Anda di halaman 1dari 8

TAHAP LATIHAN, KEMAHIRAN DAN KESEDIAAN GURU DALAM MENGAJAR PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

1. PENGENALAN Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing. Ini tidak terkecuali dengan hak menerima pendidikan yang sebaik-baiknya mungkin melalui program pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Menurut Garciulo (2003), definisi berkeperluan khas adalah Individu yang berbeza daripada masyarakat sosial atau komuniti biasa dari segi kenormalannya. Perbezaan ini adalah disebabkan dari segi fizikal, daya sentuhan, kognitif atau cirri-ciri tingkahlaku. Kebanyakan kanak-kanak ini memerlukan program pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan khas mereka Di Malaysia, dasar-dasar pendidikan khas ditunjangi oleh Akta Pendidikan 1996. Falsafah Pendidikan Khas adalah : Pendidikan Khas di Malaysia adalah usaha yang beterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ini telah membuktikan bahawa komitmen kerajaan dalam menyediakan peluang pendidikan yang sebaik-baiknya bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggunakan definisi masalah pembelajaran sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif

(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah : a. Sindrom down b. Autisme ringan c. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ADHD) d. Terencat akal minima e. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability) f. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus. (contoh : Disleksia) Sejak penubuhan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKMB) pada 1988, program ini telah berkembang dengan pesatnya. Kepesatan pertumbuhan PKMB ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan dan masyarakat begitu prihatin terhadapa masalah kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun begitu, sepanjang pelaksanaan program ini terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan. Antaranya ialah isu kekurangan guru yang terlatih. Bancian Jabatan Pendidikan Khas (2000) mendapati kira-kira 70% guru yang mengajar PKMB adalah tidak terlatih dalam bidang pendidikan khas. Implikasi daripada isi ini adalah pelajar-pelajar tidak mendapat bimbingan dan pendidikan yang berkesan. Kerajaan memandang serius hal ini dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang menggariskan akan menyediakan bilangan guru terlatih yang mencukupi di sekolah pendidikan khas, program pencantuman dan program inklusif di sekolah harian. Antara tindakan pelaksanaanya adalah pengambilan guru-guru KPLI dan juga Program Pensiswazahan Guru (PKPG). Selain itu, IPTA juga telah menyediakan program ijazah sarjana muda dalam Pendidikan Khas. Usaha-usaha yang dijalankan ini sudah mula menunjukkan implikasinya kepada sistem pendidikan.

2.

PERNYATAAN MASALAH Usaha-usaha yang berterusan daripada kerajaan dalam meningkatkan jumlah guru

haruslah dipuji dan diteruskan pada masa akan datang. Ini adalah kerana guru memainkan peranan penting dalam memantapkan sistem pendidikan negara. Guru yang berkualiti dapat melahirkan pelajar dan generasi yang berdaya saing dan berwawasan. Walaupun begitu, keberkesanan usaha ini seharusnya dikaji bagi memastikan adakah guru-guru yang dilahirkan ini berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai kesediaan yang tinggi dalam memberi pendidikan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap latihan, pengetahuan dan juga kesediaan guru-guru pendidikan khas dalam menyampaikan pendidikan kepada pelajarpelajar bermasalah pembelajaran.

3. TINJAUAN LITERATUR Halimah Harun (2006) berpendapat bahawa pelbagai faktor yang dapat mendorong sesorang individu itu memilih kerjaya sebagai seorang guru. Antara faktor utama yang telah dikenal pasti adalah pengaruh keluarga samada ibu bapa atau suami terutamanya dalam kalangan guru perempuan. Selain itu, faktor minat dan juga menyukai kanak-kanak merupakan sebab utama kebanyakan individu memilih profesion keguruan. Guru juga akan lebih bermotivasi tinggi untuk mengajar jika pelajar menunjukkan tingkah laku yang baik, pelajar bermotivasi tinggi, iklim sekolah yang baik dan berhubungan mesra dengan pentadbir atau rakan sejawat. Dalam bidang Pendidikan Khas, Hasnah Toran dan rakan-rakan mendapati bahawa kebanyakan guru Pendidikan Khas tidak berkeyakinan tinggi dalam mengajar kanak-kanak yang mengalami autisme dalam kajian pada tahun 2010. Hal ini disebabkan oleh faktor

seperti guru tidak menerima latihan khas berkhususkan autisme, tidak berpengetahuan dan tidak berkemahiran dalam menyampaikan P&P dengan kaedah yang sesuai dengan kanakkanak autisme. Abdul Rahim Hamdan dan rakan-rakan (2005) menyatakan bahawa guru-guru pemulihan khas mempunyai tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas di sekolah pada tahap yang sederhana. Antara cadangan yang dikemukakan bagi meningkatkan kualiti pendidikan bagi Program Pemulihan Khas adalah dengan membuat pemilihan calon guru yang berkualiti, mengadakan program latihan guru, menyelaraskan tugas dan tanggungjawab guru, menyediakan bahan bantu mengajar, memberi

pengikhtirafan dan elaun insentif khas, memberi peruntukan kewangan, membuat pemantauan pencerapan dan penilaian serta menyediakan keperluan kemudahan kelas yang kondusif. Pada keseluruhannya, pelbagai faktor yang dapat mendorong seseorang individu itu dalam menjadi seorang guru yang baik. Antara faktor yang dapat dikenal pasti adalah bermotivasi tinggi, berpengetahuan luas dan sentiasa bersedia mengharungi cabaran. Seorang guru yang bertanggungjawab juga seharusnya mempunyai pelbagai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti berkemahiran mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran, menggunakan teknologi maklumat, hubungan komunikasi yang baik, menjana idea yang bernas dan juga berkemahiran dalam membimbing pelajar.

4. SOALAN KAJIAN a. Apakah tahap latihan yang telah diterima oleh guru-guru mengenai pelajarpelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran? b. Apakah tahap kemahiran guru-guru tentang pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran?

c. Adakah guru-guru mempunyai kesediaan dalam mendidik pelajar-pelajar pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran?

5. METODOLOGI Kajian ini meninjau tahap latihan, kemahiran dan kesediaan guru-guru tentang pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Populasi sampel dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru pendidikan khas yang mengajar di beberapa sekolah yang mengajar pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Daerah Batang Padang, Perak. Seramai 30 orang sampel dipilih untuk menyertai kajian ini. Sampel yang dipilih merupakan guru terlatih sama ada dari maktab perguruan atau dari universiti. Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk borang soal selidik. Ini disebabkan penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dalam pengumpulan data, meliputi saiz yang lebih besar dengan melibatkan kos yang sederhana. Borang soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Bahagian A digunakan untuk mengisi maklumat demografi dan latar belakang responden. Manakala, Bahagian B digunakan untuk mengkaji tentang tahap latihan yang diterima oleh guru-guru tentang pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Seterusnya, Bahagian C pula digunakan untuk mengenal pasti tahap kemahiran yang dimiliki oleh guru-guru dalam mengajar pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Bahagian D bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan guru-guru dalam mendidik pelajar-pelajar Pendidikan Khas yang mengalami Masalah Pembelajaran.

Jadual 1 : Pecahan Item Soal Selidik Bahagian Bahagian A Latar belakang (Jantina, Umur, Bangsa, Jawatan, Ikhtisas, Pengalaman) Nombor Item 1, 2, 3, 4, 5

Bahagian B Tahap latihan yang diterima 6, 7, 8, 9, 10 Bahagian C Tahap kemahiran yang dimiliki 11, 12, 13, 14, 15 Bahagian D Tahap kesediaan guru mendidik 16, 17, 18, 19, 20 ___________________________________________________________________________

Soal selidik di Bahagian B, C dan D akan menggunakan skala Likert 5 mata untuk memperolehi data. Skala ini mempunyai 5 skor iaitu : Jadual 3 : Skor skala Likert Skala Likert 1 2 3 4 5 Pengelasan Sangat tidak setuju Tidak setuju Sederhana Setuju Sangat setuju

Prosedur kajian yang dilakukan adalah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang guru pendidikan khas yang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah-sekolah daerah Batang Padang, Perak. Kesemua borang yang selesai diisi, akan dikembalikan kepada penyelidik untuk dianalisis. Data yang diterima daripada responden akan dikemaskini dalam bentuk jadual bagi memudahkan proses analisis dilakukan. Bagi maklumat seperti latar belakang responden yang boleh dikategorikan sebagai pembolehubah nominal akan dianalisis menggunakan nilai peratusan mudah untuk menerangkan hubungan di antara satu sama lain. Bagi menganalisis

tahap latihan, kemahiran dan kesediaan guru menurut responden dalam soalan berbentuk skala likert, pengiraan min dan peratusan akan digunakan. Min diperolehi berdasarkan skor pada jawapan yang digunakan. Formula pengiraan bagi jumlah skor, min dan peratus adalah seperti berikut : Jumlah Skor = Kekerapan setiap skala x skor setiap skala

Peratusan (%) = Jumlah Kekerapan x 100 Bilangan responden

Min (X) = Jumlah Skor (X) Bilangan responden (n) Sumber : Izham Shafie (2000)

RUJUKAN Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli, Musa Ismail. (2005). Tahap Minat, Pengetahuan dan Kemahiran, Latihan Guru dan Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Dimuat turun pada November 30, 2011 daripada http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf Abdul Rahim Talib. (2006). HBSL1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Open University Malaysia (OUM). Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 31 (2006) 83-96. Dimuat turun pada Disember 1, 2011 daripada http://www.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jpend31_06.pdf Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar dan Norani Salleh (2010). Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010):19-26. Dimuat turun pada November 30, 2011 daripada www.ukm.my/jurfpend/

volume35%20pdf/Tahap%20Latihan,Pengetahuan%20dan%20Keyakinan%20Guruguru%20Pendidikan%20khas%20Tentang%20Autisme.pdf Mazlifah Che Ahmad. (2008). Tahap Kesediaan Pengetahuan dan Kemahiran Amali Guruguru PKPG Sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah. Dimuat turun pada Disember 1, 2011 daripada

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdwP/MAZLIFAHBP050234D200 8TTP.pdf

Anda mungkin juga menyukai