Anda di halaman 1dari 17

LAMPIRAN A

BAHAGIAN I KERJA KELULI STRUKTUR DAN LOGAM

1.

Am

Semua bahan hendaklah mematuhi Piawai Malaysia atau Piawai British yang berkaitan. Piawai yang setara boleh diterima dengan kelulusan P.P.

2.

Kerja Keluli Struktur

2.1

Semua reka bentuk, bahan dan mutu kerja struktur daripada keluli hendaklah mematuhi Spesifikasi Piawai JKR Untuk Kerja Keluli Struktur No.20600-0019-99. Perakuan ujian pengilang hendaklah dikemukakan kepada P.P. sebelum mana-mana keluli diterima untuk pembinaan struktur. Semua mutu kerja hendaklah menurut BS 5950.

2.2

Bahan

Kecuali ditentukan selainnya semua komponen keluli struktur hendaklah mematuhi piawai yang ditunjukkan dalam Jadual A.

Dengan kelulusan P.P., Kontraktor boleh mencadangkan komponen keluli struktur yang setara, tanpa apa-apa kos tambahan. Kontraktor hendaklah menyerahkan bersama-sama cadangannya segala pengiraan, lakaran, butir-butir dan spesifikasi reka bentuknya yang disahkan oleh Jurutera Profesional. Selain itu, Kontraktor hendaklah mengemukakan dokumen dan butir-butir seperti yang tersenarai dalam Fasal 2.3 berkenaan hal ini, sekiranya dikehendaki P.P.

Produk proprietari hanya boleh digunakan dengan kelulusan P.P. dan hendaklah dipasang menurut spesifikasi dan syor pengilang.

I/1

JADUAL A PIAWAI BAHAN DAN DIMENSI Bentuk Keratan H Gelegar Keratan C Sesiku Plat & Kepingan Mutu Bahan Dimensi JIS G3192 JIS G3192 JIS G3192 JIS G3192 Tidak berkaitan
2

BS EN 10025

Keratan Berongga BS EN 10210-1 BS 4848:Pt.2 Struktur Kemas Panas Keratan Berongga BS 6363 BS 6363 BS 6363 Terbentuk Sejuk Keratan dan Jalur BS EN 10147 Tidak berkaitan BS 2989 Terbuka Tergalvani Catatan: 1 Keperluan mutu bahan untuk Keluli Berbutir Halus diberikan dalam EN 10113 Keperluan mutu bahan untuk Gred Tahan Cuaca diberikan dalam EN 10155 2 BS EN 10210-1 mengandungi keperluan mutu bahan untuk keluli bukan aloi dan keluli berbutir halus 3 Had terima untuk plat yang dipotong daripada jalur lebar yang dihasilkan di atas pengisar berterusan diberikan dalam BSEN 10051

Had terima dimensi JIS G3192 JIS G3192 JIS G3192 JIS G3192 BS EN 3 10029 BS 4848:Pt.2

Kecuali ditunjukkan selainnya dalam lukisan, gred keluli yang setara adalah seperti dalam Jadual B:

JADUAL B GRED KELULI BS 5950 Gred reka bentuk 43 Gred reka bentuk 50 BS 4360 43 50 BS EN S275 S355

Semua pengujian dan pengesahan bahan hendaklah mematuhi BS 4360 dan tidak terhad kepada keperluan seperti yang dinyatakan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

Semua sijil ujian hendaklah mengandungi cap cetak timbul atau logo tera air pengilang, atau gabungan kedua-duanya sekali.

I/2

2.3

Reka Bentuk Kontraktor

Kecuali butir-butir penyambung dan butir-butir lain disediakan atau apabila Kontraktor dikehendaki untuk mereka bentuk mana-mana bahagian struktur atau sistem sokong sementara, Kontraktor hendaklah mengambil kerja seorang fabrikator yang

bereputasi baik untuk mereka bentuk butir-butir dan menyediakan lukisan fabrikasi menurut BS 5950. Lukisan fabrikasi hendaklah disahkan oleh Jurutera Profesional.

