Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH, JALAN INDAH 2/1, TAMAN PUCHONG INDAH, 47100 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN.

SUDUT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


sekolah bebas dadah tahun 2010

DISEDIAKAN OLEH: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPI

1.0

PENGENALAN

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah. Pendidikan Pencegahan Dadah boleh : a) meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Pencegahan Dadah

b) membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani. c) membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. d) melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah. e) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.

2.0

VISI

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 3.0 MISI

Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

4.0

SEJARAH PENUBUHAN PPDA

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap. Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit

AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid. Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan muridmurid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya. Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.

5.0

JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATAKUASA PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SK PUCHONG INDAH


Anjuran

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING PENAUNG : PUAN HADIJAH BINTI KASSIM (Guru Besar SK PUCHONG INDAH)

PENASIHAT

PUAN ZURAINI BT ABDUL RAHMAN (GPK 1 AKADEMIK)

PENGERUSI

PUAN MAIMUNAH BT MOHD YUSOF (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI

PUAN MAHERAN BINTI MUSA (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

SETIAUSAHA

PN ZUBAIDAH BINTI YAACOB (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

BENDAHARI

PUAN SAPINAH BINTI AHMAD (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

AJK

1. GURU-GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2. AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN 4 DAN 5.

6.0

AKTIVITI SUDUT PPDA 1. Membuat sudut dadah dan rokok 2. Menampal poster-poster yang berkaitan dengan dadah dan rokok 3. Menampal lukisan poster dadah. 4. Membuat carta, slogan dan kata-kata yang berkaitan dengan dadah 5. Membuat lukisan mural dinding yang berkaitan dengan dadah. MASA DAN TARIKH Dilaksanakan sepanjang bulan Julai hingga september 2010 Masa pelaksanaan : bila ada masa lapang.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Perkara KERTAS WARNA CAT KERTAS A4 (WARNA) KERTAS LAMINATING INK (HITAM DAN WARNA) POLISTERINE BERWARNA GAM 2.00 150.00 Perbelanjaan (RM) 1.20X 6 Jumlah (RM) 7.20

8.0

PENUTUP

Diharap Sudut PPDa ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan . Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya. SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012

Disediakan oleh,

Tarikh: 18 Ogos 2010

.......... (PN MAHERAN BINTI MUSA) Guru Bimbingan dan Kaunseling,

Disemak oleh,

Tarikh:

........ (PUAN MAIMUNAH BT MOHD YUSOF) Guru Penolong Kanan HEM SKPI

Disahkan oleh,

Tarikh:

... (PUAN HADIJAH BT KASSIM) Guru Besar SKPI