Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum Warahmatallahi wabarakatuh Sesungguhnya orang-orang yang tidak mempercayai Al-Quran apabila ia mendatanginya, dan (ketahuilah) bahawasanya

Al-Quran itu adalah sebuah kitab yang cukup berkuasa. Al-Quran tidak akan didatangi kebatilan dari hadapannya atau belakangnya. Itulah wahyu dari Tuhan yang Bijaksana dan Terpuji. ( Surah Al Fushilat : ayat 41-42 ) Pertama dan selamanya kita bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat jua kita bersama-sama meluangkan masa dan waktu untuk mengikuti dan seterusnya menghayati Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian Pedalaman 1432 Hijrah / 2011 Masihi. Walaupun kita merasa penat dan letih, namun memandangkan pertemuan ini difokuskan kepada perkembangan Dakwah Islamiah dan pertemuan ini bertujuan memenuhi kepentingan kita bersama, maka komitmen secara sungguh-sungguh dan kolektif telah member satu tenaga baru untuk kita bekerja dengan lebih tersusun, lebih terarah dan lebih komited. Komitmen dalam menyempurnakan tugas ini secara istiqamah menjadikan kita lebih segar dan lebih bertenaga. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjur Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian Pedalaman kerana telah Berjaya merangka kerja, melaksana upacara menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran pada tahun ini.

Muslimin Muslimat yang dikasihi Allah, Kemerduan dan kelunakkan alunan Al-Quran adalah manifestasi keindahan dan ketertiban bahasa yang terkandung pada kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T dengan pelbagai kaedah dan gaya bahasa digunakan bagi menyerlahkan keindahan bahasa ayat-ayat cinta Allah kepada kita. Disamping itu, dengan Al-Quran juga kita dapat memperoleh pelbagai manfaat yang Maha banyak dari Allah S.W.T. Tema Majlis Tadarus Al-Quran kali ini, AL-QURAN TERAS KEGEMILANGAN UMAT CEMERLANG

Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang mafhumnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selamalamaya iaitu Al-Quran dan Sunnahku.

Muslimin Muslimat yang berbahagia, Saya ingin menarik perhatian bahawa seperti yang kita semua maklum, sebagai umat Islam kita ketahui bahawa Al-Quran adalah Kitabullah yang diturunkan penuh dengan

peristiwa ke atas junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. Melalui hadith-hadith Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan Al-Quran penuh dan lengkap dengan ajaran tentang kehidupan seharian. Ajaran yang menyuruh manusia mengamalkan maaruf ( kebaikan ) dan menghindari mungkar. Memberikan panduan dan jalan sebenar yang dituntut oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita berpegang dan berlandaskan Al-Quran sebagai panduan hidup. Kita pegang ajarannya bagi kesempurnaan dan kepuasan hidup. Dan samasama kita berdoa serta berusaha agar kehidupan kita sentiasa berlandaskan Al-Quran disamping kita menghayati seterusnya mengamalkannya dengan penuh rasa kehambaan walau di mana saja kita berada.

Muslimin Muslikmat, Akhir sekali, syabas dan tahniah sekali lagi kepada Urusetia dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran untuk kali ini. Semoga majlis ini dapat berjalan dengan baik dan yang paling penting mendapat keberkatan dan hidayah dari Allah S.W.T. ISLAM.ID GINAWO SOGIGISOM Sekian, Wassalam.