Sebelum fabrikasi dijalankan, Kontraktor hendaklah mengemukakan dokumen dan butir-butir berikut untuk kelulusan P.P:

a.

Pelan reka bentuk yang menjelaskan aktiviti reka bentuk utama mengikut urutan lojik, jenis output reka bentuk, tarikh sasaran untuk memenuhi keperluan program dan pengagihan tanggungjawab reka bentuk.

b.

Pendokumenan reka bentuk dan prosedur pengeluaran serta penyemakan (penentusahan).

c. d.

Perakuan fabrikator bahawa perisian yang digunakan telah diujisah. Penyataan kaedah untuk keperluan mengendali dan mengangkut komponen berbentuk luar biasa atau komponen besar bagi memastikan kestabilan komponen semasa penggerakan.

e.

Laporan semakan reka bentuk sebelum lukisan terperinci dikemukakan.

2.4

Lukisan

Kontraktor hendaklah menyediakan lukisan dengan butir-butir dan susunan kerja keluli sementara untuk setiap peringkat pembinaan yang berlainan, menurut keperluan yang ditentukan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

2.5

Mutu Hasil Kerja

Mutu hasil kerja untuk segala aspek pemfabrikasian dan penegakan struktur hendaklah mematuhi Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur. Semua sisihan dan had terima yang dibenarkan untuk ketepatan kerja penegakan struktur hendaklah mematuhi sepenuhnya nilai yang ditentukan dalam Spesifikasi berkenaan.

Semua kimpalan hendaklah dibuat melalui proses arka logam menurut BS 5135 dan BS 4570.

I/3

Semua kerja kimpal hendaklah dilakukan oleh pengimpal berkelayakan yang mempunyai sijil sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bereputasi baik seperti Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan Malaysian Oxygen (MOX).

Pemeriksaan kimpalan secara visual hendaklah dijalankan oleh penyelia kimpalan yang sesuai dan berkelayakan, atau oleh pengimpal yang dapat menunjukan bukti bahawa dia terlatih dan cekap dalam memeriksa secara visual kerja kimpal bagi jenis kimpalan yang berkaitan.

Sebelum kerja penegakan struktur dijalankan, Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P. untuk kelulusannya, suatu Penyataan Kaedah penegakan struktur termasuk prosedur bagi perkara berikut:

a. b. c. d. e. f.

Pemeriksaan prapenegakan dan penerimaan asas secara rasmi Penghantaran komponen secara berperingkat Kawalan keselamatan dan persekitaran Pengesahan operatif Pengesahan loji dan peralatan Pemeriksaan setiap fasa pembinaan

Apabila bolt dan nat diketatkan dengan menggunakan kaedah putar sebahagian menurut BS 4604, setiap nat hendaklah diketatkan sebaik-baiknya oleh perengkuh kendalian kuasa, sehingga mencapai cengkaman seperti yang diberikan dalam Jadual C:

JADUAL C PEMUTARAN BOLT DAN NAT Saiz nominal & diameter ulir bolt Cengkaman bolt untuk pemutaran nat (berbanding batang pemutar bolt) Tidak kurang daripada Tidak kurang daripada putaran putaran Sehingga 115mm Sehingga 115mm melebihi 115 hingga 225mm Sehingga 115mm melebihi 115 hingga 225mm Sehingga Sehingga Sehingga Sehingga 160mm 160mm 160mm 160mm melebihi melebihi melebihi melebihi 160 hingga 160 hingga 160 hingga 160 hingga 350mm 350mm 350mm 350mm

M 16 M 20 M 22 M M M M 24 27 30 36

I/4

Sekiranya kerana apa jua sebab bolt dan nat didapati longgar setelah diketatkan pada kali terakhir, bolt, nat dan sesendal berkenaan hendaklah dibuang dan hendaklah tidak digunakan semula.

Apabila bolt dan nat diketatkan dengan menggunakan kaedah kawalan daya kilas menurut BS 4604, kerja mengetat hendaklah dijalankan dengan menggunakan alat pengetat tertentukur, iaitu sama ada perengkuh daya kilas kendalian kuasa atau perengkuh daya kilas kendalian tangan. Perengkuh hendaklah kerap ditentukur, sekurang-kurangnya sekali setiap giliran kerja atau lebih kerap sekiranya diarahkan oleh P.P. Peralatan hendaklah ditentukur semula sekiranya diameter bolt berubah atau panjang cengkamannya berubah melebihi satu per lima daripada cengkaman yang digunakan untuk penentukuran.

Untuk tujuan pemeriksaan, satu sampel yang sekurang-kurangnya terdiri daripada 32 bolt hendaklah dipilih secara rambang daripada satu kelompok bolt yang digunakan oleh satu kumpulan pekerja setiap hari. Sekiranya daya kilas mana-mana bolt didapati kurang daripada nilai dalam penentukuran yang dikehendaki untuk

mendapatkan tegasan sesendal yang betul, setiap bolt dalam kelompok berkenaan hendaklah diperiksa dan diketatkan lagi.

Bolt dan nat yang didapati cacat dari apa juga aspek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bolt dan nat yang baru.

2.6

Penyediaan Permukaan dan Rawatan Pelindung

Semua permukaan keluli struktur hendaklah disediakan dan dirawat sepenuhnya menurut prosedur untuk penyediaan permukaan dan rawatan pelindung seperti yang ditentukan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P. untuk kelulusannya, Penyataan Kaedah bagi penyediaan permukaan dan rawatan pelindung sebelum memulakan kerja fabrikasi, dengan memberi butir-butir spesifikasi rawatan pelindung dan prosedur kawalan mutu serta prosedur pemeriksaan untuk memastikan pematuhan kepada Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

I/5

2.7

Pemeriksaan dan Pengujian Kimpalan oleh Pihak Berkuasa Bebas

Kontraktor

hendaklah

melantik

pihak

berkuasa

pemeriksaan

bebas

untuk

mengendorskan perakuan pengimpal dan juga untuk meluluskan prosedur kimpalan dan prosedur ujian bagi kerja kimpal.

Pemeriksaan dan pengujian kimpalan hendaklah dijalankan oleh pemeriksa kimpalan bebas yang memiliki sijil kecekapan yang sah daripada badan yang diiktiraf di Malaysia, seperti SIRIM dan LPIPM, atau organisasi persendirian lain yang sudah lama tertubuh dan diiktiraf. Walaupun pemeriksaan dijalankan oleh pemeriksa kimpalan bebas, P.P. atas budi bicaranya sendiri boleh menjalankan sebarang ujian untuk mengesahkan keutuhan kimpalan.

2.8

Perlindungan Kebakaran

Kecuali ditunjukkan selainnya dalam lukisan, semua bahan dan sistem perlindungan kebakaran hendaklah menunjukkan bukti bahawa bahan dan sistem berkaitan telah melalui ujian rintangan api menurut BS 476, dan hendaklah diendorskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kontraktor hendaklah menyediakan Risalah Data pengilang untuk bahan yang dicadangkan. Risalah ini hendaklah mengandungi maklumat penting seperti ciri dan teknik aplikasi bahan yang dicadangkan, menurut format di Lampiran l/1.

Bahan yang dicadangkan hendaklah sesuai dan wajar bagi melindungi elemen keluli struktur, tidak kira sama ada elemen struktur berkenaan terletak di dalam atau di luar bangunan.

Bahan yang dibekalkan hendaklah bebas daripada kecacatan, dan mutunya hendaklah setara dengan mutu bahan yang dibekalkan untuk tujuan pengujian dan kelulusan. Bahan hendaklah direka bentuk khusus untuk melindungi elemen struktur daripada kebakaran dan hendaklah sesuai untuk tujuan ini apabila

diaplikasi/dipasang menurut arahan lengkap pengilang. Bahan hendaklah dikendali dan disimpan seperti arahan pengilang dan hendaklah diaplikasi/dipasang oleh aplikator/pemasang terlatih dan diiktiraf.

