Anda di halaman 1dari 2

CERPEN TANGGAR AMANAT Cerpen ini mengisahkan seorang usahawan eko-pelancongan pewaris ketujuh Ahmad Abdullah di Taman Nasional

Yellowstone, Amerika Syarikat. Hawa merupakan pewaris Ahmad Abdullah dan isteri kepada Adam. Pakar geologis meramalkan akan berlaku letusan gunung berapi di sekitar Yellowstone dan berdasarkan pergerakan seismic yang sedang menghampiri Canyon Village. Grand Geyser melepaskan erupsi air panas dalam masa sehari kelmarin. Semuanya merupakan petanda bahawa Yellowstone akan bermandikan larva gunung berapi dalam masa terdekat. Adam berusaha memujuk isterinya meninggalkan Yellowstone dan pulang ke Malaysia. Hawa bertegas tidak mahu berpindah kerana moyangnya telah menetap dan menjana ekonomi di Yellowstone bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi sebuah empayar. Tiba-tiba Hawa terasa loya dan pening yang amat sangat. Hawa terasa seperti gunung berapi di selatan Yellowstone telah meletus dan dia terdampar dalam kawah gunung berapi sehingga terhumban ke dalam sebuah terowong. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang memberi salam. Perkataan bonda yang diucapkan oleh suara tersebut membuat Hawa tergamam. Siapakah gerangan yang sedang berbicara dengannya. Suara itu memberitahu Hawa bahawa dia berada dalam rahimnya sendiri dan dunia belum kiamat. Hawa melihat seketul objek berukuran 12 sentimeter di hadapannya. Barulah dia tahu itulah janin yang yang sedang dikandungnya. Dia melihat janinnya yang sedang membesar di dalam rahimnya tersenyum manis. Janinnya mengelus lembut jemarinya. Hawa terkasima dan menjadi kaget. Janinnya memberitahu bahawa dalam keadaan tertentu si ibu akan dapat berkomunikasi dengan janin yang sedang dikandungnya. Hawa mula rasa bahagia. Dia sedang berkomunikasi dengan janinnya sendiri. Tiba-tiba janinnya mengutarakan persoalan agar Hawa segera berpindah dari Yellowstone kerana Yellowstone akan berkubur dengan letusan gunung berapi. Sebagai pewaris kelapan, janin Hawa mahu hidup seperti insan yang lain. Kini tahulah Hawa bahawa dia sedang mengandungkan seorang bayi lelaki. Hawa teringat bahawa tempat seorang isteri ialah di sisi suami. Tidak lama kemudian, Adam pulang dan Hawa memberitahu keputusannya untuk pulang ke Malaysia. Tema Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam yang mahu mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah. Persoalan Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa berlaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Watak Utama 1. Hawa seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam. seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya. seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia. Watak Sampingan seorang yang penyabar. Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia. mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Ingin kembali dan menetap di Malaysia. Latar Masyarakat: Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan. Contonya Hawa yang menyayangi janinnya. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga. Contohnya Hawa yang berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan. Contonya Perusahaan Taman Nasional Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan. Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan. Contohnya janin yang mendengar degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan. Nilai: Nilai kasih sayang. Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turuntemurun. Nilai kesabaran. Contonya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang. Pengajaran: kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone. kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa. kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

Anda mungkin juga menyukai