Anda di halaman 1dari 2

`Keluarga Muslim Asas Pembinaan Ummah Gemilang`. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih tuan pengacara majlis, Yang saya muliakan barisan panel hakim yang menegakkan duli keadilan, tuan penjaga masa yang bijak mengendalikan masa serta rakan-rakan seperjuangan yang saya hormati sekalian. Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk `Keluarga Muslim Asas Pembinaan Ummah Gemilang`. Terlebih dahulu izinkan saya mendefinasikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini. Frasa keluarga muslim adalah merujuk kepada ikatan kekeluargaan berdasarkan perkahwinan yang merialisasikan syariat Islam di dalam hidup mereka. Manakala frasa ummah gemilang menurut kamus dewan pula bermaksud umat yang paling baik. Islam membuktikan kepada kita bahawa umat yang paling baik adalah dilahirkan daripada keluarga yang sudah tentu mempunyai teras agama yang kukuh. Sidang hadirin yang saya hormati sekalian, Hujah saya yang pertama adalah keluarga Muslim mengetahui tujuan, tanggungjawab serta hala tuju mereka sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Allah S.W.T. menciptakan makhluk di muka bumi ini dengan sebab dan tugas yang tersendiri. Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-Zariyat, ayat 56:


Maksudnya: Dan (ingatlah) tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku. Pelbagai usaha dilakukan untuk mendorong ke arah pembinaan keluarga muslim contohnya adanya stesen TV yang banyak menyelitkan unsur-unsur kerohanian dan keagamaaan seperti program Imam Muda, 30 Minit Bersama Ustaz Don dan kisah-kisah anbiya yang dipaparkan di TV Astro Oasis dan terkini TV Al-Hijrah. Ini membuktikan bahawa keluarga muslim yang mengetahui tujuan mereka dijadikan mampu melahirkan ummah gemilang. Hujah saya yang kedua,keluarga muslim menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup.keluarga muslim sudah tentu berada pada landasan hidup yang sebenarnya bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

. :
Maksudnya:Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama lamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku (Hadis riwayat Imam Malik) Malangnya pada hari ini, kes murtad, penyebaran ajaran Syiah dan Qadiani menghiasi media akibat daripada kerapuhan tunjang aqidah keluarga. Oleh itu jelaslah di sini, keluarga yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup semamangnya dapat membentuk ummah gemilang. Sidang hadirin yang saya hormati sekalian, Hujah saya yang ketiga, keluarga muslim mencontohi peribadi Rasulullah SAW. Tiada siapa dapat menafikan kesempurnaan akhlak junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qalam, ayat 4:


Maksudnya:Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia. Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai role model. Sekiranya baginda tidak dicontohi, maka tidak hairanlah gejala-gejala sosial masa kini seperti pembuangan bayi, penagihan dadah, anak gadis lari dari rumah dan sebagainya berlaku saban hari. Mengapakah mereka ini sanggup berbuat sedemikian? Dengan itu, maka terbuktilah bahawa akhlak dan peribadi Rasulullah perlu dicontohi bagi mewujudkan generasi dan ummah yang gemilang. Seterusnya hujah saya yang keempat, keluarga muslim mampu membataskan perbuatan yang dilarang dengan menangkis anasir negatif. Sejajar dengan arus pembangunan dan permodenan, anasir negatif dirancang musuh bertujuan menyesatkan manusia dari segi aqidah, akhlak serta pemikiran. Itulah ujian Allah untuk menguji iman hambanya. Firman Allah S.W.T:


Maksudnya:Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mngatakan:Kami beriman,sedangkan mereka tidak diuji? (Surah Al-Ankabut, ayat 2) Sambutan hari kekasih contohnya, yang semakin popular di kalangan muda mudi kita memerlukan penghayatan syariat yang kukuh kerana pesta tersebut boleh merosakkan aqidah orang Islam. Begitu juga dengan budaya mak nyah, homoseksual dan sebagainya. Nah, inilah bukti betapa perlunya sebuah keluarga muslim bagi menjana ummah gemilang. Hujah saya yang terakhir,keluarga muslim mampu menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi yang akan menjuruskan kepada kasih sayang ,hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa ketenangan dan ketenteraman.firman Allah S.W.T. dalam surah Rum,ayat 21:


Maksudnya:Dan jadikan diantara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Namun,mengikut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebanyak 137,000 pasangan yang berkahwin pada tahun 2005 hingga 2010 kini telah bercerai. Perangkan ini amat membimbangkan. Maka dengan itu, terbuktilah bahawa keluarga muslim yang bercirikan tarbiyyah islamiah dapat membentuk generasi ummah gemilang. . Konklusinya,institusi keluarga yang bertunjangkan syariat islam merupakan satu-satunya cara bagi melahirkan generasi yang terbaik dari semua aspek merangkumi agama, sahsiah,rohani dan jasmani. Dengan ini saya akhiri syarahan saya dengan ungkapan, Keluarga Muslim Asas Pembinaan Ummah Gemilang. Sekian, wabilahitaufiq walhidayah wassaamualikum warahmatullahi wabarakatuh.