Anda di halaman 1dari 10

Sumbangan Imam Syafie dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Nama No K/P Angka Giliran Kumpulan

: Rahmah binti Ali : 800910-06-5862 : 017 : KDPM KDC PLPS

Nama Pensyarah Pembimbing : Tn Hj Zainuddin bin Ngah Tarikh Serahan : 16 April 2012

Pendahuluan Nama sebenarnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-A'bbas bin Uthman bin Syafi' bin As-Saaib bin U'baid bin Abdu Yazid bin Hashim AlMuthollib bin Abdu Manaf bin Qusay. Manakala ibunya ialah Fatimah binti Abdullah bin Hussin bin Ali bin Abu Talib. Beliau berasal dari keturunan Quraisy dan ada kaitan dengan keturunan Rasulullah S.A.W. Bapanya meninggal semasa beliau masih dalam kandungan. Beliau dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu. Ibunya pernah bermimpi ketika mengandungkannya bahawa dia terpandang bintang keluar dari perutnya dan melambung naik ke udara dan pecahannya jatuh ke sebuah negeri dan akhirnya negeri itu terang-benderang dengan cahayanya. Imam Syafie mampu menghafaz al-Quran 30 juzuk ketika usianya 9 tahun. Beliau sangat minat dalam bidang ilmu bahasa dan sastera sehingga beliau mahir menyusun dan mengarang syair. Melalui pengalaman dan perjalanan yang jauh, beliau dapat mempelajari pelbagai aliran fahaman termasuklah mazhab Muktazilah. Beliau dapat merumuskan suatu rumusan tentang hukum yang lebih matang dan dapat diterima oleh ramai masyarakat Islam. Secara kesimpulannya kita dapat melihat keunggulan imam Syafii mencari ilmu sehingga ilmu fiqh nya telah menjadi panduan sehingga sekarang. Kesungguhannya dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan dengan beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru yang kebanyakannya terdiri daripada para ulama.

Sumbangan Imam Syafie dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Melalui pengalaman dan perjalanan yang jauh, beliau dapat mempelajari pelbagai aliran fahaman termasuklah mazhab Muktazilah. Beliau dapat merumuskan suatu rumusan tentang hukum yang lebih matang dan dapat diterima oleh ramai masyarakat Islam. Aliran fiqh Imam Syafii dapat berkembang dengan cepat dan mudah diterima kerana beliau berjaya menggabungkan aliran naqli dan aliran aqli. Beliau juga telah mengeluarkan panduan untuk memahami al-Quran serta menghasilkan suatu hukum sehingga memuaskan hati serta diyakini. Beliau juga dianggap sebagai pelopor bagi ilmu usul fiqh serta pengasas kepada Mazhab Syafii. Beberapa pemikiran beliau telah menjadi pegangan dalam Mazhab Syafii. Imam Syafii melarang sahabat dan muridnya bertaklid, iaitu mengikut sahaja pendapat-pendapat dan fatwa-fatwa dari ulama mengenai hukum. Beliau meminta supaya berusaha mendapatkan dalil dari al-Quran atau Hadis. Beliau juga melarang sahabat dan muridnya melakukan bidaah, iaitu mengadaadakan perkara baru dalam ibadat atau agama kerana boleh menyesatkan. Beliau juga meletakkan asas kaedah fiqh yang dikenali sebagai ilmu usul fiqh. Ilmu usul fiqh adalah ilmu yang membincangkan kaedah-kaedah umum yang digunakan untuk pemahaman dalil-dalil syarak dalam mengeluarkan hukum syarie. Ilmu ini telah pun wujud sebelum ini, samada pada zaman sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W mahu pun pada zaman At-Tabiin. Perkara ini dapat dilihat daripada perbincangan yang berlaku dalam kalangan-kalangan sahabat-sahabat Rasulullah Saw seperti Umar Al-Khattab ra, Ali bin Abu Talib ra, Ibnu Masu'd ra dan lain-lain serta generasi selepas mereka seperti An-Nakhai' ra. Walaupun ilmu usul fiqh ini telah pun wujud sebelum ini, namun ianya masih belum direkod di dalam bentuk tulisan yang mudah dirujuk. Hal ini kerana asas ilmu usul fiqh adalah Bahasa Arab dan generasi ini mempunyai kekuatan bahasa yang masih kukuh. Tambahan pula generasi ini masih hampir dengan zaman Rasulullah S.A.W.

Namun pada zaman At-Tabiin telah berlaku perluasan Khilafah Islamiyyah dan ini menyebabkan Islam menghadapi perkara baru seperti adab, budaya dan situasi bangsa-bangsa bukan Arab dalam mengeluarkan hukum. Oleh sebab itu, para ulamak pada ketika itu berijtihad dengan menggunakan cara masing-masing untuk mengeluarkan hukum ke atas perkara yang baru ini. Perkara ini menatijahkan dalam suatu masalah mempunyai berbagai-bagai hukum dan pendapat sebagaimana yang kita lihat di dalam kitab-kitab fiqh. Doktor Ro'fat Uthman menyatakan 5 punca atau masalah mengapa Imam AsSyafie rhm mengambil langkah untuk menulis dan menyusun ilmu usul fiqh ini, iaitu : 1. Imam As-Syafie rhm berada pada zaman pertelingkahan di antara ahli hadith dan ahli ro'i yang masing-masing mempunyai hujjah yang memerlukan pada penyelesaian. 2. Imam As-Syafie rhm juga berada pada zaman pertelingkahan sumbersumber hukum seperti syarat penerimaan hadith, qiyas, istihsan, ijma' dan lain-lain. 3. Pada ketika ini berlaku banyak periwayatan hadith. Ada diantaranya yang bertentangan satu sama lain. Ini menatijah perbincangan Al-Jama' baina Al-Adilah dan juga An-Nasakh wa Al-Mansukh. 4. Suasana pada ketika itu yang memerlukan qiyas untuk mengeluarkan hukum. Ini disebabkan ada perkara-perkara yang tidak ada dalil yang memerlukan hukum. Maka penerangan kaedah qiyas diperlukan. 5. Perluasan Khilafah Islamiyyah menyebabkan percampuran di antara kaum Arab dan bukan Arab dan ini menyebabkan keupayaan berbahasa Arab makin berkurang, maka penguasaan untuk memahami dalil-dalil terjejas. Keadaan ini menyebabkan perlunya kepada penulisan ilmu usul fiqh secara terperinci dan tersusun. Maka di sinilah sumbangan Imam Syafie rhm dilihat. Sumbangan Imam Syafie rhm di dalam penulisan ilmu usul fiqh tidak dapat disangkalkan lagi kerana beliau adalah orang pertama menyusun ilmu ini untuk mudah dirujuk di dalam kitabnya Ar-Risalah. Ini disebut oleh Ibnu Khalkan : " AsSyafie adalah orang pertama yang meletakkan ilmu fiqh dan dialah yang mengistinbatkan ilmu ini. "

Isu-isu yang dihuraikan di dalam kitab ini jelas menunjukkan bahawa ianya berkaitan dengan usul fiqh yang membincangkan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Sehingga ke hari ini ilmu usul fiqh adalah berasaskan kepada perbincangan-perbincangan dari kitab itu. Selain itu, kelebihan ilmu yang ada pada Imam As-Syafie rhm dari sudut rehlah ilmu ( Makkah, Madinah, Iraq dan Mesir ) membolehkan beliau mengumpul, menguasai, membanding dan memunaqosyah pendapat ahli hadith dan ahli ro'i. Ini ditambahkan lagi dengan penguasaan Bahasa Arab dan kefasihan yang dimiliki oleh Imam Syafie sejak kecil lagi. Maka, dengan penulisan Ar-Risalah oleh Imam Syafie rhm ini, telah berjaya membuka mata para ulama ketika itu, seterusnya menjadi asas kepada penyelesaian dan perungkaian masalah-masalah di atas.