Semua kerja yang sedang dijalankan hendaklah sentiasa diawasi agar risiko akibat mutu hasil kerja tidak sempurna atau kegagalan dapat dielakkan.

I/6

Penggunaan sistem salutan gembung kepada substrat logam untuk mewujudkan rintangan api hendaklah terdiri daripada penyebu, salutan gembung, salut tampal atas dan/atau salut hiasan.

Ketebalan miniumum bagi mana-mana jenis salutan mineral sembur untuk bahan pelindung kebakaran hendaklah seperti yang diberikan dalam Jadual D:

JADUAL D KETEBALAN SEMBUR MINIMUM Hp/A jam 150 170 190 10 10 10 Ketebalan (mm) untuk memberi rintangan api selama: 1 jam 1 jam 2 jam 3 jam 12 13 13 25 26 27 36 38 40 57 60 63 65 79 83 87 90

4 jam

210 10 14 28 41 Catatan: Hp Perimeter keratan yang terdedah kepada api (m) 2 A Luas keratan lintang bahagian keluli (m )

Walau apa jua jenis perlindungan kebakaran yang digunakan, ketebalan minimum pelindung yang diaplikasi dan ketebalan minimum tipisan kering hendaklah mematuhi sepenuhnya keperluan seperti yang dinyatakan dalam Risalah Data berkaitan dengan bahan yang dicadangkan.

2.9

Rekod

Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P. dokumen dan rekod yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a. b. c. d. e. f. g. h.

Lukisan dan kiraan reka bentuk dan daftar dokumen Sijil perakuan untuk bahan dan gunabis Penentukuran peralatan Prosedur kimpalan, konsesi dan sebagainya Laporan pemeriksaan dan laporan ujian Jadual penghantaran Pemeriksaan dan keputusan pemeriksaan akhir Perakuan penyiapan kerja penegakkan struktur dan penyerahan

I/7

2.10

Kepastian Kualiti

Kontraktor hendaklah mengemukakan program Kepastian Kualiti seperti yang ditentukan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

3.

Kekuda Bumbung Keluli Terbentuk Sejuk Prafabrikat

3.1

Sebagai tambahan kepada keperluan seperti yang ditentukan sebelum daripada ini untuk Kerja Keluli Struktur, semua keperluan yang ditentukan di bawah ini juga hendaklah digunapakai bagi Sistem Kekuda Bumbung Keluli Terbentuk Sejuk Prafabrikat.

Semua komponen prafabrikat hendaklah dibuat oleh pengilang kekuda yang berlesen dan bereputasi baik yang menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terjamin kualitinya, mengikut kelulusan P.P.

3.2

Keperluan Reka Bentuk

Reka bentuk struktur hendaklah mematuhi Spesifikasi American Iron And Steel Institute (AISI) untuk reka bentuk bahagian struktur keluli terbentuk sejuk. Reka bentuk, fabrikasi dan penegakan kekuda keluli terbentuk sejuk hendaklah dapat menanggung beban reka bentuk yang ditentukan dalam lingkungan hadnya, dan sesuai dengan keadaan yang dikehendaki.

Pesongan beban hidup (pesongan tegak) hendaklah tidak melebihi 1/240 rentangan. Reka bentuk sistem rangka hendaklah berupaya menyesuaikan pergerakan bahagian rangka tanpa kerosakan, tegasan lebih, kegagalan penyalutan, kegagalan

sambungan, terikan berlebihan ke atas pengikat dan penambat, atau kesan kerosakan yang lain apabila sistem mengalami perubahan suhu ambien maksimum 120 F (67 C).
o o

3.3

Penyerahan

Kontraktor

hendaklah

menyerahkan

kepada

P.P

data

produk

dan

arahan

pemasangan daripada pengilang untuk setiap jenis rangka keluli terbentuk sejuk dan alat tambah yang diperlukan.

