Anda di halaman 1dari 29

Aktiviti 4. 3 Mengapakah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menimbulkan konflik?

Bagaimanakah penyelesaiannya?

Bahasa Inggeris pada hari ini memainkan peranan penting sebagai bahasa utama di dunia. Penggunaannya dilihat semakin meluas terutamanya dalam berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Justeru, kerajaan merancang untuk melengkapkan generasi akan datang dengan kemahiran bahasa Inggeris supaya mereka mampu bersaing dengan penduduk negara lain. (Berita Harian 05/07/ 2002: 18). Menyedari kepentingannya, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir yang mentadbir Malaysia pada masa itu mengambil inisiatif dengan melakukan perubahan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Beliau telah mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) Matematik dan Sains semasa perhimpunan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Mei 2002. Pelaksanaan PPSMI adalah bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di samping meningkatkan pencapaian dalam Matematik dan Sains di kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, pengumuman itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada semua pihak di negara ini dan kebanyakannya lebih mengambil tindakan menentang daripada menyatakan persetujuan. Malahan mereka meminta supaya rancangan itu dikaji secara teliti. Justeru, berlakulah pelbagai konflik yang memberi impak besar terhadap pendidikan di Malaysia. Esei ini akan membincangkan mengapa PPSMI menimbulkan konflik dan cara penyelesaiannya.

Menurut Amir Hasan Dawi (2009:47), teori konflik menyatakan bahawa pendidikan berfungsi untuk memenuhi kehendak-kehendak ekonomi yang menjadi asas kepada masyarakat. Cetusan idea berkaitan PPSMI menimbulkan konflik dan kecaman dari pelbagai bangsa di Malaysia. Konflik ini dilihat sebagai satu proses konflik yang menjadikan pendidikan sebagai medium utama untuk memenuhi kehendak ekonomi. Oleh itu, masing-masing berusaha menghalang PPSMI daripada diteruskan oleh kerajaan kerana keperluan ekonomi yang ingin diperolehi seolah-olah meminggirkan bahasa kaum masing-masing yang telah digunakan sekian
1

lamanaya dan akan memberi implikasi besar terhadap jati diri kaum masing-masing. Orang Melayu adalah antara kaum di Malaysia yang begitu tertekan dengan dasar ini. Sesetengah pihak khususnya nasionalis Melayu melihat usaha terbaru kerajaan dalam menangani masalah penguasaan bahasa Inggeris pelajar negara ini melalui pendekatan terbabit akan melemahkan kedudukan bahasa Melayu dan sekali gus dalam jangka panjang menyebabkan jati diri Melayu terkubur. (Berita Harian. 31/08/2002: 7). Dari perspektif lain, dengan pengumuman itu bermakna tamatlah era bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam konteks sains dan matematik. Bermakna segala usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa praktikal dan relevan di bidang sains dan teknologi akan menjadi sejarah. (Berita Harian. 29/07/2002:16).Masyarakat Cina juga menjadikan bahasa sebagai alasan utama untuk menentang pelaksanaan PPSMI. Penentangan ini berasaskan kepada kebimbangan bahawa penguasaan bahasa ibunda mereka akan lupus apabila rancangan itu dilaksanakan di samping kehilangan sifat kecinaan. (Utusan Malaysia. 06/08/2002: 6).

Selanjutnya, perasaan takut hilang identiti dan jati diri juga menjadi salah satu usaha penentangan dilakukan. Sebenarnya, identity ini berkait rapat dengan bahasa kita dan terikat antara satu sama lain. Dalam konteks ini, bahasa melambangkan identiti sesuatu bangsa. Justeru, selain kaum Melayu yang mempertahankan bahasa dan identiti kaum mereka, kaum Cina juga tidak terlepas dari berbuat demikian beralasankan kehilangan identiti dan jati diri mereka. Bagi mereka, dasar itu akan menghilangkan ciri-ciri sekolah Cina yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar dalam kedua-dua subjek kritikal ini. Dong Zhong dan Jiao Zhong membantah penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik kerana bimbang sekolah rendah Cina dan sekolah menengah persendirian Cina mungkin dihapuskan hingga ke akar umbi jika dasar bahasa Inggeris tidak ditentang. (Berita Harian .31/08/2002:7). Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita di Penampang, Sabah, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, program itu akan diteruskan sambil memberi jaminan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah tidak akan mengubah identity dan cirri sekolah jenis kebangsaan yang ada. (Berita Harian. 20/07/2002: 1). Beliau juga menambah kerajaan tidak berniat untuk mengubah ciri dan identiti sekolah jenis kebangsaan dengan meneruskan dasar itu. Justeru, penerusan terhadap dasar itu dikhuatiri oleh masyarakat Cina sebagai alat penghalang kepada

