Anda di halaman 1dari 9

4/8/12

Pendidikan dan Pembangunan Insan

Pendidikan dan Pembangunan Insan Pembangunan Insan Seimbang dan Sumber Manusia Matllamat Pendidikan Malaysia adalah d cerminkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Matlamat pendidikan dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani tanpa mengenepikan kepatuhan kepada perintah Tuhan Pendidikan memainkan peranan yang amat penting sebagai agen dan alat untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian kaum dalam mana-mana negara dia alam jagat ini. Bertitik tolak daripada fakta inilah agenda perencanaan dan perlaksanaan dasar pendidikan sesebuah negara wajib mempunyai komponen dan eleman menyatupadukan rakyat khususnya bagi negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Diatas kesedaran inilah timbul dikalangan tokoh-tokoh pendidikan tentang betapa significannya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan kolonial yang telah ditinggalkan oleh British. Maka reformasi pendidikan mula berlaku dan lahirlah Dasar Pendidikan (pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Reformasi pendidikan berlaku pada tahun 1960 dan lahir Laporan Rahman Talib dan kemudiannya termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Reformasi pendidikan terus berlaku sehingga lahir Laporan Jawatankuasa 1979. Laungan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadikan Malaysia sebuah negara maju menerusi aspirasi Wawasan 2020 nya dan cetusan idea Koridor Raya Multimedia (MSC) sudah barang tentunya merancakkan lagi reformasi pendidikan. Satu tinjauan dibuat dalam kertas penyelidikan ini mengenai reformasi-reformasi pendidikan menuju alaf baru sehingga apakah nanti pendidikan kita wajar digelar pendidikan bertaraf dunia bak kata pepatah "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan pendidkan di Amerika, Britain dan lain-lain.

bakorlambok.tripod.com/workhop2/pengantar_topik_8.htm

1/9

Ini kerana walaupun negara-negara tersebut maju dari segi meterial.tripod. (ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas.htm 2/9 . sedar semua kemampuannya. bakorlambok. reformasi terhadap pendidikan terus dicadangkan iaitu Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran. tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan. bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.4/8/12 Pendidikan dan Pembangunan Insan Pada September 1974. berkerjasama sepenuhnya. Sememangnya kita tidak berhasrat meniru sepenuhnya kemajuaan negara-negara maju yang ada sekarang.com/workhop2/pengantar_topik_8. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu: (i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum.Melangkah ke Hadapan" adalah bertujuan mengemukakan beberapa pandangan mengenai arah masa depan negara dalam usaha untuk menjadi sebuah negara dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. dan dihormati oleh rakyat negara lain. hidup dalam harmoni. namun mereka terpaksa menghadapi pelbagai masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan masyarakat mereka. Sept 1974) Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Perdana Menteri sewaktu Pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 melalui satu kertaskerja yang bertajuk "Malaysia . Ia mesti menjadi negara yang aman. tidak mengalah kepada sesiapa. secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. tetapi matlamat Malaysia adalah untuk menjadi negara maju mengikut cara tersendiri tanpa terikut-ikut cara dan corak negara maju tersebut. Isu yang dibahas adalah: Mengkaji semula kesan sistem pelajaran dan kurikulum dalam rangka masa depan pelajaran untuk keperluan tenaga kerja ……Supaya sistem pendidikan negara dapat memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat bersatu padu (Jawatankuasa Kabinet.

Dalam konteks pendidikan. yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Misi Nasionalnya.com/workhop2/pengantar_topik_8. dinamik. kehidupan yang terlalu bersifat materialistik. seseorang guru tidak boleh lari daripada memahami konsep dan teras utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi. mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan. (viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. teknologi. (vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. iaitu memperkukuhkan perpaduan. meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. (v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa. rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat. (vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Maksudnya. demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. Jadi dalam usaha membentuk pelajar yang memiliki ciri-ciri yang mampu membina sebuah negara bangsa suatu hari kelak.kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama. iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. Wawasan 2020. Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masing-masing.tripod. dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Rukun Negara. Ini adalah kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu.htm 3/9 . Semua ini menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘first and foremost’ dalam diri seorang individu yang bergelar guru. yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang.4/8/12 Pendidikan dan Pembangunan Insan (iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. (iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. dan (ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing. giat dan kental. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. guru haruslah menjalankan peranannya dalam: bakorlambok.

maka tugas itu akan menjadi mudah dan memberangsangkan. nilai. 1995). InsyaAllah. tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif.com/workhop2/pengantar_topik_8. Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku Matlamat pendidikan negara ini antara lain termasuklah mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. sosiobudaya dan pemikiran yang diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model yang direka bentuk oleh pengasas dan penaja sistem teknologi maklumat dan teknologi telekomunikasi yang telah tersebar luas di seluruh dunia. c. Pembangunan insan asas kualiti hidup Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan wahyu. Biasanya ia dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal. tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan. Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. b. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. perubahan dalam arus teknologi maklumat di negara ini telah menyebabkan wujudnya gejala sosial yang baru. Sekali lagi. kefahaman.tripod. penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Kedhaifan kebanyakan Negara Dunia Ketiga dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan telekomunikasi memungkinkan mereka sukar untuk menolak gelombang yang besar dan berisiko ini (Mohamad. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Biar apa pun nilai yang dipilih dan diamalkan pelajar. Jika dibiarkan. Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan bakorlambok.htm 4/9 . misalnya isu pornografi. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam ilmu wahyu. Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Oleh itu.4/8/12 Pendidikan dan Pembangunan Insan a. Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai Ciri perkampungan global dari segi ideologi. Inilah etika guru yang diharapkan.

beliau mengganggapkan bakorlambok. berkemahiran. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar. Dalam hal ini. membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa. Dengan itu. Insan itulah juga yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti professional Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. d. Bagi mencapai agenda negara itu. gemilang dan terbilang. kemewahan dan kebendaan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik . Menjadi agen sosialisasi kepada pelajar Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. pendidikan menjadi wahana utama. Paradigma pendidikan bersepadu. Menurut Durkheim. kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah SWT. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna.com/workhop2/pengantar_topik_8. yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba. Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat menjalankan tugasnya sebagai ibadah.tripod. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Juga. Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu. pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ). Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri. dengan sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan.htm 5/9 .4/8/12 Pendidikan dan Pembangunan Insan memperoleh status yang tinggi. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap. warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang. Oleh itu. Sebab itulah kerajaan melabur secara besarbesaran dalam bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada negara dalam jangka panjang. tentulah mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. peranan guru pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. berakhlak. berdaya saing dan berdaya tahan. d.

komited dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan.4/8/12 Pendidikan dan Pembangunan Insan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan. lebih sempurna dan lebih sesuai mengikut keperluan negara. perbaikan.com/workhop2/pengantar_topik_8. psikologi dan teori pendidikan Pelaksanaan KBSR dan KBSM kearah Wawasan 2020 Perubahan dan pelaksanaan yang diperlukan dalam KBSR ialah: menyerapkan nilai-nilai murni dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan menekankan kemahiran asas tetapi pengunaanya dengan secara betul dan jujur dan 6/9 bakorlambok. Oleh itu tidak akan ada mana-mana pelajar beranggapan kehadiran mereka di sekolah seolah-olah tidak disedari oleh orang lain.htm . Oleh itu. Oleh itu. pengubahsuaian atau pemulihan terhadap kurikulum sedia ada agar menjadi lebih baik. Guru juga perlu menjalankan peranannya sebagai individu yang paling dekat dengan pelajar semasa pelajar berada di sekolah. teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian Perubahan kurikulum sekolah hendaklah berlandaskan selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mencapai matlamat dan aspirasi Wawasan 2020 yang meliputi : perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kearah pendidikan umum perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk membangunkan sumber manusia dengan melatih kemahiran pelajar dalam bidang sains dan teknologi Inovasi dan Reformasi Pendidikan Untuk Pembangunan Insan Inovasi kurikulum dalam Pendidikan Juga dikenali sebagai reformasi kurikulum. Oleh itu guru mestilah melaksanakan peranannya sebagai pengganti ibu bapa. Tujuan pelancaran kaedah ini ialah: keperluan masyarakat dan negara seperti melatih lebih banyak tenaga mahir dalam bidang vokasional perkembangan sains dan teknologi dengan memberi tumpuan dalam Matematik dan Sains perkembangan falsafah. Pelajar akan rasai dihargai dan diberi perhatian.tripod. Membawa maksud pembaruan. Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan vandalisme dengan alasan ingin menarik perhatian rakan atau guru. usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa hormat pelajar kepada guru atau orang lain di sekolah. Modal lain seperti wang.

