisan yang kemudian dijadikan sastra tertulis. Kesusasteraan India mencakupi karya-karya sastra Sanskerta, seperti bentuk awal Veda, epos Mahabrata dan Ramayana, drama Sakuntala, puisi-puisi seperti Mahakavya, dan sastra Sangam dalam bahasa tamil. Di antara pemulis India era moden terdapat sasterawan Rabindranath Tagore yang memenangi Hadiah Novel 1913. Dalam bidang kemasyarakatan, Mother Teresa (1910-1997) mungkin boleh dijadikan contoh dalam sumbangan ketamadunan bumi India kepada dunia moden, mengajarnya mengenal erti khidmat bakti dan sumbangan ikhlas kepada kemanusiaan. Beliau mendapat Penghargaan Novel perdamaian pada 1979. Timeline tamadun dari Lembah Indus hingga zaman pembentukan Negara India moden: Zaman batu Zaman matang Harappa Zaman akhir Zaman besi Empayar Maurya Kerajaan pertengahan Satavahana Empayar gupta Kesultanan islam Empayar mughal Persekutuan sikh Zaman british di India Negara India moden sebelum 3300s.m 2600-1700s.m 1700-1300s.m 1200-300s.m 321-184s.m 230s.m-1279 AD 230s.m 220s.m 280-550 AD 1206-1596 1526-1707 1716-1849 1858-1947 sejak 1947

Page | 5

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

ASPEK PENCAPAIAN KEDATANGAN ISLAM

KETAMADUNAN

INDIA SEBELUM

Aspek-aspek pencapaian tamadun India sebelum kedatangan Islam ialah dalam bidang sains, matematik,astronomi dan perbandaran. Sains dan Matematik Matematik yang muncul Asia Selatan sejak zaman silam hingga akhir kurun ke-18. Ianya bermula dalam tamadun Lembah Indus pada Zaman Gangsa (2600-1900SM) dan kebudayaan Veda pada Zaman Besi (1500-500SM). Semasa tempoh matematik India klasik (400M hingga 1200M), sumbangan-sumbangan penting telah dibuat oleh sarjanasarjana seperti Aryabhatta, Brahmagupta, dan Bhaskara II. Ahli matematik India telah membuat sumbangan-sumbangan terawal terhadap pengkajian sistem nombor desimal, sifar, nombor negatif, aritmetik, dan algebra. (David, 1997). Di samping itu, trigonometri yang berkembang di dunia Hellenistik dan telah diperkenalkan ke India kuno melalui terjemahan buku Yunani, berkembang lanjut di India, dan khususnya, takrifan-takrifan moden bagi sinus dan kosinus dimajukan di sana. Konsep - konsep matematik ini di pindahkan ke Timur Tengah, China dan Eropah dan membawa kepada kemajuan lebih lanjut yang kini membentuk asas-asas bagi banyak bidang matematik.(Charles, 2006). Karya-karya matematik India kuno dan Zaman Pertengahan, semuanya ditulis dalam bahasa Sanskrit, selalunya mengandungi satu seksyen sutra yang merupakan satu set peraturan-peraturan atau masalah-masalah yang dinyatakan dengan cukup cermat dalam ayat supaya dapat membantu pelajar untuk menghafaznya. Ini diikuti dengan seksyen kedua yang mengandungi ulasan prosa (kadang-kala pelbagai ulasan oleh pelbagai sarjana) yang menjelaskan masalah itu dengan lebih terperinci dan menyediakan hujah bagi penyelesaian. Di seksyen prosa, bentuk itu tidak dianggap sebagai penting sepertimana idea terbabit. Semua karya-karya matematik dipindahkan secara lisan sehinggalah sekitar tahun 500SM; selepas itu, semua karya itu dipindahkan secara lisan dan juga dalam bentuk manuskrip. Dokumen matematik tertua yang dihasilkan di India yang masih wujud ialah manuskrip bakhsali kulit kayu birch yang dijumpai pada tahun 1881 di kampung Bakhshali, berhampiran Peshawar, Pakistan; manuskrip itu kelihatan berasal dari tahun 200SM hingga 200M. Sarjana-sarjana terdahulu telah berhujah bahawa ia mungkin berasal dari tahun 700M. (Bressoud, 2002). Satu mercu tanda terkemudian dalam matematik India adalah perkembangan pengembangan siri bagi fungsi trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) oleh ahli-ahli matematik aliran Kerala pada kurun ke-15. Karya mereka yang luar biasa yang disempurnakan dua kurun sebelum rekaan kalkulus di Eropah, menyediakan apa yang kini dianggap sebagai contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri). Bagaimana pun, mereka tidak merumuskan satu teori yang sistematik bagi pembezaan dan pengamiran, juga tiada bukti langsung bagi keputusan-keputusan mereka dipindahkan ke luar Kerala.(Bourbaki, 1998).

Page | 6

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Astronomi Astronomi India adalah sebutan teks terawal yang ada wujud dalam kesusasteraan keagamaan India (alaf ke-2 SM). Ianya menjadi tradisi mantap pada alaf pertama SM, apabila Jyotia Vednga dan cabang pembelajaran sampingan lain dipanggil Vedanga mula terbentuk. Semasa abad-abad berikutnya beberapa ahli astronomi India mengkaji berbagai-bagai aspek sains astronomi dan diikuti dengan perbincangan sejagat dengan kebudayaan lain. (Almeida, 2001). Astronomi di India pada awalnya terikat dengan agama. Kitab Veda, kitab penting agama Hindu, adalah tulisan pertama yang menyentuh perihal astronomi. Kitab Rigveda ada membuat spekulasi tentang penciptaan alam semesta dari tiada, dan susun letaknya, tentang Bumi yang bulat dan mampu menyokong beratnya sendiri, dan tentang setahun mempunyai 360 hari dibahagikan kepada 12 bahagian dengan 30 hari satu bahagian, dan kewujudan bulan-bulan interkalari (bulan dengan hari tambahan, seperti hari ke-29 bulan Februari dalam calendar moden). (Sharma, 2008).

Perbandaran Tahun 2600SM,masyarakat awal Harappa telah bertukar menjadi pusat bandar yang besar. Pusat-pusat Bandar seperti Harappa dan Mohenjo-Daro di Pakistan dan Lothal di Sungai Indus dan India. 1,052 kota (bandar) dan penempatan ditemui, terutama di kawasan lembah-lembah sungai. Di Harappa, Mohenjo-daro dan penggalian yang ditemui di Rakhigarhi menunjukkan antara perancangan pembangunan bnadar yang pertama di dunia dengan memiliki sistem pembuangan kotoran. Rumah-rumah dibekalkan air dari perigi dan dilengkapi dengan bilik mandi dan air buangan disalurkan ke longkang tertutup yang berhubung dengan parit utama.

Senibina Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi. Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz. Susunan bangunannya pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan. Perancangan yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan dimana terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,tempat beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa. Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua.

Page | 7

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law.(Chandra, 2008) Untuk seni ukiran , masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman kerajaan Asoka.

CARA KEDATANGAN ISLAM DI INDIA


Islam masuk ke India melalui dua jalan. Pertama, melalui pantai barat India, sebagai pintu masuk Islam dari Semenanjung Arab Selatan. Kedua, melalui bahagian barat laut, iaitu Afghanistan dan Turki. Hubungan antara negara Arab dan India sebelum kedatangan Islam sudah lama terjalin baik, terutama dalam hubungan perdagangan. Sejak lama ramai orang-orang Arab yang berlayar ke India untuk berniaga dan mencari bahan makanan. Hubungan antara dua negeri tersebut hanya melalui jalur laut. Banyak kapal layar bangsa Arab dan India hilir-mudik di perairan Laut Arab dan Teluk Persia dan terdapat juga yang terus ke bahagian selatan Semenanjung Arab menuju Yaman dan Laut Merah. Hampir keseluruhan pantai barat India menjadi tempat berlabuhnya kapal-kapal Arab yang hendak berlayar ke Cina, Asia Timur, dan Asia Tenggara. Menurut Hamka dalam bukunya Sejarah Umat Islam mengatakan pada abad pertama Hijriyyah, di bahagian barat Sumatera terdapat satu perkampungan Arab. Jadi orang Arab memang sudah lama berlayar mengarungi Lautan India dalam perjalanan mereka menuju Asia Tenggara dan Cina. Dan sudah menjadi kelaziman pula kapal-kapal bangsa Arab singgah di Pantai Barat India untuk menambah persiapan bahan makanan dan kelengkapan yang diperlukan.

