Anda di halaman 1dari 29

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.

my

2008

Soalan 1 1. TEORI PEMBELAJARAN 1.1 Teori Pembelajaran Kognitif (TPK)

Teori Pembelajaran Kognitif adalah proses pembelajaran yang menekankan penggunaan minda untuk menerima, mengamati, mentafsirkan, dan mempelajari sesuatu maklumat baru untuk membentuk pemahamanan. Teori pembelajaran kognitif merupakan teori pembelajaran yang berasaskan proses mental yang aktif untuk mendapat, menyimpan, mengingat, dan menggunakan ilmu. Kognitif berasal daripada perkataan kognisi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kognisi bermaksud proses mental untuk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu. Kognitif pula bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman, dan pemerolehan pengetahuan. Menurut Slavin (1997) pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan. Teori pembelajaran kognitif ini didukung oleh ahli-ahli psikologi kognitif seperti John Piaget, Bruner , Gagne, Ausubel, Max Wertheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler. Mereka juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt yang menekankan kepentingan aspek kognitif dalam pembelajaran. Pembelajaran pada pendapat mereka melibatkan proses mental seperti persepsi dan pembentukan konsep. Pada pendapat pendukung TPK, pembelajaran melibatkan proses yang melihat sesuatu pola secara keseluruhan, Justeru itu, dalam proses pembelajaran manusia menggunakan proses mental secara aktif dan berterusan. Pembelajaran berlaku melalui proses persepsi yang melibatkan pengamatan atau pemerhatian yang mendalam terhadap sesuatu maklumat baru. Maklumat ini ditapis untuk mendapatkan maklumat yang penting. Seterusnya, proses pembentukan konsep berlaku.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Jadual 1 Teori Prinsip dan Penjelasan Menekankan pembelajaran yang menggunakan proses internal mental manusia(insight).Justeru, seseorang akan dapat menyimpan,mengingat serta menggunakan ilmu dan juga pengalaman yang diperolehinya. Proses berfikir terbahagi kepada 2 iaitu peringkat permulaan(surface level) yang berkaitan dengan ingatan segera dan pengulangan maklumat fakta. Teori Pembelajaran Kognitif Keduanya,peringkat kognitif mendalam (deep cognitive level) yang melibatkan sintesis dan analisis pelbagai sumber maklumat untuk menginterpretasi maklumat,menyelesaikan masalah serta membina sesuatu yang menarik dan baru. Contoh Di dalam bilik darjah: Pelajar akan menggunakan pengetahuan yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan latihan yang diberikan guru dan pertandingan kuiz di dalam kelas. Di luar bilik darjah: 1. Pelajar mengaitkan konsep Sains yang dipelajarinya di dalam kelas dengan maklumat di dalam rancangan National Geographic TV. Kemudian menceritakan kepada rakan dan guru. 2. Pelajar cuba menjawab soalan di dalam laman web internet. Contoh laman web zoom-a.

Rumusan

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Melalui teori pembelajaran kognitif pelajar dapat mempelajari dan memahami pelajaran melalui pemerhatian dan penanggapan terhadap sesuatu konsep. Contohnya dalam mata pelajaran Sains tentang tajuk haiwan. Pelajar boleh mengaitkan konsep tersebut dengan maklumat tentang haiwan di dalam TV atau bahan multimedia lain di rumah.

1.2

Teori Pembelajaran Gestalt (TPG) Teori Pembelajaran Gestalt menjadi asas kepada teori pembelajaran kognitif.

Pelopor kepada TPG ialah Max Weitheimer (1880-1943), Kurt Koffka (1886-1941) , dan Wolfgang Kohler (1887-1967). Aliran ini mula bertapak di Jerman. Perkataan gestalt berasal daripada perkataan gestalten dalam bahasa Jerman yang bermaksud pola (pattern @ configuration), keseluruhan atau terorganisasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, gestalt bererti struktur sesuatu benda atau idea yang harus ditanggapi secara utuh kerana jumlah keseluruhannya tidak sama dengan jumlah pecahan-pecahannya. Longman Dictionary pula menyatakan gestalt sebagai a whole thing that is different from all its parts, and has qualities that are not present in any of its parts by themselves. Para ahli gestalt merumuskan teori gestalt sebagai the whole is greater than the sum of its parts. Dalam kajian psikologikal, teori ini mengkaji subjek daripada pemerhatian yang mudah kepada personalitinya. Pola dilihat secara keseluruhan bukan daripada bahagian-bahagian yang membentuk pola itu. Kajian mereka tentang persepsi dan penanggapan telah menunjukkan manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan. Persepsi menurut Slavin (1997) berlaku apabila seseorang membuat pengertian kepada rangsangan yang diterima derianya. Manakala penanggapan pula bagi Slavin (1997) merupakan pembentukan konsep terhadap maklumat yang diterimanya. Terdapat tiga jenis pembentukan konsep bagi J A Bruner , iaitu konjuntif, disjunktif dan hubungan. Konjuntif merupakan konsep yang menggabungkan dua atau beberapa sifat (antribut). Contohnya kereta Ferrari digabungkan dengan kecantikan dan ketelitian.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Konsep disjuntif pula konsep baru terhadap konsep konjuntif tadi. Kereta Ferrari tadi ditambah dengan sifat yang baru, iaitu mahal. Konsep hubungan pula berkaitan dua konsep yang digabungkan. Misalnya, konsep angin yang bertiup kencang digabungkan dengan konsep ombak besar. Pembentukan konsep ini memerlukan pelajar tahu ciriciri konsep dan menentukan ciri-ciri yang terangkum dalam sesuatu kategori. Bruner di antara generasi baru aliran kognitif yang menekankan pembinaan dan pembangunan ilmu pengetahuan bukan setakat pemerolehan pengetahuan sahaja. Pelajaran dapat diajar secara efektif menggunakan bahan-bahan yang sesuai dengan tahap intelektual dan perkembangan pelajarnya. Ahli psikologi gestalt yang terkenal dengan konsep celik akal(insight), Wolfgang Kohler telah mengutarakan hasil kajiannya terhadap seekor cimpanzi yang bernama Sultan. Beliau berpendapat celik akal menunjukkan penyelesaian masalah berlaku secara mendadak, atau tiba-tiba dan lengkap. Individu yang terlibat dengan sesuatu masalah ini memerlukan sedikit masa untuk berfikir bergantung dengan tahap masalah tersebut. Individu akan mengamati unsur-unsur yang berkaitan dengan persekitarannya. Dia mengaitkannya dengan pengalaman lepas dan Seterusnya, terjadi tindak balas spontan untuk penyelesaian masalah. Kesimpulannya, teori pembelajaran gestalt ini menekankan proses pembelajaran yang melihat secara keseluruhan sebelum pembentukan konsep berlaku. Persepsi dan penanggapan berlaku setelah maklumat atau rangsanganyang diterima, ditapis dan diproses. Kemudian maklumat teersebut dikaitkan dengan keadaan persekitaran dan pengalaman sedia ada. Sekiranya maklumat yang diterima berkaitan dan mempunyai kepentingan, maka pembentukan konsep terjadi.

Jadual 2 Teori Prinsip dan Penjelasan Contoh

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Teori ini berpegang kepada prinsip Teori Pembelajaran Gestalt mempersepsi sesuatu secara keseluruhan. Konsep Celik Akal merupakan bukti bahawa kita boleh menyelesaikan masalah denggan melihat masalah itu secara keseluruhan dan mengaitkan dengan pola-pola yang membentuk permasalahan tersebut. Celik akal mempercepatkan proses belajar dan mempertingkatkan daya ingatan murid-murid. Biasanya perkara yang dipelajari terlalu banyak dan agak susah untuk diingat. Kebolehan pelajar mencari jalan supaya mudah mengingati seperti formula merupakan suatu bentuk celik akal. Di luar bilik darjah: Pelajar akan mendapat idea untuk mencari dan mengenalpasti sendiri kata adjektif berdasarkan pengalaman seharian di rumah. Misalnya, rasa marah kepada adik, dan mendapat idea menyatakan kata adjektif mengikut perasaan semasa gembira, sedih dan teruja. Rumusan Melalui teori pembelajaran Gestalt pelajar dapat mempelajari dan memahami pelajaran dengan melihat sesuatu secara keseluruhan. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, murid diajar oleh guru secara deduktif iaitu melihat keseluruhan sebelum menerangkan Di dalam bilik darjah: Dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, pelajar cuba mengenalpasti kata adjektif yang terdapat di dalam petikan yang diberikan oleh guru. Selain itu murid mendapat membina kata adjektif berdasarkan gambaran yang ditunjukkan guru dalam bentuk teks.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

pola-polanya. Contohnya, semasa mengajar kata adjektif guru akan menyatakan maksud adjektif dan memberi beberapa contoh. Selepas itu, guru meminta murid mencari contoh lain berdasarkan bahan yang diberikan. Kemudian murid sendiri akan mencari kata adjektif dan akhirnya pelajar memahami konsep kata adjektif.

1.3

Teori Pembelajaran Gagne

Robert M Gagne berasal dari negeri Massachusetts di Amerika Syarikat. Dilahirkan pada 21 Ogos 1916. Beliau merupakan salah ahli psikologi Amerika yang terkenal dan telah banyak menyumbangkan jasa dalam sistem pendidikan dan bidang ketenteraan. Beliau telah menerima anugerah Distinguished Scientific Award for the Applications of Psychology daripada Pertubuhan Psikologi Kebangsaan Amerika pada tahun 1982. Pernah menjadi Profesor di Deparment Of Education Research di Universiti Florida. Beliau telah menghasilkan banyak kertas kerja dan buku termasuk Principles of Instructional Design (Kolaborasi dengan L. J. Briggs) dan The Conditions Of Learning. Buku The Conditions Of Learning (1965) telah menjadi rujukan di seluruh dunia dalam bidang psikologi pembelajaran. Teori Gagne juga dikenali dengan teori pemprosesan maklumat. Beliau mengkaji keadaan atau aktiviti mental manusia semasa belajar. Menurut Gagne pembelajaran terhasil daripada tindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Rangsangan dari persekitaran yang diterima, diproses, ditafsirkan, dan disimpan dalam ingatan jangka. Maklumat ini akan menghasilkan tindakbalas tertentu.

Menurut Gagne dalam bukunya bergerak 144) iaitu ; a.

Conditions of Learning

proses pembelajaran

daripada peringkat yang mudah ke peringkat yang sukar. Terdapat 8

peringkat dalam hierarki atau dikenali juga tipe-tipe belajar (dalam Bigge, 1984: 143Pembelajaran isyarat Pelajar memberi gerak balas terhadap tandatanda.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

b.

