Anda di halaman 1dari 12

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH DALAM PENULISAN BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN LITTLE BOOK.

Oleh Zalinawati Othman Sekolah Kebangsaan Bandar Endau 86900 Endau Johor Abstrak
Kajian ini saya laksanakan kerana kesedaran pada diri sendiri untuk keluar daripada pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika disebut Bahasa Inggeris ramai murid yang mengeluh, bagi mereka subjek ini adalah susah.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid, ujian pra dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukan murid tidak mahir menulis ayat, banyak perkataan yang salah serta susunan ayat yang tidak tepat. Kemahiran menulis adalah penting bagi setiap murid untuk mendapat markah yang tinggi.Justeru itu, saya telah memperkenalkan kaedah Little Book. Melalui kaedah ini, murid dikehendaki menulis ayat mudah secara berulang-ulang serta melukis mengikut kreativiti mereka. Seramai 36 orang murid serta seorang guru terlibat dalam kajian ini. Dua belas Little Book telah dihasilkan dalam tempoh tiga bulan berdasarkan topik mengikut sukatan. Keputusan Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid lebih berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris.

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Setelah mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas 2 Cendekiawan saya dapati mereka kurang berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apabila diajukan soalan, mereka sering menjawab tidak faham malah menjawab sambil lewa. Saya mendapati kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja yang diberikan walaupun diminta untuk menulis satu ayat mudah seperti This is a pencil .Kebanyakan mereka akan meniru kawan serta tidak ingin mencuba menyiapkan kerja yang diberi.Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya. Saya telah menggunakan kaedah Little Book. Kaedah Little Book merupakan sebuah buku kecil yang digunakan oleh muridmurid untuk menulis ayat mudah secara berulang-ulang serta melukis gambar dengan kreatif mengikut helaian muka surat. Penggabungjalinan ini diharapkan dapat melatih murid-murid dalam kemahiran menulis struktur ayat yang betul dan memperkayakan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Hal ini kerana saya yakin seni adalah kaedah paling sesuai bagi memupuk minat dan kreativiti murid-murid. Ia secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam perkembangan intelektual dan emosional malah menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris lebih menarik dan menyeronokkan. Muridmurid perlu dilatih untuk menulis apabila mereka telah bersedia dan mereka akan terdorong untuk menulis apabila mendapat tunjuk ajar yang betul. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

2.0 Fokus kajian Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat membina ayat mudah kerana mereka tidak faham Bahasa Inggeris, tidak boleh mengeja dengan betul serta meniru rakan untuk mendapat jawapan. Apabila amalan meniru menjadi tabiat menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah penting bagi murid-murid 2 Cendekiawan untuk membina ayat dengan struktur yang betul kerana mereka memerlukan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan diri. Jika murid tidak boleh membuat ayat dengan betul ini akan memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka. Mereka akan menggangap Bahasa Inggeris adalah subjek yang susah serta hilang minat untuk terus belajar. Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris. 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membina ayat dalam penulisan Bahasa Inggeris bagi murid-murid Tahap 1. 3.2 Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah agar : i. Murid boleh membina ayat mudah didalam penulisan Bahasa Inggeris. ii. Meningkatkan pencapaian murid mata pelajaran Bahasa Inggeris. iii. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam penguasaan Bahasa Inggeris iv. Mengubah sikap persepsi murid bahawa Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang mudah difahami. 4.0 Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran terdiri daripada 36 orang murid 2 Cendekiawan. 5.0 Perlaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini .Saya telah menggunakan tiga cara untuk mengumpul data iaitu memeriksa buku tulis, ujian pra dan pemerhatian. 5.2 Analisis Tinjauan masalah. i. Memerika Buku Latihan Saya telah memeriksa secara rawak buku 5 orang murid dan mendapati 4 daripada murid telah membuat kesalahan dari segi ejaan dan juga struktur ayat. Jadual 1 :Kesalahan ejaan dan ayat Jenis Kesalahan Contoh Pensil Ejaan Two this is ducks Struktur ayat Jadual 1 menunjukkan contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam buku latihan yang diperiksa.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

ii. Ujian Pra Saya telah menjalankan ujian pra yang mengkehendaki murid menjawab 5 soalan yang terdiri daripada mengeja perkataan dan menyusun struktur ayat dengan betul. Jadual 2: Keputusan Ujian Pra Markah Bil. Murid (%) 5 1 3 4 4 11 3 2 6 2 9 25 1 20 55 Jumlah 36 100 Berdasarkan keputusan Ujian Pra dalam Jadual 2, didapati hanya seorang murid berjaya menjawab semua soalan dengan betul manakala selebihnya gagal. Dalam hal ini mereka tidak dapat mengeja dan membina ayat mudah dengan struktur ayat yang betul. 5.3 Tindakan yang dijalankan Sebanyak empat langkah perlu diikuti oleh murid-murid untuk menghasilkan Little Book. Langkah 1 : Murid-murid dikehendaki membina 4 atau 6 ayat Bahasa Inggeris berdasarkan pada helaian muka surat. Contoh : There are two ducks There are five birds There are eight cows There are ten cats Langkah 2 : Murid-murid dikehendaki menulis Title dan Narrated by di sebelah hadapan kulit buku tersebut dan menulis muka surat di setiap helaian Little Book. Langkah 3 : Murid melukis atau menampal gambar-gambar berdasarkan ayat yang telah mereka tulis serta mewarna mengikut kreativiti mereka. Langkah 4 : Membaca Little Book bersama kawan kawan 5.4 Perlaksanaan Tindakan Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : Objects : Sentence structure I want a . . . . : read the text with correct intonation and pronunciation : students orally I want a pencil : write simple sentence in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Gambar 1 : Contoh Little Book bagi topik Objects Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Pemerhatian Murid-murid seperti terpaku melihat contoh Little Book. Mereka tidak sabar-sabar untuk menjalankan aktiviti tersebut. Apabila aktiviti bermula saya menghadapi masalah muridmurid mengambil masa untuk menulis ayat walaupun sudah diberikan contoh. Mereka banyak memberikan tumpuan melukis sementara menulis agak perlahan, hanya empat orang yang memberikan penuh perhatian dan menyiapkan kerja. Manakala yang selebihnya tidak dapat menyiapkan kerja mereka. Refleksi Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid kelihatan seronok tetapi kurang memberi tumpuan. Untuk aktiviti seterusnya saya akan menggunakan Buku teks Tahun 2 dan Buku aktiviti Tahun 2 supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas. Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : Colours : Sentence structure A blue . . . . : read the text with correct intonation and pronunciation : students orally A pink balloon : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Gambar 2 : Contoh Little Book bagi topik Colours Pemerhatian Murid -murid mula membuat rujukan dalam buku teks dan buku aktiviti Tahun 2. . Refleksi Dalam masa satu jam sahaja, murid-murid sudah mengenali objek-objek di dalam Bahasa Inggeris. Saya tidak mempunyai masalah untuk menerangkan maksud perkataan. Jika ada kesalahan ayat mereka segera membuat pembetulan dan melihat kembali contoh ayat dalam Buku teks Tahun 2. Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : Numbers : Sentence structure There are _____ . This is ________. (Textbook Page 21) : read textbook (page 22) : students orally There are five ducks : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Gambar 3 : Contoh Little Book bagi topik Numbers Pemerhatian. Murid-murid didapati boleh membetulkan kesalahan ayat rakan mereka. Refleksi Saya tidak menyangka perubahan yang begitu ketara. Murid-murid begitu tekun daripada sebelumnya mereka lebih berhati-hati semasa membina ayat. Mereka sudah dapat membezakan ayat seperti There isThere are . Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : Numbers (Addition/Plus) : Sentence structure Two plus one equals three : read Activity book (page 34) : students orally Two plus one equals three : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Gambar 4 : Contoh Little Book bagi topik Numbers Addition / Plus Pemerhatian Murid lebih berdikari. Arahan yang diberi oleh guru mudah difahami. Saya juga dapati mereka tidak mempunyai masalah untuk membina ayat hanya dengan sedikit arahan. Refleksi Saya rasa kerja saya bertambah mudah kerana kebanyakan murid boleh berdikari. Saya boleh memberi fokus kepada murid yang lemah. Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : Numbers (Subtraction/Minus) : Sentence structure Five minus two equals three : read Activity book (page 34) : students orally Five minus two equals three : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Gambar 5 : Contoh Little Book bagi topik Numbers Subtraction / Minus Pemerhatian Semua murid dapat membina ayat dengan betul. Perubahan dari segi tingkah laku iaitu yakin dan faham serta sentiasa bersedia dengan aktiviti yang akan saya jalankan. Tiada kesalahan ayat. Murid sudah menunjukkan keyakinan serta tidak takut untuk bertanya kepada guru. Refleksi Saya gembira dan seronok kerana murid-murid menunjukkan kesungguhan mereka. Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : My Family : Sentence structure My _______________. : read Textbook (page 36) : students orally This is my mother : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Gambar 6 : Contoh Little Book bagi topik My Family Pemerhatian Murid-murid dengan mudah menulis perkataan mother, father, brother dengan betul. Refleksi Pembelajaran dan pengajaran bertambah mudah dengan hanya sedikit arahan.Saya juga boleh menyelia kerja mereka dengan mudah. Topic : I Like ________ Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4

: Sentence structure I like ___________. : read Textbook (page 37) : students orally I like ________. : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Gambar 7 : Contoh Little Book bagi topik I Like Pemerhatian Murid nampak begitu seronok untuk belajar Bahasa Inggeris kerana mereka boleh melukis dan mewarna pada setiap tajuk yang saya ajar. Refleksi Saya tidak perlu menterjemahkan maksud perkataan. Hanya menulis ayat yang berulangulang (repetition) mereka mudah untuk membina ayat walaupun ditukar perkataan dibelakang ayat seperti I like _______. Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : Clothing : Sentence structure My ___________. : read Textbook (page 38) : students orally My ________. : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Gambar 8 : Contoh Little Book bagi topik Clothing Pemerhatian Mereka mula menulis dan melukis berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid juga menggunakan daya imaginasi dan tidak lagi bergantung pada buku teks untuk menghasilkan Little Book mereka.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Refleksi Saya merasa gembira kerana mereka menunjukkan perubahan seperti membawa pelbagai jenis buku untuk dibuat rujukan. Menulis ayat secara berulang ulang dapat membina pemikiran mereka supaya berfikir dengan cepat. Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : My Body : Sentence structure These are my ______. This is my _________. : read Textbook (page 42 - 43) : students orally These are my legs. : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Gambar 9 : Contoh Little Book bagi topik My Body Pemerhatian Perubahan dapat dilihat apabila murid-murid mengingat kembali apa yang saya ajar pada pelajaran yang lepas. Contohnya There are There is.. apabila diminta membaca buku mereka kepada kawan-kawan masingmasing berebut untuk membaca buku yang mereka tulis. Refleksi Saya dapat mengenali murid-murid saya dengan lebih rapat kerana mereka sentiasa bertanya dan bekerjasama dengan guru. Topic : Story Time (Rose Bed) Focus : Sentence structure in the textbook

Gambar 10 : Contoh Little Book bagi topik Story Time (Rose Bed) Pemerhatian Murid bertambah seronok apabila dapat menulis cerita dengan hanya menyalin ayat dari buku teks. Malah murid boleh menilai hasil kerja sendiri dan rakan ketika membaca semula Little Book. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Refleksi Saya merasa seronok kerana aktiviti ini dapat menarik minat murid murid serta berkongsi idea bersama mereka. Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : Buildings and Directions : Sentence structure This is a ___________. : read Textbook (page 68 - 69). : students orally This is a ____________. : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Gambar 11 : Contoh Little Book bagi topik Buildings and Directions Pemerhatian Murid-murid dapat mengembangkan idea serta membetulkan kesalahan ayat dengan mudah. Bagi murid murid, menulis dalam Bahasa Inggeris menggunakan ayat yang betul adalah penting. Selain daripada menyebut perkataan dengan betul mereka juga boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris. Refleksi Saya merasakan bahawa aktiviti ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mengingati ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris. Topic Focus Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 : Animals : Sentence structure This is a ______. It has _________. : read Textbook (page 72 - 73). : students orally This is a ____________. : write simple sentences in Little Book : in groups tell the story which has been written.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Gambar 12 : Contoh Little Book bagi topik Animals

Pemerhatian Murid murid kelihatan seronok kerana topik Animals. Terdapat murid yang ingin menulis dua atau tiga ayat dalam satu muka surat. Mereka telah menunjukkan keyakinan diri dan tidak takut bertanya. Refleksi Saya merasakan objektif kajian saya sudah tercapai kerana murid murid sudah berupaya menulis ayat dengan ejaan dan struktur ayat yang betul. Murid murid juga mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan seronok ketika belajar Bahasa Inggeris. 5.5 Refleksi Kajian Setelah selesai menjalankan aktiviti Little Book yang melibatkan 12 topik dalam sukatan, saya telah menjalankan Ujian Pos. Jadual 3 : Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Markah 5 4 3 2 1 Ujian Pra 1 3% 4 11% 2 6% 9 25% 20 55% Ujian Pos 35 97% 1 3% -

Graf 1 : Menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kelas 2 Cendikiawan Tahun 2005

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

10

Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Kelas 2C Tahun 2005 40 35 30 25


B Murid il.

35

20 15 10 5 0 1

20

9 0 0 2 0 4 1 1

2
Ujian Pra

3
M a rk ah

4
Ujian Pos

Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 1,saya mendapati perubahan begitu ketara sekali. Dalam Ujian Pos didapati 35 orang murid 2 Cendekiawan telah mendapat markah penuh berbanding markah Ujian Pra hanya 1 orang sahaja. Hal ini kerana semasa Ujian Pra dijalankan murid-murid belum mendapat pendedahan cara membina ayat-ayat dengan betul. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah mengikuti aktiviti Little Book bagi 12 topik yang membimbing murid murid untuk mengeja dan membina struktur ayat yang betul. Jadual 4 :Kesalahan ejaan dan ayat Sebelum Aktiviti Selepas Aktiviti Pensil Pencil Two this is ducks There are two ducks

Jenis Kesalahan Ejaan Struktur ayat

Selepas aktiviti Little Book berdasarkan 12 topik dijalankan, saya dapati murid-murid 2 Cendekiawan telah dapat menulis ayat mudah dengan struktur yang betul seperti yang terdapat dalam Jadual 4 kerana mereka telah diberi pendedahan cara menulis struktur ayat dalam Bahasa Inggeris dengan betul tanpa kesalahan ejaan. 5.5.1 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Selepas kajian saya dapat melihat perubahan yang besar kepada murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum aktiviti ini dijalankan pelbagai masalah timbul untuk menarik minat mereka belajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana kebanyakan mereka mempunyai latar belakang keluarga yang miskin kurang perhatian daripada ibu bapa serta kurang bahan bacaan tetapi setelah melaksanakan kajian ini saya dapati sikap mereka telah berubah daripada pasif kepada aktif ketika aktiviti dijalankan. Paling menggembirakan saya, mereka begitu meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris dan selalu bertanya .Teacher . esok aktiviti apa teacher. ataupun bila saja masa berakhir kedengaran alah.. teacher ngajar la kelas kita sampai balik malah ada yang datang kepada saya ingin melihat apa yang saya bawa pada hari itu. Selepas kelas berakhir saya pasti akan mencari idea dan membuat perancangan untuk pengajaran keesokkan harinya. Sebelum kajian ini dilaksanakan saya tidak tahu bagaimana cara untuk membuat aktiviti yang boleh menarik minat mereka. Setiap kali melangkah ke kelas 2 Cendekiawan saya seolah-olah merasakan diri ini seperti penyanyi kerana bila saja bermula kelas Bahasa Inggeris kedengaran sorakkan Ye.Ye teacher Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

11

datang dengan begitu kuat sekali. Bila saya meletakkan barang-barang di atas meja, mereka sudah tahu hari ini saya akan menjalankan aktiviti yang menarik. Nampaknya mereka begitu bersedia setiap kali kelas bermula. Saya memang tidak menyangka murid-murid boleh membina ayat hanya dalam masa beberapa minit saja. Mereka sudah mahir, malah ada yang cuba menulis 2 atau 3 ayat di dalam satu muka surat tanpa bertanyakan pada saya. Nampaknya saya telah dapat menerapkan sifat keyakinan dalam diri murid-murid saya. Mereka juga tidak menghadapi masalah dalam menjawab soalan di dalam buku aktiviti tahun 2. Jika terdapat masalah mereka akan terus bertanya. Keyakinan yang dapat diterapkan melalui aktiviti ini telah membuahkan kejayaan, salah seorang murid 2C telah memenangi tempat Ketiga dalam pertandingan Story Telling peringkat Negeri Johor, bukanlah mudah untuk memenangi pertandingan apatah lagi terpaksa bersaing dengan murid-murid dari kawasan bandar yang begitu petah bercakap dalam Bahasa Inggeris. Saya begitu kagum bila ada ibubapa yang mengikuti perkembangan dan mengesan perubahan pada anak-anak mereka. Saya merasa bangga kerana telah dapat menarik perhatian ibu-bapa sehingga ada yang terharu anak-anak mereka boleh menulis dalam Bahasa Inggeris. 6.0 Cadangan kajian Dapatan kajian dan kaedah Little Book menunjukkan bahawa Kaedah Little Book menunjukkan terdapat perubahan pencapaian dan penguasaan kemahiran murid-murid dalam membina ayat mudah dengan struktur ayat yang betul .Murid-murid 2 Cendekiawan telah menunjukkan sikap yang positif dan yakin dalam kemahiran menulis ayat mudah. Melalui refleksi dapatan kajian ini saya akan melaksanakan kajian ini kepada murid kelas lain pula. Bibliografi Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Manjin Gill, Matishwar Kaur,Kan Yuet Yee (2003) English Year 2 Sekolah Kebangsaan Text Book. Dewan Bahasa dan Pustaka. Manjin Gill, Matishwar Kaur,Kan Yuet Yee (2003) English Year 2 Sekolah Kebangsaan Activity Book. Dewan Bahasa dan Pustaka Pn. MariamMohamed Nor, En.Abd.Halim Bin Ibrahim. (2004) University Perguruan Sultan Idris. HBET 2303 Writing in an ESL Context. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

12