Anda di halaman 1dari 5

BATIK

Batik ialah sejenis tekstil yang dihasilkan melalui proses menerap lilin celup kain. Tentang mencelup kain, tulisan Cina lama kira-kira 2500 S.M , telahpun mencatat tentang penggunaan bahan celup untuk mewarna dan membuat ragam hias pada permukaan kain putih .

Perkembangan proses mencelup kain di Malaysia sejajar dengan perkembangan mencelup benang untuk tenunan songket dan tenun ikat. Sebelum batik lilin dikenali meluas, telah teerdapat penciptaan kain batik pelangi yang dihasilkan melalui teknik mencelup kain dasar berikat. Corak dihasilkan pada permukaan kain dengan berbagai-bagai kesan warna dari proses pencelupan. Teknik ini dikatakan pengaruh langsung dari India ke China .

Sungguhpun pengetahuan menggunakan bahan pencelup dibawa dari luar tetapi tukang-tukang Melayu telah mengolah dan mencipta teknik yang tersendiri umpamanya dengan menggunakan blok dan penerapan lilin. Dengan ini ragam hiasnya dilukis atau diterap dengan lilin sebelum dicelup dengan warna.

Istilah batik diambil dari proses penggunaan lilin yang telah dicairkan (dipanas) dengan cara menitikkan pada permukaan kain putih melalui canting. Di Jawa disebut cecek atau tritik iaitu kesan dari titikan lilin dan meninggalkan kesan titik putih apabila dicelupkan ke dalam warna.

Asal-usul penciptaan batik masih sukar dipastikan. Apakah kita harus meninjau kembali kegiatan pencelupan kain yang telah dihasilkan Turki, Mesir dan Iran yang banyak mencipta corak-corak kain seperti batik , atau kepada India yang telah mengenalkan berbagai jenis tekstil ( seperti celup ikat bhadana dengan corak pelangi ) juga China yang mengenalkan kain pelangi sutera.

Walau bagaimanapun dari segi keunikan dan keaslian alat yang digunakan jelas Jawa merupakan tempat batik sebenarnya. Di Indonesia batik telah dikenali sejak abad ke-12. Malah sebelum Perang Dunia Kedua, Jawa merupakan kawasan di Kepulauan Melayu yang memonopoli perdagangan batik dengan dunia luar.

Bertolak dari abad itu, batik telah berkembang dari segi penggunaan dan penciptaannya. Batik Melayu di Kelantan dan Terengganu menerima pengaruh langsung dari sana. Malah dapat ditegaskan walaupun teknik mencelup dikatakan telah diperkenalkan oleh orang-orang Mesir Purba dan Perui tetapi penggunaan lilin dan canting adalah merupakan milik alam Melayu. Hingga kini, Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar batik yang belum dapat ditandingi terutama dari segi dan ragamhias tradisi.

Sebelum batik menggunakan lilin dikenali di Malaysia, orang-orang Melayu di Kelantan telah mahir menggunakan bahan warna ( bukan pencelup ) untuk mengecap kain. Kain-kain yang dibuat dikenali sebagai kain cap atau batik cap. Pengetahuan mengukir kayu dalam bentuk rumah, istana, perahu dan sebagainya banyak membantu tukang-tukang untuk membuat blok kayu atau sarang bunga sebagai alat pengecap.

Malah proses mengecap dengan menggunakan blok kayu memnag telah lama dikenali. Dalam mencipta tembikar dan membuat ragamhias, alat dan teknik cap (cetak) ini juga digunakan. Cuma mengecap untuk kain batik menggunakan warna.

Pada peringkat awal, warna yang digunakan masih terbatas. Warna-warna asas ynag digunakan juga masih terbatas. Warna-warna asas yang sering digunakan ialah hitam, merah, kuning dan biru. Warna-warna campuran tidak dapat sebati bagi menghasilkan warna baru ( sepertri biru + kuning = hijau ) , yang bersih. Warna ini sering dijadikan tanah kain.

Proses menggunakan blok kayu dapat digolongkan sebagai batik, kerana mengikut kebiasaan Jawa, menyiapkan batik harus menggunakan lilin. Di Malaysia perusahaan batik lilin bermula di Kelantan dan Terengganu. Wujudnya perusahan itu di tempat-tempat ini merupakan sambungan dari pengetahuan menenun yang sering menggunakan bahan pencelup. Jadi bukanlah perkara mustahil, terdapat tukang-tukang yang berminat di lapangan ini telah pergi ke Jawa atau mengundang tukang di sana.

Di Terengganu proses membuat batik dengan menggunakan lilin bermula pada tahun 1913. Di Kelantan tempat asal batik bermula di Lorong Gajah Mati., Kota Baharu. Kerana proses membuat batik memerlukan bahan alam semulajadi iaitu air, maka terdapat beberapa tempat mengusahakan batik dibuat berhampiran, di tepi atau di tebing sungai. Air amat perlu untuk bersihkan celupan dari bahan lilin dan untuk membersihkan kain yang telah dicelup. Pada awal perkembangan perusahaan batik di Kota Baharu, perusahaan batik terdapat di sekitar 1 hingga 14 kilometer persegi terutama sekali di tebing sungai Kelantan.

Bagaimanapun, dengan adanya kemudahan api dan air beberapa tahun kemudian, pengusaha tidak lagi harus memilih tempat berhampiran sungai. Sebaliknya untuk lebih memudahkan perniagaan, mereka lebih mengutamakan kawasan yang berhampiran dengan bandar. Di samping itu, terdapat juga pengusaha batik di kawasan yang jauh dari Bandar Kota Baharu misalnya di jajahan Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah.

Hingga hari ini batik tidak lagi merupakan kraftangan yang dilakukan oleh seseorang tukang atau pengusaha kecil, sebaliknya beberapa pusat pengusahaan batik yang telah ditinjau merupakan pengusahaan besar yang mempunyai tenaga kerja dari 100 hingga 300 orang ( seperti di PKKM Kelantan dan PKKM Terengganu ) .

Perusahaan batik lilin secara kecilan dan merupakan perusahaan terawal di Kelantan dipelopori oleh Almarhum Haji Che Su dalam tahun 1921. Beliau dibantu oleh anak-anaknya sebagai tukang mengecap dan mencelup.

Dalam tahun 1934, beliau telah membawa seorang tokoh batik dari Jawa s