Anda di halaman 1dari 1

2.1.

Memberi pinjaman dan pendahuluan kepada pelanggan

Aktiviti memberikan pinjaman dan pendahuluan merupakan aktiviti bank perdagangan yang paling utama. Ia juga merupakan aktiviti bank yang paling menguntungkan. Secara umumnya bentuk pinjaman yang diberikan oleh bank perdagangan kepada pelanggannya adalah melalui tiga cara utama, iaitu: i. pinjaman melalui akaun semasa Pinjaman ini diberikan kepada peminjam yang layak dengan mengkreditkan sejumlah pinjaman ke dalam akaun semasa pelanggan tersebut. Peminjam akan dikenakan bayaran faedah yang tinggi ke atas jumlah pinjaman yang telah diluluskan. ii. kemudahan overdraf Bank perdagangan juga memberikan pinjaman kepada pelanggan deposit semasa dengan membenarkannya mengeluarkan wang melebihi dari baki dalam akaun semasanya. Jumlah wang yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan jumlah wang yang diluluskan oleh pihak bank. Satu kebaikan overdraf ialah peminjam tidak perlu membayar faedah sepenuhnya atas pinjaman yang diluluskan. Kadar faedah hanya dikenakan ke atas jumlah overdraf yang telah dikeluarkan sahaja. iii. mendiskaunkan bil pertukaran Bank perdagangan juga memberikan pinjaman jangka pendek kepada pelanggannya. Pinjaman ini diberikan dengan mendiskaunkan bil-bil pertukaran yang dimiliki oleh pelanggan. Bank perdagangan akan memberikan pendahuluan kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil pertukaran yang didiskaunkan. Bank akan menuntut bayaran dari pihak yang mengeluarkan bil-bil pertukaran apabila sampai tempoh matangnya. 2.1.3 Membuat dan menerima bayaran untuk penyimpan

Bank perdagangan akan membuat pembayaran bagi pihak pelanggan akaun semasa dengan membayar sejumlah wang tunai seperti yang tercatat pada cek, apabila pemegang cek mengemukakan cek kepada bank. Selain dari itu bank juga menerima bayaran bagi pihak pelanggannya dengan menjelaskan cek yang dimasukkan ke dalam akaun semasa pelanggan tersebut dalam bank. 2.1.4 Menjalankan aktiviti pelaburan

Bank perdagangan juga turut memperolehi keuntungan dengan melakukan pelaburan dengan membeli bil-bil perbendaharaan dan sekuriti kerajaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai