Anda di halaman 1dari 9

BUKTI CINTA

DISAMPAIKAN OLEH:
NUR HAKIMAH SEPRI GURU PENDIDIKAN ISLAM SMK TASEK UTARA

BUKTI-BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.


1. Mentauhidkan Allah
Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

BUKTI-BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.


2. Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya
Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

BUKTI-BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.


3. Mentaati sunnah Nabi s.a.w
Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia. "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

BUKTI-BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.


4. Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w
Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

5. Sentiasa memuji dan mengingatinya


Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita. Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

BUKTI-BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.


6. Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w

"Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini

kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

BUKTI-BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.


7. Benci orang dibenci Nabi s.a.w
Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

BUKTI-BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.


8. Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik
"Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

KESIMPULAN
BUKTI-BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1.
2. 3. 4. 5.

Mentauhidkan Allah
Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya Mentaati sunnah Nabi s.a.w Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w Sentiasa memuji dan mengingatinya

6. Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w


7. Benci orang dibenci Nabi s.a.w

8. Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik