Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: Kelapan

Minggu Praktikum : 8 (27 Mac 30 Mac 2012) Tajuk Jurnal : Penggunaan kaedah lakonan dalam pengajaran

1. Masalah / Peristiwa

Peristiwa ini berlaku semasa sesi pemantauan oleh guru pembimbing. Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 pada 27 Mac 2012. Saya telah menggunakan kaedah peta minda untuk memudahkan pembelajaran murid.

2. Analisis

Saya dapati penggunaan kaedah lakonan ini sangat berkesan dalam pengajaran. Hal ini kerana, murid bukan sahaja dapat mencatatkan isi pelajaran malah dapat meringkaskan isi pelajaran yang diajar agar lebih mudah untuk memahami topik yang telah diajar. Saya dapati murid-murid sangat bersemangat untuk berlakon kerana ianya memudahkan murid untuk memahami dengan lebih jelas topik yang dipelajari. Pada masa ini saya melihat kekuatan kaedah ini yang mampu membantu guru menjadikan sesuatu pengajaran menjadi lebih berkesan di samping cara penyampaian guru. Saya berbangga dan gembira kerana dengan bantuan penggunaan kaedah lakonan ini, telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran saya pada hari tersebut berjaya.

3. Cadangan Tindakan/Mengekalkan

i.

Saya dapati kaedah lakonan ini sangat berkesan untuk memastikan murid-murid melakukan tugasan yang diberikan dalam suasana yang tidak bising.

ii.

Selain itu, penggunaan kaedah ini dapat menonjolkan bakat dan daya kreativiti murid.

iii.

Saya akan menggunakan kaedah ini untuk kelas-kelas yang akan datang dan memilih untuk fokuskan kepada tajuk yang kecil supaya sesuai dengan tahap murid.

4. Tempoh masa Tindakan Susulan Saya akan menggunakan kaedah lakonan ini untuk setiap sesi pengajaran saya untuk memudahkan pemahaman murid tentang topik yang diajar. Selain itu saya bercadang untuk menggunakan pelbagai bahan yang lebih menarik supaya dapat menarik perhatian murid.

Disemak oleh guru pembimbing

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan Nama Tarikh

: : :

Anda mungkin juga menyukai