I/8

Lukisan fabrikasi yang diserahkan hendaklah menunjukkan susun atur kekuda bumbung, anggota, jenis, lokasi, jarak, saiz dan ketebalan anggota, kaedah mencantum kepada anggota sokong dan semua butir-butir yang perlu bagi penegakan struktur. Lukisan hendaklah juga menunjukkan sokongan tambahan, pengikatan, sambat, penyambungan, alat tambah dan butir-butir yang dikehendaki bagi pemasangan yang sempurna.

Butir-butir hendaklah juga memasukkan: a. b. c. Kriteria reka bentuk Tegasan ke atas anggota dan pesongan kekuda Saiz, ketebalan dan penyambungan anggota pada sambungan kekuda d. e. Tindak balas sokong kekuda Keperluan untuk perentas atas dan bawah serta pendakap web

3.4

Mutu Hasil Kerja

Kerja fabrikasi hendaklah dijalankan oleh fabrikator kekuda keluli terbentuk sejuk berpengalaman dengan sekurang-kurangnya tiga(3) pengalaman kerja dalam mereka bentuk dan memfabrikat sistem kekuda keluli terbentuk sejuk, dengan bahan, reka bentuk dan takat kerja yang setara dengan sistem yang diperlukan untuk projek ini.

Semua kerja kimpal dan kelayakan pengimpal hendaklah mematuhi keperluan yang dinyatakan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

Sistem

kekuda

keluli

terbentuk

sejuk

hendaklah

dipasang

oleh

pemasang

berpengalaman yang dilulus oleh fabrikator sistem kekuda keluli.

3.5

Penghantaran, Penyimpanan dan Pengendalian

Semua anggota kekuda keluli terbentuk sejuk hendaklah dihantar di dalam bekas atau bungkusan pengilang yang tertutup; dan setiap anggota dikenal pasti dengan nama, jenama, jenis dan gred. Langkah berhati-hati hendaklah diambil untuk mengelakkan kerosakan semasa memunggah, menyimpan dan menegak.

Kekuda hendaklah disimpan di atas blok, palet, pelantar atau sokongan lain, tidak mencecah tanah dan pada kedudukan tegak, serta disokong secukupnya untuk mengelakkan kerosakan akibat bengkokan berlebihan. Kekuda hendaklah dijaga

I/9

supaya bebas daripada kotoran dan bahan asing lain dan dilindung daripada kakisan, ubah bentuk, kerosakan dan kemerosotan semasa disimpan di tapak kerja.

3.6

Penegakan dan Pemasangan

Semasa pembinaan, semua beban yang dikenakan ke atas kekuda hendaklah diletakkan dengan berhati-hati supaya tidak melebihi keupayaan bawaan mana-mana gelegar, kekuda atau komponen lain.

Sokong penegak hendaklah disediakan untuk menghalang kekuda daripada tumbang atau menyebabkan kekuda lain turut tumbang semasa kerja menegak dijalankan. Sokong sementara hendaklah dibiarkan di tempatnya sehingga kekuda stabil berkekalan. Kekuda hendaklah d itegakkan dengan satah webnya menegak dan selari dengan satu sama lain, ditempatkan tepat pada jarak reka bentuk yang dinyatakan.

Peralatan angkat yang betul hendaklah diadakan sesuai dengan saiz dan jenis kekuda yang dikehendaki, dan diletakkan di titik angkat yang disyorkan oleh fabrikator. Langkah berhati-hati hendaklah diambil semasa penegakan kekuda untuk mengelakkan bengkokan mendatar.

Penambat rangka hendaklah disediakan seperti yang ditunjukkan dalam lukisan fabrikasi dan kekuda mestilah ditambat dengan kukuh di titik galasnya.

Anggota kekuda tidak boleh dipotong tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada pereka bentuk.

Anggota rangka bumbung hendaklah dipasang tanpa sambungan pada keseluruhan panjangnya, kecuali sambungan sambat ditunjukkan dalam lukisan yang diluluskan. Pengikatan rangka bumbung dengan dawai tidak dibenarkan sama sekali dalam apa jua keadaan.

