Anda di halaman 1dari 1

Pendidikan Moral Tingkatan 2 Latihan Ulangkaji (Pemahaman Nilai) Padankan pernyataan yang berikut dengan nilai yang sesuai.

Guna nilai-nilai yang terdapat dalam Unit 1 sehingga Unit 9. Contoh: Adeline menokok tambah cerita apabila dipanggil untuk menjadi saksi kes pergaduhan di sekolah semata-mata mahu melindungi rakan karibnya. (Amanah) 1. Semasa menyaksikan sebuah video mengenai sambutan Thaipusam di Malaysia, pelajar Tingkatan 2 Inspirasi ketawa terbahak-bahak melihat upacara sembahyang agama Hindu. 2. Ashanti menceritakan semua perihal rahsia peribadi keluarga Jamie kepada rakan-rakannya yang lain. 3. Jason melastik burung enggang yang jarang ditemui itu dan mengurung lalu mengikat kakinya di dalam sebuah sangkar. 4. Pada masa lapang, Omar suka melepak bersama-sama kawannya di pusat membeli belah. Dia menengking ibu bapanya apabila perangainya ditegur. 5. Ibu menghempas lalu menutup pintu rumah setiap kali mendengar bunyi azan berkumandang. 6. Justin sering mengupah Annie untuk menyiapkan kerja rumah dan menyalin nota untuknya. 7. Pada sebuah majlis ulangtahun syarikat, Emmanuel makan dengan lahap dan gelojoh. Dia juga bercakap semasa mulutnya penuh dengan makanan. 8. Noreen sering menggunakan alasan bahawa dia tidak dapat membaca apabila disuruh gurunya untuk menjawab soalan mahupun menyalin nota. 9. Cheong sengaja mereka-reka cerita akan pengalamannya ternampak hantu supaya pelajarpelajar lain mahu berkawan dengannya. 10. Kerana kesuntukan masa, pemandu lori itu memotong kenderaan lain yang telah berbaris lama di Pangkalan Feri Asajaya. 11. Mona menghasut pelajar-pelajar lain supaya tidak menyertai Pertandingan Drama kerana kebanyakkan pelajar yang terpilih adalah pelajar yang berbangsa Cina. 12. Peter yakin suatu hari nanti ayahnya akan menyerahkan harta kekayaan beliau padanya. Disebabkan itu, Peter enggan melanjutkan pelajarannya selepas tamat tingkatan lima. 13. Diana gemar berbelanja besar untuk membeli pakaian dan beg tangan import yang diperbuat daripada bulu dan kulit binatang yang hampir pupus. 14. Zara berpendapat bahawa menderma darah adalah perbuatan yang sia-sia kerana mangsamangsa yang memerlukan darah itu adalah bukan ahli keluarga ataupun saudaranya. 15. Eric bukan sahaja suka meniru gaya artis-artis Barat berpakaian, malahan dia juga meniru gaya hidup mereka yang suka mengunjungi kelab malam, minum arak dan mengambil dadah.

Anda mungkin juga menyukai