perkembangan ciri kecinaan dan identiti mereka yang telah dipertahankan sejak sekian lama akan hilang. Selain itu, terdapat juga sesetengah pihak yang membangkang pelaksanaan ini kerana dikatakan penggunaan bahasa Inggeris seakan-akan mengagungkan penjajah melalui penggunaan bahasa mereka. Dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam PPSMI dikhuatiri akan menurunkan martabat bahasa Melayu dan mengagungkan bahasa penjajah. Justeru, banyak pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memberi penjelasan bahawa dasar itu bukanlah untuk mengagungkan bangsa penjajah tetapi bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penduduk negara ini dalam bahasa antarabangsa itu. Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, secara kebetulan, bahasa Inggeris sebagai bahasa bekas penjajah negara ini dan menjadi bahasa sains dan teknologi di sebahagian besar negara maju. Katanya, bahasa ini digunakan di negara maju untuk membicarakan ilmu terkini termasuk di negara yang tidak mempunyai asas pendidikan bahasa Inggeris. (Berita Harian. 05/04/2002: 18).

Seterusnya, kebimbangan ibu bapa dan guru terhadap dasar ini berikutan pelajar sukar memahami pengajaran yang diajar dalam subjek Sains dan Matematik. Kesukaran ini akan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari Matematik dan Sains kerana tidak memahami P & P yang dijalankan. Keadaan ini akan mendorong kepada kemerosotan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek itu terutamanya pelajar yang berada di luar bandar yang kurang mendapat pendedahan yang luas berkaitan bahasa Inggeris. Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), presidennya Awang Damit Mataim berkata,

prestasi pelajar Sabah dalam dua mata pelajaran itu terutama di luar bandar kini berada pada tahap lemah, sekaligus penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar akan memburukkan lagi prestasi sedia ada (Berita Harian. 05/07/2002: 18).

Disebabkan ketidak fahaman itu, walaupun pelajar berada di dalam kelas, tetapi perhatian dan tumpuan tidak kepada pengajaran guru dan ini akan menyebabkan pelajar cepat bosan terhadap dua subjek itu. Justeru masalah atau soalan yang diutarakan oleh guru dalam kelas tidak dapat diselesaikan. Tambahan pula, penguasaan bahasa Inggeris yang sedia ada tidak lancar dan fasih ditambah pula dengan p & p kedua-dua subjek kritikal ini dalam bahasa asing akan menambahkan lagi beban pelajar. Kebimbangan prestasi kebanyakan pelajar Melayu merosot dalam kedua-dua bidang itu, seharusnya dijadikan agenda utama agar tidak berlaku menang sorok, kampung tergadai. (Berita Harian. 26/07/2002:16).

Implikasi terhadap bantahan-bantahan tersebut menyebabkan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah penyelesaian bagi mengatasi kebimbangan yang wujud oleh setiap pihak. Salah satu langkah yang telah dilaksanakan ialah pelaksanaan PPSMI dijalankan secara berperingkatperingkat. Mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris di tahun satu, tingkatan satu dan enam rendah pada semua sekolah kebangsaan mulai tahun depan (2003) sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. (Berita Mingguan. 21/07/2002: 1).

Penyelesaian lain pula ialah guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris akan diberi kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan guru lain. Langkah ini diambil bagi memberi kemudahan kepada guru-guru tersebut di samping meningkatkan semangat mereka untuk mengajar mata pelajaran itu. Oleh itu, kerajaan memberi peruntukan intensif untuk guru-guru ini. Mereka berpeluang menikmati kenaikan tiga mata gaji dan elaun khas. Sebagai contoh, guru yang mengajar ketiga-tiga subjek kritikal ini akan diberi kenaikan pangkat dari DG3 (peringkat ijazah) ke DG2. Selain itu, bayaran elaun khas juga diberikan kepada guru yang mengajar subjek tersebut di luar bandar.

Selain itu, bagi melancarkan proses PPSMI, guru haruslah mahir dalam kemahiran berbahasa Inggeris. Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, pihak
4

kementerian akan menyediakan kursus intensif jangka pendek dan panjang termasuk program face to face immersion, kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan on-line berdasarkan laman web. (Ibid). Program-program ini dijalankan bagi menggalakkan penguasaan guru dalam bahasa Inggeris menjadi lebih baik. Perlaksanaan ini dianggap sebagai satu kepentingan utama untuk negara dan Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan penting dan memberi perhatian menyeluruh terhadap dasar ini. Justeru, bekalan guru yang mahir perlu disediakan bagi mengatasi masalah ini. Oleh itu, kerajaan bahagian Pendidikan Guru telah mengadakan program bagi melahirkan guru-guru yang mahir dlaam PPSMI. Antaranya, kursus Diploma Perguruan Malaysia (TESL), Diploma Lepasan Ijazah (KPLI TESL), Sijil Perguruan Khas TESL dan program khas pensiswazahan guru (PKPG) TESL dan kursus jangka pendek yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan. (Utusan Malaysia. 27/06/2002: 8).

Selanjutnya,

bagi

mengukuhkan

penguasaan

bahasa

Inggeris,

sastera

Inggeris

diperkenalkan bagi melancarkan proses PPSMI. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Aziz Shamsuddin, langkah berkenaan untuk mengatasi keraguan sesetengah pihak bahawa pembelajaran Matematik yang banyak menggunakan formula dan tidak memerlukan huraian atau bahasa akan menggagalkan usaha supaya pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik. (Berita Harian. 05/09/2002:18). Justeru, bagi memastikan pelaksanaan itu tercapai, penambahan masa pembelajaran dilaksanakan. Melalui kesusasteraan Inggeris akan mempercepatkan proses penguasaan bahasa itu dikalangan pelajar. Oleh yang demikian, aspek kesusasteraan Inggeris itu diperkenalkan di kedua-dua peringkat sekolah menengah dan rendah.

Kesimpulannya, walaupun semua pihak menyedari kepentingan bahasa Inggeris di mata dunia namun pelaksanaannya menimbulkan pelbagai konflik dan masih hangat diperdebatkan. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi konflik dan langkah penyelesaian yang dilaksanakan bagi mengatasi delima PPSMI ini. Walaupun pada awalnya dasar tersebut ditentang keras tetapi pelaksanaannya tetap dijalankan. Malahan kerajaan telah memperuntukan sebanyak 2 juta bagi menjayakan dasar ini. Namun demikian, dasar ini telah dihentikan pada tahun 2008 setelah tampuk pemerintahan bertukar tempat dan berjanji tidak akan diadakan lagi. Dapat dikatakan bahawa
5

pelaksanaan PPSMI ini hampir berjaya dan mula diterima oleh banyak pihak akan tetapi pelaksanaanya menjadi beban untuk sesetangah pihak yang lain terutamanya golongan yang mempertahankan martabat bangsa dan nilai bahasa. Justeru, pelaksanaanya telah dihentikan berdasarkan beberapa alasan lain.

Rujukan:

Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books.

Berita Harian. Sastera Inggeris diperkenalkan tahun depan. 05 April 2002.

Berita Harian. Pelaksanaan bahasa Inggeris perlu teliti. 05 Julai 2002.

Berita Mingguan. Kementerian umum strategi ajar Sains, Matematik guna bahasa Inggeris: Pelaksanaan penuh 2008. 21 Julai 2002.

Aktiviti 6.2 Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan. 1.) Dasar penjajah yang ingin mengekalkan kedudukan dan budaya orang Melayu sebagai kelas bawahan: Mereka menegaskan bahawa kedudukan dan budaya hidup orang Melayu tidak boleh diganggu. British berpendapat bahawa orang Melayu semestinya dikekalkan di kampung dan mengamalkan cara hidup bertani, bertukang atau nelayan. (Pendidikan di Malaysia:9). Malahan mereka tidak digalakan untuk berpindah luar dari kawasan kampung.

Bagi memastikan mereka sentiasa di kampung, British telah menubuhkan sekolah vernacular Melayu untuk memenuhi asas sosialisasi anak Melayu di kampung-kampung. Seterusnya, bagi menjamin keperluan tenaga kerja separuh mahir seperti kerani dan
7

pegawai-pegawai pentadbiran rendah, pihak British telah mendirikan beberapa sekolah di negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Free School.(Ibid:8). Penubuhan sekolah ini bagi mengaburi dasar British terhadap orang Melayu. 2) Kurikulum pendidikan Melayu tidak sistematik dan formal: Pendidikan tidak di khususkan kepada pendedahan dunia moden.

Pendidikan orang Melayu hanya berkisar kepada agama dan persediaan menghadapi akhirat sahaja. Pengajaran ini dilakukan di surau-surau dan masjid pada waktu malam dan dihadiri oleh golongan lelaki sahaja. Perkara yang diajar, antara lainnya membaca alQuran dan tajwid, tafsir al-quran, hadis, fikah dan tauhid. (Ibid, 2002: 2)

Seperti juga masyarakat Cina dan India, masyarakat Melayu juga mengambil buku-buku rujukan dan guru dari Mesir dan Tanah Arab bagi kitab-kitab al-Quran, hadis, fikah, tauhid dan tasawuf.

3.) Kesempitan ideologi orang Melayu terhadap kurikulum yang diperkenalkan di sekolah oleh penjajah: Pada zaman penjajahan, kesedaran terhadap pendidikan moden, formal dan sistematik masih belum wujud di kalangan masyarakat Melayu ketika itu. Penutupan sekolah Melayu yang dibina oleh kerajaan British adalah disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat Melayu ketika itu perihal kepentingan celik huruf dan pendidikan (Ibid, 2008: 12).

Pemikiran orang Melayu bahawa sekolah yang dibuka oleh penjajah membawa anasiranasir kristian akan menukarkan agama anak mereka dari Islam kepada Kristian. Kesempitan pemikiran orang Melayu ketika itu yang menyatakan bahawa sekolah kerajaan menyebarkan ideologi sekular yang bertentangan dengan ajaran Islam (ibid; 2002: 12).
8

Akibat pemikiran yang sempit ini telah menyebabkan banyak sekolah yang disediakan kerajaan telah ditutup.

Anak-anak perempuan pada masa itu juga tidak digalakkan untuk mendapat pendidikan. Akibatnya, penutupan sekolah Melayu ditutup kerana tidak berekonomi akibat bilangan pelajar yang kecil. Anak-anak perempuan hanya digalakan untuk mempelajari hal-hal berkaitan rumah tangga bagi membantu keluarga terutamanya ibu mereka bagi meringankan beban tugas yang ditanggung oleh keluarga mereka.

Tambahan pula, anak perempuan akan berkahwin apabila meningkat remaja. Akibatnya, mereka tidak digalakan ke sekolah tetapi perlu menghambakan diri untuk menguruskan hal ehwal keluarga kelak.

4.) Pendidikan di sekolah hanya untuk golongan diraja dan golongan bangsawan sahaja Bagi mengambil hati pembesar dan sultan-sultan Melayu, Inggeris hanya memberi pendidikan kepada anak-anak golongan bangsawan dan pemerintah sahaja. Pendidikan tidak meluas kepada masyarakat Melayu pada masa itu. Sekolah yang berkualiti hanya dibina untuk anak-anak bangsawan Melayu sahaja. (Pendidikan di Malaysia, 2008:5).

Sultan-sultan dan golongan bangsawan yang mempunyai kesedaran terhadap pendidikan telah meminta Inggeris supaya menubuhkan sekolah untuk golongan atasan. Pada Disember 1890, sekolah baru untuk golongan raja telah dibuka dengan melantik paderi Oxford-trained English sebagai tutor.

Walau bagaimanapun, sekolah itu menurut Residen Selangor, W. E. Maxwell bertujuan untuk mendidik anak-anak sultan dan ketua ketua keturunan yang berpengaruh yang boleh menjadi manfaat kepada negeri. (Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 2001: 232). Maxwell juga melihat pendidikan ini bermaksud sebagai menjadikan anak raja dan ketua yang boleh menjadi pekerja yang berkhidmat sebagai kerani kerajaan dan pegawaipegawai kerajaan lainnya. (Ibid).
9

5.) Masalah kewangan: Ekonomi orang Melayu semasa penjajahan dikongkong kuat oleh golongan penjajah. Mereka tidak dibenarkan melakukan kegiatan ekonomi selain dari bertani. Justeru, disebabkan kongkongan itu kegiatan ekonomi orang Melayu tidak memberangsangkan kerana kegiatan mereka hanya sekadar cukup untuk menampung keperluan harian dan keluarga.

Sekolah vernacular Melayu pada masa itu hanya menyediakan pendidikan setakat tingkatan empat sahaja kerana sekolah menengah tidak disediakan pada masa itu. Walau bagaimanapun, kelas-kelas agama dilakukan pada sesi petang. Oleh itu, yuran dikenakan kepada murid-murid bagi membayar gaji guru agama. (Falsafah Pendidikan: 2008:12). Akibat kesempitan ekonomi, mereka tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah kerana tidak mampu membayar yuran-yuran persekolahan dan membeli barang keperluan persekolahan untuk anak-anak.

Di samping itu, disebabkan kesempitan ekonomi juga, anak-anak mereka dikerah untuk membantu keluarga mencari rezeki. Justeru, persekolahan mereka terbantut kerana desakan hidup yang memerlukan kerahan tenaga mereka bagi meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga.

6.) Kemudahan pengangkutan yang sukar didapati: Selain itu, kedudukan penempatan orang Melayu yang jauh di kawasan pedalaman juga menjadi salah satu faktor anak-anak Melayu tidak ke sekolah. Kebanyakan pengangkutan orang Melayu pada masa itu hanya bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan air seperti sampan dan rakit yang menjadi pengangkutan utama untuk mereka bergerak kerana kesukaran mereka untuk bergerak tambahan pula sekolah-sekolah yang dibina

10

kebanyakannya jauh dari kawasan penempatan dan ada sesetengahnya berada di bandar. Hal ini menyebabkan mereka tidak ke sekolah untuk menuntut ilmu. 8.) Tiada galakan daripada penjajah Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu bermatlamat untuk mengaut keuntungan melalui hasil kekayaan di bumi Tanah Melayu. Justeru, kedatangan mereka ke sini tidak berhasrat untuk memajukan pendidikan di Tanah Melayu. Hal ini dikukuhkan lagi dengan dasar pecah dan perintah mereka terhadap penduduk pelbagai kaum di Tanah Melayu. Ramai pegawai British berpendapat bahawa pendidikan, khususnya untuk kaum Melayu tidak mendatangkan faedah tetapi sebaliknya akan menimbulkan kesedaran pada golongan yang terdidik untuk menentang kerajaan. (Falsafah Pendidikan, 2008: 11). Walau bagaimanapun, pihak British tetap menyediakan pendidikan kepada orang Melayu, namun pendidikan hanya di peringkat rendah sahaja selama empat tahun sahaja. Pihak British tidak mahu membazirkan wang mereka untuk tujuan perkembangan system pendidikan, sama ada di Semenanjung mahupun di Borneo. (Pendidikan di Malaysia, 2008: 4).

Rujukan

Abdul Rahman Haji Ismail. 2007. Malaysia: Sejarah kenegaraan dan politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11

Andaya, B. W & Andaya, L. Y. 2001. A History of Malaysia. Second Editions. London: Palgrave Publisher.

Koo Kay Kim. 2001. Malay society transformation and democratization: A stimulating and discerning study on the evolution of Malay society. Kelana Jaya: Pelanduk Publication.

Mahathir Mohamed. 1972. The Early Years 1947-1972. Kuala Lumpur: Berita Publisher.

Sufean Hussin. 2008. Pendidikan di Malaysia:-Sejarah sistem dan falsafah, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

12

AKTIVITI 8.8 Johnson dan Morrow (1981) membahagikan amalan disiplin bilik darjah kepada jenis-jenis berikut: KONSEP DISIPLIN P.F Oliva (1956) : Kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara menetapkan peraturan atau hukuman G.V SheriakovF.Redl (1956) : Perihal ketenteraman dan peraturan dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu serta hukuman. Sauper(1976): Disiplin berasal daripada perkataandiscere iaitu mempelajari atau penyerahan kepada peraturan yang menstrukturkan apa yang perlu dipelajari daripada individu tertentu. JENIS-JENIS DISIPLIN Disiplin Arahan Guru

Cara guru mewujudkan struktur serta mewajibkan murid-murid mematuhi Menentukan peraturan, mengawal murid-murid mematuhi peraturan bilik

peraturan.

darjah, menghukum Mmurid-murid yang melanggar disiplin. Dua ciri Disiplin Arahan Guru

13

Autokratikguru berkuasa mutlak mengawal, mengarah, penguasaan dan

menghukum berdasarkan peraturan. Murid-murid wajib mematuhi peraturan (dihukum jika melanggar peraturan)

Menghukum guru berkuasa mendenda murid-murid yang melanggar

peraturan. Kawalan guru harus:


Dapat wujudkan sosioemosi P&P pada peringkat remaja Dilonggarkan bila murid-murid bertambah matang / menjadi lebih

bertanggungjawab atas tingkahlaku mereka. Guru harus :

Membenarkan kebebasan murid-murid berkembang secara semulajadi / Kenakan batasan (kawalan) pada tingkah laku yang tidak diingini.

sepontan

1. Masalah kepimpinan sering menyebabkan guru menghadapi masalah mengurus kes-kes disiplin. Dua aspek penting kepimpinan guru :

Inisiatif mengadakan strukturaktiviti mengarah, mengawal, menghukum,

meletakkan batasan, memberi ganjaran, pengelolaan, menyusun jadual kerja, mengekalkan standard

Pertimbangantingkahlaku memberi simpati serta kefahaman, mengadakan

kompromi, menolong, menggalakkan penyertaan ahli kumpulan, sedia memberi sokongan.


2. Kadar inisiatif struktur dan pertimbangan bergantung kepada :

Kematangan murid / jenis aktiviti yang dijalankan Suasana rasa hati sekolah / harapan guru dan murid / sahsiah guru

14

Disiplin Arahan Kerja

Tugasan yang perlu diselesaikan oleh murid-murid dalam masa yang Mampu membentuk kesedaran, keperluan, tanggungjawab dan kebaikan

ditetapkan / tugasan kerja harus diselesaikan

kepada murid-murid mematuhi arahan atau selesaikan tugasan ikut jadual. Ciri-ciri Disiplin Arahan Kerja

Motivasi yang positif: Galakkan murid-murid selesai tugasan utuntuk kepentingan / kebaikan diri Anggap tugasan itu bermakna / penting untuk dirinya.

sendiri

Kepatuhan murid-murid pada Disiplin Arahan Kerja bergantung kepada:

Kematangan murid-murid (kesedaran, tanggungjawab keperluan). Semakin

matang murid-murid semakin mudah menyelesaikan tugasan / memenuhi harapan sesuatu tugasan. Kurang matang sukar penuhi harapan, tugasan, menjadikan murid-murid putus asa atau kecewa.

Kematangan murid-murid berbeza murid-murid yang matang dapat

selesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan dan menjadi contoh kepada murid-murid yang kurang matang

Jenis tugasan (menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut masa, Kesimpulan tugasan yang menarik, bermakna, sesuai dan mencukupi akan

sesuai dengan umur dan keupayaan murid-murid)

mewujudkan disiplin di dalam bilik darjah.

15

Disiplin Arahan Kumpulan


Wujud kawalan dari ahli-ahli dalam dinamika kumpulan Disingkirkan daripada kumpulan jika ahli melanggar peraturan, norma, Tingkah laku murid di kawal semasa interaksi antara rakan.

nilai, kepercayaan kumpulan

Dua proses Disiplin Arahan Kumpulan

Penyesuaian: mengikut norma kumpulan menghasilkan kawalan disiplin Penyingkiran: tidak patuhi norma kumpulan disingkir

antara ahli

Peranan Guru

Memberi bimbingan kepada ketua kumpulan supaya norma / nilai yang Adakan aktiviti kumpulan dengan melantik ketua kumpulan sebagai ketua

diamalkan sesuai, sihat, berguna dgn disiplin dalam bilik darjah

aktiviti kumpulan tersebut. Disiplin Arahan Diri

Keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan yang sudah Patuh kepada peraturan secara sukarela atas kesedaran sendiri untuk Wujud secara tidak sedar (melalui proses kematangan) Sedar peraturan adalah untuk kebaikan individu Boleh dipupuk / dibimbing (terap nilai-nilai murni kepentingan mematuhi Paling berkesan dalam pengurusan disiplin bilik darjah (kesedaran diri
16

ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran.

kebaikan diri sendiri


peraturan)

tentang pentingnya disiplin dapat kurangkan masalah disiplin).

Rujukan:

Shahbuddin Hashim, Rohizani Bt Yaakub & Mohd Zahir B. Ahmad. Education 2007. Pedagogi: Strategi & Teknik mengajar dengan berkesan

Ahmad Taufiq bin Azlan. 2009/2010. Tesis: Sistem Maklumat disiplin Pelajar.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

17

AKTIVITI 8.9 Kementerian Pelajaran Malaysia mengkategorikan kesalahan disiplin kepada tiga bahagian iaitu kesalahan kecil, kesalahan sederhana dan kesalahan berat. Beri penjelasan setiap jenis kesalahan beserta contoh-contohnya. Bagaimanakah anda menangani setiap jenis kesalahan? Kesalahan Berat Melakukan mana- mana kesalahan sederhana kali ketiga. Menyimpan, membawa, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. Membawa, meminum, menghisap atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/ menghayalkan. Menyebabkan/ melakukan pergaduhan atau kekerasan. Melawan, mengancam, memukul atau mengugut/ mencederakan guru/ pengawas/ murid. Biadab terhadap guru/ pengawas/ murid. Memeras ugut guru/ pengawas/ murid. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. Melakukan buli), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. Melakukan perjudian atau membabitkan din dalam pertaruhan. Mencetak, menerbit, memmamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan Membabitkan diri dalam kumpulan haram. Mencabul kehormatan guru / murid. Melakukan zinc, liwat, hubungan luar tabii. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. Bersekedudukan atau melibatkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
18

Mengintai murid lelaki / perempuan. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. Merosakkan harta benda sekolah / guru. Membawa atau menggunakan bahan letupan. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan Iucah. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan , perhimpunan haram atau merusuh. Menyalahgunakan alat permainan , elektronik atau bahan-bahan multimedia. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.

Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melakukan ponteng sekolah berterusan ( berturut-turut ) selama 30 hari atau berkala ( tidak berturut-turut ) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / pengetua atau guru yang menjalankan tugas. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. Mengedar, memiliki , membawa, melukis dan memamerkan bahan Iucah. Mengeluarkan kata-kata Iucah dan kesat. Melakukan hubungan yang dicurigai. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah ( contoh mengandung - masih dalam pertimbangan JPN ).

Kesalahan Sederhana Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
19

Tidak menghormati lagu- lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna. Menconteng pada harta benda sekolah

Memakai barang kemas seperti menindek telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada cuping telinga. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. Kesalahan kecil Menyimpan misai, janggut atau jambang. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang di larang.

Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah d sekolah tanpa kebenaran. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tan kebenaran. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanp kebenaran. Menggunakan alat hiburan atau eletronik sekolah tanpa kebenaran. Memasuki dan tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. Makan atau minum di bilik darjah. Melakukan pembaziran air atau elektrik. Tidak memakai pakaian sekolah yang Iengkap. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak mennberi perhatian dan lain-lain ). Lewat ke sekolah. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. Berjalan-jalan tanpa kebenaran. Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.
20

Mengganggu kawasan. Mengganggu guru. Lewat masuk kelas. Mengotorkan kelas. Tidak duduk setempat. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN DAN HUKUMAN KATEGORI KESALAHAN BERAT JENIS HUKUMAN

- Rotan (3 - 7 kali) - Gantung Sekolah - Buang Asrama - Buang Sekolah

SEDERHANA

-Nasihat / Kaunseling - Amaran / Denda -Rotan ( tidak lebih 2 kali )

RINGAN

- Nasihat - Amaran - Denda

Rujukan: Mohd Ismail Othman. Undang-undang untuk pengetua dan Guru Besar. PTS Professional

Bahagian Sekolah KPM (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah. Percetakan Watan Sdn. Bhd. Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah), 1959
21

1. smkatunaz.bpi.edu.my/.../SURATpekelilingiktisas

2. http://www.assafii.com/web_documents/spi_2001_08w_mantap_pengurusan_disiplin.pdf

AKTIVITI 8.10 a. Terdapat pelbagai surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan masalah disiplin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling berkenaan. Murid-Murid Menghisap Rokok SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.6A/1975 No.Fail:K.P.8548/8/ (75) Tarikh: 5/9/1975 ISI PENTING a. Penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan. b. Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang tidak mematuhi peraturan. c. Tempoh pengampunan selama seminggu kepada pelajar untuk membuat pengukuran. d. Selepas tempoh pengampunan murid yang merokok akan menghadapi tindakan disiplin. Salahguna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan Dan Guru Besar SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No. siri: 7/1975 No.Fail:K.P.8548/8/(67) Tarikh: 19/8/1975 ISIPENTING 1. Tindakan disiplin selepas pertolongan gagal dan selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.

2.

Jenis-jenis dadah yang disalah gunakan.

Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan SURAT/NO.FAIL/
22

TARIKH No.siri: Bil.2/1979 No.Fail: KP(BS)878651/Jld.IV/(20) Tarikh: 26hb. Mac 1979

ISI PENTING 1. Arahan membuat laporan terperinci mengenai pelajarpelajar sekolah yang dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah yang memerlukan pertolongan.

Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.1/1983 No.Fail: KP.8591/(99) Tarikh: 25hb Feb.1983

ISI PENTING 1. Langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen antimerokok.

Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.2/1996 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.VII(33) Tarikh: 24 Jun 1996

ISI PENTING 1. Meminta semua sekolah mengambil langkah-langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi mempastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik di kawasan para pelajar.

Tata Kelakuan Pelajar Ketika Di Masjid SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri:Bil.2/1991 No.Fail:KP(BS)8591/ Jld.V/(60) Tarikh: 5hb Feb. 1991

ISI PENTING 1. Tindakan yang perlu diambil: i. ii. memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib di masjid. Guru perlu mengawas kelakuan pelajar.

23

Pelajar dikelompok mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang Pengawas.

Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.8/1988 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.III/(10) Tarikh : 1 Mac 1988

ISI PENTING 1. Diingatkan semua pihak di sekolah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini, ke atas diri pelajar.

2. Menekankan aspek keselamatan melalui :- pengajaran, peraturan,latihan, bimbingan dan amalan. - memaklumkan kepada ibu bapa mengenai penggal dan aktiviti sekolah. - sistem kawalan rekod yang kemas - menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal. - Sistem berteman - Mengawasi kawasan dengan kerap - Menjadikan peraturan keselamatan sebagai sebagai peraturan sekolah Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.7/1986

ISI PENTING 1. Tumpukan kepada faktor sekolah yang boleh dikawal dan
24

No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II/(56) Tarikh: 1hb Ogos 1986

diubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.

2. Pengetua atau Guru Besar mempunyai kuasa bagi

mengawal Organisasi Sekolah dan bagi menentukan disiplin. Berkuasa menentukan hukuman yang munasabah. 3. Perlu mempunyai maklumat ordinan pelajaran, surat pekeliling dan buku panduan disiplin. 4. Menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid peringkat sekolah. 5. Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha mengambil langkah-langkah bagi mengurangi masalah disiplin. Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.6/1983 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II/(6) Tarikh: 23hb April 1983

ISI PENTING 1. Memberi ingatan mengenai bahaya dan larangan bermain dan menggunakan bahan-bahan letupan adalah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyedar dan menginsafkan murid-murid tentang bahayanya

Permainan 'Pin-Table, Video Game, Game Watch' SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil. 4/1982 No. Fail: KP.8591/(97) Tarikh: 1hb.Oktober 1982

ISI PENTING 1. Melarang pelajar sekolah: a) bermain permarkahan `pin-table, video game dan lain permainan yang seumpama. b) membawa ke sekolah segala jenis `game watch. 2. Mengambil tindakan yang sewajar terhadap pelajar yang
25

bersalah.

menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah-Sekolah SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: 9/1977 No.Fail: K.P.8610/(30) Tarikh: 3/10/1977

ISI PENTING 1. Penjualan loteri oleh sekolah-sekolah melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru dan badan-badan yang berkaitan dengan sekolah dilarang. 2. Penjualan loteri kepada murid-murid dalam kawasan sekolah yang dianjur oleh mana-mana pihak dilarang. 3. Pihak sekolah perlu berikhtiar dengan cara lain untuk mendapatkan wang.

Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.Siri: 11/1976 No. Fail: K.P.8591-9 (11) Tarikh: 9/10/1976 CATATAN 1. Permainan berunsur judi dilarang di sekolah-sekolah.

2. Penjualan alat-alat permainan berunsur judi di kantin sekolah dilarang. Tatatertib Di Sekolah-Sekolah SURAT/NO.FAIL/ TARIKH Bil.8/68 KP. 8543 02(12) 18hb. September

ISI PENTING 1. Tatatertib ialah tindakan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan sekolah diikuti.

26

1968
2. Guru-guru mempunyai peranan untuk menyelesaikan

masalah-masalah pelajar. Kesalahan berat diserah kepada Guru Besar/Pengetua. 3. Kesalahan berat dikenakan tindakan pembuangan atau penggantungan sementara (tidak melebehi 10 hari). 4. Pakaian mestilah sesuai dengan peraturan sekolah.

b. Semak surat-surat pekeliling ikhtisas berikut. Nyatakan tajuk setiap surat, kandungannya dan nyatakan nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatanganinya.

27

SURAT/NO.FAIL/ TARIKH SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/1995 MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAH

KANDUNGAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN YANG MENANDATANGANI TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN

Surat Pekeliling ini adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pendidikan telah pun menerbit dan mengedarkan ke sekolah-sekolah Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Saranan dan cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut diyakini oleh membantu pihak sekolah mencegah berlakunya masalah ponteng. Bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di kalangan pelajar, langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan : 1 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas setiap bulan dan memastikan sekolah melakukan usaha mengatasi masalah tersebut. 2 Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala panduan yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng dilaksanakan sepenuhnya. 3 Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, Pelajar-pelajar berhak disayangi, dikasihi, dikasihani dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. 4 Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah. 5 Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 4/1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil tindakan 28 atas murid yang ke didapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut : a. Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali b. Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali

DATUK MATNOR DAIM

RUJUKAN: http://www.ppdhl.net/v6/epekeliling/jpnselangor/E-PEKELILING%20EDISI %201/PEMBANGUNAN%20KEMANUSIAAN/menangani%20masalah%20ponteng%20di %20sekolah.pdf

http://smklawas.weebly.com/uploads/2/6/4/0/2640778/hukuman_keatas_murid_merokok.pdf

http://www.assafii.com/web_documents/spi_1998_16_tangani_gangsterisme.pdf

http://skbulusilou.files.wordpress.com/2011/06/surat-pekeliling-ikhtisas-bil-6-2000.pdf

http://www.assafii.com/web_documents/spi_2001_08w_mantap_pengurusan_disiplin.pdf

29