Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN ILMIAH (Satu Guru, Satu Projek) SK.

SEBERANG JAYA Tajuk : Aspek Koheren dalamWacana Bahasa Melayu Oleh:SITI AZIZAH BINTI HARUN(750314-08-5362)

TAJUK : ASPEK KOHEREN DALAM WACANA BAHASA MELAYU .OLEH : SITI AZIZAH BINTI HARUN ABSTRAK Tujuan utama jurnal ini ditulis adalah untuk membincangkan penggunaan aspek koheren dalam wacana Bahasa Melayu dengan lebih terperinci dengan harapan para penutur jati Bahasa Melayu, terutamanya para guru dan para pelajar di SMK Elopuradapat melalui proses pengajaran dan pemelajaran (P&P) dengan lebih berkesan.Makalah ini dibahagi kepada empat bahagian utama. Bahagian pertama merupakan pengenalan terhadap tajuk. Bahagian kedua cuba mendefinisikan istilah koheren dengan lebih terperinci. Bahagian ketiga pula menghuraikan dengan lebih jelas tentang unsur-unsur yang berkaitan dengan koheren serta beberapa contoh pengaplikasianaspek koheren dalam wacana. Akhir sekali, bahagian keempat menyimpulkan perbincangan makalah dengan harapan dapat meningkatkan kefahaman para guru dan para pelajar akan kepentingan aspek koheren dalam mencapai objektif P&P. PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, koheren (kohren) bermaksudkesinambungan atau keterikatan antara satu ayat dengan ayat yang lain dalamsesebuah wacana supaya mudah difahami. Manakala, menurut Asmah Haji Omar (1980) pula, wacana merupakan satu unit tatabahasa yang melepasi batas ayat. Hal inibermakna, wacana adalah satu unit bahasa atau tatabahasa yang saling bertautan danterletak pada kedudukan yang paling tinggi berbanding semua unit tatabahasa yang lain 2 seperti sintaksis, morfologi, semantik, fonetik, dan fonologi. Hal ini adalah disebabkanoleh kelebihan yang ada pada sesebuah wacana tersebut, iaitu wacana dianggapsebagai suatu idea yang paling lengkap, sempurna, dan utuh dalam sistem linguistikbahasa Melayu. Wacana utuh yang dimaksudkan tersebut adalah wacana yangmempunyai ayat yang saling bertautan, mempunyai kesatuan, dan bersinambunganantara satu sama lain yang bertanggungjawab membentuk struktur serta menghasilkansebuah wacana yang lengkap. Aspek penting dan utama yang perlu wujud untukmembentuk kesatuan antara ayat-ayat tersebut dikenali sebagai koheren. DEFINISI KONSEP

Menurut H.G.Tarigan (1987), koheren adalah satu keserasian hubungan antarasatu unsur dengan unsur yang lain dalam wacana sehingga terciptanya suatupengertian yang bermakna. Manakala, bagi Asmah Haji Omar (1980) pula, beliaumendefinisikan koheren sebagai satu keteraturan fikiran yang merujuk kepada bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan pautan dalam sesuatu teks. Koheren akan wujudapabila bahagianbahagian teks itu memperlihatkan logik antara idea-idea. Sementaraitu, bagi Wohl (1978) pula, koheren dianggap sebagai suatu pengaturan secara rapikenyataan dan gagasan, fakta, dan idea untuk menjadi satu untaian yang logiksehingga makna yang dibawanya mudah difahami. Oleh yang demikian, dapatlahdisimpulkan di sini bahawa koheren adalah setiap unsur yang membentuk wacanaseperti ayat, perenggan, bab, dan lain-lain yang mempunyai hubungan antara satusama lain yang merujuk kepada persoalan pokok, tajuk serta tema sesuatu wacanayang dibincangkan. Koheren juga boleh dilihat dari segi isi kandungan dan gayapersembahan dalam sesebuah teks yang menunjukkan satu kesatuan yang tepatdengan tajuk serta penggunaan aspek kohesi yang betul. HURAIAN KONSEP Lazimnya, sesebuah wacana yang koheren dapat difahami oleh audien, iaitusama ada oleh pendengar atau pembaca kerana berdasarkan perkara yang telahdibincangkan tadi, koheren merupakan kesatuan menyeluruh yang tertumpu kepadapokok persoalan sesebuah wacana. Justeru, audien atau individu yang menerimawacana tersebut mesti dapat memahami maksud sebenar wacana itu walaupunwacana yang disampaikan tidak mengandungi aspek kohesi, iaitu keserasian hubunganantara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana(Nik Safiah Karim, 2002). Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa unsur dalam mindamanusia yang membolehkan audien memahami sebuah wacana yang tidak kohesi,tetapi dianggap koheren. Unsur-unsur tersebut adalah penggunaan inferen, penciptaankonteks dan juga mengenal pasti fungsi komunikatif atau ujaran yang merupakan carauntuk memahami sesebuah wacana yang tidak kohesi. i) Unsur Inferen Unsur inferen adalah suatu kesimpulan yang dibuat berdasarkan bukti-bukti yangtersembunyi. Unsur ini merupakan proses yang perlu dilalui oleh audien untukmemahami makna yang ingin disampaikan oleh penutur atau penulis dalam sesebuahwacana selain perkara yang telah diujarkan ataupun ditulis. Setelah berusaha untukmemahami makna yang ingin disampaikan oleh penulis atau penutur tersebut,seterusnya audien akan berusaha pula untuk menginterpretasikan makna yang tersembunyi itu dengan cara meneka atau mengandaikan maklumat yang mungkinwujud dalam wacana terbabit, tetapi pada zahirnya tidak ada. Justeru, maklumat yangdiwujudkan atau diandaikan tersebut adalah berdasarkan maklumat yang diketahuidaripada pengalaman dan pemerhatian audien sahaja. Pendek kata, kenyataan inferenadalah tekaan atau andaian audien semata-mata terhadap maklumat yang tidakdiketahui berdasarkan maklumat yang sedia ada. Secara amnya juga, inferendigunakan untuk mengembangkan idea asal dari sumber mesej antara penutur ataupenulis dengan pendengar atau pembaca. Misalnya, lihat contoh (1) berikut :Contoh (1) : a) Budak itu menangis.

b) Lututnya berdarah. Jadi, inferennya ialah : c ) Budak itu menangis kerana terjatuh dan lututnya berdarah. Dalam contoh (1) tersebut, (c) adalah inferen audien kerana penyataan tersebutadalah maklumat yang diandaikan oleh audien semata-mata dan tidak semestinyaseratus peratus tepat. Namun begitu, terdapat juga sesetengah inferen yang dapatdibuktikan kebenarannya dan sesetengahnya pula hanyalah kebarangkalian sahaja.Berbalik kepada contoh tadi, inferen dibuat berdasarkan maklumat yang terkandungdalam ayat (a) dan ayat (b), manakala maklumat yang terkandung dalam ayat (c) pulaadalah inferen, iaitu hasil daripada proses meneka yang dilakukan oleh audien terhadapbahagian yang tidak ada dalam ujaran. Bahagian tersebut dikenali sebagai missing link atau bridging assumption yang menjelaskan perhubungan antara (a) dan (b) untukmenghasilkan (c). Dalam proses tersebut, boleh jadi pembentukan inferen mengambil masa yang lama atau tidak, bergantung kepada keadaan. Misalnya, proses inferenakan mengambil masa apabila melibatkan bentuk tidak langsung dan begitu jugasebaliknya, iaitu tidak mengambil masa yang lama kerana missing link merupakansebahagian daripada pengetahuan dunia dan sosiobudaya audien. Oleh yang demikian,dapat kita fahami bahawa inferen bertindak sebagai pengisi ketidaksinambungan dalamsesebuah wacana. Perkara ini dapat dilihat apabila audien ingin membuat interpretasiterhadap sesebuah wacana dan dia merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tidakhadir dalam wacana tersebut. Justeru, inferen sebagai pengisi akan diaplikasikan untukmemastikan wacana yang koheren dan dapat difahami maknanya sepenuhnya. ii) Konteks Unsur kedua yang dapat digunakan untuk memastikan sama ada sesuatuwacana atau teks tersebut koheren dan dapat difahami ialah dengan mencipta konteks .Menurut Halliday dan Hassan (1976), selain penggunaan kohesi yang sesuai dangramatis, koheren juga bergantung kepada konteks dan situasi untuk menyampaikanmakna wacana. Hal ini disebabkan koheren atau kesatuan wacana itu dapat ditentukandengan cara mengenal pasti konteks sesuatu ujaran berkenaan. Sebenarnya, istilahkonteks adalah kependekan daripada istilah keperihalan keadaan (context of situation) dan diperkenalkan oleh seorang ahli antropologi, iaitu Bronislaw Malinowski (1923).Malinowski telah menjalankan satu kajian terhadap penduduk di Pulau Trobian SelatanPasifik dan beliau mendapat tahu bahawa penduduk berkenaan menggunakan bahasaKriwinian sebagai alat komunikasi mereka. Dalam kajian tersebut, beliau menghadapimasalah untuk menginterpretasikan bahasa Kriwinian tersebut ke dalam bahasaInggeris dan beliau telah menggunakan pelbagai cara, termasuklah penggunaan cara biasa seperti terjemahan bebas dan literal. Namun begitu, hasil yang diperoleh tidaklahbegitu memuaskan. Justeru, Malinowski bertindak dengan menggunakan cara huraiantambahan, iaitu dengan meletakkan wacana ke dalam persekitaran hidup pendudukPulau Trobian dan tindakan beliau bukan sahaja melibatkan persekitaran

verbalmereka, tetapi juga melibatkan situasi sewaktu teks diujarkan. Bermula pada saattersebutlah, maka Malinowski memperkenalkan istilah konteks yang merujuk kepadapersekitaran sesebuah teks. Walau bagaimanapun, sekali lagi Malinowski mendapatibahawa amat sukar untuk menghuraikan bahasa Kriwinian dengan hanya berpandukanpersekitaran tanpa menghuraikan aksi yang dilakukan oleh penduduk tersebut semasaberkomunikasi. Hal ini disebabkan bagi beliau makna terhadap aktiviti yang dihuraikanmesti dikaitkan dengan budaya dan dengan itu, Malinowski memperkenalkan pulaistilah context of culture yang merujuk kepada persekitaran budaya sesebuah wacanaatau teks. Sungguhpun demikian, Malinowski tetap menganggap kedua-dua kontekssituasi dan budaya tersebut sama penting untuk kita memahami sesebuah teks koherenyang berasal daripada budaya yang berbeza dengan budaya kita.Seterusnya, idea Malinowski tersebut telah diperkembangkan pula oleh Firth(1935) [disebut dalam H.G. Tarigan, 1987] kerana beliau menganggap idea Malinowskitidak begitu lengkap untuk membentuk sebuah teori linguistik. Firth menganggapkesemua cabang linguistik adalah mengkaji makna dan kesemua makna tersebutadalah fungsi kepada konteks. Tambahan pula, beliau menganggap konteks sesebuahwacana yang diperlukan untuk menghuraikan linguistik mestilah bersifat umum. Justeru,untuk mengkaji sesebuah wacana atau teks, beliau telah memperkenalkan kerangka pendeskripsian konteks situasi (keperihalan keadaan) yang mempunyai empat ciripemerian konteks, iaitu :a) Pemeran (participants) dan ciri-ciri yang berkaitan seperti orang yang terlibatdan personaliti (status dan peranan pemeran).b) Aksi pemeran, iaitu perkara yang dilakukan dan ini termasuklah aksi verbaldan bukan verbal.c) Ciri-ciri situasi lain yang berkaitan dengan konteks seperti objekobjek danperistiwa di sekitarnya.d) Kesan aksi verbal, iaitu perubahan yang berlaku akibat daripada ujaranpemeran.Berikut adalah beberapa contoh teks koheren yang membolehkan audien mencipta danmenggunakan konteks untuk lebih memahami wacana dan makna yang dibawanya : Contoh (2) : a) Tiket! Tiket! b) Saya dah bayar, encik! c) Betul ke ? d) Sebelum naik bas ni tadi. Contoh (3) : Eratosthenes, kerap kali dikenali sebagai bapa geografi kerana diaadalah orang pertama yang membentuk perkataan Geografi. Dalam contoh (2) di atas, audien akan mencipta konteks berdasarkan wacanaperbualan tersebut dan mendapat tahu bahawa situasi komunikasi tersebut berlaku didalam sebuah bas. Hal ini disebabkan pemeran (participants) dan aksinya dapatmenjelaskan bahawa orang yang terlibat dalam wacana adalah konduktor bas dansalah seorang penumpangnya. Manakala, dalam contoh (3) pula, audien dapat mengetahui bahawa petikan tersebut adalah dari aspek geografi kerana situasinyaboleh didapati dalam konteks geografi. iii) Fungsi Ujaran (komunikatif) Unsur ketiga yang dapat digunakan untuk memahami sesebuah wacana yangkoheren adalah dengan mengenal pasti fungsi ujaran atau fungsi komunikatif teks tersebut. Lazimnya, fungsi ujaran digunakan oleh audien untuk menginterpretasisesuatu mesej

yang koheren tetapi tidak kohesi. Hal ini termasuklah juga teks yangtidak melibatkan aspek verbal, iaitu komunikasi bukan lisan dan juga bukan bertulis.Justeru, untuk memastikan sama ada sesuatu wacana itu koheren atau tidak,pendengar perlu menentukannya dengan cara mengenal pasti fungsi komunikatif setiapujaran dan pendengar juga perlu menganggap setiap ujaran yang diterima adalahmewakili aksi atau lakuan tertentu. Misalnya, lihat contoh (4) dan (5) berikut:Contoh (4) : Ujaran Fungsi A Ke mana ? Pertanyaan B Perut aku rasa lapar la. Penjelasan A Oh. Penerimaan dikatakan oleh Aminah , maka dengan mengatakan Amran boleh mengalahkan Sidek , Aminah dapat meyakinkan Siti bahawa Amran boleh mengalahkan Sidek.Demikianlah tadi tiga unsur yang dapat digunakan sebagai satu cara untukmenentukan sama ada sesuatu teks tersebut koheren atau tidak. Sekarang, kita akanmelihat pula tiga jenis teks utama dalam sesuatu wacana, iaitu ;i) teks yang koheren, tetapi tidak kohesi (+ koheren, - kohesi)ii) teks yang koheren serta kohesi (+ koheren, + kohesi)iii) teks yang tidak koheren, tetapi kohesi (- koheren, + kohesi)Teks atau wacana yang koheren tetapi tidak kohesi adalah teks yang seringdigunakan oleh manusia kerana teks tersebut boleh dianggap sebagai wacana yangpaling ringkas dan padat. Oleh itu, makna yang ingin disampaikan oleh penutur akanlebih mudah difahami oleh audien kerana mesej yang koheren tetapi tidak kohesiadalah satu wacana yang mempunyai kesatuan yang menyeluruh walaupun tidakmempunyai pertautan. Berikut adalah contoh wacana +koheren, -kohesi ;Mira : Mana budak-budak tu, mak?Mak : Orang kampung tengah keringkan air dekat baruh tu.Mira : Ayah pergi sekali?Mak : Rumah Tok Penghulu. Ada kenduri.Mira : Mira pergi dulu mak.Mak : Jalan tu, elok-elok sikit!Walaupun wacana di atas tadi tidak mempunyai kohesi, tetapi kita sebagaiaudien masih dapat memahami makna yang terkandung di dalamnya denganmengaplikasikan ketiga-tiga unsur yang telah dibincangkan. Sekarang, kita akanmelihat pula contoh wacana +koheren, +kohesi ; Mira : Senyap je. Mana budak-budak tu pergi, mak?Mak : Mungkin pergi tangkap ikan. Bukankah orang kampung tengahkeringkan air dekat baruh tu.Mira : Ayah pula mana, mak? Ayah pergi sekali dengan budak-budak tuke?Mak : Tak, ayah kau ke rumah Tok Penghulu. Ada kenduri kesyukuransebab anak sulung penghulu dah balik dari Afrika.Mira : Oh, begitu! EhMira dah lewat ke sekolah ni! Mira pergi dulu mak.Mak : Yalah. Jalan tu, elok-elok sikit! Berdasarkan wacana di atas tersebut, kita dapat lihat dan bandingkan bahawawacana yang + koheren, - kohesi adalah lebih lengkap dan sempurna berbandingwacana + koheren, - kohesi. Namun begitu, penggunaan wacana atau teks yangmempunyai kohesi dan koheren akan menyebabkan teks menjadi panjang dan leceh.Justeru, penutur atau penulis lebih gemar menggunakan wacana yang koheren tanpakohesi kerana makna dapat disampaikan dengan lebih cepat dan padat. Selain kedua-dua jenis wacana itu tadi, tedapat juga wacana yang kohesi tetapi tidak koheren(koheren, + kohesi). Wacana jenis ini tidak utuh kerana walaupun terdapatnyapertautan antara ayat, tetapi tidak wujud kepaduan dan kesatuan. Maka, wacana yangterhasil adalah sukar untuk difahami dan dikenal pasti temanya. Misalnya, lihat contoh berikut; Dunia semakin kecil.

Demikianlah ungkapan yang dapat disinonimkan dengan senario kehidupan masyarakat dunia pada hari ini.Masyarakat pada zaman purbakala hanya melakukan aktiviti memburudan mengutip hasil hutan sahaja sebagai pekerjaan untuk menyara hidup.Memburu hidupan liar yang telah diwartakan seperti rusa dan badak adalah salah di sisi undang-undang negara kita. KESIMPULAN Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa koheren adalahsalah satu aspek yang penting dalam pembentukan sesebuah wacana yangutuh, lengkap, dan sempurna. Sesuatu wacana yang hendak disampaikan olehpenutur atau penulis kepada audien tidak akan berjaya tanpa penggunaan aspekkoheren dalam wacananya. Justeru, untuk menghasilkan wacana yang terbaik,kita perlu menerapkan aspek koheren dalam teks supaya makna dapatdisampaikan dengan mudah. Sungguhpun begitu, penggabungan antara kedua-dua aspek koheren dan aspek kohesi adalah lebih baik dan digalakkan,terutamanya dalam wacana penulisan. BIBLIOGRAFI Asmah Hj. Omar, 1980. P erancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Akmajian A. 1997. Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.Brown G. dan Yule G. 1983. Discourse Analysis London : Longman.Halliday, M.A.K. and Ruqaiya Hasan, 1991. Language Context and Text : Aspects of Language in a Social-Semiotic Perspective. Oxford : Oxford University Press.Henry Guntur T. 1987. Pengajaran Wacana. Bandung : Angkasa. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Selangor Darul Ehsan : Dawama Sdn. Bhd.(hlm. 803) . Khatijah Abdul Hamid,Wacana dalam Teks Penulisan : Tinjauan tentang PertautanBerdasarkan Analisis Kohesi dan Koheren. Jurnal Dewan Bahasa, Oktober 1996 (hlm. 868-880). ___________________, Tatabahasa dan Semantik dalam Kemahiran Menulis.Jurnal Dewan Bahasa, Julai 1998 (hlm. 633-635) . Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002.Bahasa Melayu STPM. Selangor Darul Ehsan : Fajar Bakti.