Delegasi Uthman RA Jalur pelayaran bangsa Arab melalui lautan India dan sering kali kapal-kapal mereka singgah di sekitar pantai barat India. Di samping menjalankan perniagaan, mereka pun berusaha menyebarkan agama Islam ke India, sebagaimana yang terjadi di Nusantara. Khalifah Uthman RA, khalifah ketiga yang berkuasa antara 23 H hingga 25 H/644-656 M pernah mengirim utusannya ke India untuk melihat dari dekat dan mempelajari situasi India. Rombongan utusan, yang dipimpin Hakam bin Jabalah AlAbdi, berhasil masuk wilayah Sind, atau Pakistan Selatan sekarang. Setelah melihat keadaan sekitarnya, mereka pulang menghadap Khalifah dan menceritakan keadaan wilayah Sind.

Page | 8

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Mendengar keterangan tersebut, keinginan Khalifah Uthman RA untuk mengirim tentaranya tertahan. Namun ia beroleh manfaat dari khabar yang dibawa delegasi tersebut, hingga ia mengetahui dengan lebih dekat adat-istiadat masyarakat setempat dan juga dapat mengetahui jalan yang menghubungkan Arab dan India hingga tidak menjadi kesulitan yang besar untuk menaklukkan benua kecil itu pada suatu saat kelak. Setelah melewati beberapa pergantian kekhalifahan, pada masa Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah kelima Dinasti Bani Umayyah, muncullah inisiatif untuk menaklukkan India. Namun usaha penaklukan India baru terlaksana pada masa pemerintahan putera Abdul Malik yang bernama Al-Walid atas saran gabenor Iraq, Hajjaj bin Yusuf AtsTsaqafi. Tahun 87 H/706 M, Khalifah Al-Walid mengirim pasukan sebanyak enam ribu orang ke wilayah Sind di bawah pimpinan seorang panglima yang masih muda, Muhammad bin Qasim Ats-Tsaqafi, yang ketika itu baru berusia 17 tahun, dengan seorang pembantunya, Abul Aswad Jahm bin Zuhair Al-Jufi.

Penaklukan Kota Demi Kota Muhammad bin Qasim bersama pasukan perangnya berangkat ke India melalui jalur darat dan melintasi wilayah Sind. Wilayah Sind ketika itu di bawah kekuasaan Kerajaan Dahar, yang berpusat di kota Dibul. Dikisahkan, saat itu Kerajaan Dahar menjadi penghalang bagi masuknya Islam ke tanah India. Kerananya, Muhammad bin Qasim terlebih dulu merancang untuk membuang batu penghalang tersebut. Muhammad bin Qasim mengerahkan tenteranya ke kota Makran, kerana kota tersebut merupakan pembuka jalan pada penaklukan selanjutnya. Kota Makran pun dapat ditaklukkan dengan mudah. Setelah itu, kota demi kota, termasuk Qanzbur, Armail, dan Dibul, pun jatuh ke tangan pasukan kaum muslimin. Di kota Dibul, ibu kota Kerajaan Dahar, panglima terpaksa menghadapi tentangan yang sangat hebat dari penduduk kota tersebut. Namun, berkat kesungguhan dan keteguhan Muhammad bin Qasim, pasukan muslimin berhasil merebut benteng pertahanan kota ini dan menguasainya. Setelah mengetahui berita jatuhnya kota itu, raja Dahar berupaya melarikan diri menuju kota Makran. Akan tetapi pasukan kaum muslimin terus mengepungnya dan akhirnya raja itu dapat ditangkap. Muhammad bin Qasim Ats-Tsaqafi meneruskan serangannya ke kota-kota lain, seperti Sawandai, Rurr, dan Multan, sehingga keseluruhan wilayah Sind itu dapat dikuasai. Setelah berhasil menaklukkan seluruh wilayah Sind, Khalifah Al-Walid melantiknya sebagai gabenor di wilayah tersebut. Tapi malang nasib pahlawan muda yang berjasa besar dalam mensyiarkan Islam di tanah Sind ini. Pada masa pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik, pengganti Khalifah Al-Walid, ia pun dipanggil menghadap khalifah ke Damaskus (Syria), ibu kota pemerintahan Islam ketika itu. Bahkan dengan paksa, ia ditangkap dan diikat kedua tangannya dan dibawa ke Damaskus. Penduduk Sind amat bersedih menyaksikan peristiwa yang menimpa diri Muhammad bin Qasim. Tak lama setelah itu terdengarlah berita bahwa Muhammad bin Qasim wafat di dalam penjara. Tindakan Khalifah Sulaiman terhadap Muhammad bin Qasim tersebut dilatarbelakangi adanya faktor politik antara dirinya dan keluarga Hajjaj bin Yusuf AtsTsaqafi, dan Muhammad bin Qasim termasuk dalam keluarga Hajjaj bin Yusuf. Sementara pihak menilai, seandainya panglima muda ini tidak dipanggil pulang ke Damaskus, tentu keadaan India tidak seperti sekarang ini. Boleh jadi India saat ini menjadi negara Islam yang kuat. Namun demikian nama Muhammad bin Qasim tetap
Page | 9

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

harum dan dikenang oleh masyarakat muslimin India, terutama di daerah Sind dan sekitarnya. Hanafiyah dan Syafiiyah Setelah Muhammad bin Qasim wafat, kedudukan kaum muslimin mulai goyang dan lemah. Tiga abad kemudian, barulah kedudukan mereka menguat kembali dan sangat berpengaruh setelah kedatangan Sultan Mahmud Al-Ghaznawi dari Afghanistan. Sultan ini berjasa dalam mendirikan kerajaan Islam di tanah India tersebut. Gerakan yang dipimpin Sultan Mahmud Al-Ghaznawi datang melalui celah-celah gunung yang curam di Afghanistan, menembus Genting Khaibar yang terkenal curam. Dengan kedatangan Sultan Mahmud, India mulai membuka lembaran baru dalam sejarahnya, iaitu berada di bawah kekuasaan Islam secara mutlak. Peristiwa ini terjadi di akhir abad keempat Hijriyyah. Selain raja-raja, nama-nama kaum ulama dan dai juga banyak memenuhi halaman-halaman buku sejarah India. Mereka datang semata-mata untuk mensyiarkan agama. Pengaruh mereka di tengah-tengah masyarakat lebih kuat dan mendalam dari pengaruh para raja, yang lebih mementingkan kedudukan dan perluasan daerah kekuasaan.Di antara ulama yang terkenal ialah Syaikh Ismail Al-Lahori (w. 448 H/1056 M), yang berhasil mengislamkan puluhan ribu penduduk Lahore, Syaikh Muinuddin AlJisyti (w. 627 H/1230 M), yang telah mengislamkan ratusan ribu penduduk Ajmir, Syaikh Fariduddin Al-Ajwadi (w. 664 H/1266 M) dan Syaikh Ali bin Syihab AlHamdzani (w. 784 H/1382 M), yang berhasil mengislamkan sebahagian besar penduduk India lainnya. Sayid Abul Hasan Ali An-Nadwi dalam kitab Al-Muslimun fi al-Hind menjelaskan masih banyak lagi kaum ulama yang berjasa besar dalam dakwah Islamiyah di kalangan masyarakat India, Selain para ulama yang datang dari lereng pergunungan Afghanistan, India diramaikan pula dengan kedatangan para ulama dari Semenanjung Arab Selatan, seperti Yaman dan Hadhramaut, yang turut berdakwah dan menyebarkan agama Islam di India bersama para saudagar Islam yang berjiwa dakwah. Pemahaman agama atau madzhab yang dianuti kaum muslimin India, iaitu Madzhab Hanafi dan Madzhab Syafii, menunjukkan kenyataan sejarah tersebut. Dapat disimpulkan, Islam masuk ke India melalui dua jalan. Pertama, melalui pantai barat India, sebagai pintu masuk Islam dari Semanjung Arab Selatan. Dan kedua, melalui bagian barat laut, iaitu Afghanistan dan Turki. Kebanyakan kaum muslimin yang menetap di India sebelah barat dan selatan menganut Madzhab SyafiI, kerana mereka menerima Islam dari Semenanjung Arab yang dibawa oleh orang-orang Yaman dan Hadhramaut, yang bermadzhab Syafii. Sementara kaum muslimin India yang menetap di bahagian utara dan timur, hampir keseluruhannya bermadzhab Hanafi, sebab mereka menerima ajaran Islam dari orangorang Afghanistan dan Turki, yang kebanyakannya bermadzhab Hanafi.

Page | 10

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

PENGARUH ISLAM DI INDIA


Sejarah Muslim India memang mengalami pasang-surut. Masuknya Islam di Benua India terjadi pada masa pemerintahan Khalifah Umayyah, yang mengirimkan tentara Islam di bawah pimpinan Muhammad bin Qasim al Tasqafiy pada 93 H atau 712 M. Namun sebenarnya, sebelum mengirimkan tentaranya ke India, hubungan antara India dan Negara Islam, sudah terjalin dakwah Islam ke India sejak masa Rasulullah. Kehadiran Islam berpengaruh terhadap seluruh kehidupan orang-orang Hindu yang musyrik dan jahiliah. Pada era Islam, terdapat kebangkitan berbagai aspek kehidupan, ekonomi, pendidikan, politik, dan lainnya. Kehadiran Islam di India juga telah mendorong meningkatnya perdagangan yang tadinya lokal menjadi lebih global. Antara pengaruh kepada kehidupan masyarakat India adalah : Sistem pendidikan Islam amat menekankan pendidikan kepada para penganutnya. Apabila islam memerintah india, banyak institusi pendidikan didirikan bagi mendidik masyarakat agar terlepas dari bencana kejahilan. Bidang-bidang ilmu seperti kesusasteraan, seni bina, matematik, astronomi diperkenalkan. Selain daripada itu masjid juga berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu asas islam disamping beribadat. Hasil daripada dasar pendidkan baru yang diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman Moghul ramai orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Parsi dan cemerlang di madrasah-madrasah dan menjadi guru. Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang melakukan penulisan buku sains perubatan dalam bahasa Parsi. Dalam bidang sejarah,karya-karya penting pada zaman pemerintahan islam di India adalah seperti berikut: Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali Ansari Ibrat-Nama karya Khairuddin Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain Imad-Ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi

Seni bina Dalam bidang seni bina, tamadun india boleh berbangga dengan seni bina islam antaranya ialah: Taj mahal Binaan taj mahal dengan keindahan dan kehalusan seninya telah memukau setiap pencinta seni binadi seluruh dunia. Binaanya yang begitu unik dan tiada tandingan ini disiapkan pada masa pemerintahan Shah Jehan (1592-1666M), salah seorang maharaja Moghul. Ia menjadi salah satu daripada tujuh perkara ajaib di dunia. Taj Mahal yang terletak di Agra berhampiran Delhi begitu unik dengan ciri keindahan yang tersendiri. Pandanagn luaran ini sentiasa berbeza bergantung kepada cuaca waktu disebabkan sifat binaan semulajadinya, marmar makhana.

Page | 11

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Qutb minar Masjid ini dinamai sebagai Quwwat al islam atau masjid kekutan islam (Might Of Islamic Mosque). Ia telah di bina di Delhi oleh pemerintah kesultanan Delhi (dinasti hamba) Qutbuddin Aibak. Masjid ini dianggap sebagai masjid tertua dan masih bertahan hingga hari ini di Delhi. Masjid ini telah dibina untuk mengigatkan umat islam tentang kemenangan mereka membuka india. Pada awalnya masjid ini merupakan sebuah dinding yang menghala ke Mekkah (barat india), dan juga permaidani dan tali yang direntang bagi dijadikan ruang atau kawasan masjid. Keluasan masjid ini adalah 212 x 150 kaki persegi. Bahagian barat masjid tersebut (menghala ke Mekkah) terdapat sebuah dewan terbuka. Terdapat lima menara yang hujungnya tajam dan meruncing. Menara yang terletak di Barat daya mencapai ketinggian 238 kaki. Ia juga dikenlai sebagai Qutb kMinar.

Fatawa Alamgir Orang islam telah memperkenalkan satu sistem pemerintahan yang kemas dan teratur. Auranzeb (1618-1707M), adalah salah seorang daripada anak-anak Shah Jehan. Pada masa pemerintahanya terdapat seorang ulama terkenal bernama Syeikh Ahmad Sirhindi (1564-1624M). Syeikh Ahmad Sirhindi telah berusaha untuk memulihkan ajaran agama islam yang telah dirosakkan oleh Akbar. Ajaran Syeikh Ahmad banyak mempengaruhi Aurangzeb dan inilah yang menjadi faktor utama Aurangzeb mempunyai pegangan islam yang kuat. Pada masa pemerintahanya telah disusun fatawa al-alamgiri (juga dikenali sebagai al-fawata al-hindiyyah sebutan dalam bahasa turki, Mesir dan Syria) adalah himpunan undang-undang yang dibukukan diatas inisiatif maharaja Aurangzeb dari pemerintahan Moghul. (beliau juga dikenali sebagai Alamgir). Komplikasi hukumhukum fiqh ini diasaskan kepada undang-undang syariah diusahakan oleh banyak ulama menurut prinsip-prinsip mazhab hanafi. Fatawa ini merupakan antara penyusunan fiqh yang terawal. Mengandungi 30 jilid dan menjadikanya begitu komprehensif pada ketika itu. Ia menjadi undang-undang asas dan pegangan yang dikuatkan oleh Aurangzeb kepada jajahan pemerintahanya.

Bahasa urdu Kewujudan kerajaan-kerajaan islam di india telah melahirkan satu corak kebudayaan yang penting dalam perkembangan tamadunya. Hasilnya pengaruh-pengaruh dan idea islam telah menyerap masuk dalam lapangan senibina, muzik, kesusasteraan, agama dan pakaian penduduk tempatan. Suatu yang amat penting dapat dilihat ialah kemunculan bahasa urdu muncul pada waktu kesultanan ialah Delhi. Ia adalah hasil daripada percampuran bahasa pertuturan yang berasakan Saskrit, Parsi, Turki dan Arab yang berpindah ke sana di bawah pemerintahan islam. Bahasa urdu kini menjadi salah satu bahasa yang kaya dengan ibarat-ibaratnya yang mendalam dan halus terutama dalam bidang kesenian kesusasteraan. Bahasa ini mempunyai nahu prakrit dengan perbendaharaan kata parsi, Arab dan turki. Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab. Urdu dikawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu karajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh

Page | 12

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi. Dalam bahasa urdu majalah dan surat khabar banyak diterbitkan oleh umat islam di india antaranya ialah: Majalah al -maarif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini diterbitkan sejak tahun 20an sehingga hari ini. Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya. Majalah Tamir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama Lucknow merupakan majalah yang memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang terjadi di dalam dunia islam.

Agama Sikh Agama Sikh muncul di India sekitar abad ke 15 Masehi. Ajaran ini asalnya dikemukakan oleh Kabir yang kemudiannya dikembangkan oleh Guru Nanak (1469-1533). Ia adalah gabungan unsur-unsur keagamaan yang ada dalam islam dan Hindu. Kabir yang tidak memahami secara mendalam ajaran islam terpengaruh dengan persekitaran kehidupan masyarakat Hindu telah merangka gagasan awal agama sikh ini. Atas daya usaha Guru Nanak, maka ajran ini berkembang pesat di india. Apa yang dapat ditegaskan, kemunculan islam di India telah melahirkan satu corak ketamadunan bercorak agama yang baru di India. Meskipun ajaran ini tidak diiktiraf oleh islam, konsep - konsep seperti monotisme, syahid, tidak menyembah patung memperlihatkan adaptasi unsur-unsur keislaman yang nyata.

Penterjemahan Dalam bidang penterjemahan, pemerintah-pemerintah muslim menterjemah karya-karya Hindu biasanya untuk motif iaitu Terjemahan Ramayana, Mahabrata dan Bhagavata Purana ke dalam bahasa Bengali dan Mahabrata dan Rajatarangini (sejarah Kashmir) ke dalam bahasa Parsi.

