Anda di halaman 1dari 19

Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Pengenalan Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP).

Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :

1. Minyak, gas & tenaga 2. Minyak sawit 3. Perkhidmatan kewangan 4. Pelancongan 5. Perkhidmatan perniagaan 6. Elektronik dan elektrikal 7. Pemborongan & peruncitan 8. Pendidikan 9. Penjagaan kesihatan 10. Kandungan & infrastruktur komunikasi 11. Pertanian 12. Greater Kuala Lumpur Kembali

19 lagi projek ETP dilancar


Utusan Malaysia 12 Januari 2011

PUTRAJAYA 11 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelancaran 19 lagi projek di bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP) negara melibatkan pelaburan hampir RM67 bilion.

Mengumumkan demikian di Bangunan Perdana Putra di sini, Perdana Menteri berkata, ia akan menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM36 bilion lagi serta menyediakan 35,000 peluang pekerjaan baru.

Sejak pelancaran ETP pada 25 Oktober 2010, Najib telah mengumumkan 18 projek permulaan dan perkembangan berkaitan untuk menjayakan agenda transformasi negara ini.

"Pada ketika kita menghampiri 100 hari semenjak pelancaran, saya amat berbesar hati untuk mengumumkan 19 lagi projek permulaan serta perkembangan berkaitan pagi ini.

"Dengan bermulanya projek-projek ini, di samping projek-projek ETP yang telah diumumkan sebelumnya, rakyat dijangka berupaya menikmati pulangan yang ketara dalam sedikit masa lagi," kata Perdana Menteri.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala.

Program Transformasi Ekonomi, Manfaatnya untuk rakyat


Untuk melonjakkan ekonomi negara dan mengeluarkan negara daripada kepompong negara berpendapatan sederhana, dasar ekonomi negara perlu diubah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana sepanjang 10 tahun lepas, pertumbuhan ekonomi negara hanya berada antara empat hingga lima peratus setahun. Berbanding sekitar 1990-an, ekonomi Malaysia berkembang sekitar lapan hingga sembilan peratus setahun tetapi krisis kewangan Asia pada 1997 dan 1998 telah merencatkan pertumbuhan tersebut. Krisis kewangan global baru-baru ini telah memburukkan lagi keadaan dan satu pendekatan baru perlu diambil untuk mengubah ekonomi negara secara besarbesaran. Perubahan ini cukup penting. Ketika banyak negara yang dulunya berada sebaris dengan Malaysia sudah jauh melangkah ke hadapan, ekonomi negara masih kekal di tahap lama. Jika sesuatu tidak dilakukan, kesannya amat besar kepada negara dan rakyat tambahan pula tempoh masa untuk kita mencapai matlamat Wawasan 2020 semakin hampir. Antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MBE) di mana ia diyakini mampu menjadi pemangkin dalam membentuk hala tuju ekonomi negara. Antara inisiatif yang dirangka dalam MEB termasuklah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang dijangka dapat meletakkan negara sebagai pesaing di peringkat antarabangsa. Walaupun banyak pihak masih ragu-ragu dengan usaha kerajaan memperkenalkan MEB dan ETP, rakyat perlu faham bahawa transformasi ekonomi adalah perlu dan tidak boleh dielakkan memandangkan kos hidup dan perniagaan sedang meningkat dengan cepat berbanding dengan kadar pendapatan dan keuntungan yang kita jana dalam aktiviti ekonomi semasa.

Bermakna rakyat negara ini masih terperangkap dengan pendapatan sederhana sedangkan kita hanya mempunyai masa selama 10 tahun untuk mencapai status negara maju. Jika kita tidak bertindak cepat, kita akan menjadi bertambah kurang kompetitif sebab kita masih beroperasi dalam ekonomi yang bertambah global sedang kan kuasa beli kita bertambah lemah. Semua itu akan menjurus kepada kualiti kehidupan yang rendah. Seharusnya rakyat jangan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan pihak-pihak tertentu yang mahu melihat usaha kerajaan ini gagal. Apa yang telah dan sedang diusahakan oleh kerajaan melalui ETP ini sebenarnya banyak manfaatnya terutama untuk rakyat. Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi. Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti. Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli yang lebih tinggi.

Situasi Perbankan Islam di Malaysia


1. Berikut adalah laporan dari Utusan Malaysia yang memaparkan wawancara bersama Puan Jamelah Jamaluddin yang kini merupakan CEO Kuwait Finance House (M) Bhd. Saya mengucapkan syabas kepada Puan Jamelah atas keberaniannya menyatakan situasi sebenar perbankan Islam di Malaysia. Semoga ia akan membuka mata semua pihak. 2. Untuk makluman, di Malaysia kita ada dua sistem perbankan iaitu perbankan konvensional yang telah bertapak lama dan juga perbankan Islam yang bermula pada 1983. Walaupun begitu, Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pihak yang mengawal semua aktiviti perbankan di Malaysia. 3. Perbankan Islam di Malaysia ada dua kategori, iaitu bank Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 dan Skim Perbankan Islam (SPI) di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. 4. Bank-bank Islam atau juga dikenali sebagai full fledged Islamic banking adalah seperti Bank Islam, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Kuwait Finance House (KFH), Al Rajhi Banking Corporation & Investment Corporation (M) Bhd (al-Rajhi) dan Asian Finance Bank (AFB). 5. Manakala, Skim Perbankan Islam atau dahulu juga dikenali sebagai Skim Perbankan Tanpa Faedah / Islamic Banking windows (bank dua alam) adalah seperti Affin Islamic Bank,

Alliance Islamic Bank, AmIslamic Bank, CIMB Islamic Bank, EONCAP Islamic Bank, Hong Leong Islamic Bank (atau Hong Leong bin Abdullah), HSBC Amanah, Maybank Islamic, OCBC al-Amin, Public Islamic Bank, RHB Islamic Bank dan juga Standard Charted Saadiq. Maksudnya, skim perbankan Islam sebegini bernaung di bawah kumpulan perbankan konvensional yang lebih besar. 6. Cerita-cerita sebegini sudah kedengaran lama dalam industri perbankan Islam. Contoh paling mudah adalah kegagalan pihak berkuasa mengeluarkan Hire Purchase-i Act walaupun sudah ada jawatankuasa khas bagi merangka perundangan sewa beli yang halal. Dah lama sangat HP-i Act ini disimpan bawah karpet. Pembelian kereta misalnya, walaupun kita menandatangani dokumen sewa beli dari perbankan Islam, tetapi rangka perundangannya masih ditadbir oleh HP Act yang bersifat konvensional. Justeru, apabila bekas Pengarah Urusan salah sebuah SPI sendiri bercakap kepada masyarakat umum begini, maka saya berasakan keadaan ini memang sangat serius. 7. Betul, perbankan Islam adalah entiti bisnes. Setelah lebih 25 tahun wujud, halal haramnya mesti dilihat lebih jauh dari konteks struktur produk semata-mata. Nak buat bisnes halal, buat betul-betul dan jangan ambil separuh-separuh. Allah dan Rasul melarang keras kita mengamalkan Islam sekerat-sekerat. Inilah yang mesti difahami khususnya semua yang terlibat secara langsung dalam industri kewangan Islam.

Sejarah Perkembangan Perbankan Malaysia Sejarah awal kelahirannya, perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktorfaktor eksternal dan internal. Faktor-faktor ekternal yang mempengaruhi perkembangan bank Islam di Malaysia adalah berdirinya Bank Islam yang pertama di dunia yaitu Dubai Islamic Bank di Dubai Uni Emirat Arab dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975. Pada tahun 1976 hingga akhir 1985, terdapat banyak pendirian bank Islam secara pesat di seluruh dunia. Langkah-langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran dengan menggantikan sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam. Sedangkan faktor internal yang memberikan peran yang penting dalam pengoperasian sistem perbankan Islam adalah desakan masyarakat malaysia untuk melakukan pembentukan bank syariah yang diilhami perkembangan perbankan syariah secara pesat di timur tengah.

Selain itu perbankan syariah dianggap sebagai tindak lanjut dari pelaksanaan tabungan haji yang sudah terbukti keberhasilannya dalam mengelola dana masyarakat muslim. Faktor

internal lainnya adalah adanya inisiatif yang aktif dari kerajaan Malaysia dalam memfasilitasi pengaturan perbankan syariah di negara tersebut. Faktor-faktor tersebut menjadi pemicu penting dalam tonggak perkembangan perbankan syariah di negara Malaysia, yaitu dengan diundangkannya sebuat peraturan bernama Akta Bank Islam 1983, serta dikeluarkannya Akta Pelaburan Kerajaan 1983. Untuk kemudian kedua undang-undang tersebut menjadi milestone pertumbuhan perbankan syariah Malaysia.

Undang-Undang tentang bank Islam di Malaysia (Akta Bank Islam 1983) yang disahkan pada 7 April 1983 telah memberikan kewenangan kepada Bank Negara Malaysia1 untuk memberikan izin pendirian bank syariah dan melakukan pengawasan atas kegiatan operasional bank syariah. Secara spesifik izin yang diberikan adalah layanan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan aturan syariah Islam, dalam hal ini Bank Negara Malaysia selalu melakukan pemeriksaan on-site secara berkelanjutan yaitu dengan melakukan audit syariah terhadap segala kegiatan operasional yang dilakukan bank syariah. Dalam hal ini BNM senantiasa membuat evaluasi dan sertifikasi pemenuhan aspek kesyariahaan pada setiap tahun, termasuk dalam pemberian izin untuk pembukaan cabang-cabang baru dari bank syariah.Di samping itu Akta Bank Islam juga tetap membebankan kewajiban standart perbankan guna memenuhi aspek kesehatan perbankan bagi bank syariah, seperti: CAR, SRR dan LRR, dengan demikian bank syariah tidak hanya berkewajiban memenuhi aspek ekonomis perbankan saja akan tetapi harus tetap memegang prinsip pemenuhan aspek syariah.

Komitmen Kerajaan Malaysia terhadap pendirian perbankan syariah dibuktikan dengan keluarnya Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK), undang-undang ini memberikan peluang dan fasilitas khusus kepada bank syariah untuk mendapatkan dana pinjaman secara syariah dari kerajaan untuk membantu keuangan bank syariah tersebut. Tujuan dari diterbitkannya

undang-undang ini adalah untuk memberikan bantuan likuiditas kepada bank syariah agar dapat memenuhi kewajiban pembayarannya kepada nasabah maupun kepada pihak ketiga. Salah satu bentuk pinjaman likuiditas dari kerajaan Malaysia disebut dengan Sijil Pelaburan Kerajaan (SPK) yang dikeluarkan sejak 1983, pembiayaan tersebut dilaksanakan berdasarkan konsep Qardhul Hasan.

Pendirian Bank Islam Malaysian Berhad (BIMB) pada 1 Juli 1983 sebagai Bank Islam pertama merupakan langkah awal perkembangan perbankan syariah di Malaysia. Kegiatan operasional awal Bank Islam Malaysian Berhad dari tahun 1983 hingga 1992 dianggap sebagai tahun-tahun monopoli BIMB karena adanya keputusan kerajaan untuk memberi tenggang waktu selama 10 tahun kepada BIMB untuk berkembang, dalam hal ini kerajaan memberikan kewenangan BIMB untuk beroperasi tanpa saingan sehingga diharapkan pertumbuhannya akan berlangsung secara maksimal dan yang terakhir memberikan peluang kepada Bank Islam untuk sebanyak mungkin membuat produk perbankan Islam. Ketika pada tahun 1990, Bank Negara Malasysia telah mengeluarkan suatu keputusan untuk melaksanakan satu sistem perbankan syariah yang komperehensif dan beroperasi secara berdampingan dengan sistem perbankan konvensional. Perkembangan BIMB sedemikian cepat, setelah 10 tahun masa perkembangan eksklusif yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, BIMB telah memiliki 80 cabang dan 1,200 orang karyawan, dalam perkembangannya BIMB juga tercatat dalam Main Board of the Kuala Lumpur Stock Exchange pada 17 Januari 1992.

Perkembangan sistem perbankan ganda di Malaysia berlangsung dalam dua tahapan besar. Tahapan pertama berlangsung pada tahun 1990, pada tahapan ini perbankan konvensional dan perbankan syariah berjalan secara beriringaan dengan mekanisme pasar yang lebih terbuka. Tahap kedua berlangsung sejak tahun 2001, dimana perbankan syariah

menjadi bahan utama dari bangunan keuangan nasional Malaysia. Perbankan syariah di Malaysia berkembang maju dan komperehensif sehingga dapat menyumbang pemasukan nasional secara kualitatif dan kuantitatif guna memenuhi kebutuhan ekonomi negara.

Pembentukan sistem perbankan ganda merupakan suatu strategi dalam rangka meningkatkan diversifikasi jenis produk dan layanan dari perbankan, dengan demikian ummat Islam sebagai komponen terbesar masyarakat Malaysia akan dapat memilih dan menggunakan produk perbankan yang sesuai dengan ajaran agamanya. Di samping itu, sistem ini dapat menyediakan suatu alternatif produk perbankan yang baru dan lebih luas kepada masyarakat, sehingga konsumen akan dapat memilih untuk memanfaatkan layanan perbankan syariah ataukah konvensional. Sebagai dampak penggunaan sistem perbankan ganda, pemerintah Malaysia harus menyiapkan berbagai pranata perbankan yang baru sebagai suatu upaya agar perbankan syariah akan dapat memeberikan layanan secara komperehensif.

Pada tahun 1993, otoritas perbankan Malaysia mengeluarkan kebijakan yang disebut dengan Skim Perbankan Islam (SPI). Program Skim Perbankan Islam dilaksanakan pada tahun 1993 hingga 2000 sebagai suatu upaya memperkuat jaringan pelayanan perbankan syariah, mentargetkan kenaikan share market perbankan syariah hingga 5 % serta memperbanyak jenis layanan bank syariah. Di samping itu dibentuklah Majlis Penasihat Syariah pada tingkat nasional dan pembuatan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful pada Bank Negara Malaysia.

Salah satu dari strategi yang digunakan untuk membangunkan sistem perbankan Islam adalah dengan menambah jumlah peserta yang bergabung dalam Skim Perbankan Islam. Pelembagaan SPI bertujuan untuk mensosialisasikan keberadaan perbankan syariah kepada masyarakat luas dalam waktu yang singkat serta dengan biaya yang rendah. Dengan

mengikuti keanggotaan Skim Perbankan Syariah, bank konvensional diperkenankan memberikan pelayanan produk dalam bentuk syariah dengan menggunakan prasarana dan instrumen yang sudah ditetapkan. Bank Negara Malaysia secara khusus telah memberikan guide line mengenai bank konvensional yang memberikan layanan produk syariah, antara lain aturan pada BAFIA pasal 32 yang tidak membenarkan bank melakukan investasi pada sektor usaha yang bersinggungan dengan barang haram seperti arak dan judi. Pasal 124 BAFIA juga mensyaratkan kepada bank konvensional yang memberikan layanan produk syariah, haruslah membuat unit atau divisi perbankan syariah. Skim ini bersifat sukarela, namun pelaksanaannya tunduk pada ketentuan yang diatur oleh BNM.

SPI ini adalah merupakan skim yang terbuka dan sukarela, BNM tidak memaksa semua bank untuk mengikuti skim tersebut. Apabila bank konvensional mengikuti program SPI, maka bank tersebut haruslah mengikuti semua petunjuk dan persyaratan standart yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Salah satu persyaratan yang diberikan oleh BNM kepada bank konvensional yang hendak mengikuti SPI adalah pembentukan Bahagian Perbankan Islam (Islamic Banking Division), lembaga ini harus diketuai oleh seorang yang memiliki kompetensi dan lisensi dalam bidang perbankan syariah. Sementara itu, bank peserta SPI diwajibkan mencari dan mengelola dana layanan perbankan syariah secara terpisah dari anggaran untuk perbankan konvensional. Bank-bank SPI diwajibkan memberikan proposal pembuatan layanan syariah beserta jaminan kesyariaahan produk dan laporannya kepada BNM. Apabila kode rekening yang dimiliki oleh SPI mengikuti jaringan RENTAS2 (Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities) dan juga layanan SPICK (Sistem Penjelasan Imej Cek Kebangsaan), maka haruslah Bank SPI tersebut mempunyai pelaporan statistik dalam bentuk dalam FISS (Financial Institutions Statistical System).

Perkembangan jaringan SPI di Malaysia berkembang dengan sedemikian pesat, pada saat ini jaringan SPI di Malaysia meliputi : N0 1 2 3 4 5 6 7 Jenis Bank Kumpulan Perbankan Tempatan Bank perdagangan Syarikat Kewangan Bank Saudagar Bank Asing Syarikat Diskaun dan jumlah Counter SPI adalah sebanyak Jumlah Bank 9 9 8 5 4 7 2.200

Produk yang diberikan oleh SPI sangatlah variatif, terdapat 30 jenis produk layanan yang diberikan diantaranya adalah deposito, simpanan berjangka dan rekening koran, pembiayaan perorangan, pembiayaan korporasi dan pembiayaan perdagangan. Jenis layanan SPI pada dasarnya merupakan bentuk pengembangan dari layanan perbankan konvensional yang dikonversi dalam skim syariah.

Sementara itu, kegiatan pasar uang di Malaysia berlangsung sejak peresmiannya pada bulan Januari 1994. Di dalam pasar uang syariah ini terdapat dua komponen yang utama, yaitu;

i.

Pinjaman Mudharabah Antar Bank3

Pinjaman jenis ini merupakan skim pembiayaan yang diberikan oleh bank yang memiliki kelebihan likuiditas kepada bank yang mengalami kesulitan likuiditas, dengan skim ini antar bank tersebut dapat dilakukan perjanjian pinjam-meminjam dengan prinsip mudharabah. Pada umumnya pinjaman Mudharabah antar bank

memiliki masa jatuh tempo selama 1 (satu) tahun dan pembagian nisbah keuntungan telah ditentukan bersama pada awal pembuatan perjanjian .

ii.

Jual Beli Surat Berharga Syariah4

Jual beli surat berharga pada pasar uang syariah biasanya memperdagangkan beberapa instrumen sebagai berikut: IAB (Bil Pertukaran Islam/Islamic Accepted Bill) IDS, ICPs, INIs, BMC (Bon Mudharabah Cagamas) dan GII. Pada bulan November 2000, BNM telah memperkenalkan instrumen baru, yaitu : Nota Boleh Niaga berdasarkan Bai Al-Inah, merupakan suatu instrumen jual-beli dimana suatu barang dijual dengan harga secara tangguh, kemudian kemudian barang tersebut dibeli kembali secara tunai dengan harga lebih rendah dari pada harga jual sebelumnya.

Langkah strategis Malaysia dalam upaya mempercepat pengembangan perbankan syariah adalah dengan mendirikan Bank Islam pada tahap kedua yang mulai beroperasi sejak 1 Oktober 1999. Pendirian Bank Islam pada tahap kedua ini dilakukan dengan menggabungkan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dan Bank of Commerce Berhad (BOCB). Seluruh Asset Bank Syariah BOCB, BBMBK (Syarikat Kewangan) di spin off ke BBMB, dalam hal ini tidak terkecuali dengan asset konvensional yang dimiliki oleh BBMB dan BBMBK. Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengembalikan lisensi yang diberikan oleh BAFIA dan kemudian mengajukan permohonan lisensi perbankan syariah di bawah pengaturan Akta Perbankan Islam. Seluruh karyawan BBMB, BOCB dan BBMBK sejumlah 1,000 orang dipindah tugaskan ke BMMB, dengan modal dasar RM 300 juta dan 40 kantor cabang yang tersebar di seluruh Malaysia.

1 Adalah Bank Sentral Malaysia yang dibentuk berdasarkan Central bank of Malaysia Act 1958, Act No 519

2 Layanan Transfer secara otomatis melalui ATM, Phone Banking dan Internet Banking antar berbagai bank, baik konvensional maupun syariah secara real time, seperti jaringan ATM Bersama 3 Biasanya disebut dengan Pelaburan Mudharabah Antarbank 4 Biasanya disebut dengan Urusniaga Nota Islam

Industri Perbankan di Malaysia Industri perbankan di Malaysia bermula sejak awal 1990an apabila pembangunan ekonomi yang pesat, akibat daripada keuntungan yang baik daripada ladang getah dan industri bijih timah pada masa itu, menyaksikan pembukaan cawangancawangan bank asing dan penubuhan bank domestik Malaysia yang pertama Kwong Yik (Selangor) Banking Corporation (kini Malayan Banking Berhad) pada tahun 1913. Sejak itu industri perbankan telah meneruskan pertumbuhan dan perkembangannya yang mantap sehingga akhirnya terdapat keperluan untuk menubuhkan satu badan pengawal untuk mengawal aktiviti dan operasi bank yang telah bertambah bilangannya di negara ini. Ini mengakibatkan penubuhan Bank Negara Malaysia (Bank Pusat), satu badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Perlembagaan, fungsi dan kuasa Bank Negara adalah ditetapkan di Akta Bank Pusat 1958. Objektif Bank Negara ialah: Menggalakkan kestabilan kewangan dan satu struktur kewangan yang kukuh Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan Mengeluarkan mata wang dan menyimpan rizab, melindungi nilai mata wang Mempengaruhi situasi kredit untuk manfaat negara Institusi-institusi Kewangan