Pembelajaran Gerak Balas, - Belajar melalui rangsangan dan gerak balas (stimulus-respons). Peneguhan untuk gerak balas yang poitif.

c. d. e. f. g.

Pembelajaran Rangkaian Motor Siri tingkah laku yang berkaitan. Pembelajaran Pertalian Bahasa - Mengaitkan faktor, data dan konsep. Pembelajaran Diskriminasi Menapis maklumat yang berkaitan. Pembelajaran Konsep Berdasarkan pengamatan terhadap persekitaran. Pembelajaran Hukum atau Aturan Konsep Melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.

h.

Pembelajaran Penyelesaian Masalah Penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru.

Gagne dan Briggs (1979) telah menyediakan model pembelajaran yang berkaitan dengan 8 peringkat tersebut bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran. Modelnya mengandungi 9 langkah iaitu memotivasi atau mendorong pelajar dengan isi pelajaran, menerangkan objektif pembelajaran, kefahaman melalui perhatian dan pemilihan persepsi, pemerolehan dengan mengekod atau menyimpan maklumat, penahanan atau menyimpan dan mengukuhkan ingatan, mengingat semula, generalisasi, perlakuan, dan maklum balas atau pengukuhan.

Kesimpulannya, pembelajaran yang berkesan bergantung dengan tahap pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang diajar oleh guru. Kemampuan pelajar memproses maklumat dalam pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu daripada tahap mudah (asas) kepada tahap yang sukar (tinggi). Justeru itu, guru perlu menyediakan reka bentuk pengajaran yang sistematik dan sesuai dengan pelajar bagi memastikan pembelajaran yang berjaya. Jadual 3

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Teori

Prinsip dan Penjelasan Prinsip utama teori ini ialah

Contoh Di dalam bilik darjah: Dalam tajuk Kemahiran Bola Tampar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, pelajar perlu diajar kemahiran asas sperti menyangga bola, dan menservis bola. Selepas pelajar menguasai kemahiran asas ini barulah pelajar diajar kemahiran yang lebih kompleks seperti merejam bola dan mengumpan. Apabila pelajar dapat menguasai semua kemahiran bermakna pelajar akan dapat bermain bola tampar dengan baik.

Teori Pembelajaran Gagne

pembelajaran harus bermula daripada peringkat mudah ataupun peringkat asas kepada peringkat yang sukar. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang tinggi, guru tersebut harus memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas.

Di luar bilik darjah: Semasa di luar kelas, pelajar akan belajar sesuatu kemahiran secara berperingkat. Misalnya, dalam permainan bola sepak pelajar memang sudah mempunyai kemahiran asas menyepak bola. Apabila bermain bola sepak bersama rakan, secara tidak langsung pelajar belajar dan memantapkan

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

kemahirannya. Pelajar lazimnya mencari teman sepermainan yang sebaya dan hampir sama kemahirannya. Justeru itu, proses pembelajarannya dalam permainnya juga bermula daripada mudah kepada susah. Akhirnya semakin lama semakin mahir seseorang pelajar menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajarinya. Rumusan Teori pembelajaran Gagne memerlukan pelajar diajar kemahiran asas sebelum diajar kemahiran yang lebih tinggi. Justeru itu, pengajarannya hendaklah berperingkat dan mengikut urutan. Jika tidak pelajar akan menghadapi masalah memahami sesuatu konsep dengan betul. Keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung dengan kebolehan guru mengolah isi pelajaran mengikut tahap dan aras kesukarannya. Ini akan memudahkan murid memahami sesuatu konsep atau kemahiran yang ingin diajar.

Soalan 2 a) Teori Pembelajaran Kooperatif

Perkataan kooperatif diambil daripada perkataan koperasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), koperasi bermaksud kerjasama, perihal bantu-membantu. Koperatif pula bermaksud syarikat kerjasama. Oleh yang demikian, teori pembelajaran kooperatif ini menekankan kerjasama di antara ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam pembelajaran. Menurut Slavin (1991) pembelajaran kooperatif dilakukan secara berkelompok di dalam kelas. Murid dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang untuk saling bantu membantu memahami konsep yang diberikan guru.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Kumpulan ini mengandungi ahli yang heterogenus, iaitu tidak sama dari segi kebolehan, minat, bangsa, dan agama. Atau ahli kumpulan yang terdiri daripada pelajar cerdas , dan lambat. Vygotsky (1896-1943) menerangkan pembelajaran kooperatif sebagai ... group learning activity organized on the socially structured exchange of information between learners in group and in which each learner is held accountable for his or her own learning and is motivated to increase the learning of others. Ini bermakna setiap kelompok dalam pembelajaran kooperatif mengandungi ahli-ahli yang berbeza daripada pelbagai aspek sosial, emosi dan kognitif berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat disamping bertanggungjawab terhadap dirinya dan membantu rakan dalam mencapai matlamat dalam pembelajaran. Selain itu, Woolfolk (1998;349), mencadangkan setiap pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dengan penetapan objektif kumpulan. Objektif hanya akan tercapai jika semua ahli dapat menyiapkan tugas masing-masing. Markah akhir pelajar berdasarkan skor individu-individu dalam kumpulan. Terdapat 5 unsur dalam pembelajaran kooperatif iaitu ;

a. b. c. d. e.

Interaksi bersemuka. Saling pergantungan yang positif. Bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri. Kemahiran kolaboratif. Memahami proses dan dinamika kumpulan.

