Anda di halaman 1dari 19

SEMESTER 1 SESI 2011/2012 PEG 3033 EKONOMI ANTARABANGSA TAJUK TARIFF

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN A NAMA PENSYARAH: DR. KOO YIN YIN NAMA AHLI KUMPULAN
NAMA HASMIZAH BT MOHD YASIN HAU BOON LIN NABMIATULNOR BT OTHMAN NO. ID PELAJAR D20091034723 D20091035849 D20091035893 TANDA TANGAN

ISI KANDUNGAN

PERKARA Hasil Pembelajaran 6.0 Pengenalan 6.1 Kesan perdagangan bebas 6.2 Lebihan pengguna 6.3 Lebihan pengeluar 6.4 Keuntungan daripada perdagangan bebas 6.5 Kesan tarif kebajikan 6.6 Kesan eksport tariff 6.7 Tarif optimal 6.8 Kesimpulan Kata kunci Rujukan

HALAMAN

1 2 3 4 5-6 7-8 9 10-13 14

CHAPTER 6: TARIF Hasil Pembelajaran Di akhir unit ini , pelajar dapat:


1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kebaikan perdangangan antarabangsa

dengan betul.
2. Membanding bezakan jenis-jenis takrif dengan betul. 3. Mengetahui konsep lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. 4. Menjelaskan hubungan antara harga pasaran dengan kuantiti yang diminta. 5. Mengetahui cara untuk mengira lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. 6. Mengetahui kebaikan dan keburukan menjalankan perdagangan bebas. 7. Mengetahui kesan pengenaan tarif import dan eksport. 8. Menjelaskan bagaimana perdagangan antarabangsa berlaku di antara dua buah negara. 9. Memperhatikan bagaimana hasil kerajaan diperoleh dan bagaimana lebihan pengeluar

dan lebihan pengguna berlaku. Apabila tarif dikenakan pelbagai kombinasi berlaku melalui perubahan kuantiti pengeluaran dan juga perubahan kuantiti penggunaan.

6.0 Pengenalan Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh sesebuah negara ke atas barangan import atau eksport. Penggenaan takrif dapat memberi kesan ke atas ekonomi sesebuah negara. Kesannya terbahagi kepada dua iaitu kesan pendapatan ( revenue effect ) dan kesan perlindungan ( protective effect ). Tarif dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu

Takrif spesifik satu caj dengan jumlah tertentu yang dikenakan ke atas

setiap unit barang yang diimport. Contohnya, RM50 untuk setiap unit barang X yang diimport.

Takrif ad volerem- merupakan caj yang terlibat sebagai peratus tertentu

dari nilai / harga barang yang dikenaka takrif. Contohnya, 10% bagi harga sesuatu barang. Iaitu jika harga barang X adalah RM1000 maka takrif ialah RM100.

6.1 6.1.1

Kesan Perdagangan Bebas Memperoleh barang-barang yang tidak dikeluarkan dalam negara. Setiap negara mempunyai sumber semula jadi dan iklim yang berbeza. Oleh itu sumber diagihkan secara tidak sama rata. Perdagangan bebas membolehkan sesebuah negara memperoleh barang-barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara.

6.1.2 Memperluaskan pilihan pengguna Faedah yang didapati oleh pengguna daripada perdagangan bebas adalah memenuhi keperluan dan kehendak mereka terhadap barang-barang yang tidak terdapat di dalam negara. 6.1.3 Menggalakkan penggunaan teknologi baru. Perdagangan antarabangsa dan bebas akan membawa masuk kemahiran, pengalaman, dan pengetahuan teknologi ke dalam negara. 6.1.4 Menggalakan pelaburan Perdagangan antarabangsa dan bebas juga dapat menggalakkan pelaburan dari luar negara.

Latihan 1. Terangkan 3 faedah yang diperolehi oleh sesebuah negara melalui perdangangan antarabangsa yang dijalankannya.

2. Terangkan jenis-jenis takrif yang ada.

6.2

Lebihan pengguna Merujuk kepada perbezaan antara harga yang sedia dibayar atau mampu dibayar oleh

pengguna ke atas sesuatu barangan akibat daripada kepuasan yang diperolehi daripada penggunaan barangan tersebut dengan harga sebenar yang dibayar dalam pasaran. P(G) P1 P2 P P

D(G) 0 1 2 QG

Rajah 1.1

D(G) ialah keluk permintaan anggur. Keluk D(G) ialah jumlah permintaan anggur bagi penduduk di Negara A. Ia menunjukkan jumlah maksimum yang mampu dibayar oleh penduduk Negara A terhadap kuantiti anggur(G). Jika pasaran monopoli mengawal penawaran anggur di Negara A, maka ia akan menjual

anggur dengan harga paling tinggi seperti yang ditunjukkan dalam jadual6.2 iaitu P1 pada unit 1.

Perkara yang sama turut berlaku bagi unit ke 2 , 3 dan sebagainya. Kadang-kala terdapat segelintir yang sanggup membayar lebih ke atas barangan tertentu melepasi harga pasaran. Dengan merujuk rajah 1.1, P ialah harga pasaran dan Q ialah kuantiti anggur di pasaran. Jumlah perbelanjaan: harga x kuantiti Maka, OPQA merupakan jumlah perbelanjaan dalam pasaran. Kawasan yang berlorek ialah lebihan pengguna yang berlaku di Negara A. Lebihan pengguna adalah berhubungan songsang dengan harga, dimana jika harga pasaran anggur meningkat ke P, lebihan pengguna akan berkurang dan menurun. Jika harga pasaran anggur meurun, keadaan pula adalah sebaliknya.

6.3 Lebihan pengeluar

Merujuk kepada perbezaan di antara harga yang dibayar di pasaran terhadap sesuatu barangan dengan harga minimum yang diperlukan oleh industri untuk menghasilkan barangan tersebut. PG SG

P0

Q Rajah 1.2

QG

Rajah 1.2 merujuk kepada keluk lebihan pengeluar. SG ialah keluk penawaran pasaran anggur. Keluk ini memberitahu bahawa jumlah minimum wang yang diterima oleh pengeluar untuk suatu kuantiti anggur di pasaran. Untuk menjual 1 unit anggur, harga pasaran terendah adalah di titik P0. Jika harga pasaran ialah P, semua unit yang ditawar dalam pasaran adalah melebihi titik Q, maka industri akan menerima harga yang lebih daripada harga minimum yang diperlukan untuk unit tersebut.

Lebihan pengeluar ditunjukkan oleh kawasan berlorek dalam rajah 6.3. Kawasan berlorek juga merupakan perbezaan antara jumlah hasil dan jumlah kos berubah.

6.4 Keuntungan daripada perdagangan bebas PG SG

PA a PW b c

DG 0 Q1 QA Import Rajah 1.3


Q2

QG

Rajah 1.3 menggambarkan pasaran di Negara A. Pada titik keseimbangan autarky, harga anggur ialah PA, kuantiti yang dihasilkan ialah QA. Jika perdagangan bebas diperkenalkan, Negara A akan memulakan perdagangan

antarabangsa, pengguna di Negara A boleh membeli semua anggur yang diingini dalam pasaran dunia tanpa memberi sebarang kesan pada harga dunia.

Jadi, kita mengandaikan bahawa harga dunia bagi anggur iaitu PW adalah lebih rendah daripada PA. Setelah perdagangan antarabangsa dijalankan di Negara A, harga anggur di Negara A akan jatuh kepada PW dan menyebabkan penggunaan berkembang ke Q2 manakala pengeluaran dalam negeri jatuh ke Q1.

Import: ialah perbezaan antara penggunaan domestik dan pengeluaran domestik. Kesannya: pengguna menikmati kebaikan dan pengeluar dalam negeri mengalami kerugian serta ada yang terpaksa keluar daripada pasaran. Kesan daripada perdagangan bebas dapat dilihat melalui lebihan pengguna dan lebihan pengeluar.

