Anda di halaman 1dari 2

JURNAL. Masalah : Pada minggu pertama, masalah yang dihadapi oleh saya adalah mengenai pengurusan masa.

Hal ini berlaku kerana jadual waktu diperolehi pada hari Khamis dan saya tidak dapat merancang sesi pengajaran pada minggu ini.Selain itu, saya juga tidak dapat melakukan sebarang perancangan awal bagi pengajaran kerana masih tidak dapat berkolaborasi dengan guru pembimbing kerana beliau sibuk dengan kejohanan olahraga di peringkat daerah Analisis. Setelah menganalisis, masalah ini timbul kerana saya tidak merancang lebih awal apa yang perlu saya lakukan pada minggu pertama di sekolah. Selain itu, masalah pengurusan masa ini juga timbul kerana saya tidak menetapkan matlamat/ kerja yang perlu disiapkan pada minggu ini seperti refleksi bagi setiap aktiviti,dan juga lainlain perkara yang boleh disiapkan dengan lebih awal. Cadangan untuk memperbaiki. Pada pendapat saya, saya sepatutnya merangka dengan lebih awal sebarang aktiviti yang perlu dilakukan di sekolah terutamanya jika ada masa yang terluang. Selain itu, saya juga perlu membaca dan memahami sukatan pelajaran yang akan diajar terutamanya bagi subjek Sains. Cadangan lain adalah, saya perlu memahami komponen di dalam Rancangan Pengajaran Harian seperti objektif pembelajaran dan fasa pengajaran agar RPH yang dihasilkan menepati kriteria yang

diperlukan.Cadangan seterusnya adalah, walaupun saya tidak dapat berkolaborasi dengan guru pembimbing, saya perlu mendapatkan nasihat daripada guru-guru lain terutamanya berkaitan aspek kawalan kelas dan juga aspek pengurusan bilik darjah yang berkesan. Seterusnya, saya akan cuba mendapatkan nasihat daripada guru pembimbing mengenai perancangan masa yang berkesan kerana saya menghadapi kesukaran untuk merancang masa dengan efektif.

Tindakan susulan.Penilaian. saya juga terlibat untuk melatih murid bagi pertandingan Public Speaking yang turut berlangsung pada minggu hadapan. saya akan menguruskan masa dengan lebih berkesan dan merancang pengajaran dengan lebih awal agar saya dapat berkolaborasi dengan guru pembimbing sebelum sesi pengajaran di laksanakan bagi mendapatkan nasihat beliau. saya beranggapan bahawa masa saya masih lagi terisi dengan perkara berfaedah dan saya dapat menyumbang sesuatu kepada pihak sekolah. Pada masa yang akan datang. . Sepanjang minggu ini. saya berpuas hati dengan penglibatan saya di luar waktu bilik darjah kerana saya melibatkan diri untuk melatih pemain bola baling untuk persiapan kejohanan bola baling pada minggu hadapan. Walaupun saya tidak melaksanakan P & P.Saya juga akan merancang aktiviti yang menarik agar sesi pengajaran dapat dilakukan dalam suasana yang menyeronokkan.Selain itu.