Institusi-institusi yang diklasifikasikan sebagai institusi kewangan di Malaysia terdiri daripada bank perdagangan, bank saudagar, pejabat perwakilan bank asing, syarikat kewangan dan rumah diskaun. Berikutan penstrukturan semula dan penggabungan sektor perbankan yang berjaya di Malaysia pada tahun 2003, usaha telah berpindah kepada pembinaan infrastruktur kewangan domestik. Penggabungan institusi perbankan domestik di seluruh industri telah mengakibatkan 54 institusi perbankan dikurangkan ke sepuluh kumpulan perbankan utama domestik: Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, Bumiputra-Commerce Bank, EON Bank, Hong Leong Bank, Malayan Banking, Public Bank, RHB Bank dan Southern Bank. Bank-bank ini mempunyai subsidiari syarikat kewangan. Pusingan pertama penggabungan perbankan telah dimulakan oleh kerajaan apabila ia mengenakan satu keperluan permodalan sebanyak RM2 bilion untuk bank. Fasa kedua penggabungan mulai 2004 mungkin melibatkan penggabungan selanjut bank dan subsidiari syarikat kewangan individu serta juga penggabungan di antara sepuluh kumpulan perbankan itu. Produk dan Perkhidmatan Perbankan Evolusi perbankan di Malaysia telah menghasilkan produk dan perkhidmatan perbankan konvensional seperti deposit dan pinjaman/sewa beli, teruskan ke ciri-ciri yang lebih canggih dan maju seperti perbankan telefon, pinjaman melalui telefon, auto bayar, auto debit, ATM serta membeli-belah dan perbankan dalam talian. Ciri-ciri ini dipermudahkan oleh perkembangan teknologi yang maju yang memberikan pelanggan bank cara dan proses yang lebih senang dan mudah melakukan perbankan harian mereka. Di samping ciri-ciri dan cara-cara perbankan yang telah diperbaiki, ia juga mengakibatkan pengenalan produk dan perkhidmatan baru seperti kad kredit dan debit, produk pelaburan (insurans dan amanah saham), produk dan perkhidmatan pembiayaan (pembiayaan perdagangan dan saham), kemudahan perdagangan dan kredit, kiriman wang, pinjaman kepada sektor prioriti dan perbankan Islam Kadar Pinjaman Asas/Kadar Faedah Kadar Pinjaman Asas (KPA) ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan diperoleh daripada kos dana yang naik turun bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Oleh itu, jika keadaan ekonomi baik, KPA akan lebih tinggi dan sebaliknya, jika keadaan ekonomi tidak baik, KPA akan lebih rendah. Sejak 1983, kecuali pinjaman khas atau pinjaman sektor prioriti,

semua pinjaman yang dicaj oleh bank ialah pada satu margin (biasanya antara 0.75% dan 2%) melebihi KPA. Margin itu ditentukan oleh bank masing-masing bergantung kepada kos sendiri bank itu dan kebolehpercayaan peminjam itu. Bank Negara kini menetapkan KPA pada 6%. Dalam perbankan Islam, KPA dikenali sebagai kadar pembiayaan asas. Di samping KPA, yang meliputi pinjaman, kadar faedah yang dikenakan oleh bank meliputi semua jenis deposit. Ada sesetengah bank pun menawarkan akaun semasa dan simpanan bersama yang juga mendapat pendapatan faedah. Kadar faedah ini ditentukan oleh bank dan cenderung berubah mengikut pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, pada masa yang baik, anda boleh mengharapkan kadar deposit yang lebih tinggi tetapi, akhirnya kadar pinjaman juga akan naik dan sebaliknya. Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 berkuatkuasa pada 1 Oktober 1989 dan memberi peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan institusi yang menjalankan perniagaan perbankan, syarikat kewangan, perbankan saudagar, rumah diskaun dan pembrokeran wang. Ia juga memberi peruntukan bagi pengawalan institusi yang menjalankan perniagaan yang dijadualkan yang terdiri daripada sumber kredit dan kewangan yang bukan bank seperti syarikat kad kredit dan caj, persatuan pembinaan, pemfaktoran, syarikat pemajakan dan institusi kewangan pembangunan. Membuat Aduan Terhadap sebuah Institusi Kewangan Jika anda mempunyai aduan terhadap institusi kewangan anda, pertamanya harus cuba menyelesaikan aduan anda dengan institusi kewangan yang terlibat sebelum meneruskan ke pihak berkuasa yang lebih tinggi. Kebanyakan institusi kewangan mempunyai unit aduan dan satu sistem yang sesuai untuk menangani aduan. Hanya menghubungi unit ini dan nyatakan sifat aduan anda. Jika ia merupakan perkara yang lebih kompleks, anda harus melengkapkan satu borang aduan standard atau menghantar satu surat aduan rasmi kepada institusi kewangan menyatakan masalah anda dengan jelas. Jika institusi kewangan anda tidak dapat menyelesaikan aduan anda, anda boleh menulis kepada Biro Pengantaraan Perbankan Bank Negara Malaysia yang mengendalikan pertikaian di antara pelanggan dan institusi kewangan. Apa yang anda perlu buat ialah menulis surat kepada biro menyatakan aduan anda dan bahawa anda dapat menyelesaikannya dengan bank anda. Anda juga akan dikehendaki melengkapkan satu borang standard membenarkan bank anda mendedahkan kepada biro sebarang maklumat mengenai anda yang diperlukan untuk tujuan menyiasat aduan anda.

Biro Pengantaraan Perbankan mengendalikan aduan berkaitan dengan pengecajan fi, faedah atau penalti yang berlebihan, pengiklanan yang mengelirukan, pengeluaran ATM yang tidak sah, penggunaan kad kredit yang tidak sah, amalan mengambil tindakan terhadap penjamin yang tidak adil. Selepas menerima aduan rasmi anda, biro itu akan menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruh dan lihat cara yang terbaik untuk menyelesaikan aduan anda. Ia akan bercakap dengan anda dan pegawai di bank anda sebelum membuat keputusan berasaskan pencariannya. Jika anda memilih untuk menerima keputusan ini perkara itu dianggap telah diselesaikan. Akan tetapi, jika anda memilih untuk menolak keputusan itu, rekursa tunggal anda yang lain ialah merupakan proses kehakiman di mana anda boleh meneruskan dengan mengambil tindakan perundangan terhadap bank anda.

Industri perkilangan penyumbang utama ekonomi Negeri


May 5, 2011 by Rashid Filed under Program Harian Menteri Besar
More Sharing ServicesShare | Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print

Leave a Comment SEREMBAN ; 04 Mei Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia ( FMM ) merupakan jambatan di antara pekilang dan juga kerajaan saling berkominikasi berbincang mengenai isuisu kepentingan bersama. FMM Negeri Sembilan yang mempunyai 105 ahli gabungan, boleh memainkan peranan sebagai badan penyampai segala dasar kerajaan kepada warga industri khususnya. Dato Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan menyatakan demikian ketika berucap di majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Klana Resort. Kerajaan Negeri Sembilan mahu dasar pengambilan pekerja asing diberi perhatian oleh semua pengusaha industri perkilangan serta jumlah peratusan harus seimbang kerana tidak mahu berlaku pengambilan pekerja asing secara berlebihan. Menteri Besar juga menyentuh dasar teknologi hijau yang menjadi keutamaan waktu ini dengan pembabitan secara menyeluruh dari semua pihak.

Satu piawaian sedang dalam penyelidikan untuk mendapatkan peratusan yang perlu di laksanakan oleh setiap pihak serta dijadikan sebagai tanggung jawab bersama terhadap pembangunan teknologi hijau ini. Dengan 25 sesi dialog yang telah dianjurkan sepanjang tahun 2009 -2010 di antara FMM dengan Kerajaan Negeri Sembilan telah membuktikan jalinan erat antara kedua-dua pihak untuk bersama-sama menangani isu-isu membabitkan pekilang-pekilang. Kerajaan Negeri sentiasa menyedari peranan industri perkilangan sebagai penyumbang utama pembangunan ekonomi Negeri dan Negara amnya, maka segala langkah penambah baikan prasarana yang mampu menarik minat para pelabur akan diteruskan dari masa ke semasa. Di majlis ini, pihak penganjur telah membuat kejutan dengan mengadakan acara memotong kek sempena hari kelahiran Menteri Besar yang baru lalu. Hadir sama, Dato Hj. Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato V. S Mogan , Ahli Mesyuarat Exco dan Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, Pengerusi FMM Malaysia.

Bonus Tabung Haji 2011 Sebanyak 6%

SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut sejak 2007. Kadar bonus pendeposit TH adalah berdaya saing memandangkan profil pelaburan TH terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah saja, namun agensi itu masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2010 sebanyak 5.5 peratus. Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion adalah daripada keuntungan tahun semasa, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah bonus pendeposit yang dibayar pada 2010 berjumlah RM1.33 bilion, katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawahnya di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim

dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor. Jamil Khir berkata, pendapatan TH tahun lalu berjumlah RM2.2 bilion meningkat sebanyak RM120 juta atau enam peratus berbanding 2010, dengan pertambahan dua kali ganda kadar pendapatan TH sejak 2006. Menurutnya, ia seiring dengan pertumbuhan saiz dana pendeposit sebanyak 17 peratus berjumlah RM31.70 bilion berbanding RM27.11 bilion pada tahun sebelumnya. Sumber: hmetro Posted by cdanhash at 1:07 AM 0 comments Labels: Tabong Haji