Seni lukis Pada masa pemerintahan Akhbar,bilangan pelukis Hindu di istana beliau adalah begitu ramai sehingga gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya lukisan Parsi.Institut lukisan Moghul di asaskan pada zaman ini bertujuan memajukan gaya lukisan islam dengan gaya lukisan Hindu. Setelah kematian Akhbar, elemen-elemen Hindu bertambah banyak dalam lukisan Moghul. Institut lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar. Antaranya ialah lukisan dinding berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85). Selain itu, seni lukis seperti pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah Basavan, Lal dan Dasvanth dan terrdapat juga lukisan dalam Ramz-Nama iaitu terjemahan Mahabrata dalam bahasa Parsi.

Page | 13

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Persajakan Amir Khusraw (1253-1325) merupakan seorang indo muslim yang terulung dalam bidang persajakan dan sastera. Khawaja Najm-ud-din Hasan tau lebih dikenali dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat terkenal dengan Ghazal Persia yang menarik dan mudah difahami. Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang cemerlang dan Ghazali ciptaan beliau masih popular sehingga sekarang.

Islam dan Perubahan Aspek Ketamadunan di India


Islam menjadi agama kedua terbesar setelah agama Hindu. Bancian 2001, menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 174 juta umat Islam di India, iaitu 16.4% dari jumlah penduduknya.Kedatangan Islam ke benua India banyak membawa perubahan yang bersifat keagamaan, kesenian, falsafah, kebudayaan, kemasyarakatan dan juga politik serta sejarah sekaligus mencipta perubahan kepada aspek ketamadunan, sejarah dan warisan masyarakat India.

Memperkenalkan Ajaran Keesaan Tuhan India merupakan Negara yang paling banyak Tuhan di dunia kerana mengukir patung berhala dan menyembah serta memuja tokoh-tokoh yang lama kelamaan dianggap sebagai Tuhan mereka. Kedatangan Islam telah memberikan maklumat bahawa Tuhan bukanlah makhluk yang wujud di dunia, malah dia adalah Tuhan yang esa pencipta kepada alam semesta. Asas kepercayaan dan pengiktirafan terhadap keesaan Tuhan inilah yang membawa manusia kepada erti ketamadunan sebenar.

Memperkenalkan Erti Sifat Kemanusiaan Pengharaman adat Sati (Satee) yang dilaksanakan pada zaman sebelum pemerintahan Gupta pada 400 Masehi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan memperlihatkan Islam yang memartabatkan nilai wanita. Wujudnya tempat khusus bagi penempatan wanita India yang memeluk Islam iaitu Zenana yang menunjukkan kaum wanita dijaga dan dipandang tinggi oleh orang lain. Kaum wanita juga diberikan pendidikan selaras dengan tuntutan Islam yang menekankan kewajipan menuntut ilmu kepada semua penganutnya.

Persamaan Antara Semua Manusia Dalam masyarakat Hindu terdapat kefahaman kasta yang menentukan taraf dan kedudukan seseorang dalam masyarakat yang dipercayai mampu menjamin keutuhan masyarakat dalam susunan hierarki kemanusiaan. Dengan kedatangan Islam, tersebarnya pemikiran persamaan taraf antara manusia dengan sendirinya telah mengangkat martabat dan harga diri manusia. Atas alasan ini, ramai orang Hindu yang berkasta rendah telah memeluk Islam.

Page | 14

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Pada masa pemerintahan Islam, amalan diskriminasi kaum dihapuskan. Rakyat memperolehi hak yang sama sebagai warga Negara. Rakyat beragama Hindu dibenarkan menjawat jawatan yang berkaitan dengan kepentingan mereka.

Berfikir Rasional dan Menolak Khurafat Mayarakat Hindu di India dahulu diselubungi oleh kefahaman tahyul dan khurafat dalam berbagai aspek kehidupan. Sesetengah pemimpin masyarakat telah mengambil kesempatan dalam suasana ini untuk meraih keuntungan bersifat peribadi atas kejahilan orang ramai. Islam datang ke dalam masyarakat ini dan mengajar manusia bahawa ala mini tertakluk kepada hokum dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah. Hukum ini dikenali sebagai hokum alam (fizik) dan berjalan secara tabii (semulajadi ditetapkan Tuhan). Justeru itu, Islam mengajar manusia agar menolak kepercayaan yang karut. Dapat ditegaskan bahawa Islam telah membawa kemajuan berfikir dalam masyarakat India dan mencorakkannya dalam pola pemikiran yang maju. Sebelumnya mereka jauh dari peradaban berfikir dan tamadun yang boleh dibanggakan dengan sebenar-benarnya.

