Anda di halaman 1dari 1

Dasar Pandang ke Timur

Dasar ini diperkenalkan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982, sebagai sebahagian dari usaha untuk mempertingkatkan lagi daya

pengeluaran negara. Pandang ke Timur di sini bermaksud menjadikan negara-negara di sebelah timur, terutamanya Jepun dan Korea Selatan sebagai Negara contoh untuk mempelajari kemajuan teknologi, kerajinan, disiplin dan etika kerja. Dasar ini bertujuan untuk memajukan Negara, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi meliputi peningkatan daya pengeluaran melalui disiplin, kerajinan dan etika kerja yang sesuai.