Pembelajaran kooperatif ini mempunyai banyak kelebihan terhadap pelajar dan guru. Ia dapat membantu perkembangan kognitif, afektif dan sosial pelajar. Cooper telah menyenaraikan 4 kelebihan pembelajaran kooperatif seperti berikut ; a. Pelajar mempunyai tanggungjawab dan terlibat secara aktif.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

b. c. d.

Meningkatkan daya pemikiran yang tinggi. Menguatkan dan mengukuhkan ingatan. Memberi kepuasan kepada pelajar terhadap hasil kerja mereka.

Pembelajaran kooperatif dijalankan bagi membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Terdapat tiga tujuan pembelajaran kooperatif diadakan iaitu ; a. Meningkatkan hasil akademik pelajar. Setiap pelajar dalam kumpulan dapat meningkatkan kemahiran dengan menyiapkan tugas masingmasing. Pelajar yang cerdas akan membantu rakan-rakan yang lambat untuk mencapai objektif bersama. Memupuk semangat kesatuan dan kekitaan dalam diri pelajar. Pelajar belajar menerima perbezaan latar belakang rakan seperti agama, bangsa, tahap kebolehan, dan tingkat sosial. Meningkatkan disiplin, keyakinan dan keterampilan pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar dilatih melaksanakan tugasan dengan sistematik, bertanggungjawab, memberi dan menjelaskan pendapat, bekerjasama dan sebagainya.

b.

c.

Kesimpulannya, teori pembelajaran kooperatif sangat penting kerana dapat menyemai nilai-nilai positif dalam diri pelajar di samping mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru. Pelajar mempunyai peranan masing-masing untuk menyiapkan tugasan dan membantu rakan yang memerlukan. Tugas guru lebih kepada menjadi fasilitator yang membimbing dan memudah cara bukan sebagai pengajar semata-mata.

b).

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Perkataan konstruktivisme berasal daripada perkataan konstruktif. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), konstruktif bermaksud membina ; berkenaan dengan pemikiran, kritikan dan lain-lain. Oleh itu, teori pembelajaran konstruktivisme boleh diertikan sebagai pendekatan pembelajaran yang menekankan pembinaan kefahaman pelajar. Konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Konstruktivisme berasal daripada bidang falsafah. Ia telah digunakan dalam bidang sosiologi, antropologi, psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivisme yang pertama, Giambatista Vico pernah mengatakan...one only knows something if one can explain it.(Yager, 1999). Brooks (1998), menyatakan manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Prinsip-prinsip konstruktivisme adalah seperti berikut ; a. b. c. Pengetahuan dibina pelajar. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. d. e. f. g. h. i. j. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar. Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

k.

Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.

Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivisme menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan kolaboratif. Kesimpulannya, pendekatan konstruktivisme merupakan stail pembelajaran aktif yang melibatkan interaksi di antara pelajar dengan persekitarannya untuk membina kefahaman terhadap pelajaran. Pendekatan ini menggalakkan pelajar supaya aktif bukannya pasif. Pelajar mengaitkan pelajaran dengan pengalaman sedia ada dan maklumat baru yang dicari atau diperolehi untuk membentuk pemahaman yang baru. Jadual 4, menunjukkan aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam pedagogi pembelajaran teradun (blended learning pedagogy) di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Jadual 4 Pembelajaran Teradun OUM Pelajar bertemu dengan pensyarah dalam kelas tutorial untuk mendapatkan panduan dan penerangan berkaitan dengan modul pelajaran yang disediakan. Pelajar berinteraksi secara langsung dengan pensyarah dengan menyoal dan memberi pendapat tentang tajuk pelajaran.
-

Contoh Pembelajaran Kooperatif / Konstruktivisme

Selain itu, pelajar diagihkan kepada kumpulan kecil untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Gred adalah berdasarkan hasil kerja kumpulan dan individu mempunyai

Pembelajaran Bersemuka

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

peranan masing-masing. -

Pelajar berbincang dan membahagikan tugasan masingmasing. Pelajar berbincang tentang pelajaran untuk mencari maklumat dan isi yang berkaitan. Pelajar mula membina kefahaman terhadap isi pelajaran berpandukan penerangan pensyarah dan perbincangan dengan rakan.

Pelajar merujuk kepada modul yang disediakan untuk mendapatkan garis panduan sebagai persediaan kepada pembelajaran atas talian.

Pada akhir semester pembelajaran pelajar akan menduduki ujian dan menghantar hasil kerja kursus mereka. Penilaian berdasarkan hasil kerja kursus, ujian akhir dan pembentangan kerja kumpulan.

Kesimpulannya langkah-langkah di atas menunjukkan pelajar mengaplikasikan pendekatan pembelajaran secara kooperatif dan konstruktivisme tanpa terlalu bergantung dengan pensyarah. Peranan pensyarah lebih menjurus kepada menjadi seorang fasilitator yang memberi bimbingan. Pelajar mengakses maklumat di dalam internet khasnya laman web OUM seperti perpustakaan digital Tan Sri Sanusi Ahmad untuk mendapatkan panduan dan maklumat yang berkaitan.

Maklumat yang diperolehi disemak, dibuat pemilihan sama ada berkaitan atau tidak. Maklumat yang penting diambil dan disimpan. Kemudian ditafsirkan dan dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada. Seterusnya proses pembentukan konsep berlaku.

Pembelajaran Atas Talian

Jika ada kemusykilan maka pelajar akan menyertai forum dan berhubung secara maya dengan pensyarah dan rakan

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

sekumpulan bagi mendapat bimbingan dan bantuan.


-

Pelajar menggunakan kemudahan seperti g-mail untuk bertukar bahan dengan pensyarah dan rakan. Contohnya menghantar dan menerima draf tugasan, graf, statistik dan sebagainya.

Di samping itu, pelajar akan berinteraksi di dalam forum dengan menanyakan soalan, berkongsi maklumat dan memberikan pandangan tentang pelajaran kepada pensyarah dan rakan-rakan sepengajian jika perlu.

Pelajar melayari internet dengan kerap untuk memeriksa maklum balas di dalam myLMS dan mengikuti perkembangan terkini daripada pihak OUM.

Pensyarah menilai dan membantu pelajar memahami pelajaran.

Kesimpulannya, pendekatan pembelajaran atas talian OUM menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif untuk mencari maklumat, bertukar maklumat dengan rakan dan pensyarah bagi membina kefahaman sebelum pemahaman secara total berlaku. Teori pembelajaran kooperatif dan konstruktivisme berlaku melalui interaksi secara maya (digital) bukan secara nyata. Pelajar membaca bahan-bahan yang diperolehi secara maya dan nyata. Pelajar mencari bahan-bahan daripada buku-buku ilmiah, majalah, surat khabar dan sebagainya. Pelajar mengunjungi perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya bagi mendapatkan maklumat. Selain itu, pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan di tempat

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

kerja dan di persekitarannya untuk mencari informasi yang berguna. Pelajar membina kefahaman daripada bahan dan maklumat yang diperolehi bagi membuat generalisasi dan pembentukan konsep. -

Maklumat yang penting dan berkaitan digunakan untuk menyiapkan tugasannya. Garis panduan dan maklumat yang diperolehi dimanfaatkan untuk membuat tugasan dan sebagai persediaan ujian.

Pembelajaran Kendiri
-

Kertas kerja atau tugasan yang telah siap, dimurnikan dahulu sebelum dihantar kepada pensyarah pada masa yang telah ditetapkan. Pelajar menghasilkan produk yang berkualiti dengan menggunakan pengolahan sendiri menepati objektif yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, pendekatan pembelajaran kendiri OUM ini memerlukan pelajar membuat rujukan, kajian dan rumusan sendiri berpandukan maklumat dan bahan yang terhasil daripada adunan pendekatan pembelajaran bersemuka dan pembelajaran atas talian. Secara tidak langsung pelajar telah mengaplikasikan teori pembelajaran kontruktivisme dan kooperatif sepanjang proses pembelajaran dan penghasilan kertas kerja yang dilakukannya.

Soalan 3 (a). Teori Pembelajaran Progressivisme

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Teori Pembelajaran Progresivisme (TPP) telah diasaskan oleh John Dewey (1859 1952) yang juga dikenali sebagai Bapa Pendidikan Progresivisme. TPP lahir di Amerika Syarikat (AS). Di bawah sistem demokrasi yang menjadi tunjang pentadbiran di AS, John Dewey telah memperjuangkan suatu teori pembelajaran baru yang berbeza dengan pandangan konservatif pada ketika itu. Beliau mahu mendemokrasikan, memajukan dan memodenkan sistem pendidikan AS pada ketika itu yang masih dilaksanakan secara tradisional. Pandangan beliau disokong oleh William Kilpatrick dan John Lawrance Childs. William Kilpatrick (1871 1965) pernah disifatkan sebagai anak murid yang terbaik oleh John Dewey. Beliau sependapat dengan pandangan John Dewey yang mahukan kurikulum pendidikan berteraskan minat pelajar manakala penyelesaian masalah menjadi dasar dalam proses pendidikan. Manakala John Lawrance Childs (1889 1985) merupakan cendekiawan dan missionary yang berpandangan bahawa pemodenan pendidikan seharusnya tidak mengenepikan nilai nilai moral untuk mendidik masyarakat yang hidup dalam demokrasi. Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (2004), progressive bermaksud maju : bertambah maju. Manakala dalam kamus Oxford Advanced Learners Dictionary (2005), progressive bermaksud in favour of new ideas, modern methods and change. Justeru itu, TPP adalah salah satu teori pembelajaran yang maju dan berasaskan perubahan zaman. Perkembangan pesat teori ini dapat dilihat pada era 1930-an sehingga kini. Teori pembelajaran progresivisme ini menumpukan perhatian kepada dunia dan masyarakat masa kini. Mereka memberi tumpuan kepada memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat. Terdapat enam prinsip dalam Teori Pembelajaran Progressivisme, iaitu ; 1. Pendidikan hendaklah hidup dan berkembang 2. Pendidikan hendaklah berteraskan minat murid. 3. Pembelajaran melalui penyelesaian masalah menjadi keutamaan. 4. Guru bertindak sebagai pembimbing.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

5. Sekolah hendaklah menggalakkan dan mewujudkan kerjasama lebih daripada persaingan di kalangan murid-muridnya. 6. Menggalakkan kebebasan mengeluarkan idea dan pendapat yang membolehkan perkembangan intelektual yang baik selaras dengan falsafah demokrasi.

Umumnya TPP berteraskan pelajar. Pelajar sendiri memikul tanggungjawab yang besar untuk belajar. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan pemudahcara. TPP menjadi suatu kemahiran dan alat yang diperlukan individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara konsistan. Individu boleh menggunakannya untuk mengenalpasti, menganalisa, dan menyelesaikan masalah dalam matapelajaran. Sementara itu, teori pembelajaran ini digunakan untuk menyelesaikan masalah di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadi atau personal dan juga sosial. TPP memfokus kepada kerjasama dan disiplin untuk membentuk masyarakat yang demokrasi. Buku menjadi alat bukan sumber ilmu. Selain itu, TPP juga menentang kaedah pembelajaran pasif seperti menghafal dan mengingati fakta. Sebaliknya menggalakkan kaedah yang saintifik dalam penyelesaian masalah. Teori ini juga bertentangan dengan pendidikan tradisional yang menetapkan had-had kurikulum. Ahliahli progresivisme juga berpendapat pendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan dalam pembelajaran ini.

(b)

Walaupun hanya 50 peratus rakyat Malaysia mempunyai ekses ke internet saya

tetap bersetuju dengan penjelasan Teori Pembelajaran Progressivisme memandangkan perkembangan dunia global masa kini. Dewasa ini dunia seolah-olah tiada sempadan. Sempadan negara hanya dipisahkan dari segi geografi tetapi dari segi teknologi maklumat kita bebas mengakses informasi dan maklumat dari mana-mana negara dunia.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Pencapaian terhadap ilmu juga berlaku dengan pantas. Perkembangan teknologi maklumat membolehkan pelajar mendapatkan maklumat tentang pelajarannya dalam masa yang singkat. Banyak gedung-gedung ilmu dalam internet yang boleh diakses bila-bila masa sahaja.

Di negara kita penubuhan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada tahun 2001 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jumlah pelajar meningkat sebanyak 50 kali ganda menjelang lima tahun OUM beroperasi iaitu daripada hanya 753 pelajar kepada 38,000 orang pelajar pada tahun 2006. OUM merupakan institusi yang mengutamakan sistem pembelajaran secara atas talian selain sistem pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran secara kendiri. Perkembangan ini menunjukkan sistem pembelajaran berasaskan teori progressivisme akan menjadi pilihan pada zaman ledakan teknologi maklumat kini. Jadual 5 Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran
Negara Jumlah Pengguna Internet

Malaysia
Singapura Brunei Indonesia

10,040,000
2,135,000 35,000 15,300,000

Pengguna internet di negara kita juga semakin meningkat dengan ketara. Menurut NITC (2006), jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Menurut Irfan Khairi (2006) sejak tahun 2000, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%!. Melihat statistik ini, ia

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Kerajaan sangat mementingkan pendidikan kepada rakyat bagi memenuhi tuntutan Wawasan 2020. Justeru itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa "One of the challenges, indeed, is to establish 'a scientific and progressive societyinnovative and forward-looking' (Mahathir, 1991: 2-4). It has been further argued in this regard that 'The national IT agenda, aimed at transforming the nation into a knowledge-based society, [is] in line with Vision 2020'" - Government of Malaysia, 2001: 367. Pandangan jauh beliau telah membawa kepada penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996. MSC telah menjadi asas kepada perkembangan ekonomi dan sosial termasuk bidang pendidikan dalam era teknologi maklumat. Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bermula tahun 2003. Dasar ini bertujuan menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk mengakses dan merujuk maklumat dalam internet yang kebanyakannya ditulis dalam bahasa Inggeris. Kurikulum dan prasarana di sekolahsekolah ataupun institusi pendidikan telah dibangunkan dan dipermodenkan. Kebanyakan sekolah hari ini termasuk di pedalaman sudah dilengkapi dengan kemudahan internet dan kemudahan multimedia. Bahan-bahan multimedia yang dibekalkan di sekolah-sekolah juga berteraskan interaktif dan berpusatkan pelajar. Dalam sistem pembelajaran yang diamalkan di OUM, pengajaran dan pembelajaran tidak hanya bergantung kepada modul sebagai sumber utama tetapi bergantung kepada pelbagai sumber boleh kita perolehi dengan melayari internet. Sebagai pelajar OUM, kita akan bergantung sepenuhnya pada internet sebagai sumber untuk mendapatkan ilmu dan maklumat selain daripada buku, jurnal dan majalah. Seterusnya pelajar sendiri bertanggungjawab membina pengetahuan dalam melaksanakan tugasan. Tutor tidak memberi penerangan secara terperinci tetapi

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

pelajar perlu membentuk penerangan sendiri. Jadi untuk memastikan pelajaran itu difahami dan setiap tugasan itu dapat dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan pelajar haruslah mencari bahan dan sumber maklumat dari internet dan perpustakaan digital. Kemudahan internet juga boleh digunakan untuk bertukar-tukar maklumat dengan tutor, rakan dan kenalan tentang pelajaran. Di samping itu,pencapaian pelajar dinilai bukan sahaja melalui peperiksaan tetapi juga melalui kertas kerja, dan interaksi dalam forum secara My LMS (Learning Management System) di OUM. Sistem penilaian di sekolah kini juga merangkumi banyak aspek seperti peperiksaan, kerja kursus, sahsiah, dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum. Berdasarkan kepada huraian di atas jelas kepada kita bahawa Teori Pembelajaran Progressivisme selari dengan perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin pesat masa kini. Perkembangan dunia pendidikan kini lebih berpusatkan pelajar dan guru hanya berperanan sebagai pembimbing dan pemudahcara sahaja. Sistem pendidikan di negara kita sudah banyak berubah ke arah lebih moden, berasaskan nilai moral dan semakin berorientasikan pelajar. Kerajaan telah berusaha menyediakan kemudahan dan prasarana yang terbaik. Terpulang kepada kita menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya.

4.

Teori Hirarki Keperluan Maslow

Abraham Harold Maslow (1908 1970) merupakan pendukung kepada aliran psikologi humanistik yang menyentuh cara fikiran, pengamatan serta interpretasi individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Aliran ini berpandangan bahawa individu mempunyai keperluan untuk memperkembangkan potensinya ke tahap maksimum. Abraham Maslow telah mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Andaian di dalam teori ini adalah berasaskan bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Kesedaran tentang ciri ini wujud melalui ekspresi diri sendiri

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

secara spontan dan tidak tersekat. Sekiranya kebebasan ekspresi ini disekat seseorang itu akan menghadapi masalah. Maslow menerangkan bahawa setiap keperluan asas manusia ataupun individu harus dipenuhi sebelum keperluan lain yang lebih tinggi dapat dipenuhi. Mengikut Maslow, keperluan-keperluan manusia terbahagi kepada lima peringkat. Keperluan yang paling asas ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan keperluan sempurna kendiri. Sila rujuk Rajah 1.

Rajah 1

Keperluan Manusia

Keperluan Sempurna Kendiri

Keperluan Penghargaan

Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

4.1 Nama

Kajian Kes A Faizul Bin Rupni No 5-6, Blok F, Flat Sg. Plan, Jalan Kidurong, 97000 Bintulu. Rendah Bapa : Buruh : RM600.00 : SURI RUMAH TANGGA : Tiada

Alamat Tahap Ekonomi

Pekerjaan

Gaji Ibu Gaji

SOALAN KAJI SELIDIK Soalan 1. Adakah anda mendapat makanan, minuman, pakaian dan keperluan asas lain dengan baik ? 2.Adakah semua keperluan yang anda dapat sudah memuaskan hati? Jelaskan. 3.Bagaimana rasanya sekarang ini, tentang keselamatan anda.Rasa selamat atau tidak? Berikan alasan kepada jawapan anda. 4.Anda sayang keluarga anda?Siapa yang lebih anda sayang ? Kenapa? Jawapan / Catatan Tidak sepenuhnya. Keluarga kami kurang berada. Tidak. Kadangkala rasa cemburu melihat rakan-rakan berbaju baru dan dapat makan di KFC. Saya rasa kurang selamat apabila berada di rumah kerana rumah kami terletak di kawasan yang padat penduduk dan banyak berlaku kes jenayah. Sudah tentu saya sayang keluarga saya. Saya sayang semua ahli keluarga saya.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

5.Bagaimana perasaan anda bila tidak dihormati oleh orang lain? Mengapa anda berperasaan sedemikian ? 6. Sekiranya anda disuruh belajar secara sendirian tanpa kehadiran guru, boleh atau tidak ? Mengapa anda menyatakan sedemikian? Berikan sebab. 7.Apa yang ingin dicapai oleh anda di masa hadapan? Mengapa anda memilih cara sedemikian?

Saya rasa marah dan kecewa. Saya mahu saya dihormati dan tidak mahu dianggap bodoh.

Boleh tetapi guru perlu memberi kerja dan panduan untuk membuat kerja semasa beliau tiada. Saya ingin menjadi polis. Saya mahu belajar bersungguh-sungguh seperti yang disuruh cikgu dan keluarga. Saya mahu membantu keluarga saya.

KELEBIHAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT 1. Seorang yang bermotivasi untuk berjaya dalam hidupnya. 2. Seorang yang belum mencapai tahap kepuasan yang normal mengikut hierarki Maslow. Masih terdapat banyak perkara yang tidak memuaskan hati. 3. Seorang yang tidak terlalu rasa kecewa dengan keadaan yang dialaminya. Ini kerana pelajar ini menyedari dan memahami kedudukan keluarga secara amnya. 4. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk membantu keluarganya. RUMUSAN 1. Murid ini adalah seorang yang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi bagi mencapai matlamat untuk terus berjaya .Keadaan persekitaran dirinya dan keluarga telah banyak memotivasikan dirinya sendiri untuk lebih gigih belajar. Justeru itu, menurut hierarki Maslow, pelajar ini mementingkan faktor sepunya, esteem (hormat) dan pewujudan kendiri yang amat positif dalam dirinya. 4.2 Nama Alamat Kajian Kes B Kathy Ak Lunggin No. 78, Perumahan Fasa 1, Perumahan Sg.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Plan, Jalan Kidurong, 97000 Bintulu. Tahap Ekonomi Tinggi Bapa Pekerjaan Gaji Ibu Gaji : Kontraktor : RM15000.00 : SURI RUMAH TANGGA : Tiada

SOALAN KAJI SELIDIK Soalan 1. Adakah anda mendapat makanan, minuman, pakaian dan keperluan asas lain dengan baik ? 2.Adakah semua keperluan yang anda dapat sudah memuaskan hati? Jelaskan. 3.Bagaimana rasanya sekarang ini, tentang keselamatan anda.Rasa selamat atau tidak? Berikan alasan kepada jawapan anda. 4.Anda sayang keluarga anda?Siapa yang lebih anda sayang ? Kenapa? 5.Bagaimana perasaan anda bila tidak dihormati oleh orang lain? Mengapa anda berperasaan sedemikian ? 6. Sekiranya anda disuruh belajar secara sendirian tanpa kehadiran guru, boleh atau tidak ? Mengapa anda menyatakan sedemikian? Berikan Boleh. Saya boleh belajar dengan guru tuisyen atau abang saya. Jawapan / Catatan Makanan semua ada, pakaian cukup, alat permainan video ada, dan kami selalu makan di KFC. Saya puas hati tetapi ada banyak lagi yang saya mahu ayah beli seperti komputer riba.