Imam Syafie rhm telah diberi gelaran Naasirul As-Sunnah oleh ulamaulamak Iraq, sebagaimana yang disebut oleh Al-Baghdadi : " Al-Imam As-Syafie, pendidik para fuqaha', mahkota para ulama, datang ke Baghdad sebanyak dua kali dan mengajar hadith di situ, maka para ulama Iraq menggelarnya Naasirul AsSunnah. " Sebagaimana riwayat Imam Syafie rhm sendiri : " Aku telah digelar sebagai Naasiru As-Asunnah ketika di Baghdad." Apabila kita melihat sejarah ilmu Imam Syafie rhm, kita dapat lihat bahawa beliau begitu mengambil berat mengenai hadith-hadith Rasulullah S.A.W semenjak kecil lagi. Hal ini dapat dilihat bagaimana beliau mengambil hadith daripada Sufyan bin U'yainah dan perawi-perawi lain di Makkah. Yang paling jelas, apabila Imam Syafie rhm menghafal Al-Muwatta' dan berjumpa dengan pengarang Al-Muwatta', Imam Malik rhm. Imam Syafie telah membaca serta mempelajari fiqh hadith daripada Imam Malik rhm. Ini menunjukkan bahawa Imam Syafie rhm mempunyai latar belakang ilmu hadith yang cukup kuat. Selain itu, pemergiannya ke Iraq sebanyak 3 kali dan perjumpaan beliau dengan periwayat-periwayat hadith menambahkan lagi pengetahuan beliau di dalam bidang ini. Ini dapat dlihat daripada kata-kata Imam Ahmad : " Berkata kepada kami As-Syafie : " Kamu semua lebih tahu tentang periwayat-periwayat hadith daripada Kufah, Basrah dan Syam berbanding dengan aku.Maka bagitahulah aku, jika ianya sahih, maka aku akan berpegang dengannya" Beberapa riwayat membuktikan perkara ini: 1. Berkata Abu Zara'h Ar-Razi : Tidak ada satu hadith pun yang salah pada As-Syafie rhm." 2. Berkata Abu Daud : " Tidak ada pun pada As-Syafie satu hadith yang salah. Maka ini menunjukkan bahawa As-Syafie adalah thiqatun hujjah hafiz. Hanyalah orang yang jahil dan hasad dengki sahaja yang bercakap buruk mengenai beliau." 3. Berkata Imam An-Nasai : " As-Syafie di sisi kami ( ulama-ulama hadith) merupakan seorang thiqah ma'mun.

4. Berkata Imam Ahmad : " Aku telah mendengar Al-Muwatta' daripada berbelas-belas orang pengikut-pengikut Imam Malik, namun aku mendapati As-Syafie lah yang paling bagus di kalangan mereka." 5. Berkata Ibnu Khuzaimah : " Beliau ( Imam As-Syafie rhm ), merupakan dikalangan mereka yang hafiz hadith dan pengetahuannya tentang sunnah adalah amat tinggi " Ini ditambah lagi bahawa Imam Shafie rhm sendiri mempunyai kitab hadith sendiri yang dinamakan sebagai Musnad As-Syafie rhm yang merekodkan sebanyak 1775 hadith. Dari sudut fiqh hadith, ini juga tidak dinafikan bahawa Imam Syafie rhm mempunyai kelebihan dan kepakaran yang diiktiraf oleh para ulama. Apa yang paling penting untuk disebut di sini adalah sumbangan Imam Syafie rhm dalam mempertahankan hadith Rasulullah S.A.W sehingga beliau digelar sebagai Naasiru As-Sunnah. Imam Syafie rhm hidup pada zaman berlakunya perbalahan dan pertelingkahan akan penerimaan hadith sebagai dalil. Ini dapat dilihat melalui kewujudan golongan yang menolak hadith secara menyeluruh dan golongan yang sukar untuk menerima khobar ahad sebagai dalil. Di atas rasa cinta dan tanggungjawab beliau sebagai seorang umat Nabi Muhammad S.A.W ditambah lagi dengan keilmuannya yang tinggi, beliau telah menjawab dan mematahkan semua hujjah golongan-golongan ini. Doktor Abdul Halim Al-Jundi mengatakan bahawa Imam Syafie rhm memang tersangat layak untuk mendapat gelaran Naasiru As-Sunnah dengan 3 sebab iaitu: 1. Imam Syafie rhm telah mempertahankan As-Sunnah sebagai sumber hukum dan membantah hujah golongan yang hanya menerima Al-Quran sahaja. Beliau menyatakan bahawa di dalam Al-Quran sendiri menyuruh kita untuk mengikut Rasulullah S.A.W. melalui sunnah-sunnahnya. Disamping itu AsSunnah merupakan bayan, penjelas dan perungkai pada ayat-ayat Al-Quran yang bersifat umum.

2. Imam Syafie telah mempertahankan khobar ahad sebagai hujjah di mana Imam Syafie rhm tidak meletakkan kemasyhuran sebagai syarat untuk diterima khobar ahad sebagaimana Imam Abu Hanifah rhm. Jika khobar ahad sampai daripada mereka yang thiqah adil dengan sanad yang bersambung, maka ianya diterima. Bukti khobar ahad ini diterima dapat dilihat seperti peristiwa pertukaran qiblat, di mana pertukaran kiblat itu berlaku dengan perkhabaran daripada seorang sahabat sahaja. Selain itu juga perutusan surat-surat Rasullah S.A.W. kepada raja-raja, hanya dibawa oleh seorang sahabat sahaja. Ini menunjukkan bahawa khoabar ahad itu diterima sebagai dalil jika perawinya thiqah adil dan sanadnya bersambung. 3. Dan perkara ketiga yang menyebabkan Imam Syafie layak untuk digelar sebagai Naasiru As-Sunnah, adalah jasa beliau di dalam ilmu Usul Fiqh. Jasa beliau ini merupakan suatu usaha yang amat tinggi nilainya dalam perkembangan Fiqh Islam hinggalah ke hari ini.

Kesimpulan Secara kesimpulannya kita dapat lihat keunggulan Imam Syafie mencari ilmu sehingga ilmu fiqhnya telah menjadi panduan sehingga sekarang. Kesungguhannya dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan dengan beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru yang kebanyakannya terdiri daripada para ulama. Hal ini menyebabkan beliau dapat melatih diri beliau menjadi seorang yang berpandangan luas dan dapat menghuraikan sesuatu perkara dengan mendalam. Beliau juga amat terkenal dengan kelebihan yang dimilikinya yang tidak terdapat pada ulama lain seperti cekap berucap dan menulis. Beliau juga mempunyai ramai murid. Hal ini menyebabkan ilmu yang diajar kepada anak muridnya dapat disebar kepada orang lain dengan cepat. Beliau merupakan penyusun pertama ilmu fiqh sebagai satu displin ilmu. Al-Risalah ialah buku pertama yang memuatkan masalah ilmu fiqh secara sistematik. Kita juga dapat mencontohi Imam Syafie yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Dalam bidang ilmu hadis, beliau merupakan tokoh yang disegani dan digelar Nasir Al-Sunnah (pembela sunnah). Imam Syafie meletakkan kriteria penerimaan hadis untuk menghindarkan kemasukan hadis palsu. Dalam bidang fikah pula, beliau merupakan orang pertama yang membukukan pendapat fikahnya dengan sistem perbahasan yang baik manakala dalam bidang ilmu fiqh, beliau merupakan pengasas ilmu fiqh. Beliau orang pertama yang menyusun buku usul fiqh sebagai asas bagi setiap mujtahid untuk berijtihad.

Rujukan 1. Al-Imam As-Syafie Faqihan Mujtahidan m/s 97-99 di bawah kerta kerja AlImam As-Syafie Muhaddithan oleh Doktor Ali Yusof Al-Muhammadi. 2. Al-Imam As-Syafie Faqihan Mujtahidan m/s 125-136 di bawah kerta kerja AlImam As-Syafie Muhaddithan oleh Doktor Ali Yusof Al-Muhammadi. 3. Al-Imam As-Syafie Faqihan Mujtahidan m/s 322-328 di bawah kerta kerja yang bertajuk Al-Imam As-Syafie Awwal Wadhi' li I'lmi Usul Al-Fiqh oleh Doktor Ro'fat Uthman. 4. Al-Imam As-Syafie Faqihan Mujtahidan m/s 570-571 di bawah kerta kerja A'wamil Intisyar Al-Mazhab As-Syafie fi Mukhtalif Al-Bilad Al-Islamiyah oleh Doktor jaafar Abdul Salam Ali. 5. Muhammad Abu Zahrah. As-Syafie Hayatuhu wa A'srihi wa Ara'uhu wa Fiqhuhu. m/s 193-210 6. Ibnu Hajar Al-Asqalani. Tawali At-Ta'sis li Maali Muhammad ibn Idris. m/s 39 7. Al-Baihaqi. Manaqib As-Syafie. m/s 73

Anda mungkin juga menyukai