Perubahan dalam lebihan pengeluar memberitahu bagaimana nasib pembekal berubah dalam dolar. Perubahan dalam lebihan pengguna pula memberitahu berapa banyak pengguna mendapat manfaat atau hilang dalam dolar. Kawasan yang bertanda a, b dan c mewakili lebihan pengguna, sedangkan kawasan yang bertulis a pula ialah lebihan pengeluar. Kebajikan meningkat dan dirumuskan sebagai $(b+c). PH SH PW PA e f g

DH 0 Q3 QA Eksport Q4 QH

Rajah 1.4

Rajah 1.4 menggambarkan pasaran bagi madu (H). Di autarky, harga H ditentukan semata-mata oleh penawaran dan permintaan dan seterusnya sama dengan PA. Jika harga pasaran H sama dengan PW, selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, pengeluar tempatan akan mengeluarkan barangan melebihi output pada harga yang tinggi. Pada masa yang sama, kuantiti diminta dalam tempatan akan jatuh ke Q3 manakala kuantiti baru yang ditawarkan pula ialah Q4. Eksport: ialah perbezaan antara kuantiti yang ditawar dengan kuantiti diminta. Harga meningkat menyebabkan lebihan pengguna jatuh dan dirumuskan sebagai $(e+f), manakala harga yang tinggi menambahkan lebihan pengeluar iaitu $(e+f+g). Kesannya, kebajikan Negara meningkat sebagai $g. Keseluruhannya menunjukkan: Negara A harus import G dan eksport H daripada mengamalkan autarky. Keuntungan dan kebajikan Negara penting dalam perdagangan antarabangsa bagi pasaran import dan eksport. Jadi, perdagangan antarabangsa adalah digalakkan berbanding dengan autarky.

Latihan
1. Bagaimana hendak menilai kesan daripada perdagangan bebas? 2. Apakah akan terjadi apabila perdagangan bebas dijalankan di Negara A dalam pasaran

anggur?
3. Dengan menggunakan keluk, terangkan hubungan antara lebihan pengguna dan

pengeluar dalam pasaran perdagangan bebas. 6.5 Kesan Tarif Kebajikan

6.5.1 Kesan Pengenaan Tarif Ke Atas Import P S

Pw+t a Pw D b c d tarif

Q1

Q3

Q4 Rajah 1.5

Q2

Sebelum tarif dikenakan harga asal ialah di Pw dengan kuantiti asal pengeluar di Q1 dan

pengguna di Q2. Selepas tarif dikenakan iaitu di Pw+t, kuantiti yang ditawarkan berubah kepada Q3 manakala kuantiti yang diminta juga berubah dari Q2 kepada Q4. Lebihan pengguna berlaku di kawasan a,b,c, dan d. Lebihan pengeluar meningkat di a. Deadweight cost atau kehilangan bersih ialah di kawasan b dan d. Hasil kerajaan yang diperolehi adalah di kawasan c.

Kos Kebajikan yang Dikenakan Oleh Negara Kecil Perubahan Lebihan Pengguna Perubahan Lebihan Pengeluar Perubahan Hasil Kerajaan Perubahan Kebajikan Bersih -$a $a -$b -$b -$c $c -$d -$d

6.5.2 P

Kos Kehilangan bersih/ Deadweight Cost Tarif.

Pw+t a1 Pw e D a2 b c d tarif

Q1

Q3

Q4 Rajah 1.6

Q2

Kuantiti b+d diketahui ialah Deadweight cost. Kawasan b ialah kawasan deadweight cost bagi pengeluar. Keadaan ini berlaku akibat kenaikan output domestik dari Q1 kepada Q3.

Kawasan a1 menunjukkan peningkatan keuntungan dalam industri yang berdagang dalam perdagangan terbuka.

Perdagangan terbuka adalah pada kuantiti Q1 dan harga di Pw

a2 ialah lebihan pengeluar. Kos bagi menghasilkan barangan ialah di b dan e.

Sekiranya tiada tarif dikenakan, harga pasaran ialah di e Kawasan d pula menunjukkan deadweight cost bagi pengguna. Sebelum pengenaan tarif, pengguna adalah di Q2 tetapi selepas tarif dikenakan penggunaan jatuh kepada Q4. Pengguna kehilangan di a, b, c akibat menanggung beban pengeluaran. Pengguna turut kehilangan di kawasan d dan memilih barangan yang lebih murah. 6.6 Kesan Eksport Tarif P S

Pw Pw+t

Q1

Q3

Q4 Rajah 1.7

Q2 Q

Sebelum tarif dikenakan harga asal ialah di Pw dengan kuantiti asal pengeluar ialah di Q2 dan kuantiti asal pengguna ialah di Q1. Selepas tarif dikenakan harga berubah kepada Pw+t dengan kuantiti pengeluar turun dari Q2 kepada Q4. manakala kuantiti pengguna meningkat daripada Q1 kepada Q3.

