Anda di halaman 1dari 4

TGFU ( Teaching Games For Understanding )

TGFU diperkenalkan dan diperkembangkan oleh Bunker dan Thorpe pada tahun 1982.yang kemudiannya dikembangkan secara esktensifnya. Beliau telah memeperkenalkan satu perdekatan yang berlainan dan tersendiri dalam pengajaran permainan. Dalam model TGFU tumpuan terletak pada pelajar di dalam permainan,di mana pelajar perlu bertindak untuk membuat keputusan dan pemyelesaian masalah dengan bijak dalam permainan. Ini bermakna pelajar mesti dibekalkan dengan game sense play practice dan game centerd approach iaitu keseronokan permainan , , latihan simulasi dan tumpuan permainan., yang mengaplikasikan konsep, prinsip, strategi dan taknik dalam aktiviti fizikal. Dalam pendekatan TGFU terdapat empat kategori permainan iaitu 1. 2. 3. 4. Jaring/ gelanggang (net/court or wall) Penyerangan (invasion) Pemukulan dan padang (striking/fielding) dan Permainan Target /sasaran ( target games )

Jaring / Gelanggang ( net/ wall) Permainan melibatkan aktiviti menghantar satu objek ke kawasan pihak lawan dan berusaha menghalang pihak lawan menghantar balik ,untuk mendapat mata. Contoh permainan kategori ialah seperti tenis ,bola tampar, dan squash. Penyerangan ( Invasion ) Penyerangan ialah permainan yang bertujuan menceroboh kawasan pihak lawan untuk mendapatkan mata dalam masa yang ditentukan. Objek atau bola dibawa bersama untuk lontar ke targetnya atau gol pihak lawan untuk mendapat mata. Contoh: hoki, soccer, bola keranjang dan bola jarring.

Pemukulaan dan Padang

Permainan yang melibatkan pukulan dan padang.Ia bertujuan untuk mengutip mata dengan membuat larian dalam masa yang dibenarkan atau sebelum pihak lawan Berjaya menangkap bola atau objek. Contoh permainan tersebut ialah seperti kriket,softball dan baseball

Permainan Target Bentuk permainan ini melibatkan sasaran ditentukan dan pelancar digunakan untuk mengena sasaran setepat mungkin untuk mendapat mata. Contoh permainan tersebut ialah golf, memanah , tenpin bowling. Dalam model TGFU terdapat tiga pendekatan,iaitu kumpulan bilangan besar, kumpulan bilangan sikit dan menentuan matlamat permainan.( Webb,Pearson dan Forest 2006 .

Sebagai seorang guru pendidikan jasmani ,mereka perlu mempunyai pemahaman yang mendalam tentang keempatempat kategori tersebut dalam sukan aktiviti yang dirancangkan ,guru tersebut mampu menganalisis kebolehan mereka.Tambahan pula,guru perlu memahami penggunaan teknik masing-masing yang terdapat dalam keempatempat kategori tersebut. Kelebihan TGFU ialah guru boleh mengintergrasikan keempat-empat kategori antara satu sama lain. Pendekatan TGFU yang digunakan adalah pendekatan teknik.Murid diajarkan teknik melakukan sesuatu, dengan kata lain,mengajar murid konsep bermain dan taktik. TGFU sangat inovatif,pendekatan ini benar-benar sangat cerdas sebagai sebuah pedagogi. Dalam model TGFU terdapat 6 peringkat permainan yang melibatkan kemahiran pelajar dalam kemahiran membuat keputusan secara kritis berdasarkan kepekaan terhadap taktik yang digunakan dan mendapat keseronokan dalam permainan. Disamping dapat meningkatkan kemahiran sosialmotor,kognitif-refleksi and afektif.

6 peringkat Model TGFU: 1. 2. 3. 4. 5. Bentuk Permainan ( Game Form ) Keseronokan Permainan ( Appreciation Game) Kepekaan Taktik ( Tactical Awareness) Bijak Membuat Keputusan ( Appropriate Decisions ) Kemahiran Praktikal ( Skill Practice )

6.

Keberkesanan Pencapaian Dalam Permainan ( Game Play to Determine Effectiveness of Game Play )

Selain itu Pendekatan TGFU mempunyai 4 prinsip pedagoginya, iaitu: i. Contoh ( Sampling) Di mana pengumpulan koleksi permainan yang hampir sama cirinya untuk meningkat pemahaman mereka dalam penggunaan taknik dan mengambil keputusan dalam penyelesaian masalah. ii. Persembahan Melalui Pengubahsuaian ( Modifiction Through Representation) Membimbing murid dalam penggunaan pelbagai kemahiran taknik dalam penyelesaian masalah. iii. Perkembangan Melalui Pengubahsuaian ( Modifaction Through Exaggeration ) Membentuk focus permainan yang spesifik iv. Taktik Yang Komplek ( Tactical Complexity ) Perkembang secara proses dalm penyelesaian masalah taktik dengan kemahiran pergerakan bola atau tanpa bola dari senang ke sukar.

Pendekatan atau Model TGFU mempunyai kelebihan yang tersendiri ( The Way Forward for TGFU Journal : Spring 2008 ) TGFU focus dari bagaimana kepada apa, bila, mana sehingga pada pemahaman mengapa. Murid perlu pemikiran yang kritis dan menyelesai masalah. Murid sentiasa perlu membuat keputusan dalam membuat bandingan, analisis dan sintesis. Murid Sentiasa berada dalam situasi membuat keputusan ia dapat meningkatkan kreativiti dan kesanggupan mereka dalam penyoalan. Murid perlu belajar menghargai keadilan dan kerjasama dalam perlawanan.

Murid dilatih dalam pengawalan diri dan belajar bertanggungjawab terhadap peraturan. Murid dapat menghadapi cabaran mengikut kemampuan mereka. Murid digalakkan membina peta kognitif sendiri. Murid dapat meningkat kepekaaan pencapaian mereka dalam perlawanan serta penglibatan mereka yang

berterusan.