Anda di halaman 1dari 2
Set 4 Rumusan Pendahuluan [2 markah] Bahaya/ kesan negatif produk kelangsingan badan terhadap kesihatan badan. Isi Tersurat [4 hingga 12 markah] 1. menyebabkan kelemahan otot termasuk otot jantung 2. mengakibatkan kecelaruan pemikiran 3. menyebabkan dihidrasi 4. mengakibatkan penggunanya mendapat cirit-birit 5. mengakibatkan kehilangan vitamin dan mineral dalam tubuh 6. menghalang fungsi normal usus bagi menghasilkan najis yang normal. 7. menyebabkan rasa loya, muntah, kekeringan mulut dan rasa dahaga 8. menyebabkan rasa keresahan, sukar tidur (insomnia) dan mudah marah 9. membawa kepada permasalahan psikologi 10. mengakibatkan penyakit jantung yang kronik 11. menyebabkan kerosakan hati Isi Tersirat [4 hingga 12 markah] 1. Kerajaan menetapkan undang-undang untuk memastikan produk yang dipasarkan tidak memudaratkan 2. Kementerian kesihatan memberikan ceramah tentang bahaya produk kelangsingan badan. 3. Pihak berkuasa memantau pengedaran bahan pelangsing badan di pasaran 4. Pihak berkuasa mengenakan denda terhadap peniaga yang menjual produk kelangsingan badan yang berbahaya. 5. Persatuan pengguna menyenaraikan dan menyiarkan jenama-jenama produk yang membahayakan kesihatan. 6. Pihak pengeluar produk menyenaraikan kandungan bahan-bahan yang terkandung dalam produk mereka. Kesimpulan [2 markah ] Pengguna hendaklah berhati-hati ketika menggunakan produk kelangsingan badan supaya tidak memudaratkan kesihatan diri sendiri. Soalan 2 (a) Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata kelangsungan fenomena ini - Berlakunya/ terjadinya peristiwa/ kejadian/ keadaan tersebut [2 markah] (ii) Faktor-faktor yang menyebabkan produk kelangsingan badan mendapat sambutan - Keberkesanan strategi promosi yang dilakukan oleh pengeluarnya - Penggunaan selebriti untuk memperkatakan keberkesanan produk - Promosi produk ini amat kerap dipaparkan melalui media massa. [3 markah] (iii) Bagaimana masyarakat dapat menjaga kesihatan diri - Makan makanan seimbang - Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu - Rehat/ tidur yang cukup - Beriadah bersama-sama keluarga - Kerap berjumpa doktor - Menjaga kebersihan persekitaran - Mengelakkan tekanan/stress Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang keburukan produk kelangsingan badan terhadap kesihatan dan langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaannya. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan Masalah obesiti atau kegemukan sekarang menjadi fenomena sejagat. Kelangsungan fenomena ini mengundang kebanjiran pelbagai produk melangsingkan badan. Produk sebegini begitu kuat pengaruhnya kepada pengguna kerana keberkesanan strategi promosi yang dilakukan oleh pengeluarnya. Penggunaan selebriti untuk memperkatakan keberkesanan produk juga memikat hati pembeli. Malah promosi produk ini amat kerap dipaparkan melalui media massa. Terdapat produk kelangsingan badan di pasaran yang mempunyai beberapa kesan negatif. Antaranya ialah produk yang merangsang peningkatan jumlah air kencing yang dikenali sebagai diuretik. Dengan penggunaan produk ini, penurunan berat badan berlaku disebabkan oleh penurunan dalam jumlah air dan potasium yang terkandung dalam badan. Kekurangan potasium menyebabkan kelemahan otot termasuk otot jantung. Penyingkiran bahan ini juga boleh mengakibatkan kecelaruan pemikiran. Kekurangan air dalam tubuh juga menyebabkan dihidrasi yang turut membahayakan kesihatan. Di samping itu terdapat juga produk kesihatan yang meningkatkan kekerapan membuang air besar. Kekerapan ini mengakibatkan penggunanya mendapat cirit-birit. Cirit-birit yang berterusan menghalang penyerapan zat makanan yang sempurna, yang mengakibatkan kehilangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Oleh itu, individu yang menggunakan produk ini dinasihatkan menghentikan penggunaannya bagi mengelakkan kesan yang memudaratkan. Ini kerana, produk ini juga menghalang fungsi normal usus bagi menghasilkan najis yang normal. Produk kelangsingan badan yang paling popular ialah produk yang boleh mengurangkan selera makan. Biasanya produk ini mengandungi dadah terbitan seperti adernalin, fenfluramin, norepinefrin atau norpseudoepinefrin. Produk kelangsingan tubuh jenis ini menyebabkan rasa loya, muntah, kekeringan mulut dan rasa dahaga. Malah produk jenis ini juga boleh menyebabkan rasa keresahan, sukar tidur (insomnia) dan mudah marah. Sekiranya dibiarkan berpanjangan keadaan ini akan membawa kepada permasalahan psikologi. Apa yang membimbangkan produk ini turut mengganggu kadar denyutan jantung yang akhirnya akan mengakibatkan penyakit jantung yang kronik. Terdapat juga laporan yang menunjukkan kesan produk kelangsingan ini terhadap kerosakan hati penggunanya. Hal ini demikian kerana kebanyakan dadah yang diambil ini masuk ke dalam aliran darah serta akhirnya akan dimetabolismekan di dalam hati. Sebenarnya kaedah yang terbaik dalam menurunkan berat badan ialah dengan mengawal selera makan serta mengamalkan senaman yang berterusan. Kaedah ini tidak memberikan permasalahan kepada kesihatan dan jika diamalkan secara berterusan nescaya membolehkan seseorang mempunyai bentuk badan yang menarik. (Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Bahaya Produk Kelangsingan Badan”, oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005). Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata kelangsungan fenomena ini dalam petikan di atas? [2 markah] (ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan produk kelangsingan badan mendapat sambutan daripada pengguna? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat dapat menjaga kesihatan diri?