Saya rasa kurang selamat apabila berada di rumah kerana rumah kami pernah dimasuki pencuri. Sudah tentu saya sayang keluarga saya. Saya sayang semua ahli keluarga saya. Saya rasa marah dan kecewa. Saya selalu membelanjakan rakan-rakan saya. Mereka sepatutnya hormat kepada saya.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

sebab. 7.Apa yang ingin dicapai oleh anda di masa hadapan? Mengapa anda memilih cara sedemikian? Saya ingin menjadi doktor. Saya mahu belajar bersungguh-sungguh seperti yang disuruh cikgu dan keluarga. Saya ingin berjaya seperti ayah, abang dan kakak saya.

KELEBIHAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT 1. Seorang yang bermotivasi untuk berjaya dalam hidupnya. 2. Seorang yang sudah mencapai banyak keperluan asasnya. 3. Seorang yang berasa bangga dengan keadaan keluarga dan yakin diri. 4. Seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu mencontohi kejayaan keluarganya. RUMUSAN 1. Murid ini adalah seorang yang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi. Latar belakang keluarga yang berada. Mempunyai sikap yakin diri, manja dan ego.

4.3 Nama

Kajian Kes C Mohamad Faridzul B. Adenan SM Balai Ringin, Serian. Sederhana Sendiri : Guru Gaji : RM4000.00 : Surirumah : Tiada

Alamat Tahap Ekonomi

Pekerjaan Isteri Gaji SOALAN KAJI SELIDIK

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Soalan 1. Adakah anda mendapat makanan, minuman, pakaian dan keperluan asas lain dengan baik ? 2.Adakah semua keperluan yang anda dapat sudah memuaskan hati? Jelaskan. 3.Bagaimana rasanya sekarang ini, tentang keselamatan anda.Rasa selamat atau tidak? Berikan alasan kepada jawapan anda.

Jawapan / Catatan Memuaskan Tidak sepenuhnya kerana saya belum lagi membeli rumah.

Saya rasa selamat kerana saya hidup di negara yang aman damai.

4.Anda sayang keluarga anda?Siapa yang lebih anda sayang ? Kenapa?

Saya sayang ibu dan bapa serta keluarga saya. Mereka telah banyak memberikan sokongan kepada saya.

5.Bagaimana perasaan anda bila tidak dihormati Sudah tentu saya rasa marah oleh orang lain? Mengapa anda berperasaan sedemikian ? 6. Sekiranya anda disuruh belajar secara sendirian tanpa kehadiran guru, boleh atau tidak? Mengapa anda menyatakan sedemikian? Berikan sebab. 7.Apa yang ingin dicapai oleh anda di masa hadapan? Mengapa anda memilih cara sedemikian? Saya ingin menjadi guru yang cemerlang dan bahagia dalam hidup bersama keluarga. KELEBIHAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT 1. Seorang yang telah berjaya dalam hidup dan berpendapatan tetap. 2. Seorang yang belum mencapai tahap kepuasan yang normal mengikut hierarki Maslow. Masih ada yang perlu dicapainya seperti membeli rumah. 3. Seorang yang berprinsip menghormati orang lain dan mahu dihargai oleh orang lain. Boleh. Zaman kini zaman IT. Cari maklumat dalam internet. khususnya jika anak murid saya tidak menghormati saya.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

4. Seorang yang mahu berjaya dalam bidang kerjaya dan berkeluarga. RUMUSAN Individu ini telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam hierarki keperluan asas Maslow. Beliau seorang guru yang berjaya dan berpendidikan tinggi. Masih belum mempunyai rumah tetapi akan mendapatnya suatu masa nanti. Seorang yang bertanggungjawab dan penyayang.

Rujukan : Di Balik Pemikiran Pendidikan John Dewey (2008)[Online]. Available: http://mimbardemokrasi.blogspot.com/2008/01/pemikiran-john-dewey.html (2008, Ogos 12) Dr. C. George Buence,Abraham Maslow 1908-1970 (2006)[Online]. Available: http://webspace.ship.edu/cyber/maslow.htm [ 2008, Ogos 10] Ee Ah Meng ,Psikologi Perkembangan Asas Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur. Fajar Bakti. http://www.mscmalaysia.my/topic/ (2008, Oktober 07) http://www.answers.com/favicon.ico (2008, August 4) http://www.apdip.net/favicon.ico. (2008, August 05) http://education.stateuniversity.com/pages/1830/Childs-John-L-1889-1985.html (2008, August 09) http://www.iep.utm.edu/d/dewey.htm (2008, September 07) Four Twentieth Century Theories Of Education (n.d). [Online]. Available : http://people.morehead-st.edu/fs/w.willis/fourtheories.html (2008, September 08)

Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus dan etc. al. (2008). HBEF2103 : Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

HBEF2103 - Psikologi Pendidikan / animas2yah@oum.edu.my

2008

Web Development Agency Malaysia (2006), Statistik Pengguna Internet. [Online]. Available : http://www.protalniaga.com/images/favicon.ico. (2008, September 15)

Wehmeier, S. et.al. (7th Eds.). (2005). Oxford York. Oxford University Press.

Advanced Learner's Dictionary. New