Anda di halaman 1dari 2

Na ma:

Crystal Ng

Kela s:

2 Bumi

Sejak kebelakangan ini, negara terpaksa banyak bergantung kepada tenaga asing. Bincangkan implikasi-implikasi daripada fenomena ini dan cara-cara untuk membendung keadaan ini.

Kedatangan secara bertali arus para pendatang tanpa izin dan pekerja asing ke negara kita semakin tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial yang kronik. Dalam kejadian yang baru, seramai 500 orang pekerja Indonesia di sebuah kilang tekstil di Nilai merusuh dan merosakkan beberapa buah kenderaan polis. Selang beberapa hari, satu lagi kejadian berlaku di Dengkil melibatkan dua kumpulan pekerja dari Acheh yang menyebabkan sejumlah kedai dibakar. Hal ini belum termasuk kes-kes jenayah yang dilakukan oleh para-para pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang nampaknya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, sepanjang tahun 1999-2001, seramai 9 704 orang warga asing telah ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah seperti bunuh, cubaan bunuh, samun sama ada menggunakan senjata api atau tidak, rogol, menyebabkan kecederaan, pecah rumah, dan mencuri. Daripada jumlah tersebut, 6542 orang adalah warga Indonesia, 3050 Filipina, 468 Bangladesh, 56 Thailand, 38 Myanmar dan 18 warga Singapura. Angka ini belum termasuk kes yang tidak dilaporkan dan tidak Berjaya dikesan, yang sudah tentu lebih tinggi daripada yang dipaparkan di atas. Begitulah juga dengan kes-kes jenayah lain seperti dadah, menipu, ugut, menyeludup, menipu serta melacur yang turut melibatkan warga asing dari Afrika, China dan sebagainya. Sepuluh tahun dahulu, tidak dinafikan Malaysia amat memerlukan tenaga kerja asing untuk melengkapkan visi pembangunan negara. Pembinaan menara-menara, bagunan pencakar langit, dan perumahan-perumahan kos rendah mahupun kondominium disiapkan dengan hasil titik peluh buruh-buruh asing. Selain sektor pembinaan, buruh-buruh asing juga memberi sumbangan dalam sektor perladangan dan perkilangan. Sebaliknya kini kemasukan buruh asing secara beramai-ramai ke negara ini, secara tidak langsung telah menyekat peluang pekerjaan tenaga buruh tempatan. Bukan sahaja buruh tidak mahir tempatan menerima nasib ini, tetapi buruh mahir tempatan juga terpaksa bersaing dengan buruh-buruh saing untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan dalam sektor-sektor tertentu. Kedatangan pendatang-pendatang asing membawa dengannya pelbagai kesan-kesan yang tidak diingini. Kesan yang paling ketara ialah mata wang keluar dari negara kita. Hal ini biasanya berlaku sekali setiap bulan, apabila pekerja-pekerja ini mendapat gaji daripada tuan-tuan mereka dan seterusnya menghantar wang tersebut ke keluarga mereka di negara asal. Pada tahun lepas, jumlah wang yang dihantar pulang oleh pekerja dari Bangladesh sahaja telah mencecah sebanyak RM1 billion. Kesannya, ekonomi negara akan terjejas kerana wang sentiasa mengalir keluar dari negara kita walaupun wang tersebut diberi secara adil.

Pada waktu yang sama, peluang pekerjaan yang sedia ada akan menurun. Hal ini demikian kerana rakyat tempatan akan terpaksa bersaing dengan pekerja asing juga untuk mendapatkan kerja. Sebagai kesan daripada masalah ini, pekerja tempatan mengalami kesusahan untuk mendapat pekerjaan yang memberi gaji yang mencukupi supaya dapat menyara dan menampung perbelanjaan dan kehidupan keluarga. Walau bagaimanapun, oleh sebab setiap masalah pasti mempunyai pengubat, justeru masalahmasalah ini yang ditimbul oleh pentang asing dapatlah diselesaikan. Kerajaan perlu menyeru rakyat tempatan agar jangan terlalu memilih pekerjaan. Hal ini adalah kerana majikan-majikan lebih suka memilih pekerja asing kerana mereka tidak memerlukan gaji yang setinggi gaji yang diminta oleh pekerja tempatan. Pekerja-pekerja asing juga tidak memilih-milih pekerjaan seperti penduduk tempatan. Kesimpulannya, apabila pekerja-pekerja mengubah sikap mereka, syarikat-syarikat akan lebih rela mengupah pekerja tempatan dan memberi kerjaya kepada mereka. Seterusnya, masyarakat kita harus mengurangkan kebergantungan terhadap pembantu rumah asing. Hal ini adalah kerana jika kita menggunakan pekerja tempatan, makalah kerajaan tidak akan mengupah pekerja-pekerja asing. Contohnya, kerajaan dan majikan harus menyediakan taska dan taman asuhan kanak-kanak untuk pekerja-pekerja yang mempunyi anak yang masih kecil supaya kanak-kanak tersebut dapatlah dijaga tanpa memerlukan bantuan pekerja asing di rumah. Dengan keadaan sedemikian, kita tidak akan mempunyai pergantungan terhadap pembantu rumah asing. Konklusinya, keadaan negara yang terpaksa banyak bergantung kepada tenaga asing akan mewujudkan pelbagai implikasi-implikasi daripada fenomena ini. Namun demikian, terdapat banyak cara untuk membendung keadaan ini. Dengan mengurangkan pergantungan kita terhadap tenaga buruh asing, kita akan dapat menjalankan kehidupan yang lebih berdikari dan selamat. Pekerjaan-pekerjaan juga akan diberikan kepada masyarakat tempatan dan bukan kepada orang luar negara. 638 patah perkataan