Anda di halaman 1dari 15

Di sebuah kampung tinggal seorang nelayan miskin.Dia tinggal bersama isterinya di sebuah pondok buruk.

Pada suatu hari,nelayan turun ke laut pagi-pagi lagi.Dia ingin mendapat ikan yang banyak.

Ketika sedang menjaring,jaring nelayan itu ditarik dengan kuat.Dia sungguh terperanjat.Seekor ikan duyung tersangkut pada jaringnya.

Ikan duyung merayu supaya dilepaskan.Dia berjanji akan menunaikan permintaan nelayan.Nelayan pun melepaskan ikan duyung itu.

Nelayan itu terus pulang ke rumah.Dia beritahu perkara tersebut kepada isterinya.Isterinya amat marah.

Ikan duyung itu akan tunaikan permintaan kita,kata nelayan.kalau begitu saya mahu rumah yang besar dan cantik,kata isteri nelayan.

Dia berjumpa dengan ikan duyung.Isteri saya mahu rumah besar dan cantik,kata nelayan.Baik,kamu pulang dulu,kata ikan duyung.

Nelayan pulang ke rumah.Dia sungguh terkejut.Pondoknya telah bertukar menjadi rumah yang besar dan cantik.

Mereka menjadi kaya.Isterinya menjadi bosan.Dia ingin menjadi permaisuri.Dia ingin hidup di istana.

Isteri saya ingin menjadi permaisuri.Dia nak tinggal di istana,kata nelayan.baiklah,kata ikan duyung itu dengan marah.Dia tidak suka isteri nelayan yang tamak itu.

Isterinya belum lagi berpuas hati.Dia ingin menjadi orang yang berkuasa pula.Dia memujuk nelayan meminta dari ikan duyung.

Ikan duyung sudah tahu tujuan nelayan.Dia memang tamak.Dia akan mendapat balasannya nanti,kata ikan duyung dengan marah.

Alangkah terkejutnya nelayan itu.Istana bertukar menjadi pondok buruk.Isterinya menyesal.Mereka menjadi miskin semula.

Anda mungkin juga menyukai