Tuesday, December 27, 2011

Agihan Pendapatan ASN 6.05 Sen Seunit


KUALA LUMPUR (27 Disember 2011) - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.05 sen seunit bagi Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.05 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit tahun lalu. Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukan pembayaran sebanyak RM92.8 juta, yang akan dimanfaatkan oleh seramai 1.2 juta pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion unit ASN. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid berkata prestasi ASN sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 secara keseluruhannya adalah lebih memuaskan meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia menghadapi suasana yang mencabar akhir-akhir ini. Dari tempoh di antara 31 Disember 2010 hingga 23 Disember 2011, Indeks FBM KLCI mencatat penurunan sebanyak 1.5 peratus, daripada 1,518.91 mata yang dicatat pada 31 Disember 2010, kepada 1,496.15 mata pada 23 Disember 2011. Dalam tempoh kewangan yang sama, ASN telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM114.67 juta. Pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak RM58.71 juta atau 51.2%, manakala pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM43.33 juta atau 37.8%, dan selebihnya iaitu RM12.63 juta atau 11% adalah daripada lain-lain pendapatan. Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2011, iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN.

Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan di dalam buku pelaburan pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2011. Semua urus niaga bagi ASN di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan pada 27 Disember 2011 sehingga 2 Januari 2012. Penangguhan urus niaga ini adalah bertujuan untuk pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun 2011. Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN masing-masing di pejabatpejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 3 Januari 2012. ASN merupakan dana pertumbuhan harga berubah-ubah yang dilancarkan pada 20 April 1981 dengan objektif menjana pengagihan pendapatan dan peningkatan modal yang berpatutan melalui pelaburan di dalam portfolio yang dipelbagaikan. Sebagai tabung pertumbuhan yang berharga berubah-ubah, perbandingan prestasi ASN dari segi jumlah pulangan keseluruhan (''total return") dan hasil pendapatan ("yield") boleh dilakukan dengan instrumen-instrumen yang mempunyai ciri-ciri dan tahap risiko yang hampir serupa dengan tabung ASN. Sumber: ASNB
Posted by cdanhash at 6:11 PM 1 comments Labels: Agihan Pendapatan ASN 2011, Dividen ASN, PNB

Monday, December 19, 2011

Dividen & Bonus ASB 2011


KUALA LUMPUR, 19 Disember (Bernama) - Pemegang unit Amanah Saham Bumiputra (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, berbanding 7.50 sen tahun lepas.

Seramai 7.3 juta pemegang saham, yang kini memegang lebih 95.9 billion unit ASB, akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen. Pengurusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM7.04 billion dan bonus sebanyak RM628.29 juta. Hingga Khamis lalu, kata beliau sekim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM7.19 billion. "Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 billion, atau 56.9 peratus daripada pendapatan kasar, manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM2.2 billion atau 31.3 peratus," katanya pada satu taklimat media disini Isnin. Baliau berkata baki sebanyak 11.8 peratus, atau RM0.85 billion diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan-pelaburan lain. Ahmad Sarji berkata pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ini akan dikreditkan secara otomatik kedalam akaun pemegang unit dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing mulai 3 Januari tahun depan. Semua urusniaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 21 Dis, 2011 hingga 2 Januari 2012, untuk mempermudahkan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus, katanya. Beliau berkata prestasi ASB dalam tahun 2011 memuaskan meski pun pada suku terakhir tahun ini, pasaran saham telah didagangkan dalam suasana tidak menentu kerana dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi AS dan krisis hutang di Eropah. Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan memastikan ia bukan sahaja terus membayar dividen saban tahun malah juga menjana pertumbuhan bagi masa depan. Mengenai pengambilalihan SP Setia Bhd, beliau berkata PNB masih menunggu kelulusan daripada

Suruhanjaya Securiti (SC). "Kami telahpun mengemukakannya kepada SC dan kami sekarang menunggu kelulusannya," jelas beliau. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan lebih lanjut. Mengenai perkembangan projek Menara Warisan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dalam belanjawan 2011 tahun lepas, beliau berkata "PNB telah mengemukakan arahan reka bentuk kepada 'pihak bandaraya' dan kami harap bila kami dapat kelulusannya, kami akan umumkannya." Sumber: BERNAMA