4.

Bingkai Keluli untuk Pintu dan Tingkap

4.1

Bingkai Keluli

4.1.1

Di mana-mana dikehendaki, Kontraktor hendaklah membekal dan memasang bingkai keluli untuk pintu dan tingkap seperti yang ditunjukkan dalam lukisan.

I/10

Bingkai keluli hendaklah mematuhi BS 6510 dan diperoleh daripada sumber yang diluluskan dan disalut di bengkel dengan dua lapisan plumbum oksida merah, atau dengan cat asas tahan karat lain yang diluluskan.

4.1.2

Bingkai keluli hendaklah diperbuat daripada satu keratan tergelek kepingan keluli lembut tergalvani gred komersil yang baik. Keratan itu hendaklah kemudiannya diluruskan secara mekanikal dengan semua bucunya dipotong untuk membentuk sambungan rencong 45 supaya boleh dipasang padan dan tepat, dikimpal sepenuhnya dengan kuasa elektrik, dicanai dan dibersihkan, atau disambung secara mekanikal mengikut kaedah yang diluluskan.
o

4.1.3

Semua skru, nat, bolt dan sesendal hendaklah daripada keluli tahan karat.

4.1.4

Bingkai keluli hendaklah dicat seperti yang ditentukan dalam BAHAGIAN M KERJA MENGECAT.

4.2

Bingkai Aluminium

4.2.1

Di mana-mana dikehendaki, Kontraktor hendaklah membekal dan memasang bingkai aluminium untuk pintu dan tingkap seperti yang ditunjukkan dalam lukisan. Kecuali ditentukan selainnya, semua bingkai aluminium hendaklah difabrikat daripada keratan yang tersemperit daripada aloi aluminium dan mematuhi MS 832.

4.2.2

Kecuali

ditunjukkan

atau

ditentukan

selainnya,

permukaan

aluminium

hendaklah berkemasan salut tersadur anod semula jadi setebal purata 25 mikron menurut BS 3987, bebas daripada kecacatan aloi, tanda pewarna, calar dan kecacatan lain.

4.2.3

Semua kemasan tersalut anod berwarna untuk permukaan aluminium yang terdedah hendaklah diluluskan oleh P.P.

4.2.4

Semua permukaan penyemperitan atau kepingan aluminium yang terdedah selepas proses oleh menyadur P.P anod dan selepas dan diwarnakan, kecukupan sekiranya tampalan

dikehendaki

hendaklah

ditampal,

hendaklah ditentukan mengikut BS 1615.

I/11

4.2.5

Semua skru, nat, bolt, rivet, sesendal dan alat pemasangan yang lain hendaklah diperbuat daripada keluli tahan karat atau aluminium.

4.2.6

Di

mana-mana

anggota

sampingan, bahan

seperti

bendul,

gandingan

dan

sebagainya

dibentuk

daripada

kepingan,

anggota

berkenaan

hendaklah difabrikat daripada aloi aluminium yang ditentukan mengikut BS 1470 atau piawai setara.

4.3

Bingkai bagi Ram Tingkap Boleh Laras

4.3.1

Di mana-mana dikehendaki, Kontraktor hendaklah membekal dan memasang bingkai untuk ram tingkap boleh laras seperti yang ditunjukkan dalam lukisan.

4.3.2

Kecuali ditentukan selainnya, bingkai hendaklah daripada buatan yang diluluskan. Bingkai hendaklah dibekalkan lengkap dengan pengadang cuaca dan galas tanpa ferus, klip spring, pengunci dan jejalur luluh hawa dan segala sesendal jarak yang diperlukan. Bingkai, jenang tengah dan sesendal jarak hendaklah daripada jalur keluli tergelek sejuk tergalvani melalui proses celup panas setebal 1.219 mm tebal (18 SWG) minimum atau yang ditentukan selainnya. Klip untuk memasang ram tingkap hendaklah daripada jalur keluli tergelek tergalvani melalui proses celup panas, setebal 0.711 mm (22 SWG) minimum.

4.3.3

Rod kendalian hendaklah setebal 2.132 mm (14 SWG). Pemegang dan alat kunci hendaklah diperbuat daripada keluli setebal 2.642mm (12 SWG).

4.3.4

Bolt, nat dan skru hendaklah diperbuat daripada keluli tahan karat.

4.3.5

Kecuali

ditentukan

selainnya,

kemasan

hendaklah

daripada

lakuer

aluminium.

4.4

Aksesori

Setiap bingkai keluli atau aluminium untuk pintu dan tingkap hendaklah dibekalkan lengkap dengan:

i.

Bilangan engsel keluli tahan karat siap pasang yang mencukupi, seperti dalam Jadual Lengkapan Pintu dan Tingkap di bawah BAHAGIAN H

I/12

KERJA

PERTUKANGAN

KAYU,

PERTUKANGAN

TANGGAM

DAN

PEMASANGAN LENGKAPAN PINTU DAN TINGKAP;

ii.

Dua (2) getah penahan bagi setiap jenang penutup untuk mengurangkan bunyi bising dan getaran;

iii.

Pengadang mortar terkimpal;

iv.

Kisi keluli tahan karat boleh laras, dengan tepinya melengkung sedikit;

v.

Palang pengekang boleh tanggal untuk memastikan bingkai tepat tegak semasa pengangkutan dan pemasangan; dan

vi.

Minimum lapan (8) bilangan pengikat bingkai berukuran 4mm, untuk memastikan bingkai dipasang ketat dan kekal.

4.5

Sampel

Sampel keratan keluli atau aluminium untuk bingkai pintu dan tingkap, bersama dengan lukisan rajah tukang yang lengkap bagi semua kerja hendaklah dikemukakan kepada P.P. untuk kelulusannya sebelum sebarang kerja dimulakan.

4.6

Pemasangan

4.6.1

Kecuali

ditentukan

atau

ditunjukkan

selainnya

dalam

lukisan,

pemasangan semua jenis bingkai hendaklah menurut arahan dan prosedur pengilang sepenuhnya.

4.6.2

Pada amnya, bingkai untuk ram tingkap boleh laras hendaklah diskru pada kayu. Bagaimanapun apabila dikehendaki atau sekiranya lukisan menunjukkan bingkai perlu dipasang pada jenang yang diperbuat daripada bata atau konkrit, bingkai berkenaan hendaklah diskru pada palam dinding berpaten menurut arahan pengilang.

I/13

5.

Sistem Gantung Siling

5.1

Am

5.1.1

Di mana-mana ditunjukkan dalam lukisan, sistem gantung siling hendaklah terdiri daripada komponen logam T utama, T lintang, sesiku dinding dan dawai penyangkut lengkap dengan jaket dan klip penyangkut, direka bentuk untuk menyokong siling, lekapan lampu atau pembaur udara tergantung dengan pesongan maksimum 1/360 rentang.

5.1.2

Kecuali ditentukan selainnya, semua komponen sistem gantung yang terdedah hendaklah berwarna sepadan dengan warna jubin siling, seperti yang diluluskan oleh P.P.

5.2

Pertimbangan Reka Bentuk

5.2.1

Lebar semua T utama dan T lintang dengan reka bentuk dua web hendaklah 24mm. Sesiku dinding hendaklah sama lebarnya dengan lebar T yang terdedah.

5.2.2

Dawai penyangkut hendaklah daripada keluli karbon tergalvani, bajaan lembut, praregang dengan beban tegasan alah sekurang-kurangnya tiga (3) kali beban reka bentuk, tetapi dalam apa jua keadaan hendaklah berdiameter tidak kurang daripada 12 tolok (12.6mm). Dawai tolok yang lebih tebal hendaklah digunakan bagi pemasangan yang menanggung beban lebih berat, atau dalam keadaan apabila jarak dawai penyangkut melebihi 1200mm pusat ke pusat.

5.2.3

Sistem hendaklah direka bentuk dengan sistem mengunci berkembar u ntuk memastikan keselamatan, dan juga untuk membolehkan pemasangan dibuat dengan mudah dan pantas.

5.2.4

Dawai keluli tahan karat atau dawai aloi nikel-kuprum hendaklah digunakan dalam persekitaran yang memudahkan kakisan.

5.2.5

Pendakap tambahan atau alat penyangkut, seperti pengikat daripada logam, rod, atau sesiku struktur yang secukupnya hendaklah dipasang bagi pemasangan yang boleh terangkat disebabkan kesan angin.

I/14

5.3

Pemasangan

5.3.1

Kerja memasang tidak boleh dijalankan sehingga semua kerja basah seperti menuang konkrit, memasang kemasan lantai, melepa atau mengecat, telah siap atau kering sepenuhnya.

5.3.2

Semua sistem gantung hendaklah dipasang menurut arahan dan syor pengilang sepenuhnya.

5.4

Waranti

5.4.1

Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P. waranti pengilang terhadap sebarang kerosakan atau kecacatan yang mungkin timbul dalam tempoh 10 tahun dari tarikh Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Terma waranti hendaklah seperti yang diluluskan oleh P.P.

6.

Pintu Boleh Lipat, Pengatup Gulung dan sebagainya

6.1

Kontraktor hendaklah membekal dan memasang pintu keluli boleh lipat, pengatup lipat, pengatup gulung dan sebagainya, lengkap dengan segala aksesori yang perlu, semuanya seperti yang diluluskan oleh P.P. mengikut saiz dan kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam lukisan. Kecuali ditentukan selainnya, semuanya hendaklah tergalvani dan dipasang menurut arahan pengilang.

7.

Pelbagai Alat Lain

7.1

Pelepar keluli lembut untuk tangga, balkoni, beranda dan sebagainya hendaklah dipasang seperti yang ditunjukkan dalam lukisan.

7.2

Semua besi dan keluli untuk pelbagai alat lain hendaklah daripada mutu yang diluluskan oleh P.P. Skru dan bolt hendaklah mempunyai sesendal di mana sesuai. Cangkuk untuk menggantung kipas siling hendaklah diperbuat daripada batang keluli lembut berdiameter 13mm dan dibolt kepada siling kayu, atau dibenam ke dalam konkrit.

I/15

7.3

Jejaring terkimpal, logam terbabar, kepingan aluminium dan sebagainya hendaklah dibekalkan dan dipasang seperti yang ditunjukkan dalam lukisan.

7.4

Jerejak keluli lembut dan jeriji penutup longkang hendaklah dibekalkan dan dipasang seperti yang ditunjukkan dalam lukisan. Kecuali dinyatakan selainnya, semua kerja keluli hendaklah dilakukan dengan cara kimpalan berterusan.

7.5

Tukup semut hendaklah diperbuat daripada kepingan besi tergalvani tolok 16, dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam lukisan. Tukup hendaklah dipasang di antara tunggul konkrit/tembok sambut bata atau dinding dengan tiang kayu atau plat seperti yang dikehendaki dan hendaklah terunjur 60mm dan mencondong 45 dari permukaan.
o

I/16

LAMPIRAN I/1

Risalah Data Bahan Perlindungan Kebakaran yang Dicadangkan

NAMA PRODUK :

1.

Penerangan Produk

2.

Nama Pengilang

3.

Nama Pembekal

4.

Teknik Perlindungan

5.

Teknik Aplikasi

6.

Keperluan Penyediaan Keluli

7.

Pemasangan atau Pengukuhan Mekanikal Tambahan

8.

Ketumpatan Nominal

9.

Julat Ketebalan

10.

Julat Rintangan Api

11.

Kekangan untuk Rintangan Api

12.

Rupa bentuk

13.

Penggunaan di Tapak

14.

Ciri Tahan Lama

15.

Aplikasi Lain

I/17