tripod. Inovasi Kurikulum 2003 Diperingkat sekolah menengah beberapa reformasi pendidikan dilaksanakan seperti: .mengubah sistem peperiksaan SRP kepada PMR mulai tahun 1993 . Matematik dan Sains diperkenalkan di 90 buah sekolah rendah dan menengah dengan mengunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengjaran dan pembelajaran dengan kerjasama Pusat Perkembangan Kurikulum dengan Telekom Smart School.com/workhop2/pengantar_topik_8.2001 beberapa ciri kurikulum masa depan dapat diramal berdasarkan rancangan pendidikan berikut: bakorlambok.menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah kepada peringkat umum .mengutamakan pelajaran Bahasa Inggeris dengan menggubal sukatan pelajarannya setarafdengan Kertas Ujian Bahasa Inggeris 1119 dalam peperiksaan SPM dan mewajibkan calon STPM mengambil kertas Ujian Bahasa Inggeris (MUET) sebagai syarat memohon masuk universiti tempatan .htm 7/9 .4/8/12 Pendidikan dan Pembangunan Insan - bertanggungjawab dalam sebarang urusan harian kemahiran-kemahiran disusun semula yang paling asas kepada yang kompleks mengikut topic masing-masing sukatan pelajaran setiap matapelajaran disusun semula mengikut perubahan dalam susunan kemahiran sekolah amalan perdagangan diserap dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Alam dan Manusia dipecah kepada Sains dan Kajian Tempatan Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari menjelang tahun 2000 membawa reformasi kurikulum pendidikan untuk kedua-dua KBSR dan KBSM.mengubah system peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dan menjadi system peperiksaan terbuka . Empat matapelajaran teras Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris.10.memperkenalkan computer sebagai alat pengajaran-pembelajaran .memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar dengan melanjutkan tempoh pelajaran dari 9 tahun hingga 11 tahun iaitu sehingga tingkatan 5 diperingkat sekolah menengah .melancarkan Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001-2010) pada 8.mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuaikan KBSR dan KBSM menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . perdagangan dan ekonomi rumah tangga .menukar bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah mulai tahun 2001 Ciri-Ciri Kurikulum Masa Depan Ke Arah Pembangunan Insan Mengikut Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001-2010) yang diumumkan dalam Seminar Perkembangan Pendidikan di Shah Alam pada 8.2001 .melaksanakan program kurikulum baru bagi KBSR dan KBSM berdasarkan inovasi kurikulum untuk menghadapi cabaran pendidikan alaf baru .menubuh sekolah-sekolah bestari didalam kawasan bandaraya MSC dan di tiap-tiap negeri di Malaysia menjelang 2000 .menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC 1999) untuk melaksanakan projek sekolahsekolah bestari dan memperuntukkan kemudahan teknologi bagi penyelidikan dan kursus sarjana yang diusahakan dalam kampus Universiti Multimedia yang terletak dlam kawasan bandaraya MSC .10.mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam seni perusahaan.

4/8/12 Pendidikan dan Pembangunan Insan 1. Agama. Teknikal. Matematik dan Sains memperkenalkan pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai matapelajaran dalam sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan untuk memupuk perpaduan dikalangan murid berbilang kaum memastikan tiada masalah kekurangan guru dalam peringkat sekolah rendah menempatkan 100% guru siswazah untuk diajar dalam Tahap Dua menjelang 2010 - 3. Pendidikan Pra-Sekolah system monitor akan dikuatkan agar pengurusan pra-sekolah akan mematuhi peraturan dan mengikut kurikulum yang ditetapkan Kementerian Pendidikan kesempatan latihan pra-sekolah untuk guru akan ditambah 2. Pendidikan Sekolah Rendah persekolahan wajib sekolah rendah dikuatkuasakan bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur 6+ hingga 11+ tahun memperbaiki penguasaan kemahiran Bahasa Melayu.htm 8/9 . Teknikal dan Remedial lebih banyak opsyen Sains di Tingkatan Enam untuk mengalakkan lebh ramai pelajar bumiputera belajar Sains program latihan tenaga pekerja akan diperkenalkan untuk melatih guru ijazah sarjana supaya mengajar Tingkatan Enam. Menjelang Tahun 2010. Sains. Bahasa Inggeris. semua guru yang mengajar di Tingkatan Ena hendaklah pemegang Ijazah Sarjana - bakorlambok.tripod. Kemahiran dan Voksional sukatan pelajaran Sains sedia ada dimodifikasikan merangkumi elemen-elemen baru seperti Mekatronik. tempoh masa pendidikansekolah menengah akan dikurangkan dari 7 tahun ke 6 tahun peperiksaan PMR akan dimansuhkan. Bioteknologi dan Mikroeletronik memperbaiki mutu Bahasa Inggeris pelajar termasuk kaum guru dan memperkenalkan program Bahasa Inggeris seperti Bahasa Inggeris Umum. Alternatif. pelajar Tingkatan Dua akan menduduki Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) bagi menentukan kemasukan ke aliran bidang pengajian di sekolah menengah atas yang akan dilaksanakan dalam tahun 2005 peperiksaan SPM di Tingkatan 4 yang dijangka bermula dalam tahun 2007 bidang pengajian untuk sekolah menengah atas dibagaikan mengikut 5 aliran iaitu Sastera. Sains. Pendidikan Sekolah Menengah menjelang tahun 2008.com/workhop2/pengantar_topik_8.

com/workhop2/pengantar_topik_8.4/8/12 Pendidikan dan Pembangunan Insan Cita negara untuk membangunkaninsan seimbang dan sumber manusia yang berkualiti adalah dicerminkan dalam intisari Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Dibina pada Sep 10 dan dikemaskini pada 09/05/2010 11:30 PM oleh Pengendali@2006 bakorlambok.htm 9/9 .tripod.