Anda di halaman 1dari 7

AYAT SAMA MAKSUD 1. Industri pelancongan di negara kita memerlukan sokongan rakyat. A.

Rakyat digesa supaya menyokong industri pelancongan di negara kita. B. Negara kita perlu menggesa rakyat agar menyokong industri pelancongan. C. Industri pelancongan sentiasa mendapat sokongan rakyat negara kita. D. Rakyat perlu memberikan sokongan kepada industri pelancongan di negara kita. 2. Syamila merajuk kerana tidak dipedulikan oleh keluarganya. A. Oleh sebab Syamila merajuk, dia tidak dipedulikan oleh keluarganya. B. Oleh sebab tidak dipedulikan oleh keluarganya, Syamila pun merajuk. C. Oleh sebab keluarga Syamila merajuk, mereka tidak dipedulikannya. D. Oleh sebab tidak dipedulikan oleh Syamila, keluarganya pun merajuk. 3. Aisyah bercadang untuk menghidangkan makaroni hailam kepada tetamu istimewanya malam ini. A. Malam nanti, Aisyah dan tetamu istimewanya bercadang untuk makan makaroni hailam. B. Makaroni hailam istimewa adalah masakan yang akan dihidangkan kepada tetamu Aisyah malam ini. C. Masakan yang akan dihidangkan oleh Aisyah kepada tetamu istimewanya malam nanti ialah makaroni hailam. D. Hidangan istimewa Aisyah kepada tamunya malam nanti ialah makaroni hailam. 4. Selepas menggosok kerusi itu dengan kertas pasir, ayah menyapunya dengan varnis. A. Kertas pasir itu digosok oleh ayah pada kerusi yang disapu varnis. B. Kerusi itu perlu disapu dengan varnis sebelum digosok dengan kertas pasir ayah. C. Ayah menyapu kertas pasir pada kerusi yang digosoknya dengan varnis. D. Ayah menyapu varnis pada kerusi yang telah digosoknya dengan kertas pasir itu. 5. Anda akan disisihkan oleh orang di sekeliling anda disebabkan oleh sifat anda yang bongkak. A. Kebongkakan anda akan menyebabkan anda disisihkan oleh masyarakat sekeliling anda. B. Kebongkakan orang di sekeliling anda berpunca daripada sikap anda yang menyisihkan mereka. C. Orang di sekeliling anda akan menyisihkan diri mereka jika anda bongkak. D. Janganlah anda berasa bongkak jika orang di sekeliling anda tersisih. 6. Suhu di bumi akan meningkat sebagai akibat penipisan lapisan ozon. A. Penipisan lapisan ozon mengakibatkan bumi kehilangan suhu. B. Penipisan suhu di bumi disebabkan oleh peningkatan lapisan ozon. C. Lapisan ozon penting untuk meningkatan suhu bumi. D. Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan suhu di bumi bertambah. 7. Dalam mesyuarat itu, dia mengemukakan buah fikiran yang bernas. A. Buah fikiran yang bernas dikemukakannya dalam mesyuarat itu. B. Buah fikirannya yang bernas diperlukan dalam mesyuarat itu. C. Dia menyatakan bahawa ideanya dalam mesyuarat itu bernas. D. Idea yang diberikan kepadanya dalam mesyuarat itu bernas.

8. Hari Kantin anjuran pihak PIBG sekolah saya mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa. A. Ibu bapa menyambut baik usaha pihak PIBG menganjurkan Hari Kantin sekolah saya. B. Sambutan hangat diberikan oleh ibu bapa terhadap Hari Kantin anjuran pihak PIBG sekolah saya. C. Pihak PIBG mengalu-alukan sambutan hangat para ibu bapa terhadap Hari Kantin yang dianjurkan. D. Pihak PIBG menganjurkan Hari Kantin kerana mendapat sokongan padu daripada ibu bapa. 9. Riduan dan Chee Hong mengajak Mihat mandi di sungai di hujung kampung. A. Mihat yang tinggal di hujung kampung diajak oleh Riduan dan Chee Hong mandi di sungai. B. Riduan dan Chee Hong yang mandi di sungai mengajak Mihat ke hujung kampung. C. Mihat diajak mandi sungai di hujung kampung oleh riduan dan Chee Hong. D. Mihat diajak oleh Riduan dan Chee Hong yang tinggal di hujung kampung untuk mandi sungai. 10. Baju yang sudah dicuci itu dijemur oleh kakak di ampaian. A. Kakak mencuci baju itu sambil menjemurnya di ampaian. B. Kakak sudah mencuci baju di ampaian yang dijemurnya. C. Baju di ampaian yang dicuci itu dijemur oleh kakak. D. Kakak menjemur baju yang sudah dicuci itu di ampaian. 11. Syarikat itu telah diswastakan oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya. A. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat itu, kerajaan telah menswastakan syarikat tersebut. B. Mutu perkhidmatan syarikat yang diswastakan oleh kerajaan itu meningkat. C. Kerajaan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat yang diswastakan itu. D. Syarikat itu meminta kerajaan menswastakan syarikatnya dalam usaha untuk meningkatkan mutu. 12. Haniza melukis gambar rama-rama yang berwarna-warni. A. Gambar rama-rama Haniza dilukis dengan berwarna-warni. B. Gambar rama-rama yang berwarna-warni dilukis oleh Haniza. C. Gambar rama-rama dan Haniza yang berwarna-warni dilukisnya. D. Gambar rama-rama Haniza yang berwarna-warni dilukis. 13. Inilah sahabat baik saya dari Johor Bahru, kata Azimah. A. Azimah menyatakan bahawa itulah sahabat baiknya dari Johor Bahru. B. Sahabat baik Azimah memberitahu bahawa dia dari Johor Bahru. C. Azimah memberitahu sahabat baiknya bahawa dia tinggal di Johor Bahru. D. Azimah diberitahu bahawa sahabat baiknya itu datang dari Johor Bahru. 14. Eh, Pak Uda rupa-rupanya yang datang! Jemputlah masuk, pelawa Anis. A. Anis yang terkejut oleh kedatangan Pak Uda mempersilakan Pak Uda masuk. B. Anis yang masih kenal akan rupa Pak Udanya mempelawanya masuk. C. Anis terperanjat melihat Pak Uda lalu meminta Pak Uda masuk. D. Kedatangan Pak Uda memeranjatkan Anis yang hendak masuk ke rumah.

15. Yang memakai baju berwarna merah itu abang saya, manakala yang memakai baju yang berwarna biru itu ilah adik saya, kata Zaiti. A. Adik-beradik Zaiti memakai pakaian yang berwarna-warni. B. Zaiti menyatakan bahawa baju adik saya berwarna merah tetapi baju abang saya berwarna biru. C. Zaiti memperkenalkan baju berwarna merah dan biru yang dipakai oleh adik dan abangnya. D. Menurut Zaiti, abangnya berbaju merah, manakala adiknya berbaju biru. 16. Walaupun Syafik tidak dapat hadir, kita teruskan juga mesyuarat hari ini, kata Ramlan. A. Ramlan memberitahu bahawa Syafik tidak dapat hadir dalam mesyuarat itu. B. Ramlan meminta mereka meneruskan mesyuarat itu kerana Syafik tidak hadir. C. Ramlan mencadangkan agar mereka meneruskan mesyuarat itu tanpa menunggu Syafik. D. Ramlan mencadangkan agar mereka meneruskan mesyuarat itu walaupun tanpa kehadiran Syafik. 17. Amboi, cantik betul lukisan kamu ini! kata Rani kepada Salina. A. Rani meminta Salina melukiskan lukisan yang cantik-cantik. B. Rani menyatakan bahawa lukisan Salina itu cantik betul. C. Rani menasihati Salina supaya memuji lukisannya yang cantik itu. D. Rani terkejut melihat lukisan Salina yang cantik itu. 18. Siapakah tuan rumah ini? tanya Sarjit kepada Amirul. A. Amirul dan Sarjit menanyakan nama tuan rumah itu. B. Sarjit menanyakan nama tuan rumah itu kepada Amirul. C. Tuan rumah itu bertanya kepada Sarjit tentang Amirul. D. Amirul bertanya kepada tuan rumah itu tentang Sarjit. 19. Ayah menyuruh adik membasuh tangan sebelum makan. A. Ayah disuruh oleh adik membasuh tangan sebelum makan. B. Sebelum makan ayah menyuruh adik membasuh tangan. C. Sebelum makan ayah disuruh adik membasuh tangan. D. Adik menyuruh ayah membasuh tangan sebelum makan. 20. Ibu menyuruh Linda menghidangkan minuman di atas meja itu. A. Linda, hidangkan minuman di atas meja itu, kata ibu. B. Linda, hidangkan makanan di atas meja itu, kata ibu. C. Linda, makanlah hidangan di atas meja itu, kata ibu. D. Ibu, hidangkan minuman di atas meja itu, kata Linda. 21. Para nelayan dinasihatkan supaya tidak turun ke laut ketika musim tengkujuh. A. Pada musim tengkujuh para nelayan dinasihatkan supaya tidak turun ke laut. B. Para nelayan tidak dibenarkan turun ke laut. C. Pada musim tengkujuh para nelayan dinasihatkan supaya turun ke laut. D. Para nelayan dibenarkan turun ke laut ketika musim tengkujuh.

22. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja. A. Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana. B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yangdiarahkan oleh Cikgu Ali. C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapatdisiapkan oleh Diana. D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkanoleh Diana. 23. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya. A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal. B. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal. C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal. D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal. 24. Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu. A. Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan. B. Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja. C. Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan. D. Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yangmenyebabkan kerungsingan 25. Kalau bercuti di Terengganu ,jangan lupa singgah di rumah saya di Marang, kata Fauziah kepada Ayu. A. Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya bercuti di Terengganu. B. Ayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Marang jika bercuti diTerengganu. C. Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang sekiranya bercuti di Terengganu. D. Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia bercuti ke Terengganu. 26. Kata Cikgu Siti kepada Ros,Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan. A. Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan. B. Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan. C. Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan. D. Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di perpustakaan. 27. Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan. A. Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau. B. Buah limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan. C. Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C. D. Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.

28. Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini,kata Hakim kepada Faizul. A. Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikanhaji di Mekah pada tahun ini. B. Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu. C. Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu. D. Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini. 29. Kedatangan sahabat lamanya itu disambut oleh Puan Sofea dengan tangan terbuka. A. Sahabat lamanya itu menyambut kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka. B. Puan Sofea menyambut kedatangan sahabat lamanya itu dengan tangan terbuka. C. Kedatangan sahabat Puan Sofea itu lama disambut olehnya dengan tangan terbuka. D. Kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka disambut oleh sahabat lamanya itu. 30. Hassan yang minum kopi di dalam gelas itu A. Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hassan. B. Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hassan. C. Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hassan. D. Kopi diminum oleh Hassan di dalam gelas itu.

Jawapan: 1. D 2. B 3. C 4. D 5. A 6. D 7. A 8. B 9. C 10. D 11. A 12. B 13. A 14. A 15.D 16. D 17. B 18. B 19. B 20. A 21. A 22. C 23. D 24. B 25. D 26. D 27. B 28. D 29. B 30. C

Menyambut Hari Kemerdekaan. Catatan Harian: -30th Ogos -bertolak dari rumah pada pukul 3 petang selepas makan tengah hari -sampai di Kuala Lumpur pukul 7 malam. -tinggal di hotel bertempat di pusat bandaraya. -makan malam di restoran berdekatan. -perarakkan atau konvoi pemuda bandar dengan motosikal yang dihiasi dengan bendera Malaysia - sekitar pukul 11 malam balik hotel dan tidur. -tepat pukul 12 tengah malam kedengaran bunyi mercun. -sempat menyaksikan dari tingkap hotel. -sungguh cantik 31th Ogos -bangun se awal 7pagi -setelah bersarapan, terus ke dataran merdeka -pada pukul 830 pagi semua tetamu sudah hadir -kali pertama melihat perdana menteri secara dekat - selepas menyanyi lagu-lagu kebangsaan dan ucapan ucapan acara yang ditunggutunggu tiba -perarakkan pelbagai kumpulan. -menarik -persembahan jet -sungguh menarik -balik rumah setelah habis pada pukul 1 petang. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Anda mungkin juga menyukai