Adab Sopan Kehidupan Ketika raja-raja Hindu menakluk negeri-negeri di India mereka memperlakukan berbagai-bagai kerosakan dan kemusnahan kepada anak negeri yang ditakluk oleh mereka. Kaum wanita menjadi sasaran utama kebuasan tentera. Islam juga telah mengajar masyarakat Hindu tentang pentingnya kebersihan tubuh badan dan penjagaan kesihatan. Hal ini bertentangan dengan amalan sebahagian daripada penganut Hindu yang menganggap kekotoran yang ada pada tubuh badan sebagai sebahagian daripada amalan yang boleh menyampaikan seseorang hamba kea lam nirvana.

Tamadun Ilmu Pada zaman pemerintahan Islam, ilmu-ilmu Islam telah berkembang dengan begitu pesat dan banyak melahirkan ulama terkenal bertaraf antarabangsa. Mereka mempunyai ilmu yang luas dalam berbagai bidang sama sains atau keagamaan seperti : Syah Waliyullah al-Dahlawi (m.1176H/1762M) pakar bidang hadis dan pencetus idea pembaharuan Islam (Mujadid) di India. Mian Mohammad Afsal Husain (1889-1970) bidang sains moden (zoologis) Dr. Hamid Khan Bhatti (1895-1980) zoologis terkenal di Lahore Dr. Salim Abdul Ali (L. 1896) bidang Ornithologist Dr. Muhammad Babur Mirza (1898-1974) pakar dalam bidang helminthologist (satu cabang ilmu zoology) Abul Ala al-Mawdudi (Sept 25, 1903 Sept 22, 1979) serta Sir Muhammad Iqbal al-Lahori tokoh pemikir dalam gerakan Islam moden

Page | 15

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Pemikiran Kemerdekaan Orang Islam di India memain peranan penting dalam usaha mencapai kemerdekaan bumi India daripada penjajah British. Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan, para penulis dan sasterawan. Maulana Abul Kalam Azad (1888-1958) Hakim Ajmal Khan (1863-1927) Rafi Ahmed Kidwai (1894-1954) Ashfaqulla Khan (1900-1927) Khan Abdul Ghaffar Khan (1890-1988) Maulana Barakatullah (1854-1927)

Kesimpulan
Tamadun India boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu Zaman Hindu, Islam dan India Moden. Ketamadunan India menerima perubahan besar selepas kedatangan Islam iaitu dari aspek politik dan kemasyarakatan. Agama Islam telah dianuti lebih kurang 150 juta penduduk India setelah hampir 800 tahun pengaruh Islam bertapak di benua ini. Kejatuhan kerajaan Islam India di tangan pihak British pada tahun 1857 dan tercapainya kemerdekaan telah mencorakkan pengaruh barat dalam pembentukan India Moden. Selepas perpecahan, India telah dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu India, Pakistan Timur yang dikenali sebagai Bangladesh manakala Pakistan barat dikenali sebagai Pakistan. Pengaruh Islam telah membawa banyak pengaruh besar. Di antaranya, pengaruh kepada sistem pendidikan, seni bina, sistem pemerintahan, bahasa dan agama Sikh. Kemasukan Islam juga telah membangunkan Negara India dan menuntunnya ke arah kemajuan dan peradaban yang tinggi serta kehidupan yang lebih baik, teratur serta lebih efisen berbanding dengan kedudukannya di bawah kelolaan pengaruh Hindu sebelumnya.

Page | 16

Kedatangan Islam di Tamadun India

ULT 1022

Rujukan
Mahayudin hj. Yahaya, jilid II, ensiklopedia sejarah islam, 1986, m/s 513, Penerbit Universiti Uebangsaan Malaysia. http://www.scribd.com/doc/6509924/Bab-2-Interaksi-Tamadun-Islam-DenganTamadun-China-Dan-India http://farid1924.wordpress.com/2008/12/13/pengaruh-islam-di-benua-india/ Dr. Nasim Akhtar et al.(2002). Islamic Art of India., Islamic Art Museum Malaysia Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Tamadun Islam dan Tamadun Asia. , Universiti Teknologi Malaysia.

Page | 17