Lebihan pengeluar berlaku dikawasan f, g, h, dan k. Kehilangan bersih atau Deadweight Cost di kawasan g dan h.

Hasil kerajaan ialah di bahagian h. Lebihan pengguna meningkat di bahagian f. Kos Kebajikan yang Dikenakan Tarif Eksport bagi Negara Kecil Perubahan Lebihan Pengguna Perubahan Lebihan Pengeluar Perubahan Hasil Kerajaan Perubahan Kebajikan Bersih -$g $f -$f -$g -$h $h -$k -$k

6.7

Tarif Optimal Saiz tarif yang meningkatkan kebajikan negara dengan mengenakan tarif dalam jumlah

yang besar berbanding tahap kesejahteraan kepada perdagangan bebas. 6.7.1 Perdagangan (Atau Tarif) Peperangan/ War Tariff

Ia bermaksud pengurangan am dalam perdagangan dunia yang disebabkan oleh halangan perdagangan di seluruh dunia. 6.7.2 Keseimbangan Perdagangan Bebas Antarabangsa P SA P

PA PFT PFT PB

SB

DA 0 Q1 Q2 Negara A QL 0 Rajah 1.8 Q1 Q2 Negara B

DB QL

Andaikan negara A ialah negara besar yang ekonomikal. Negara A ialah pengimport penting dunia dalam sesetengah barangan, manakala negara B pengeksport barangan L kepada negara A. Daripada gambar rajah 4, negara A dan negara B ialah pasaran bagi barangan L.
Harga barang L ialah di PA bagi negara A dan PB bagi negara B.

Daripada rajah menyatakan sekiranya perdagangan berlaku, negara B akan mempunyai kelebihan bandingan bagi keluaran L dan akan mengeksport barang L kepada negara A.
Mana-mana harga di bawah PA, negara A akan import L. Mana-mana harga di bawah

PB, negara B akan eksport L.


Keseimbangan harga dunia berlaku berlaku apabila kuantiti pengguna import negara A

sama dengan kuantiti pengeluaran eksport negara B. Hal ini boleh diperhatikan di kawasan PFT di mana negara A mengimport di kuantiti Q1 dan di Q2 unit.

Sekiranya harga berada di atas PFT, permintaan bagi import akan jatuh di negara A.

sementara penawaran bagi eksport bagi negara B akan meningkat.


Dengan lain perkataan, jika harga perdagangan terbuka berada di atas PFT, penawaran

bagi barangan L dalam pasaran dunia adalah berlebihan. Lebihan penawaran ini menyebabkan harga jatuh.
Sekiranya harga berada di bawah PFT, berlakunya lebihan permintaan bagi barangan L

dan harga pasaran bagi barangan tersebut akan meningkat. 6.7.3 Ilustrasi Tarif Untuk Negara Besar P SA P PFT P
a b c d

SB PFT P DA DB Q1 Q3 Q4 Q2 QL Q1 Q3 Q4 Q2 Negara B Rajah 1.9 QL Negara A

Dianggarkan negara A mengenakan tarif terhadap import L yang menyebabkan kuantiti

import jatuh dari Q1 kepada Q4 unit dengan harga meningkat dari PFT kepada P. Pengenaan tarif oleh negara A memberi kesan kepada negara B. Negara A merupakan pelanggan penting bagi produk negara B. Apabila negara A mengenakan tarif, secara tidak langsung harga negara B akan jatuh daripada PFT ke P. Ini berlaku pada P di mana eksport negara B berada di Q3 dan Q4 yang sama dengan Q3 dan Q4 unit L yang diminta oleh negara A selepas pengenaan tarif.

Lebihan pengguna adalah di kawasan a, b, c, dan d. Lebihan pengeluar adalah di kawasan a Kerajaan ialah c dan e. Nota *saiz tarif bermaksud perbezaan di antara harga pengguna yang sanggup dibayar terhadap barangan ialah di p dan harga pengeluaran yang diterima negara B adalah pada P Setiap per unit tarif adalah pada t = P- P. Ini bermakna harga meningkat dalam A tetapi kurang dari amaun penuh tarif. Negara A ialah pelanggan penting bagi negara B. Harga keseimbangan baru yang diperoleh oleh negara B ialah PFT pada P. Pada ketika ini negara A import pada harga rendah. Jika tarif dikenakan, harga baru bagi negara A ialah P bersamaan dengan P+ t. Kawasan c menunjukkan peningkatan harga pengguna negara A. Kawasan e menunjukkan nilai tarif yang dibayar oleh pengeluar. Kawasan b menunjukkan nilai tarif yang dibayar oleh pengeluar negara B. b, dan d menunjukkan deadweight cost tarif. Kos Kebajikan Tarif Yang Dikenakan Oleh Negara Besar. Perubahan Lebihan Pengguna Perubahan Lebihan Pengeluar Perubahan Hasil Kerajaan Perubahan Kebajikan Bersih -$a $a -$b -$b -$c $c -$d -$d +$e +$e

Latihan

1. Apakah kesan terhadap import dan eksport tarif ? 2. Apakah kesan eksport tarif ?

P SA P PFT P
a b c d

SB PFT P DA DB Q1 Q3 Q4 Q2 QL Q1 Q3 Q4 Q2 Negara B Rajah 1 QL Negara A

Soalan di bawah berdasarkan rajah di atas.


a) Apakah yang dimaksudkan dengan deadweight cost atau kehilangan bersih ? b) Apakah yang dimaksudkan dengan optimal tarif ? c) Di bahagian manakah hasil kerajaan?

d) Di bahagian manakah lebihan pengeluar dan lebihan pengguna?


3.

Lukis keluk kesan tarif terhadap negara yang mengimport? dan berikan penerangan secara ringkas melalui rajah berkenaan.

6.8

Kesimpulan Secara keseluruhannya tarif sebenarnya memainkan peranan dalam mengawal barangan

yang masuk di samping meningkatkan ekonomi negara. Daripada modul yang dijalankan menunjukkan terdapat dua jenis tarif iaitu tarif ad-volerem dan juga tarif spesifik. Selain daripada itu modul ini juga menerangkan mengenai lebihan pengguna dan juga lebihan pengeluaran yang boleh dikenalpasti dalam perdagangan antarabangsa. Lebihan penawaran dan lebihan permintaan ini dapat diketahui dengan gambar rajah yang telah ditunjukkan Dalam topik ini apa yang dititik beratkan adalah mengenai kesan pengenaan tarik ke atas eksport dan juga import. Hal ini boleh dikenalpasti melalui gambar rajah yang telah ditunjukkan. Kesimpulannya di sini tarif memberi kesan positif dan juga negatif terhdapa pertumbuhan ekonomi negara dan juga masyarakat umumnya.

KATA KUNCI Eksport- ialah perbezaan antara kuantiti yang ditawar dengan kuantiti diminta. Import- ialah perbezaan antara penggunaan domestik dan pengeluaran domestik. Lebihan pengguna- merujuk kepada perbezaan antara harga yang sedia dibayar atau mampu dibayar oleh pengguna ke atas sesuatu barangan akibat daripada kepuasan yang diperolehi daripada penggunaan barangan tersebut dengan harga sebenar yang dibayar dalam pasaran. Lebihan pengeluar-merujuk kepada perbezaan di antara harga yang dibayar di pasaran terhadap sesuatu barangan dengan harga minimum yang diperlukan oleh industri untuk menghasilkan barangan tersebut. Perdagangan (Atau Tarif) Peperangan/ War Tariff-bermaksud pengurangan am dalam perdagangan dunia yang disebabkan oleh halangan perdagangan di seluruh dunia. Takrif spesifik satu caj dengan jumlah tertentu yang dikenakan ke atas setiap unit barang yang diimport. Takrif ad volerem- merupakan caj yang terlibat sebagai peratus tertentu dari nilai / harga barang yang dikenaka takrif.

RUJUKAN Karl E. Case, Ray C.Fair and Sharon M. Oster (2009). Principles of economics: ninth edition. Prentice Hall: Pearson Education International. Lai Mooi Chang dan Hew Yoke Foong (2007). Teks pra-U STPM matrikulasi makroekonomi. Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd. Steven Husted dan Michael Melvin (2010). International economics eighth edition. Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai