Anda di halaman 1dari 1

Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah guru-guru yang terbabit dilatih?

KPM menjalankan pelbagai strategi dan persiapan bagi memastikan KSSR dapat dilaksanakan sebagaimana dihasratkan. Antara strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:A. Kursus Orientasi KSSR kepada: Jurulatih Utama - semua mata pelajaran Guru mata pelajaran B. Kursus Pendedahan KSSR Guru Besar dan pentadbir sekolah Jabatan Pelajaran Negeri, PPD Bahagian KPM IPGM, BPG, BPSH, JNJK, IAB, LPM, BBT C. Penyebaran Umum kepada; ibu bapa, masyarakat, NGO & Warga Pendidik. Strategi yang akan dijalankan untuk pendedahan masyarakat umum, ialah: Interaksi bersemuka: Perayaan Hari Guru, Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia, Hari temu Pelanggan, Program Jom Heboh TV3, pameran, taklimat Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman web KSSR, laman web BPK Media Cetak: akhbar, majalah, iklan Media Elektronik: ASTRO, RTM, TV3 Penerbitan bahan: brosur, buku penerangan, cd Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 26 Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai