Anda di halaman 1dari 2

Matlamat Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku (RET).

Matlamat terapi ini hanya ada satu iaitu meminimakan pandangan klien yang membawa kepada kekalahan diri dan memperoleh falsafah hidup yang lebih realistik dan toleran. Matlamat ini adalah untuk memastikan klien yang pada mulanya berfikiran negatif yang menganggap dirinya gagal dalam hidup dapat mengubah pendapat klien tersebut kepada pemikiran yang lebih poitif dan mempunyai falsafah hidup yang lebih realistik dan toleran serta mampu berfikiran rasional dan logikal. Matlamat terapi ini juga membantu klien untuk memperkembangkan pemikiran rasional dan logikal klien serta memikirkan kesan dari pemikiran tidak rasional yang diwarisi sebelum ini. Klien akan dibimbing untuk menganalisis peristiwa yang menyebabkan gangguan emosi yang dilaluinya. Seterusnya memparbaiki dan mengubah segala perilaku yang tidak rasional dan tidak logik kepada perilaku yang lebih rasional dan logik agar klien dapat mengembangkan dirinya serta menghilangkan gangguan emosi yang dilaluinya. Pencapaian matlamat hanya berjaya setelah klien benar-benar memahami punca asas yang menimbulkan gangguan emosi dan harus mengikisnya dengan menggantikan pemikiran dan kepercayaan rasional dan logikal. Setelah klien menjalani terapi rasional emotif tingkahlaku ini, diharapkan pemikiran klien akan berubah dan wujud sebahagian daripada perkara-perkara berikut : i. Minat terhadap diri sendiri dan ada kepercayaan. Individu perlu ada keazaman untuk membawa perubahan hidup yang sihat dan percaya bahawa setiap manusia ada kelebihan diri sendiri. Dan kelebihan tersebut dijadikan sebagai memajukan diri setelah klien merasakan diri mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari segi cara berfikir.

ii.

Minat untuk hidup bermasyarakat.

iii.

Bersedia mengambil risiko.

Berani mengambil risiko dan mempunyai matlamat yang jelas. Klien digalakkan menganggap dirinya mempunyai kebolehan dan yakin jika manusia boleh menggunakan pemikiran rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada halangan dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.

http://www.scribd.com/doc/47313906/TEORI-TERAPI-EMOSIONAL-EMOTIF-grup