Anda di halaman 1dari 3

Pantun Empat Kerat (Budi)

1. Rangkap Terang Bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput, Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Anak ikan berlima-lima Mati ditimpa punggur berdaun Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. Maksud Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebutsebut. Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia. Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang. Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhirakhir.

2.

3.

4.

Tema:
Budi yang baik diingati orang. Contohnya tetap mengingati budi yang diterima selama ini.

Persoalan:
1. Ketinggian nilai budi. Contohnya, orang yang berbudi ketika hidup akan diingati walaupun telah meninggal dunia. 2. Sikap mengenang budi. Contohnya, penyair tetap mengingati selama-lamanya orang yang pernah berbudi kepadanya. 3. Budi yang tidak luput walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Contohnya, penyair mengingati budi yang diterima selama penyair hidup. 4. Budi yang mengikat hubungan sesama manusia dan menjadikan seseorang itu sangat terhutang budi. Contohnya, perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir-akhir.

Nilai:

1. Nilai mengenang budi seseorang. Contohnya, orang yang berbudi ketika hidup akan dikenang sesudah meninggal dunia. 2. Nilai berterima kasih. Contohnya, penyair berterima kasih terhadap orang yang berbudi kepadanya dan akan diingati selama-lamanya. 3. Nilai menghargai budi. Contohnya, budi yang diterima walaupun sedikit atau kecil menjadi suatu yang berharga dan dikenang selalu. 4. Nilai keikhlasan mengenang budi. Contohnya, setiap sumbangan hendaklah dilakukan dengan ikhlas.

Pengajaran:
1. Kita hendaklah sentiasa mengenang budi kepada orang yang telah berjasa kepada kita. Contohnya, orang yang berbudi ketika hidup akan dikenang sesudah meninggal dunia. 2. Kita haruslah berterima kasih kepada orang yang berbudi kepada kita, contohnya penyair mengenang orang yang berbudi kepadanya untuk selama-lamanya. 3. Kita haruslah menghargai budi yang telah dihulurkan walaupun budi itu tidak sebesar mana, contohnya penyair tetap mengenang orang yang berbudi kepadanya walaupun budi tersebut cuma sedikit. 4. Kita hendaklah ikhlas mengenang budi, contohnya memberi setinggi-tinggian penghargaan kepada budi yang telah diperoleh kerana budi itu sukar dibalas dan diganti.

Soalan KBKK:
1. Apakah cara yang patut kamu lakukan untuk membalas budi seseorang ? Kemukakan tiga cadangan anda. (3m) Cara yang saya patut lakukan untuk mengenang budi seseorang ialah saya akan menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila mereka memerlukan bantuan saya. Di samping itu, budi baik ini bolehlah dijadikan suri teladan kepada orang lain supaya mereka dapat membantu lebih banyak orang. Selain itu, saya akan berdoa agar orang berkenaan akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 2. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat pada zaman sekarang semakin lupa akan budi baik orang lain? (3m) Pada pendapat saya, masyarakat pada zaman sekarang semakin lupa akan budi orang lain kerana mereka bersikap individualistic dan materialistic. Selain itu, terdapat kelunturan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Seterusnya, masyarakat sangat sibuk dlam urusan harian.

3. Pada pendapat anda, apakah budi atau sumbangan yang dapat kita beri kepada masyarakat? (3m) Pada pendapat saya, budi atau sumbangan yang dapt kita beri kepada masyarakat termasuklah kita bolehlah berguna kepada masyarkat dengan tidak menganggu ketenteraman masyarakat. Selain itu, kita bolehlah menghulurkan bantuan kepada golongan kurag upaya. Akhirnya, kita boleh menjaga sekitar alam dengan tidak membuang sampah sarap. 4. Pada pendapat anda, apakah cara-cara melahirkan anggota masyarakat yang berbudi bahasa? (3m) Pada pendapat saya, cara-cara melahirkan anggota masyarakat yang berbudi bahasa termasuklah ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka berbdi bahasa sejak kecil lagi, bak kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, pihak sekolah berperanan menitikberatkan ajaran moral dalam pendidikan kanak-kanak. Seterusnya, kerajaan boleh menyampaikan mesej ketinggian nilai budi kepada rakyat kita dengan menggunakan media massa sebagai penyalur maklumat. 5. Kemukakan pandangan anda tentang tiga kebaikan yang diperleh orang yang berbudi atau berjasa. Pada pendapat saya, tiga kebaikan yang diperoleh orang yang berbudi atau berjasa ialah diri dan namanya akan diingati selalu dan jasanya akan dikenang selama-lamanya. Selain itu, orang lain akan membantunya apabila dia pula ditimpa kesusahan. Seterusnya, Tuhan akan memberkati hidupnya. 6. Sebagai seorang pelajar, nyatakan tiga pendapat anda tentang cara untuk kita membalas budi terhadap sekolah. (3m) Pada pendapat saya, cara untuk kita membalas budi terhadap sekolah termasuklah kita bolehlah gigih berusaha dalam pelajaran kita. Selain itu, kita juga boleh menjaga imej sekolah supaya nama sekolah selalu menjadi sebutan masyarakat. Seterusnya, kita harus menghormati guru-guru di sekolah.