Anda di halaman 1dari 5

(PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA)

HUBUNGAN ETNIK

DISEDIAKAN OLEH : ELISHA PAUL LAWRENCIA LAJIUS NURNADIAH BINTI YUSOF NOOR BALQIS BINTI MUHAMAD SAFIAN

Pembangunan Ekonomi
Konsep modenisasi Sbg suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat. Perubahan yg dialami oleh sesebuah masyarakat dapat berlangsung secara berencana atau tidak berencana. Perubahan yg berencana adalah suatu proses telah ditentukan matlamat, metode dan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Perubahan berencana inilah yg kemudiannya disebut modenisasi. Modenisasi mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

Pembangunan Ekonomi
Konsep & proses modenisasi bermula di Eropah

akibat drp Revolusi Perancis (perubahan sistem feudal Eropah) dan Revolusi Industri (perubahan sistem ekonomi Eropah).
Perkembangan yg berlaku di Eropah memberi kesan kepada wilayah bukan Eropah selepas berlakunya penjajahan. Penjajahan telah merobah lanskap sosial dan alam sekitar wilayah bukan Eropah. Secara umumnya, pembangunan ekonomi dan politik di Eropah Barat telah menjadi model bagi pembangunan ekonomi dan politik di negara2 membangun.

Pembangunan Ekonomi
Pemodenan tidak sama dgn pembaratan

pemodenan adalah suatu perubahan dlm semua aspek kehidupan secara berencana
pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Barat yg tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. PROJEK MODENISASI MALAYSIA Sbg sebuah negara baru yg lahir selepas Perang Dunia Kedua, Malaysia berusaha melakukan perubahan sosioekonomi. Projek modenisasi yg diasaskan sejak pemerintahan kolonial British diteruskan dgn melakukan pelbagai perubahan & penyesuaian.

Pembangunan Ekonomi
Sejak awal lagi Malaysia ingin mencapai matlamat pembangunan ekonomi dgn mewujudkan sebuah masyarakat industri.

Bagi mencapai tujuan tersebut, peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kpd: 1. Peningkatan infrastruktur ekonomi. 2. Pembangunan pertanian & industri gantian- import.
Akhir 1960-an-1970-an, pembangunan ekonomi mula berasaskan pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantianimport kpd industri berorientasikan eksport. 1980-an 1990-an, pembangunan ekonomi menitikberatkan industri berasaskan teknologi yg lebih maju dan dasar penswastaan.