Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Pendidikan adalah sebuah aspek vital yang dapat mempengaruhi aspek-aspek lainnya. Jika tidak ada pendidikan, maka tidak akan ada kita pada saat ini dengan segala macam kecanggihan teknologi, dengan segala macam rumit masalah yang mencekik dan tidak akan ada pemimpin di dunia ini.

Allah SWT menciptakan Nabi Adam as , dan hal yang pertama Allah berikan padanya untuk bekal kehidupan adalah pendidikan. Allah memberitahu beliau segala sesuatu yang belum dia ketahui sehingga akhirnya dia menjadi tahu. Allah SWT juga memberikan wahyu pertama pada Nabi Muhammad SAW berupa 5 ayat pertama dari surat Al-alaq yang mana isinya adalah perintah untuk membaca. Perintah membaca disini ertinya, agar kita sebagai manusia mengutamakan pendidikan yang bertujuan untuk memajukan hidup kita sendiri.

Untuk memartabatkan institusi pendidikan, terlebih dahulu kita perlu memartabatkan golongan pendidik yang menjadi tunjang utama sistem pendidikan. Tema Hari Guru 2010,Guru Pembina Negara Bangsa adalah bersesuaian dengan peranan guru yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Makanya,untuk melahirkan individu yang berkualiti, guru atau pendidik mestilah terdiri daripada golongan yang benar-benar berkualiti.

OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah: 1. Mengenal pasti masalah di kalangan guru tersebut 2. Mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku. 3. Merangka satu pelan yang sesuai untuk menangani masalah guru tersebut.

PERNYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan adalah untuk mendedahkan apakah masalah yang sering berlaku di kalangan guru-guru sehingga ramai pihak mempertikaikan institusi perguruan pada masa sekarang semakin maju. Ramai yang kita dengar bahawa,sebilangan guru-guru di sekolah

sering kali menggunakan kekerasan semasa waktu persekolahan. Ini dapat di buktikan dalam beberapa keratan dalam Harian Metro iaitu:

SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan. Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid

lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu. (07 April 2007)

PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti penderaan di sebuah sekolah rendah di sini. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin. Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah. (06 April 2007)

KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kepala lapan murid dalam satu kelas, termasuk dua perempuan, didakwa diketuk guru wanita berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.(26 Februari 2007)

Keratan di atas adalah sebilangan sahaja berita yang di perolehi daripada media berkaitan dengan kelakuan ganas guru-guru terhadap anak-anak muridnya. Selain daipada kes keganasan guru, sikap guru yang suka kepada pelajarnya sehingga membawa kemudaratan kepada pelajar yang menjadi mangsa tersebut dapat di jelaskan juga dalam beberapa keratin di bawah.

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin. Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek. (26 April 2007)

Melalui keratan yang di paparkan di atas, kita sendiri boleh membuat penilaian tentang guruguru tersebut. Kita sendiri nampak bahawa, sebilangan kes yang berlaku ini adalah berpunca daripada masalah yang di hadapi oleh guru tersebut tidak kira dari segi masalah peribadi ataupun masalah di tempat kerja.

Latar belakang Mohamad Jamil bin Abu merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah yang terdapat di daerah kudat dan mengajar dalam mata pelajaran matematik. Beliau berasal daripada kota kinabalu dan memperolehi pendidikan awal di sekolah kebangsaan Likas dari darjah satu hingga darjah 6. Selepas tamat sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah rendah di sebuah sekolah menengah di kota kinabalu dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Sepanjang tempoh tiga tahun beliau berada di sekolah menengah tersebut, beliau merupakan seorang yang pelajar yang cukup cemerlang dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum. Ini terbukti apabila beliau telah mengambil peperiksaan kerajaan iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR), beliau memperolehi keputusan yang sangat cemerlang dengan memperolehi 8A. Kecemerlangan beliau tidak sampai di situ sahaja malah diteruskan sehingga ke peringkat menengah tinggi di sekolah Menengah Teknik Likas. Beliau masih aktif tidak kira dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum dengan di buktikan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 8A 2B.

Anda mungkin juga menyukai